Jumaat, 11 Disember 2009

SELAMAT PULANG PARA HAJI DAN HAJJAH KE TANAHAIR.. KEKALKAN IBADAH SELEPAS HAJI

Alhamdulillah.. Telah ramai para hujjaj (para haji dan hajjah) selamat pulang semula ke tanah air. Syukur Alhamdulillah sekali lagi, pada masa ini, ramai yang sudah mampu pergi mengerjakan haji mahu pun umrah. Mulai tahun 2010, makin murah kosnya mungkin berikutan Syarikat AirAsia Airlines dengar khabar mahu join ke Jeddah. Namun, di sebalik kemudahan melakukan ibadah haji mahu pun umrah di sana, apa yang sukar adalah untuk mempertahan atau mengekalkan ibadat itu dalam diri dan amalan seharian apabila kembali ke tanah air. Apakah haji atau umrah yang dilaksanakan tidak memberi apa-apa kesan kerohanian kepada pelakunya..? Pastinya berasa sukar untuk meneruskan ibadat sebagaimana beribadah di Mekkah @ Madinah. Jadi apakah yang harus kita lakukan bagi mengatasinya?

Sebelum menjawab soalan ini saya suka mengemukakan hadis Nabi SAW yang menunjukkan keutamaan ibadat haji, contohnya hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Sesiapa yang menunaikan ibadat haji, lalu dia tidak melakukan jimak (ketika dalam ihram) dan tidak melakukan perbuatan fasik, maka dia sudah kembali bebas daripada dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan oleh ibunya”.

Dalam hadis yang lain Nabi SAW sudah ditanya tentang perkara yang paling utama ganjarannya di sisi Allah SWT, lalu Nabi menjawab ia adalah keimanan kepada Allah dan rasul-Nya. Kemudian ditanyakan lagi lalu Nabi menjawab perkara yang paling utama adalah haji yang mabrur. – (Riwayat al-Bukhari dan Muslim )

Demikianlah ketinggian kedudukan ibadat haji seperti yang dinyatakan oleh Nabi SAW. Hakikatnya pelaksanaan ibadat haji ini mengajar Muslim mengenai pelbagai perkara, contohnya erti persaudaraan Islam yang sebenar. Muslim juga diajar aspek penumpuan dalam ibadat ketika berada dalam ihram haji kerana Allah SWT tidak mengukur mereka dari segi fizikal tetapi dengan apa yang ada dalam hati. Lantaran itu Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kamu pada rupa paras tetapi Dia menilai kamu berdasarkan sejauh mana keikhlasan.? (Riwayat Muslim dan Ibn Majah).

Begitu juga pengalaman berada lebih satu hari di Arafah dan Mina, yang sewajarnya meninggalkan bekas yang mendalam dalam diri seseorang yang melaksanakan haji, khususnya dari sudut kesabaran dan keteguhan semangat dalam mentaati Allah SWT. Inspirasi semangat Nabi Ibrahim menjalankan perintah Allah untuk menyembelih anaknya Ismail juga patut mencorakkan dalam diri kesungguhan yang mutlak terhadap-Nya.

Namun demikian, semangat yang didorong oleh kefahaman dan pengalaman secara langsung atau live yang dilalui ini boleh menjadi lemah ataupun padam sekiranya tiada program penyucian diri secara istiqamah.

Semangat dalaman ini atau lebih tepat dinamakan sebagai iman ini memerlukan kepada empat perkara bagi memastikan kesinambungannya secara sihat. Jika diumpamakan sebagai pokok, ternyata ia memerlukan kepada beberapa elemen bagi menjamin kesuburannya.

Kalangan ulama aqidah, contohya Prof Naeim Yaasin, dari Universiti Amman, Jordan, dalam kitabnya al-Islam, menjelaskan bahawa kalangan ulama Islam menetapkan empat perkara yang menduduki tempat baja ataupun air untuk menyuburkan ‘pohon keimanan’ itu ialah ilmu, amal, zikir dan fikir.

Bertitik tolak daripada itu, jemaah dapat membuat kesimpulan bahawa kesungguhan melakukan beribadat hanya akan berlaku apabila seseorang itu mengambil berat keempat-empat perkara ini. Ambillah kesempatan untuk hadir ke majlis ilmu selalu. Selain itu Muslim hendaklah mendampingi ahli ilmu yang ikhlas. Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis, maksudnya: “Sesiapa dikehendaki Allah SWT baginya kebaikan, maka dia akan menjadikannya memahami urusan agamanya.” ? (Riwayat al-Bukhari dari Mu’awiyah)

Setiap individu juga dituntut mengamalkan wirid dan zikir yang tertentu sekurang-kurangnya selepas setiap solat dan zikir waktu pagi & petang, kerana ia juga mampu memberikan kita kekuatan dan menjadi benteng untuk kita mengelak daripada melakukan maksiat.

Ada satu pengajaran daripada kitab Jami’ al-Ulum wal Hikam oleh Ibn Rajab al-Hanbali bahawa Umar bin Ab Aziz berkata, jiwa yang kekosongan akan mudah diisi oleh mazmumah. Dengan sebab itu mengelakkan hati dari adanya kekosongan seperti itu, kita dituntut mengamalkan zikir secara istiqamah.

Sehubungan itu, Ibnul Qayyim pernah menceritakan dalam kitabnya al-Wabil al-Sayyib bahawa gurunya Syeikhul Islam berkata: “Keperluan kita kepada zikrullah menyamai keperluan ikan kepada air. Seperti ikan yang akan mati tanpa air, demikianlah juga hati akan mati tanpa zikrullah.”

Sebagai penyempurnaan kepada tiang penyokong keimanan dalam diri, setiap Muslim hendaklah memperuntukkan waktu secara khusus untuk untuk tujuan berfikir. Amat benar al-Imam al-Nawawi apabila beliau berkata, menyusun laluan anak tangga ke syurga Allah SWT itu adalah dengan menyenaraikan amalan sunnah yang perlu kita lakukan.

Antara yang beliau senaraikan dalam salah satu anak tangga menuju darjat salih itu ialah membanyakkan berfikir ataupun bertafakur. Tafakur yang dimaksudkan ini adalah berfikir mengenai kekuasaan Allah SWT dan rahmat-Nya agar terbit dalam diri perasaan syukur.

Perkara ini dapat kita perhatikan menerusi ayat ke-191 surah Ali Imran yang bermaksud: “(Iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah SWT ketika mereka berdiri dan duduk dan ketika mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.”

Dalam sahih tafsir Ibn Kathir diriwayatkan bahawa Bilal melihat Nabi menangis apabila surah ini diturunkan. Apabila ditanya maka Nabi SAW sudah menjawab maksudnya: “Celakalah bagi orang yang membaca ayat ini tetapi tidak memikirkan apa yang terkandung di dalamnya.”? (Terjemahan Sahih Tafsir Ibn Kathir, Pustaka Ibn Kathir, Jakarta, jld 2 hlmn 394).

Semoga kita beroleh haji mabrur dan terus beribadah dengan penuh keikhlasan walaupun telah berada di tanah sendiri...

Ahad, 29 November 2009

Aidil Adha di Kuala Lumpur

26hb Nov baru pulang menaiki flight ke KL. Mau terus ke KBR tapi tiada seat.. Maka terpaksa la singgah bermalam di KL. Nasib la ada Adik ipar dan abang yang kebetulan pada kali ini tak pulang ke kampung.. boleh la beraya di rumah dia orang.. 28hb Nov baru naik flight ke kampung.. Raya kedua baru sampai kat kampung.. Sampai kat kampung baru rasa ada raya.. Kat KL macam tak raya.. sibuk semacam je.. Apa pun selamat Hari Raya Aidil Adha.. Tingkatkan semangat pengorbanan.. Sanggup berkorban apa saje.. Apatah lagi berkorban untuk Islam..

Rabu, 25 November 2009

17 PERSOALAN TENTANG SOLAT SUNAT DAN KHUTBAH HARI RAYA YANG PERLU DIKETAHUI...

Saya tertarik membaca tulisan Us Adnan Fadhil tentang Solat Sunat Hari Raya dan khutbah hari raya. lalu saya membawa ke sini untuk rujukan dan bacaan kita semua. Terdapat 17 persoalan yang di jawab dalam artikel ini.. jom sama-sama baca...

1. Apa hukum solat sunat hari raya?

Solat sunat hari raya sama ada hari raya korban atau hari raya fitrah adalah sunat muakkad kerana Nabi s.a.w. tidak pernah meninggalkannya sejak mula disyari’atkan hinggalah baginda wafat.

2. Ke atas siapa disyariatkan?

Ia disyari’atkan ke atas semua golongan muslim yang mukallaf sama ada lelaki, wanita atau khunsa, muqim atau musafir, merdeka atau hamba.

3. Bilakah ia mula disyariatkan?

Mula disyari’atkan pada tahun ke 2 hijrah. Solat hari raya yang pertama dilakukan oleh Rasulullah ialah bersempena hari raya fitrah pada tahun tersebut.

4. Apakah dalil disyariatkan solat hari raya?

1) Firman Allah;

إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ، فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ، إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ

“Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)” (al-Kauthar: 1-3).

Berkata para ulamak; “Yang dimaksudkan dengan solat di dalam ayat di atas ialah solat ‘aidil-adhha (hari raya korban)”.

2) Diriwayatkan dari Abi Sa’id al-Khudri r.a. yang menceritakan;

كَانَ النَّبِيُّ صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ وَالأَضْحَى إلَى الْمُصَلَّى، وَأَوَّلُ شَيْء يَبْدَأُ بِهِ الصَّلاةَ، ثُمّ يَنْصَرِفُ فَيَقُومُ مُقَابِلَ النَّاسِ ـ وَالنَّاسُ عَلَى صُفُوفِهِمْ ـ فَيَعِظُهُمْ وَيَأْمُرُهُمْ

“Adalah Nabi s.a.w. keluar pada hari raya fitrah dan hari raya korban menuju ke tempat solat. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah menunaikan solat. Kemudian baginda akan berdiri mengadap orang ramai yang masih berada dalam saf-saf mereka lalu ia memberi peringatan dan arahan kepada mereka” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

5. Bilakah masuknya waktu untuk menunaikan solat hari raya?

1. Menurut mazhab Syafi’ie; bermula waktu solat sunat hari raya ialah apabila terbitnya matahari pada hari raya dan berakhir apabila tergelincir matahari dari tengah langit (yakni masuk waktu zohor). Namun waktu terbaik ialah ketika matahari telah naik dengan kadar segalah atau dua galah. Kadar segalah (الرمح) ialah tiga meter pada pandangan mata iaitu lebih kurang 30 minit selepas matahari terbit. (Rujuk: al-Fiqhul-Wadhih, Dr. Muhammad Bakar Ismail, jil. 1, hlm. 266).

2. Para ulamak yang lain berpandangan; masanya bukan bermula dari terbit matahari tetapi bermula dari ketika matahari naik segalah dan berterusan hingga waktu rembang (وقت الظهيرة) iaitu ketika matahari tepat di atas kepala (yakni lebih kurang 20 minit sebelum matahari tergelincir dari tengah langit atau masuknya waktu zohor), iaitu masa yang sama dengan solat dhuha. Ini kerana waktu terbit matahari adalah saat dilarang mengerjakan solat kerana dikhuatiri menyerupai para penyembah matahari. Begitu juga waktu dari matahari rembang (وقت الظهيرة) hingga tergelincirnya. Larangan ini sabit dengan hadis dari ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhaniy r.a. yang menceritakan;

ثلاثُ ساعاتٍ كانَ رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّم يَنهانا أنْ نصلِّي فيهنَّ أو نقبرَ فيهنَّ موتانا: حينَ تطلعُ الشَّمسُ بازغةً حتى ترتفعَ، وحينَ يقومُ قائمُ الظهيرةِ، حتىّ تميلَ، وحينَ تَضَيَّفُ الشمس للغروبِ حتىّ تغربَ

“Tiga waktu di mana Rasulullah s.a.w. melarang kami mengerjakan solat padanya atau mengkebumikan jenazah-jenazah kami pada waktu tersebut (*maksudnya; menunaikan solat jenazah), iaitu; ketika matahari terbit sehinggalah ia meninggi (*dengan kadar segalah), ketika matahari rembang (*yakni betul-betul di atas kepala) hinggalah ia condong (*yakni masuk waktu zohor) dan ketika matahari condong untuk jatuh (*yakni selepas waktu asar) hinggalah terbenamnya”. (Riwayat Imam Muslim).
(Rujuk: al-Fiqhul-Islami wa Adillatuhu (2/366), al-Fiqhul-Wadhih (1/267), al-Fiqhul Muyassar (hlm. 172)).

3. Disunatkan imam menyegerakan solat hari raya korban dan melewatkan sedikit solat hari raya fitrah. Ini kerana menyegerakan solat hari raya korban dapat memanjangkan waktu bagi melaksanakan ibadah korban (kerana binatang korban sunat disembelih setelah imam selesai solat hari raya). Adapun melewatkan solat hari raya fitrah dapat memberi lebih masa kepada kaum muslimin membayar zakat fitrah (kerana zakat fitrah afdhal dikeluarkan sebelum solat hari raya).

6. Mana paling baik; menunaikan solat hari raya di masjid atau di tanah lapang?

Menjadi sunnah Nabi s.a.w. menunaikan solat hari raya di tanah lapang jika dapat berbuat demikian tanpa sebarang kesukaran atau tegahan seperti hujan, cuaca terlalu sejuk dan sebagainya. Ini sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Sa’id al-Khudri r.a.;

كَانَ النَّبِيُّ صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ وَالأَضْحَى إلَى الْمُصَلَّى...

“Adalah Nabi s.a.w. keluar pada hari raya fitrah dan hari raya korban menuju ke mushalla (tempat menunaikan solat)….” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Mushalla (tempat solat) tersebut menurut ulamak adalah satu kawasan lapang yang terletak di hujung Madinah berhampiran al-Baqi’. (Lihat; al-Fiqhul-Wadhih, jil. 1. hlm. 267). Imam Ibnul-Qayyim dalam Zadul-Ma’ad menyatakan; “Nabi s.a.w. tidak pernah menunaikan solat hari raya di masjidnya kecuali sekali sahaja iaitu ketika hujan turun…”. (Zadul-Ma’ad, 1/441).

Menurut jumhur ulamak; menunaikan solat sunat hari raya di kawasan lapang lebih afdhal dari menunaikannya di masjid kerana mengikut sunnah Nabi tersebut. Namun menurut mazhab Syafi’ie; Menunaikan solat hari raya di Masjid adalah lebih afdhal kecuali jika masjid sempit, maka ketika itu barulah afdhal ditunaikan solat di kawasan lapang. Nabi s.a.w. menunaikan solat hari raya di kawasan lapang kerana masjid baginda sempit, tidak mampu menampung semua jamaah.

7. Adakah disyari’atkan azan untuk solat sunat hari raya?

Tidak disunatkan azan dan juga iqamah sebelum menunaikan solat hari raya, akan tetapi dilaungkan seruan; (الصلاة جامعة) (maksudnya; marilah menunaikan solat berjamaah). Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas dan Jabir bin ‘Abdillah r.a. yang menceritakan;

لَمْ يَكُنْ يُؤَذَّنُ يَوْمَ الْفِطْرِ وَلاَ يَوْمَ الأَضْحَى.

“Tidaklah dilaungkan azan (untuk solat hari raya) pada hari raya fitrah dan juga hari raya korban”.

8. Adakah sunat dilakukan berjamaah? Bagaimana jika dilakukan bersendirian?

Solat hari raya sunat dilakukan secara berjamaah (di masjid atau di tanah lapang) berdasarkan banyak hadis-hadis yang soheh dan masyhur serta menjadi ijmak para ulamak. Namun jika seseorang melakukan solat hari raya secara bersendirian dirumahnya atau di tempat lain, adalah sah. Jika dilakukan solat hari raya secara bersendirian, tidak perlu berkhutbah (al-Majmu’, 5/31).

9. Berapakah bilangan rakaat solat sunat hari raya?

Bilangan rakaat solat sunat hari raya ialah 2 rakaat dengan disepakati oleh sekelian ulamak. Diriwayatkan dari Umar r.a. yang menceritakan;

صلاة السفر ركعتان وصلاة الأضحى ركعتان وصلاة الفطر ركعتان وصلاة الجمعة ركعتان تمام من غير قصر على لسان محمد صلى اللَّه عليه وسلم

“Solat ketika musafir adalah dua rakaat, solat hari raya korban adalah dua rakaat, solat hari raya fitrah adalah dua rakaat dan begitu juga solat Jumaat adalah dua rakaat di mana (semua bilangan rakaat itu) adalah bilangan rakaat yang sempurna, bukan qasar (pendek) berdasarkan kepada apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.”. (Riwayat Imam Ahmad, an-Nasai dan Ibnu Majah. Hadis ini soheh menurut Imam Nawawi)

10. Bagaimana caranya mengerjakan solat sunat hari raya?

1. Syarat-syarat, rukun-rukun dan sunat-sunat bagi solat hari raya adalah sama seperti solat yang lain kecuali beberapa sunat tambahan yang akan dijelaskan nanti.

2. Hendaklah diniatkan di dalam hati ketika takbiratul-ihram; untuk mengerjakan solat sunat ‘idil-fitri atau solat sunat ‘idil-adhha (yakni hendaklah ditentukan salah satu darinya di dalam hati).

3. Setelah takbiratul-ihram, baca doa iftitah sebagaimana biasa. Setelah itu disunatkan bertakbir sebanyak tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat kedua. Selesai dari takbir-takbir tersebut, barulah membaca isti’azah dan seterusnya surah al-Fatihah.

Diriwayatkan dari Kathir bin ‘Abdullah yang meriwayatkan dari bapanya yang meriwayatkan dari datuknya (‘Amru bin ‘Auf al-Anshari r.a.) yang menceritakan;

أن النبي صلى اللَّه عليه وآله وسلم كبر في العيدين في الأولى سبعاً قبل القراءة وفي الثانية خمساً قبل القراءة

“Sesungguhnya Nabi s.a.w. bertakbir di dalam solat dua hari raya (yakni ‘Aidil-Adhha dan ‘Aidil-Fitri); pada rakaat pertama sebanyak tujuh kali sebelum membaca Fatihah dan pada rakaat kedua sebanyak lima kali sebelum membaca Fatihah”. (Riwayat Imam at-Tirmizi. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan)

4. Semasa bertakbir sunat dijelaskan suara dan diangkat tangan. Begitu juga, sunat selepas setiap kali takbir tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri di bawah dada iaitu sama sebagaimana selepas takbiratul-ihram.

5. Di antara dua takbir sunat berhenti seketika untuk berzikir dengan bertahlil, bertahmid, bertasbih dan bertakbir. Lafaz zikir yang paling baik ialah;

سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر

“Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, Tiada Tuhan melainkan Allah, Allah maha besar”.

Menurut Imam Ibnul-Qayyim; tidak terdapat zikir tertentu dari Nabi s.a.w. di antara takbit-takbir tersebut. Namun terdapat riwayat bahawa Ibnu Mas’ud r.a. menyarankan supaya bertahmid kepada Allah, memujinya dan berselawat ke atas Nabi s.a.w. (di antara takbir-takbir itu)..”. (Zadul-Ma’ad, 1/443).

Menurut Imam Syafi’ie, makruh hukumnya jika seseorang membaca takbir-takbir tadi secara bersambungan tanpa diselangi dengan membaca zikir di antaranya (al-Majmu’, 5/23).

6. Selepas membaca al-Fatihah, disunatkan membaca surah Qaf pada rakaat pertama dan surah al-Qamar (اقتربت الساعة) pada rakaat kedua atau membaca surah al-A’la pada rakaat pertama dan surah al-Ghasyiyah pada rakaat kedua. Imam atau orang yang bersolat sendirian disunatkan menjelas atau menguatkan suara ketika membaca al-Fatihah dan juga surah-surah atau ayat-ayat selepasnya.

عَنْ عُبَيْدِ اللهِ بْنِ عَبْدِ اللهِ: أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ سَأَلَ أَبَا وَاقِدٍ اللَّيْثيَّ: مَا كَانَ يَقْرَأُ بِهِ رَسُولُ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ- فِي الأَضْحى وَالْفِطْرِ؟ فَقَالَ: كَانَ يَقْرَأُ فِيهِمَا بِـ{ق وَالْقُرْآنِ الْمَجِيدِ} و{اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانْشَقَّ الْقَمَرُ}

Diriwayatkan dari ‘Ubaidillah bin ‘Abdillah menceritakan; “Umar bin al-Khattab r.a. telah bertanya kepada Aba Waqid al-Laithi; ‘Surah yang dibaca oleh Rasulullah di dalam solat hari raya korban dan hari raya fitrah?’. Abu Waqid menjawab; “Baginda membaca dalam solat kedua-dua hari raya itu;
(ق وَالْقُرْآنِ الْمَجِيدِ) (yakni surah Qaf; pada rakaat pertama) dan
(اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانْشَقَّ الْقَمَرُ) (yakni surah al-Qamar; pada rakaat kedua)”. (Riwayat Imam Muslim)

Dan diriwayatkan dari an-Nu’man bin Basyir r.a. menceritakan;

كَانَ رَسُولُ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ- يَقْرَأُ فِي الْعِيدَيْنِ وَفِي الْجُمُعَةِ بِـ: {سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى} وَ{هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ}
“Adalah Rasulullah s.a.w. membaca di dalam solat dua hari raya dan di dalam solat jumaat (سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى) (yakni surah al-A’la; dalam rakaat pertama) dan (هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ) (yakni surah al-Ghasyiyah; dalam rakaat kedua)” (Riwayat Imam Muslim).

7. Setelah memberi salam, Imam hendaklah menyampaikan khutbah kepada makmum dan makmum sunat mendengarnya. (Hukum-hakam tentang khutbah akan diterangkan nanti).

11. Apa hukum meninggalkan takbir-takbir tambahan tadi?

1. Takbir-takbir tersebut adalah sunat hai-ah (bukan sunat ab’adh). Maka jika ditinggalkan –keseluruhan atau sebahagiannya- tidaklah membatalkan solat dan tidak perlu sujud sahwi. Namun makruh meninggalkannya dengan sengaja.

2. Jika seseorang terlupa membaca takbir-takbir itu dan ia hanya mengingatinya setelah mula membaca al-Fatihah, tidak disunatkan dia berpatah-balik untuk membacanya. Dalam pengertian lain; sunat takbir itu tamat apabila telah mula membaca surah al-fatihah sekalipun belum sempurna. Namun jika ia mengingatinya selepas membaca ta’awwudz (yakni sebelum ia membaca al-fatihah), sunat ia berpatah balik untuk membaca takbir-takbir itu.

3. Jika seseorang mula mengikut imam ketika imam sedang membaca surah fatihah atau imam telah selesai melakukan takbir-takbir tadi atau sebahagiannya, ia tidak perlu melakukan/mengganti takbir yang luput/tertinggal itu kerana kedudukannya hanyalah umpama zikir yang disunatkan sebagaimana doa iftitah yang tidak perlu diganti atau diqadha apabila terluput/tertinggal. Dan jika ia mula mengikuti imam pada rakaat kedua, maka ia hendaklah mengikuti bilangan takbir imam (iaitu lima kali), kemudian setelah bangun berdiri di rakaat kedua (setelah imam memberi salam), hendaklah ia bertakbir lima kali juga (bukan tujuh kali).

Khutbah hari raya

12. Apa dalil disyariatkan khutbah untuk solat hari raya?

Diriwayatkan dari Abi Sa’id al-Khudri r.a. yang menceritakan;

كَانَ النَّبِيُّ صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ وَالأَضْحَى إلَى الْمُصَلَّى، وَأَوَّلُ شَيْء يَبْدَأُ بِهِ الصَّلاةَ، ثُمّ يَنْصَرِفُ فَيَقُومُ مُقَابِلَ النَّاسِ ـ وَالنَّاسُ عَلَى صُفُوفِهِمْ ـ فَيَعِظُهُمْ وَيَأْمُرُهُمْ

“Adalah Nabi s.a.w. keluar pada hari raya fitrah dan hari raya korban menuju ke tempat solat. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah menunaikan solat. Kemudian baginda akan berdiri mengadap orang ramai yang masih berada dalam saf-saf mereka lalu ia memberi peringatan dan arahan kepada mereka” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

13. Adakah khutbah dilakukan sebelum solat atau selepasnya?

Khutbah hari raya hendaklah dilakukan selepas solat hari raya. Ia berbeza dengan khutbah jumaat yang dilakukan sebelum solat jumaat. Jika khutbah hari raya itu dilakukan terdahulu dari solat sunat hari raya, maka khutbah itu tidak dikira dan sunat diulang semula selepas solat.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. yang menceritakan;

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم وأبو بكر وعمر رضي الله عنهما، يصلون العيدين قبل الخطبة.

“Adalah Rasulullah s.a.w., Abu Bakar dan Umar r.a. menunaikan solat sunat dua hari raya sebelum khutbah”.

Ibnu ‘Abbas r.a. juga menceritakan;

شَهِدْتُ صَلاَةَ الْفِطْرِ مَعَ نَبِيِّ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ- وَأَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ، فَكُلُّهُمْ يُصَلِّيهَا قَبْلَ الْخُطْبَةِ، ثُمَّ يَخْطُبُ

“Aku menghadiri solat hari raya Fitrah bersama Nabi s.a.w., Abu Bakar, Umar dan Usman di mana semua mereka menunaikan solat terlebih dahulu, kemudian baru berkhutbah”. (Riwayat Imam Muslim).

14. Adakah khutbah hari raya disunatkan dua khutbah sebagaimana khutbah jumaat?

Menurut mazhab Syafi’ie; disunatkan dua khutbah sebagaimana khutbah jumaat (yakini dipisahkan antara keduanya dengan duduk seketika). Dalilnya ialah; kias kepada khutbah jumaat. Berkata Syeikh Taqiyyuddin Abu Bakr al-Husni; khutbah sebanyak dua kali pada hari raya adalah dikiaskan kepada khutbah jumaat. Tidak ada hadis yang sabit mengenainya menurut beliau. (Rujuk: Kifayatul-Akhyar, hlm. 150).

15. Apakah rukun-rukun khutbah bagi khutbah hari raya?

Menurut mazhab Syafi’ie; rukun-rukun khutbah hari raya sama sepertimana khutbah Jumaat, iaitu;

a) Memuji Allah (yakni mengucapkan al-Hamdulillah) dengan sebarang bentuk pujian.
b) Berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dengan sebarang bentuk selawat.
c) Memberi pesanan dengan takwa
d) Membaca sepotong ayat dari al-Quran pada salah satu dari dua khutbah.
e) Membaca doa untuk sekelian kaum muslimin dalam khutbah kedua.

16. Apakah perkara lain yang disunatkan dalam khutbah hari raya?

Menurut mazhab Syafi’ie;

1. Disunatkan imam memulakan khutbah pertama dengan bertakbir (yakni melaungkan Allahu-Akbar) sembilan kali dan memulakan khutbah kedua dengan bertakbir tujuh kali. Dari ‘Ubaidillah bin ‘Abdillah bin ‘Utbah r.a. yang menceritakan;

السنة أن تفتتح الخطبة بتسع تكبيرات تترى والثانية بسبع تكبيرات تترى (*تترى : متتالية)

“Menjadi sunnah memulakan khutbah pertama dengan sembilan kali takbir yang berturut-turut dan memulakan khutbah kedua dengan tujuh kali takbir yang berturut-turut” (Riwayat Imam al-Baihaqi).

2. Dalam khutbah hari raya fitrah, imam disunatkan memperingatkan hadirin tentang kewajipan zakat fitrah dan di dalam khutbah hari raya korban, disunatkan ia memperingatkan mereka tentang ibadah korban.

17. Apa hukum mendengar khutbah hari raya?

Mendengar khutbah adalah sunat. Khutbah dan begitu juga mendengar khutbah bukanlah syarat bagi sahnya solat hari raya. Namun begitu, jika seseorang (yang menghadiri solat hari raya) tidak mendengar khutbah hari raya atau bercakap-cakap ketika khutbah disampaikan atau meninggalkan majlis tanpa menunggu khutbah, maka hukumnya adalah makruh.

Wallahu a’lam.

Rujukan dan bacaan

1- المجموع شرح المهذب، للإمام النووي، دار الفكر – لبنان (1996)
2- الإقناع في حل ألفاظ أبي شجاع، للإمام شمس الدين محمد بن أحمد الشربيني الخطيب، دار الخير – بيروت (1996)
3- كفاية الأخيار في حل غاية الاختصار، للإمام تقي الدين الحسيني، دار الخير – بيروت (1991)
4- الفقه المنهجي على مذهب الإمام الشافعي، للدكتور مصطفى الخن، الدكتور مصطفى البغا، على الشربجي، دار القلم – دمشق (1991)
5- الفقه الواضح من الكتاب والسنة، الشيخ الدكتور محمد بكر إسماعيل، دار المنار – القاهرة (1990)
6- بداية المجتهد ونهاية المقتصد، للإمام ابن رشد، مكتبة الإيمان – المنصورة (1997)
7- مغني المحتاج إلى معرفة معاني ألفاظ المنهاج، للشيخ شمس الدين مجمد بن الخطيب الشربيني، دار الفكر – بيروت (2001)
8- الكفاية لذوي العناية (في الفقه الشافعي)، للشيخ عبد الباسط على الفاخوري، دار ابن حزم-بيروت (2003)
9- سبيل المهتدين، الشيخ محمد أرشد البنجري، Thinkers Library (1989).
10- سبل السلام شرح بلوغ المرام، للشيخ الإمام محمد بن إسماعيل الصنعاني، دار الفرقان – الأردن (دون التاريخ)
11- فيض القدير شرح الجامع الصغير، للعلامة المناوي، دار الفكر(دون التاريخ ومكان الإصدار)
12- نيل الأوطار، الإمام الشوكاني، مكتبة دار التراث – القاهرة (دون التاريخ)
13- الفقه الشرعي الميسر(أحكام الطهارة والصلاة)، الشيخ محمد علي الصابوني، دار السلام، القاهرة (1995)
14- صحيح مسلم بشرح النووي، للإمام النووي، مؤسسة المختار، القاهرة (2000).
15- أحكام أهل الذمة، الإمام ابن القيم الجوزية، دار الكتب العلمية، لبنان (1995).
16- الفقه الإسلامي وأدلته، الشيخ الدكتور وهبة الزحيلي، دار الفكر، دمشق (1985).
17- المصباح المنير، للفيومي، مكتبة لبنان (1987).


***الحمد لله به تتم النعمة***

AIDIL ADHA.. HAYATI KORBAN RASULULLAH..

Tarikh 9 ZULHIJJAH adalh sunat bagi umat Islam berpuasa di mana para hujjaj berwukuf di Padang Arafah. 10 ZULHIJJAH merupakan aidil Adha, sunat melaksanakan ibadah korban. ayuh kita hayati bagaimana Cara RasuluLlah saw Melakukan Ibadah Korban.

Penyembelihan korban dilakukan pada hari Raya Korban (10 ZH) setelah selesai menunaikan Solat ‘Ied al-Adha.

Abdullah Ibn Umar menceritakan bahawa dia menunaikan solat Hari Raya Haji bersama RasuluLlah saw. Apabila selesai khutbah, Baginda saw turun dari mimbar lalu disembelihnya seekor Kibas ( كَبْش ) yang didatangkan kepadaNya.


Kemudian Baginda saw berkata,

بسم الله والله أكبر هذا عَنِّى وعمن لَم يُضَحِّ عَن أمتى

“Dengan nama Allah dan Allah Maha Agung, ini untukKu dan untuk umatku yang tak berkorban.”

Ketika menyembelih Nabi saw meletakkan tapak kakiNya di atas batang leher binatang korban seraya membaca Basmalah dan Takbir.

Sabda RasuluLlah saw,

عن أنس رضى الله عنه قال ضَحَى النبيُ (ص) بِكَبشَتَينِ اَمْلَحَينِ فرأيتُه
و ضِعًا قَدْمَهُ على صَفاحِهِمَا يُسَمِّى وَيُكًبِرُ فَذَبَحَها بيده

“ Dari Anas ra berkata ia: Pernah Nabi saw berkorban dua ekor kibash yang bagus-bagus, maka aku melihat Dia meletakkan tapak kakinya di atas batang leher kibash-kibash itu LALU dibacanya BismiLlah dan bertakbir, kemudian Dia menyembelih dengan tangannya”. – Riwayat Imam al-Bukhari.

Mengikut Qaul Jadid dalam mazhab Syafie, pembahagian daging korban adalah:
a- 1/3 Makan
b- 1/3 Hadiahkan
c- 1/3 Sedekahkan kepada fakir miskin.

HARAM AMBIL UPAH KORBAN

Orang yang mengurus menyembelih korban diharamkan mengambil sebarang upah walaupun kulit binatang korban sekalipun.

Sabda RasuluLlah saw,

عن علِي رضى الله عنه قال رسول الله (ص) أنْ أَقُومَ على بُدْنِهِ وأَنْ أُقَسِّمَ لحومَها وجِلالَها وجُلودَهاوأمرني أن لاأعطي الجازِرَ منها شيئا وقال نَحن نُعطيهِ من عندنا
- رواه البخارى ومسلم .

Dari Ali ra berkata ia : Telah memerintahkan aku oleh RasuluLlah saw supaya aku berdiri di atas untanya, dan supaya aku bahagi-bahagikan daging, perhiasan dipunggungnya dan kulitnya. Dan diperintahkannya aku supaya jangan aku memberikan sesuatu upah dari daging korban itu kepada tukang-tukang daging ( orang2 yang mengurus membersihkan daging) kemudian ia berkata: Kami memberikan daging korban itu dari korban kami.” . Riwayat Bukhari & Muslim.

ALLAH TIDAK TERIMA DARAH DAN DAGING KORBAN

Sesungguhnya Allah Ta’ala memerihtahkan korban untuk mendekatkan diri kepadaNya. Sesungguhnya Dialah Pemberi Rezeki . Dia tidak berhajat kepada daging dan darah. Allah tidak menerima darah dan daging korban. Apa yang diterimaNya ialah keimanan dan ketaqwaan ketika berkorban.

لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرْ الْمُحْسِنِينَ(37)

Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. - alHajj : 37

Pergorbanan Nabi Ibrahim as dan Keluarganya.
1. Berdepan dengan ayahnya (Aazar) yang kafir.
2. Berdepan dengan kaumnya yang kafir
3. Berdepan dengan kerajaan Namrud yang kafir.
4. Berdepan dengan ‘kasihsayang ‘ terhadap anak dan isterinya.

Berkorban Demi Menegakkan Agama Allah
Allah memandang tinggi orang yang berkorban untuk menegakkan agamaNya….. Dan di antara amanah yang paling besar ialah amanah untuk ‘menegakkan agama dan memerintah dunia ini dengan agama itu-

إقَامَةُ الدِّينِ وَسِيَاسَةُ الدُّنيَا بِه ’.

Ini adalah amanah kepimpinan ummah dan negara.

Sesungguhnya Allah menuntut kita agar berkorban apa sahaja samada nyawa, harta, masa atau kesenangan SEBAGAI membuktikan keimanan kepadaNya DAN demi menegakkan agamaNya.

Firman Allah,

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ هُمْ الصَّادِقُونَ

{Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya dan mereka tidak ragu (dalam keimanan itu) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka serta diri mereka pada jalan Allah. Merekalah orang-orang yang benar (dalam menghayati keimanan/aqidah)} (al-Hujurat : 15)

Mari kita lihat

Tawaran Hebat Allah yang tidak terbatas mengikut masa dan usia,

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ(10)تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنتُمْ تَعْلَمُونَ(11)يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ(12)وَأُخْرَى تُحِبُّونَهَا نَصْرٌ مِنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرْ الْمُؤْمِنِينَ(13)

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. (surah as-Saff).

Mari kita menjadi penyokong/penolong setia perjuangan Islam…………..

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُونوا أَنصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّهِ فَآَمَنَتْ طَائِفَةٌ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَتْ طَائِفَةٌ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آَمَنُوا عَلَى عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ (14)

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. - asSaff

Selamat Menyambut Aidil Adha dan Selamat Berkorban untuk Islam

Isnin, 23 November 2009

SOLAT HARI RAYA DAN SOLAT JUMAAT PADA HARI YANG SAMA .. APA PANDANGAN ULAMAK?

Pada tahun ini umat Islam di Malaysia akan menyambut hari raya aidil adha pada 27 November 2009 iaitu jatuh kepada hari Jumaat. Lantas, persoalan yang seterusnya berlegar di sekitar kita ialah wajibkah solat jumaat sekiranya hari raya jatuh pada hari tersebut? Sekalipun jika dikira dari sudut rasional, mungkin tidak menjadi masalah kepada setiap muslim untuk menghadiri solat jumaat di negara ini berikutan kemudahan untuk menunaikan solat jumaat sangat terbuka, namun kerana persoalan ini dibincangkan oleh para fuqaha’, maka tidak salah untuk kita turut membuat perbincangan di samping membuka minda seluas-luasnya di dalam menerima pandangan yang berbeza.

Saya cuba untuk menghuraikan persoalan ini berdasarkan pandangan para fuqaha’ sebelum kita membuat sedikit perbandingan berkenaan hujah-hujah yang digunakan. Di dalam isu ini, beberapa pandangan telah dikemukakan para fuqaha :

TIDAK GUGUR KEWAJIPAN SOLAT JUMAAT kepada sesiapa yang sudahpun solat hari raya. Ini merupakan pandangan pandangan Mazhab Hanafi. Menurut Imam Ahmad, solat jumaat merupakan fardhu ain manakala solat hari raya merupakan fardhu kifayah, maka sesuatu yang fardhu kifayah tidak akan menggugurkan kewajipan fardhu ain. Ini turut dinukilkan oleh Ibnu Hazm di dalam kitabnya al-Mahalli.(nombor masalah : 547)

GUGUR KEWAJIPAN SOLAT JUMAAT KEPADA PENUDUDUK YANG JAUH DARIPADA MASJID (AHLIL QURA) DAN TETAP WAJIB KEPADA PENDUDUK YANG DEKAT (AHLIL BALAD). Ini merupakan pandangan mazhab Imam Syafie. Dalil yang dipegang di dalam masalah ini ialah kata-kata Saidina Uthman bin Affan RA :

إِنَّهُ قَدْ اجْتَمَعَ لَكُمْ فِي يَوْمِكُمْ هَذَا عِيدَانِ فَمَنْ أَحَبَّ مِنْ أَهْلِ الْعَالِيَةِ أَنْ يَنْتَظِرَ الْجُمُعَةَ فَلْيَنْتَظِرْهَا وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يَرْجِعَ فَقَدْ أَذِنْتُ لَهُ

Yang bermaksud : Sesungguhnya telah berkumpul kepada kamu pada hari ini dua hari raya, maka barangsiapa yang dari ahlil aliyah (penduduk kampung) yang ingin menunggu solat jumaat, maka tunggulah, dan barangsiapa yang ingin kembali (ke rumah) maka diizinkan baginya. (Muwatta’ Malik, jilid 1 / 116)

GUGUR SOLAT JUMAAT KEPADA MEREKA YANG MENGHADIRI SOLAT HARI RAYA DAN WAJIB KEPADANYA MENGERJAKAN SOLAT ZOHOR. Ini merupakan pandangan yang dipegang oleh Imam Ahmad. Mereka berpegang kepada hadith :

اِجْتَمَعَ فِى يَوْمِكُمْ هَذَا عِيْدَانِ ، فَمَنْ شَاءَ اَجْزَاَهُ مِنَ الْجُمَعَةِ وَانَّا مُجْمَعُوْنَ

Yang bermaksud : “Telah berkumpul pada hari kamu ini dua hari Raya. Sesiapa telah (Bersolat Hari Raya), dia telah menyempurnakan dari solat Jumaat dan sesungguhnya kita telah dikumpulkan”. (H/R Abu Daud 1073. Ibnu Majah 1311. Al-Hakim 1/228. Al-Baihaqi 3/318. Ibnul Abdil Barr (dalam At-Tauhid) 10/272. Al-Khatib (dalam Tarikh Bahgdad) 3/129. Ibnul Qaiyyim (dalam al-Wahiyat). 1/473. Al-Faryabi (dalam Ahkamul Iedain) 150. Ibnul Jarud (dalam Al-Muntaqa) 302. Hadis sahih banyak syahidnya (lihat: Sawathi’ al-Qamarain fi Takhrij Ahadis Ahkamail Iedain), Musaid bin Sulaiman bin Rasyid. Hlm. 211)

Manakala kewajipan ke atas imam pula terdapat dua riwayat dari Imam Ahmad iaitu tidak wajib mendirikan solat jumaat dan pandangan kedua ialah wajib sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Taimiyyah : “Sesungguhnya ke atas imam wajib mendirikan solat jumaat untuk disertai oleh orang-orang yang ingin mendirikannya dan juga mereka yang tidak menghadiri solat hari raya”. (Majmu’ Fatawa, jilid 24/ms 211)

GUGUR KEWAJIPAN SOLAT JUMAAT DAN JUGA SOLAT ZOHOR KEPADA MEREKA YANG MENGHADIRI SOLAT HARI RAYA. Ini merupakan pandangan mazhab Saidina Ali bin Abi Talib, Ibnu Zubair, Ibnu Abbas, ‘Ato’ bin Abi Rabbah dan Al-Syaukani Rahimahumullah. (Majmu’ al-Nawawi, jilid 4/ms 492, Majmu’ Fatawa jilid 24/ms211, Nailul Autor jiilid 3/ms 283).

Manakala di kalangan ulama yang terkemudian yang bersetuju dengan pandangan ini ialah Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah jilid 1/ms 316) dan juga Syeikh Nasiruddin al-Albani yang memberikan komentar terhadap hadis-hadis yang didatangkan Sayyid Sabiq di dalam Fiqh Sunnah tetapi tidak memberikan komentar terhadap pandangannya menunjukkan persetujuannya dengan pandangan Sayyid Sabiq (Tamam al-Minnah, ms 344, 345)

Jika dilihat kepada dalil-dalil yang didatangkan di atas, jelas bahawa hadith yang sahih menunjukkan kepada gugurnya solat jumaat dan juga zohor kepada mereka yang telah menghadiri solat hari raya. Zahirnya, inilah merupakan pandangan yang paling sahih daripada sunnah nabi Muhammad SAW.

Adapun untuk tujuan amalan di Malaysia, salah satu pandangan mazhab Ahmad kelihatan sesuai di mana diwajibkan kepada para imam untuk mendirikan solat jumaat sebagai memberikan peluang kepada mereka yang ingin mendirikannya dan juga kepada mereka yang tidak sempat hadir solat hari raya.
Wallahua’alam.

IBADAH KORBAN.. HUKUM DAN HIKMAH DI SEBALIKNYA...

Beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari raya Aidiladha yang merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam.

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lali baginda bersabda:


إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ

Maksudnya:

“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.

Aidiladha juga diberi gelaran sebagai hari raya haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadah yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima, iaitu ibadah haji. Di samping itu, Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya korban kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.

Ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH sebagaimana firman ALLAH S.W.T:

“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.

Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (KAMI sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah KAMI).



Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian.” – Surah al-Soffaat: 101-108.



Rentetan dari peristiwa ini, saban tahun ketika merayakan hari raya Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-bintang korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan yang kurang bernasib-baik seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi.



KEUTAMAAN MENGERJAKAN IBADAH KORBAN



Ibadah korban ini memiliki keutamaan yang begitu besar bagi mereka yang mengerjakannya.



Firman ALLAH S.W.T:



“Dan KAMI jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama ALLAH untuk kamu; pada menyembelih unta itu ada kebaikan bagi kamu. Oleh itu, sebutlah nama ALLAH (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya. Setelah ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah KAMI memudahkannya untuk kamu (menguasai dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.



Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada ALLAH. Tetapi, yang sampai kepada-NYA ialah amal yang ikhlas berdasarkan takwa daripada kamu. Demikianlah DIA memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat nikmat petunjuk-NYA. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.” – Surah al-Haj: 36-37.



Melalui ayat di atas dapat kita senaraikan beberapa keutamaan ibadah korban seperti berikut:



1) Ibadah korban dapat membawa kebaikan dalam kehidupan bermasyarakat dengan mempereratkan hubungan kasih sayang antara golongan yang kurang bernasib baik seperti golongan fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan seumpamanya dengan golongan yang bernasib baik melalui pengagihan daging-daging korban.



2) Ibadah korban berupaya membentuk insan yang bersyukur melalui penyembelihan haiwan korban yang dilakukannya dengan menggunakan hasil rezeki tersebut dalam rangka beribadah dan mendekatkan diri kepada ALLAH.



3) Ibadah korban dapat membentuk jiwa yang ikhlas kerana sejumlah wang ringgit telah dibelanjakan demi mendapat keredhaan ALLAH.



4) Ia juga merupakan bukti ketakwaan kita kepada ALLAH kerana menurut perintahnya.



5) Ibadah korban merupakan amalan mulia dan sesiapa yang menunaikan ibadah tersebut bakal mendapat ganjaran paling baik, iaitu syurga.



HUKUM IBADAH KORBAN



Para ulamak berbeza pendapat mengenai hukum melakukan ibadah korban. Ia terbahagi kepada dua pendapat, iaitu:



1. Wajib bagi yang mampu.



Ini merupakan pendapat Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Rabi’ah al-Ra’yi, al-Auza’i, al-Laits bin Saad, salah satu dari pendapat Imam Ahmad bin Hanbal dan pendapat ini telah dirajihkan (dibenarkan) oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah. Dalil-dalil yang menyokong pendapat ini adalah seperti berikut:



“Oleh itu, kerjakanlah solat kerana TUHANnmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” – Surah al-Kautsar: 2.



Ayat ini menggambarkan kewajipan ibadah korban sebagaimana kewajipan mengerjakan solat. Ini kerana, kedua-dua ibadah tersebut dihubungkan dengan kata penghubung wau (و) bermaksud ‘dan’ yang mana ia menunjukkan ada persamaan hukum.



Jundab bin Abdillah bin Sufyan al-Bajali r.a berkata:



صَلَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ النَّحْرِ ثُمَّ خَطَبَ ثُمَّ ذَبَحَ فَقَالَ: مَنْ ذَبَحَ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ فَلْيَذْبَحْ أُخْرَى مَكَانَهَا وَمَنْ لَمْ يَذْبَحْ فَلْيَذْبَحْ بِاسْمِ اللَّهِ



Maksudnya:

“Nabi s.a.w solat pada hari al-Nahr (Aidiladha) kemudian berkhutbah lalu menyembelih (bintang) korbannya lantas bersabda: Sesiapa yang menyembelih sebelum solat (hari raya Aidiladha), sembelihlah yang lain sebagai penggantinya dan sesiapa yang belum menyembelih maka sembelihlah dengan nama ALLAH.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 985.



Perintah Rasulullah s.a.w agar mengulangi ibadah korban jika ia dilakukan sebelum solat hari raya Aidiladha menunjukkan ia termasuk perkara wajib. Jika tidak, sudah pasti baginda tidak akan memerintahkan agar penyembelihan diulangi.



Menurut Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda:



مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّنَا

Maksudnya:

“Sesiapa yang memiliki kemampuan (keluasan rezeki) dan tidak menyembelih, maka jangan dekati tempat solat kami.” – Hadis riwayat Imam Ibn Majah di dalam Sunan Ibn Majah, hadis no: 3114



Hadis ini berupa ancaman bagi golongan yang memiliki kemampuan untuk menyembelih pada hari raya Aidiladha tetapi tidak mengerjakan ibadah korban. Ancaman berat ini tidak akan dikeluarkan oleh baginda melainkan ia sebagai bukti mengenai kewajipannya.



Mikhnaf bin Sulaim r.a berkata:



كُنَّا وُقُوفًا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِعَرَفَاتٍ فَسَمِعْتُهُ يَقُولُ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ عَلَى كُلِّ أَهْلِ بَيْتٍ فِي كُلِّ عَامٍ أُضْحِيَّةٌ وَعَتِيرَةٌ. هَلْ تَدْرُونَ مَا الْعَتِيرَةُ؟ هِيَ الَّتِي تُسَمُّونَهَا الرَّجَبِيَّةَ.

Maksudnya:

“Kami bersama Rasulullah dan baginda wukuf di Arafah lalu berkata: Wahai manusia! Sesungguhnya wajib bagi setiap keluarga pada setiap tahun (mengerjakan ibadah) korban dan ‘atirah. Baginda berkata: Tahukah kalian apakah ‘atirah itu?. Iaitu yang dikatakan orang Rajabiyah (kambing yang disembelih pada bulan Rejab).” – Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam kitab Sunan Tirmizi, hadis no: 1438.



Hadis ini jelas membuktikan bahawa ibadah korban dan ‘atirah itu diwajibkan kepada semua umat Islam yang berkemampuan. Walau bagaimanapun, hukum bagi ‘atirah telah dimansuhkan. Namun, ia tidak memansuhkan ibadah korban. Bahkan, kewajipannya masih berterusan hingga sekarang.



2. Sunat atau sunat muakkad (sunnah yang amat dituntut) bagi yang mampu.



Inilah pendapat jumhur (majoriti) ulama dan pendapat Imam Syafie r.h. Golongan ini berpegang kepada dalil-dalil seperti berikut:



Menurut Ummu Salamah r.a, Nabi s.a.w telah bersabda:



إِذَا دَخَلَتْ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا



Maksudnya:

“Jika masuk sepuluh hari pertama Dzulhijjah dan salah seorang daripada kamu semua ingin menyembelih (haiwan) korban, janganlah memotong sedikitpun dari rambut dan kukunya.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1977.



Dalil ini menunjukkan bahawa ibadah korban tidak wajib berdasarkan kata-kata baginda ‘dan salah seorang antara kamu semua yang ingin’. Ia menggambarkan kepada kita bahawa baginda memberi pilihan kepada sesiapa sahaja sama ada untuk menyembelih atau sebaliknya. Seandainya ibadah korban itu wajib, pasti baginda memberi pilihan kepada seseorang sambil berkata: “Janganlah memotong rambut dan kukunya sehingga selesai menyembelih haiwan korban.”



Jabir r.a berkata:



شَهِدْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الأَضْحَى بِالْمُصَلَّى فَلَمَّا قَضَى خُطْبَتَهُ نَزَلَ مِنْ مِنْبَرِهِ وَأُتِيَ بِكَبْشٍ فَذَبَحَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدِهِ وَقَالَ بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ هَذَا عَنِّي وَعَمَّنْ لَمْ يُضَحِّ مِنْ أُمَّتِي



Maksudnya:

“Aku menyaksikan bersama Nabi s.a.w solat Aidiladha di musolla (tanah lapang). Ketika selesai berkhutbah, baginda turun dari mimbar lalu dibawakan seekor kambing lantas Rasulullah menyembelihnya dengan tangannya sendiri sambil berkata: Bismillah wallahu Akbar (Dengan nama ALLAH dan ALLAH Maha Besar). Ini daripadaku dan daripada umatku yang belum meyembelih.” – Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunan Abu Daud, hadis no: 2427.



Selain itu, kata-kata baginda ‘ini dariku dan dari umatku yang belum menyembelih’ diungkapkan secara lafaz mutlak dan umum bukan secara khusus. Bermakna, memadai ibadah ini diwakilkan kepada seseorang sebagaimana baginda mewakili seluruh para sahabat yang masih belum melakukan korban.



Inilah dalil menunjukkan ibadah korban tidak wajib. Sekiranya ia wajib, tentu bagi mereka yang meninggalkan ibadah tersebut berhak dihukum dan tidak memadai baginda mewakilkan korbannya itu kepada seseorang.



Abu Sarihah al-Ghiffari, beliau berkata:



مَا أَدْرَكْتُ أَبَا بَكْرٍ أَوْ رَأَيْتُ أَبَا بَكْرٍ وَ عُمَرَ كَانَا لاَ يُضَحِّيَانِ – فِي بَعْضِ حَدِيْثِهِمْ – كَرَاهِيَّةَ أَنْ يُقْتَدَى بِهِمَا



Maksudnya:

“Aku mendapati Abu Bakar atau melihat Abu Bakar dan Umar tidak menyembelih (haiwan) korban – dalam sebahagian hadis mereka – khuatir dijadikan ikutan orang terkemudian.” – Hadis riwayat al-Baihaqi di dalam Sunan al-Kubra, jil. 9, ms. 295. Syeikh al-Albani telah mensahihkan riwayat ini di dalam Irwa’ al-Ghalil, hadis no: 1139.



Seandainya ibadah korban itu wajib, pasti Abu Bakar dan Umar r.a akan mendahului umat Islam dalam melakukan ibadah korban.



Sebelum membuat rumusan tentang hukum ibadah korban, kita hendaklah fahami bahawa hukum sunat atau wajib berkaitan sesuatu ibadah hanyalah berbentuk kajian ilmiah dan bertujuan mengetahui sama ada sesuatu amalan itu dibenarkan untuk ditinggalkan ataupun tidak sahaja. Namun, bagi mereka yang mencintai sunnah Nabi s.a.w sekiranya sesuatu amalan itu tsabit daripada baginda s.a.w mereka akan berusaha bersungguh-sungguh mengerjakannya tanpa memikirkan sama ada ia wajib atau sunat.



Namun, kedua-dua pendapat tersebut memiliki hujah daripada baginda s.a.w dan seharusnya kita berlapang dada dalam permasalahan khilafiyah sebegini.



Syeikh Muhammad al-Amin al-Syingqiti r.h berkata:



“Aku telah meneliti dalil-dalil daripada sunnah mengenai pendapat yang mewajibkan dan yang tidak mewajibkan ibadah korban. Menurut pandangan kami, tidak ada satu dalil dari kedua-dua pendapat tersebut yang kuat, pasti dan selamat dari kritikan sama ada menunjukkan ia wajib atau tidak…

Yang rajih (tepat) menurutku dalam hal yang tidak jelas mengenai nas-nas dalam suatu perkara kepada suatu perkara yang lain bahkan tanpa mempunyai dalil yang kuat dan jelas ialah berusaha sedaya mungkin keluar dari khilaf dengan melakukan korban apabila mampu. Ini kerana, Nabi s.a.w bersabda: “Tinggalkanlah perkara yang ragu kepada yang tidak ragu.”

Sepatutnya, seseorang tidak meninggalkannya apabila mampu kerana menunaikannya sudah pasti menghilangkan tanggung jawabnya.” – Rujuk Kitab Adhwaa’ al-Bayaan Fi Idhah al-Quran bil Qur’an karya Syeikh Muhammad al-Amin al-Syanqiti, jil. 5 ms. 618.



Oleh itu, penulis lebih cenderung kepada pendapat jumhur (majoriti) ulama kerana mustahil Abu Bakar dan Umar r.a meninggalkan sesuatu amalan yang wajib apatah lagi mereka berdua merupakan imam yang layak manjadi ikutan dan kelayakkan mereka telah dijamin oleh Rasulullah s.a.w



Sabda Rasulullah s.a.w:



فَإِنْ يُطِيعُوا أَبَا بَكْرٍ وَ عُمَرَ يَرْتَشُدُوا

Maksudnya:

“Sekiranya mereka semua mentaati Abu Bakar dan Umar, pasti mereka mendapat petunjuk.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 681

Jumaat, 13 November 2009

MENCARI LAILATUL QADR DI MEKAH 2010

MENGERJAKAN UMRAH ++++ MENCARI LAILATUL QADAR DI TANAH SUCI (10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN)

(TARIKH JANGKAAN BERTOLAK 28 ATAU 29 OGOS 2010 DENGAN AIR ASIA DAN AIR ARABIA DAN PULANG PADA 9/11/13 SEPTEMBER 2010 DENGAN MAS)


CATATAN: CUTI SEKOLAH 4-12 SEPTEMBER 2010. BAGI GURU ANDA PERLU MEMOHON CUTI REHAT KHAS SELAMA 4 HARI IAITU PADA 30/8, 1/9.2/9 DAN 3/9 MANAKALA YANG PULANG PADA 13 SEPTEMBER 6 HARI IAITU 13/9 DAN 14/9

BERMINAT UNTUK MENCARI LAILATUL QADAR DI TANAH SUCI MEKKAH MENGHIMPUNKAN BEBERAPA KELEBIHAN

@ UMRAH MENYAMAI IBADAT HAJI
@ SOLAT DI MASJIDIL HARAM 100000X BERBANDING MASJID LAIN
@ LAILATUL QADAR LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN

1. Baginda saw bersabda bermaksud, “Umrah dalam bulan Ramadan menyamai (pahalanya dengan mengerjakan) Haji ”.HR Imam Ahmad

2. Dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Satu sambahyang dimasjidku lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjidil Haram (dimekah): dan satu sembahyang di masjidil haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu sembahyang di masjid-masjid yang lain.” HR Imam Ahmad

3.Sabda Rasul s.a.w ” Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan” (HR Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

*KOS ADALAH UNTUK 4 ORANG SEBILIK. SEKIRANYA SAUDARA INGIN TINGGAL SEBILIK SUAMI ISTERI KOSNYA LEBIH MAHAL. PERLU TAMBAH RM1500 SEORANG. TINGGAL 3 ORANG SEBILIK PERLU TAMBAH RM500 SEORANG

*KOS TERMASUK PENGANGKUTAN UDARA DAN DARAT SERTA PENGINAPAN DI MEKAH DAN MADINAH DAN LAWATAN SERTA TAKAFUL

*MAKAN DAN MINUM ATAS PILIHAN JEMAAH. HARGA BELUM DITENTUKAN. ANGGARAN SEHARI RM30.00.(BERBUKA DAN SAHUR)

* SEKIRANYA SAUDARA MEMBATALKAN PERJALANAN ATAU ADA HALANGAN YANG MENYEBABKAN SAUDARA TIDAK DAPAT PERGI DEPOSIT TIDAK AKAN DIPULANGKAN

BERMINAT UNTUK PAKEJ INI....?

ATAU..

PAKEJ-PAKEJ UMRAH YANG LAIN MELALUI DARUL MUBARAK TRAVEL & TOURS

BOLEH HUBUNGI SAYA 019 586 2784

Khamis, 12 November 2009

SIBUK PROMOSI UMRAH RAMADHAN 2010

Beberapa hari ini, terasa begitu sibuk sangat.. Banyak yang perlu dilakukan..Antaranya;
1. Minggu-minggu terakhir sesi persekolahan 2009
2. tiket balik kampung yang belum selesai
3. jualan Tafsir Quran perkata yang terlayan. kejap je, habis stok..
4. promosi harga murah Umrah 10 malam terakhir ramadhan 2010..habis dah..Insya Allah tahun depan pergi umrah..mudah urusan dan murah rezeki.
5. promosi pakej umrah hujung tahun.. darul mubarak travel & tour
6. siapkan kerja-kerja hujung tahun sebelum cuti
7. balik kampung 20hb nov 2009

Ahad, 8 November 2009

ISU NON MUSLIM MASUK MASJID... HARUS??...

Dalam isu ini, tiadanya nas mutlak yang melarang orang-orang bukan Islam memasuki masjid. Sebenarnya terdapat khilaf dikalangan ulama; Perbezaan itu bolehlah diringkaskan sebagaimana berikut :


Pertama : Pandangan yang menyatakan HARUS termasuklah Masjidil Haram. Ini merupakan pandangan ulama-ulama mazhab Hanafi. Mereka berhujah bahawa Rasulullah SAW pernah menerima tetamu dari Thaqif yang masih kafir pada masa itu di masjidnya. Ini kerana apa yang menjadi najis bukan tubuh badan mereka tetapi iktikad mereka. Berkenaan firman Allah SWT di dalam surah al-Taubah ayat 28 yang bermaksud : ”Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, Maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini..”


Mereka berhujah bahawa ayat ini menegah orang-orang kafir memasuki Masjidil Haram dalam keadaan telanjang sebagaimana adat mereka ketika jahiliyyah dan perbuatan ini menghina Masjidil Haram. Oleh yang demikian, ’illah larangan bukanlah kekufuran mereka tetapi penghinaan terhadap masjid.


Kedua : DiHARUSkan orang-orang bukan Islam memasuki masjid dengan IZIN KAUM MUSLIMIN kecuali majidil Haram dan masjid-masjid yang ada di Tanah Haram. Ini merupakan pandangan ulama-ulama mazhab Syafie (Lihat Raudhah Tolibin, jilid 1 / ms 296). Pandangan ini merupakan salah satu pandangan Imam Ahmad dan juga pandangan sebahagian ulama Mazhab Hambali.

Hujah mereka ialah kata-kata Said bin Musayyib : Sesungguhnya Abu Sufyan masuk ke Masjid Madinah ketika dia kafir namun itu tidak diizinkan untuk Masjidil Haram. (Rujuk Tafsir Ibnu Abi Hatim di dalam pentafsiran ayat 28, surah al-Taubah)


Pandangan yang ketiga : DiHARAMkan sama sekali bagi orang-orang kafir untuk memasuki masjid. Ini merupakan pandangan Imam Ahmad bin Hanbal dan majoriti fuqaha yang bermazhab Hanbali. Mereka berhujah dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Umar bin Al-Khattab pernah memerintahkan seseorang memasuki masjid tetapi dihalang oleh Abu Musa kerana orang itu seorang Nasrani. Saidina Umar RA tidak membantah kata-kata Abu Musa. Ini menunjukkan pandangan bahwa orang bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke masjid merupakan pandangan yang masyhur di kalangan sahabat. Pandangan ini diperkuatkan oleh al-Qurtubi semasa menafsirkan ayat 28 surah al-Taubah dengan beberapa hujah yang lain).


Pandangan keempat : Tidak dibenarkan orang-orang kafir memasuki masjid sekalipun diizinkan oleh orang-orang Islam melainkan di dalam keadaan dharurat. Jika mereka memasuki masjid sekalipun hendaklah dengan pengawasan orang-orang Islam kerana dibimbangi akan membuat perkara-perkara yang menghina kesucian masjid. Ini merupakan pandangan mazhab Malik (Rujuk Hasyiah al-Showi dan Hasyiah al-Dusuki).

Selain itu, ada juga pandangan para ulama yang membezakan hukum menurut perbezaan jenis kafir itu sendiri samada harbi, zimmi atau ’ahdi.

Perbezaan-perbezaan pandangan ini menunjukkan keluasan fiqh di dalam masalah non-muslim memasuki masjid. Oleh yang demikian, tidaklah wajar mana-mana pihak menyempitkan sesuatu yang tidak jelas dari sudut nas apatah lagi jika sememangnya berpegang dengan mazhab al-Syafie sebagai mazhab rasmi, sudah tentu pandangan yang wajar diambil ialah harus. Di dalam medan dakwah untuk mengajak orang-orang bukan Islam bersama-sama kaum muslimin dan melembutkan hati mereka, pandangan ini wajar diambil selagi mana mereka tidak melakukan perkara-perkara yang menghina kesucian masjid.

Wallahu a’lam.

Khamis, 5 November 2009

Dr MAZA.. "Wajar ditahan".. kata Mufti Perak.

Sabahdaily melaporkan bahawa;

Kes penangkapan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak sepatutnya dijadikan isu dan dipertikaikan. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tindakan itu adalah wajar kerana bekas mufti itu secara terang-terangan tidak mengikut undang-undang yang ditetapkan dalam pentadbiran agama negara ini.

Menurutnya, sebagai sebuah negara berperlembagaan yang memberi kuasa kepada pentadbir-pentadbir agama seperti Jabatan Agama Islam, Majlis Agama dan Mahkamah Syariah menjalankan tugas, penangkapan terhadap mana-mana individu yang mengajar agama tanpa pentauliahan adalah wajar.

“Saya pelik kenapa orang ramai riuh rendah, termasuk orang-orang atasan yang mendukung negara. Perkara ini tak perlu jadi isu.

“Saya juga pelik kenapa Dr Mohd Asri tidak ambil berat dengan amaran yang dibuat Jais sebelum ini, tak ada tauliah memang tak boleh tapi dia tak endahkan,” katanya kepada Sinar Harian semalam, mengulas isu penangkapan bekas mufti itu Selasa lalu.

Mengenai pentauliahan, Harussani berkata, semua pihak perlu akur dengan perlembagaan dan enakmen berkaitannya yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) setiap negeri serta telah disahkan oleh raja-raja.

Menurutnya, enakmen berkenaan sudah diselaraskan di seluruh Malaysia supaya terdapat kawalan dari segi penyebaran agama di setiap negeri.

“Tak ada (tauliah) memang salah, tak ada siapa pun yang berkecuali termasuk saya sendiri. Jika saya hendak berceramah di negeri lain, saya juga mohon tauliah, ibarat kita mohon lesen sama seperti bidang profesional lain yang perlu ada lesen,” katanya.

Beliau berkata, semenjak Islam berada di Malaysia, Mazhab Shafie adalah pegangan umat Islam dan atas dasar itu perlembagaan dalam undang-undang Islam negara ini berperanan mengawal jika terdapat ajaran-ajaran yang bertentangan dihebahkan.

“Negara kita ada prinsip lima rukun negara, kalau tak guna salah satu daripadanya, tak betullah.

“Situasi negara kita sekarang sudah teruk dengan momokan isu politik, cukuplah dengan hal itu sahaja jangan sampai hal-hal agama pula jadi tak betul,” katanya. -S/H

Selasa, 3 November 2009

KONVENSYEN PENDAKWAH NEGERI SABAH 2009

IKLAN,, TERBUKA KEPADA USTAZ-USTAZ DI SABAH, KHASNYA DI TAWAU...
KONVENSYEN PENDAKWAH NEGERI SABAH 2009 AKAN DIADAKAN PADA 11 HINGGA 13 NOVEMBER 2009 DI KOMPLEKS TABUNG HAJI, KOTA KINABALU. PENGANGKUTAN, PENGINAPAN DAN MAKAN MINUM PESERTA DISEDIAKAN SECARA PERCUMA.. BERMINAT?? KETERANGAN LANJUT BOLEH HUBUNGI US. ISIARA (PEGAWAI JAKIM CAWANGAN TAWAU)

Isnin, 2 November 2009

Dr MAZA... Antara Kuliah dan Tauliah, Nasib Sama Para Ustaz?

Bila timbul persoalan kuliah. maka ustaz fikir amat perlu (wajib) menyampaikan ilmu kepada masyarakat. Timbul pula di fikiran ustaz, perlu ada tauliah.. Ini kadang-kadang merumitkan.. Pada hal ustaz yang memberi kuliah agama tersebut telah bertahun-tahun belajar agama sehingga mendapat BA, MA malah ada yang mendapat PhD dalam bidang agama. Apakah perlu begitu.. dan sekiranya tidak mendapat tauliah boleh diambil tindakan undang-undang?

Teringat ketika awal-awal menjejaki menara gading dulu, para ustaz selalu mengingatkan tentang ilmu. Ilmu itu kena belajar dan apabila sudah dapat ilmu, perlu mengajar pula. ALlah menerangkan kepada kita ayat berikut:

﴿وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَآفَّةً فَلَوْلاَ نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَآئِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِى الدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُواْ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ ﴾

"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat memberi peringatan (inzar) kepada kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)". (at-Taubah : 122)

WAJIB MENYAMPAIKAN ILMU AGAMA DAN HARAM MENYEMBUNYIKANNYA

وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَتُبَيِّنُنَّهُ لِلنَّاسِ وَلا تَكْتُمُونَهُ فَنَبَذُوهُ وَرَاءَ ظُهُورِهِمْ
وَاشْتَرَوْا بِه ثَمَنًا قَلِيلا فَبِئْسَ مَا يَشْتَرُونَ(187)لا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَفْرَحُونَ بِمَا أَتَوا
وَيُحِبُّونَ أَنْ يُحْمَدُوا بِمَا لَمْ يَفْعَلُوا فَلا تَحْسَبَنَّهُمْ بِمَفَازَةٍ مِنْ الْعَذَابِ وَلَهُمْ
عَذَابٌ أَلِيمٌ(188)وَلِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): "Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya". Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu. Jangan sekali-kali engkau menyangka (wahai Muhammad, bahawa) orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan - jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya. Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [Aal Imran : 187]

Para ulamak adalah waris Nabi-Nabi. العلماء ورثة الأنبيآء .

Sebagai pewaris mereka mestilah amanah dan bersifat tabligh(menyampaikan) sebagaimana para Rasul.

﴿إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَآ أَنزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَـتِ وَالْهُدَى مِن بَعْدِ مَا بَيَّنَّـهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ أُولَـئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللَّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللَّـعِنُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk." [Surah al-Baqarah : 159]

Sabda Nabi saw,
تناصحوا فى العلم فإن خيانة أحدكم فى علمه أشد من خيانته فى ماله

Maksudnya,” Saling menasihatilah kamu dalam ilmu kerana pegkhianatan seseorang di antara kamu dalam ilmunya lebih jahat daripada pengkhianatannya pada hartabendanya”.

WASIAT NABI SAW

عن أبى بَكرةَ رضي الله عنه، عن النبى صلى الله عليه وسلم، قال : ِليُبَلِّغِ الشاهدُ الغائبَ،
فإن الشاهدَ عسى أن يُبَلِّغَ مَن هو أَوعَى لهُ منه

Dari Abi Bakrah ra dari Nabi saw sabdanya, “ Hendaklah orang hadir (mendengar hadith ku) menyampaikannya kepada orang yang tidak hadir, kerana sesungguhnya diharapkan orang yang disampaikan (hadith) itu kepadanya lebih hafaz dan lebih faham daripada yang menyampaikannya.(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Agama Islam adalah agama untuk seluruh umat manusia tanpa mengira bangsa, tempat dan masa hingga hari kiamat. Untuk meneruskan risalah Nabi saw itu di semua tempat dan zaman MAKA Nabi saw meninggalkan pesannya yang berupa perintah supaya setiap orang yang mendengar hadith Baginda saw dan ajaran yang dibawanya ……menyampaikan/berkuliah kepada orang yang belum mendengarnya.

Dengan itu nyatalah bahawa tugas menyampaikan sesuatu hadith atau hukum agama BUKANLAH tertentu kepada seseorang dengan jalan dilantik(ditauliah), tetapi dengan sendirinya menjadi kewajipan sesiapa yang menghadiri mana-mana majlis pelajaran agama atau hadith atau hukum-hukum Islam……menyampaikannya kepada orang-orang yang tidak hadir dengan sungguh-sungguh jujur dan amanah.

Demikianlah seterusnya dari seseorang kepada yang lain, masing-masing menjalankan tugas menyampaikan ajaran-ajaran Islam walaupun orang yang menyampaikan itu sendiri tidak begitu faham akan maksud hadith atau hukum yang hendak disampaikannya itu.

{ Rujuk : Muqaddimah Mastika Hadith, Jabatan Perdana Menteri Cetakan Kelima Tahun 1986 Muka Surat 101}

TAULIAH DARI ALLAH DAN RASULULLAH SAW

﴿يأَيُّهَا النَّبِىُّ إِنَّآ أَرْسَلْنَـكَ شَاهِداً وَمُبَشِّراً وَنَذِيراً - وَدَاعِياً إِلَى اللَّهِ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجاً مُّنِيراً - وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ بِأَنَّ لَهُمْ مِّنَ اللَّهِ فَضْلاً كِبِيراً - وَلاَ تُطِعِ الْكَـفِرِينَ وَالْمُنَـفِقِينَ وَدَعْ أَذَاهُمْ وَتَوَكَّـلْ عَلَى اللَّهِ وَكَفَى بِاللَّهِ وَكِـيلاً ﴾

"Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada ugama Allah dengan izinNya(perintahNya); dan sebagai lampu yang menerangi. Dan (dengan itu) sampaikanlah berita yang mengembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa sesungguhnya mereka akan beroleh limpah kurnia yang besar dari Allah. Dan janganlah engkau menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkanmu)". [Surah Al-Ahzab : 45 – 48]

Para Mufassirun (Ahli Tafsir) menegaskan maksud بِإِذْنِهِ (dengan izinNya) ialah بأمره (dengan perintah atau arahanNya). Maka setiap pendakwah atau pegkuliah menyampaikan seruan dakwahnya adalah dengan kebenaran daripada ALlah dan perintahNya. Oleh itu kita tidak perlu menunggu kebenaran atau perintah sesiapapun.

Cuba lihat Nabi Ibrahim vs Namrud, Nabi Musa vs Fir’aun, Nabi Muhammad vs Abu Jahal dan Abu Lahab . Mereka disekat untuk berdakwah menyampaikan Islam oleh para pemerintah.

Sabda Nabi saw,

بلغوا عنى ولو آية وحدثوا عن بنى إسرائيل ولاحرج،
ومن كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار

Maksudnya,” Sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat dan ceritakanlah dari hal Bani Israel dan tidak ada salah (kamu tidak menceritakannya). Dan barangsiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka”.[Riwayat Imam al-Bukhari dan Tirmizi.]

Sabdanya lagi;

لا طاعة لمخلوق فى معصية الخالق

Maksudnya,” Tidak boleh taat kepada mana-mana makhluk dalam (keadaan) memaksiati Khaliq (ALlah)”.

PENUTUP
Sabda Nabi saw,

اَلدِّينُ النَّصِيحَةُ ............. {Agama adalah Nasihat}

Siapakah yang tersangat jahat dan zalim?

وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ مَنَعَ مَسَاجِدَ اللَّهِ أَنْ يُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ وَسَعَى فِي خَرَابِهَا أُوْلَئِكَ
مَا كَانَ لَهُمْ أَنْ يَدْخُلُوهَا إِلا خَائِفِينَ لَهُمْ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ وَلَهُمْ فِي الآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar. {Surah al-Baqarah : 114}

والله أعلم

Ahad, 1 November 2009

Perkara Yang Membatalkan Solat menurut mazhab Syafei

malam ini saya telah memberi kuliah di masjid Quba' Taman Wawasan. Pada kali ini, saya memfokuskan tajuk bagi kesempurnaan solat dengan menggunakan Buku "Formula Solat Sempurna" karangan Us. Zaharuddin Abd Rahman.

Antara lain Fokus utama malam ini, Solat seseorang boleh terbatal dengan berlakunya salah satu daripada perkara-perkara berikut:

1- Terbatal toharah dengan kedatangan hadas semasa bersembahyang, samada hadas besar atau kecil, sekalipun tanpa sengaja.

2- Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan atau pakaian atau tempat sembahyang, kecuali segera dibuangkan.

3- Sengaja bercakap walau hanya dengan dua huruf atau satu huruf yang memberikan kefahaman.

4- Melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa seperti makan atau minum.

5- Perbuatan (bukan sembahyang) yang banyak dan berturutan seperti menghayunkan tangan tiga kali, melangkah tiga langkah, melompat dan sebagainya. Perbuatan kecil yang berturutan tidaklah membatalkan sembahyang, seperti menggaru gatal dengan satu anak jari sahaja.

6- Ketawa.

7- Riddah

8- Hilang akal

9- Meninggalkan menghadap kiblat, seperti berpusing atau berpaling dada dalam sembahyang.

10- Terbuka aurat dengan sengaja. Kalaulah ditiup oleh angin, lalu terbuka auratnya dan ditutup dengan segera, tidaklah batal sembahyangnya.

11- Meneruskan satu rukun daripada rukun-rukun sembahyang atau berlalu masa yang membolehkan dia melakukan satu rukun sembahyang, sedangkan dia dalam keadaan syak tentang niatnya (adakah berniat atau tidak?), atau tentang syarat sah sembahyang (adakah sudah berwuduhuk atau belum?) atau tentang kaifiat niat (seperti adakah sembahyang zuhur yang aku niatkan atau asar?).

12- Menukar niat sembahyang kepada sembahyang yang lain. Tetapi jika dia menukarkan niat sembahyang fardhu kepada sunat mutlak untuk sembahyang fardhu secara berjemaah, sedangkan dia sembahyang bersendirian, maka ia tidaklah membatalkan sembahyang, bahkan ia disunatkan. Tetapi jika sembahyang fardhu yang dia sedang bersembahyang hanya tinggal satu rakaat sahaja lagi, maka ia tidak disunatkan menukar niat kepada sunat mutlak, cuma ia diharuskan sahaja.

13- Niat atau azam untuk memutuskan sembahyang.

14- Ragu-ragu samada ingin meneruskan sembahyang atau tidak.

15- Mengikat untuk memutuskan sembahyang dengan sesuatu, seperti kalau telefon berdering, aku akan batalkan sembahyang dan menjawab telefon.

16- Meninggalkan dengan sengaja mana-mana rukun sembahyang, sekalipun rukun qauli (rukun perkataan seperti meninggalkan bacaaan Fatihah), kerana ia menghilangkan peraturan sembahyang. Tetapi kalau ditinggalkan dengan terlupa, tidaklah batal, bahkan hendaklah dilakukannya.

17- Mengulangi dengan sengaja mana-mana rukun fi’li (rukun perbuatan).

18- Mendahulukan dengan sengaja satu rukun fi’li (perbuatan) di atas rukun fi’li yang lain, kerana ia menghilangkan tertib sembahyang.

19- Mengikut imam orang yang tidak boleh menjadi imam seperti si kafir atau lelaki mengikut perempuan.

20- Terlalu memanjangkan rukun pendek, seperti memanjangkan iktidal melebihi kadar bacaan surah al-Fatihah, atau memanjangkan duduk antara dua sujud melebihi kadar bacaan tasyahhud (tahiyyat).

21- Makmum mendahului imam dengan dua rukun fi’li (perbuatan).

22- Makmum terlewat dua rukun fi’li (perbuatan) daripada imam tanpa keuzuran.

23- Sengaja memberi salam bukan pada tempatnya.

24- Sengaja turun untuk duduk tahiyyat awal setelah tertinggal (terlupa) dan sudahpun qiam untuk rakaat ketiga.

25- Mengulangi takbiratul ihram untuk kali kedua dengan niat memulakan sembahyang.


Ini adalah antara penerangan saya secara ringkas tentang perkara-perkara yang boleh membatalkan sembahyang, yang mana sepatutnya bagi sstiap muslim mempelajari dan mengetahuinya.

PERANAN USTAZ/PENDAKWAH DI SABAH...

Semalam (31 okt 2009) Cikgu Anuar Ali(bekas Ketua Pemuda PAS Sabah) diberi peluang memberi kuliah maghrib di Masjid Quba' Taman Wawasan. Beliau mengambil kesempatan tersebut untuk menyentuh isu menarik, sepatutnya diberi perhatian oleh pendakwah/ustaz yang berkhidmat di sabah, antaranya beliau menyebut;

1. meneruskan dakwah kepada seluruh masyarakat di sabah. Golongan Ustaz jangan terhad di sekolah sahaja, seharusnya peranan dakwah perlu disasarkan kepada seluruh masyarakat. Beliau menyatakan ada perkampungan pedalaman di sabah, yang pada awalnya ramai (dalam 200 keluarga) telah memeluk agama Islam, kini hanya tinggal 20 keluarga sahaja lagi yang beragama Islam.

2. gejala murtad yang makin membimbangkan berlaku di sabah, pernah beliau mengadu kes pelajar UMS dari Negeri Sembilan yang telah murtad.

3. memakmurkan masjid; beliau menyebut ada masjid di Bundu Tuhan (dekat Kundasang)yang tidak dimakmurkan telah dijadikan kandang lembu.

menginsafkan.. memotivasikan... Fikir-fikirlah sahabat2 ku... Apa sumbangan kita untuk Islam?..

Sabtu, 31 Oktober 2009

PUISI: BILA USTAZ TERLUPA...

mungkin ini satu fitnah di akhir zaman.
mungkin ini cabaran di akhir zaman..

Golongan ustaz asyik dengan bersukan,
bila asyik memancing pagi dan petang,
bila sibuk mengejar kemewahan dn keseronokan dunia
sehingga mereka terlupa meluangkan masa solat berjamaah di masjid,
hingga tidak memakmurkan masjid,
malas memberi kuliah atau apa sahaja sumbangan kepada masyarakat.

tidak hairan jika mereka orang awam,
meraka tidak faham agama,
mereka mungkin kekurangan ilmu,
maka mereka terlalai dengan keseronokan di dunia.

apakah benar ustaz terlupa;

Lupa untuk solat berjamaah di masjid sehingga para makmun tertunggu-tunggu akan kehadiran imam/ustaz bagi mengimami mereka.

Lupa memberi sumbangan ilmu kepada masyarakat.
Ada yang kata, sudah cukup dengan sumbangan ilmu di sekolah sahaja..

Lupa membetulkan niat..
Menyampaikan ilmu dengan tidak ikhlas..
mengharapkan wang, kemasyhuran dan sebagainya
bukan mengharapkan redha Allah..

ayuh.. marilah.. teruskan dakwah para rasul..
sambung usaha para ulama terdahulu
bersengketa dalam perkara khilafiah tidak perlu
masing menuduh siapa yang silap

tapi adakah sesiapa yang mengingatkan..
siapa yang beramal dengan ilmunya...
daulahkan Islam dalam diri, masyarakat dan negara

Jumaat, 30 Oktober 2009

PROMOSI.... QURAN TAFSIR PERKATA + ASBABUN NUZUL + TERJEMAHAN

QURAN TAFSIR PERKATA + ASBABUN NUZUL + TERJEMAHAN
PERTAMA DI DUNIA


Betapa nikmat membaca Al Qur'an kalau faham kata per kata dari setiap ayat seperti orang Arab. KINI, sudah ada

Al-Qur'an Tafsir Per Kata mempermudah kita dalam memahami erti dan isi al-Qur'an. Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul dan Terjemahan yang memperkayakan Al-Qur'an Tafsir ini. Baru dilancarkan pada sekitar Jun 2009.

Sebuah Tafsir al-Quran yang memaparkan bukan sekadar terjemahan, tetapi mempersembahkan tafsiran bagi setiap patah perkataan al-Quran. Ini kerana Tafsir tidak sama dengan Terjemahan. Terjemahan hanya memindahkan bahasa sesuatu perkataan. Berlainan dengan Tafsir yang menjelaskan kekaburan bagi sesuatu makna perkataan. Di sinilah letaknya kelebihan Tafsir Al-Qur'an Per kata ini berbanding terjemahan-terjemahan al-Quran yang lain. Tafsiran ditulis terus dibawah setiap lafaz arabnya. Terjemahan penuh disertakan di bahagian tepinya. Dilengkapi juga dengan asbab nuzul (sebab turun ayat) dan nota kaki bagi memperjelaskan lagi maksud sesuatu tafsiran.

Kelebihan Tafsir Qur’an Per kata:
Tafsir global yang ringkas, bukan sekadar terjemahan, yang disusun berdasarkan kata per kata dari setiap ayat al-Qur’an
• Mudah dibaca dan difahami, baik secara terpotong-potong kata per kata atau pun secara ayat per ayat.
• Disusun dengan merujuk kepada buku-buku Tafsir yang mu’tabar (diakui)
• Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul, yang memberikan informasi tentang keadaan dan latar belakang turunnya setiap ayat.
• Dilengkapi juga dengan terjemahan.
• Tersedia 5 pilihan warna Cover : Merah, Pink, Hijau, Ungu, Biru (*Bergantung kepada Stok)
• Yang sesuai untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang

SESIAPA YANG BERMINAT, BOLEH MENGHUBUNGI 019-586 2784 (UNTUK KAWASAN TAWAU, SABAH)

HUKUM SOLAT BERJAMAAH... TEGURAN UNTUK PARA USTAZ?..

Terdapat beberapa pendapat ulama’ mengenai hukum solat berjamaah:

1. Sunat mu’akkad – Mazhab Hanafi dan Maliki.

2. Fardu ain/wajib (bukan syarat sah solat) - Ulama’ Hanbali.

3. Fardu kifayah - Pendapat mazhab Syafi’i.

Penjelasan ringkasnya:

1. Para ulama’ yang mengatakannya sebagai sunat Mua'kkad mengemukakan dalil dari beberapa hadis, antaranya ialah:

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Solat berjamaah itu melebihi solat sendirian dengan 27 darjat”. [HR Bukhari No. 645, Muslim No. 650 dari Ibnu Umar ra].

Kata mereka: Hadis ini menjelaskan amalan solat berjamaah adalah afdhal (lebih) baik dari solat sendirian, maka afdhal adalah kelebihan bukan wajib.

2. Para ulama’ yang mengatakan bahawa solat berjamaah itu fardu ain/wajib menggunakan dalil:

i. Sabda Rasulullah saw: “Seberat-berat solat ke atas para munafiqin ialah solat isya’ dan solat subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalam dua solat berkenaan, tentulah mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak. Demi Allah, sesungguhnya mahu sahaja aku memerintahkan orang mendirikan solat berjamaah bersama para hadirin, kemudian aku pergi dengan beberapa orang yang membawa kayu api kepada orang yang tidak menghadirinya, lalu aku bakar rumah-rumah mereka”. [HR Bukhari No. 644. & Muslim No. 651 dari Abu Hurairah]

Hadis ini menunjukkan solat berjamaah wajib ke atas setiap orang (fardhu ain) lelaki yang mampu. Sekiranya solat jamaah adalah sunat tentulah Rasulullah saw tidak memberi amaran untuk membakarnya.

ii. Ibnu Ummi Maktum berkata: Wahai Rasulullah, saya seorang yang buta dan rumahku pula jauh dari masjid. Penunjuk jalan saya tidak serasi dengan diri saya. Adakah keringanan untuk saya bersolat di rumah? Rasulullah saw bertanya: “Adakah engkau mendengar azan?” Jawabku: Ya. Rasulullah saw bersabda: “Kamu tidak mendapat keringanan.” [HR Abu Daud No. 552, “Sahih”].

Rasulullah saw tidak memberi kelonggaran kepada orang buta meninggalkannya, maka orang yang celik tentulah lebih lagi.

3. Fardu kifayah. Jika di dalam suatu kampung atau negeri penduduknya enggan mengerjakan solat berjamaah, pemerintah hendaklah memerangi mereka.

Dalil mazhab ini:

Sabda Rasulullah saw: “Tidak terdapat tiga orang yang mendiami sebuah kampung atau penempatan yang tidak didirikan solat jamaah melainkan mereka akan dikuasai syaitan. Maka hendaklah kamu berjamaah, sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang bersendirian”. (HR Abu Daud No. 547. “Hasan”]

Hadis ini menunjukkan solat berjamaah adalah fardhu kifayah ke atas umat ini. [Lihat: Fiqh Al-Ibadat, Sheikh Hasan Ayyub: 238-247]

Sebab-sebab dibenarkan meninggalkan solat berjamaah;

Keuzuran yang dibenarkan oleh syara’ terbahagi kepada dua bahagian;

a- Keuzuran umum, seperti hujan lebat, angin kencang atau jalan yang terlalu becak dan licin.

Abdullah bin Umar ra telah melaungkan azan pada malam yang sejuk dan berangin. Kemudian beliau berkata: “Bersolatlah di rumah kamu”. Kemudian beliau menyambung lagi: “Rasulullah saw menyuruh muazzin supaya berkata: “(Apabila malam terlalu sejuk dan hujan) bersolatlah di rumah kamu”. [HR Al-Bukhari No. 635, Muslim No. 697]

Kita pasti mengetahui bahawa keuzuran ini jarang sekali berlaku pada hari ini melainkan di kampung pendalaman. Apalagi bagi negeri yang banyak hujan, ianya merupakan suatu kebiasaan bukan keuzuran.

b- Keuzuran Khas seperti sakit, dalam keadaan terlalu lapar dan dahaga, takut kepada orang yang akan melakukan kezalimana ke atas diri dan hartanya, juga ketika menahan diri daripada berlaku hadas, (mahu buang air besar atau air kecil) atau seorang yang berhutang takut keluar berjamaah kerana takut diekori oleh pemberi hutang sedangkan dia tidak mempunyai wang untuk membayarnya. Juga seorang yang baru sudah memakan makanan yang berbau busuk atau berpakaian kotor yang boleh menyakiti dan mengganggu orang lain oleh sebab baunya.

Semua keadaan ini dianggap keuzuran Syarak yang diizinkan untuk seseorang itu tidak menghadiri solat berjamaah. [Lihat Fiqh al-Manhaji: 178-179].

Kesimpulannya:

Solat berjamaah di masjid adalah merupakan satu syiar Islam yang agung. Samada ianya dikira sebagai sunat muakkad, fardhu kifayah atau fardhu ‘ain. Para ulama’ Islam telah sepakat bahawa menunaikan solat lima waktu di masjid adalah merupakan ketaatan yang dituntut dan penghampiran diri kepada Allah swt yang sangat besar.

Kerana itulah terdapat banyak sekali hadis-hadis yang menyebut tentang fadhilat, kepentingan solat jamaah dan larangan meninggalkannya. Di antaranya hadis yang telah disebut di atas tadi:

1. 27 gandaan pahala solat Jamaah.

2. Rasulullah saw mahu membakar rumah orang yang tidak bersolat jamaah.

3. Seorang sahabat ra yang buta meminta izin dari Rasulullah untuk diberi keuzuran daripada pergi ke masjid, tetapi tidak dibenarkan oleh Baginda saw.

4. Syaitan akan menguasai kumpulan tiga orang ke atas yang tidak mendirikan solat jamaah.

5. Meninggalkan solat jamaah adalah salah satu tanda-tanda orang munafiq. Kata Abdullah bin Mas’ud ra: “Kami dapati tidak ada orang yang cuai atau tidak datang untuk bersolat jamaah di masjid kecuali beliau ialah seorang yang telah dikenal pasti sebagai seorang munafiq ataupun orang sakit. Jika orang sakit dia akan dipimpin oleh dua orang sehingga sampai ke tempat solat.” Katanya lagi: “Nabi saw telah mengajar kami sunnahnya sebagai petunjuk, dan di antara sunnahnya ialah solat jamaah di masjid yang dilaungkan azan padanya.” [HR Muslim: 654].

6. Tidak dibenarkan keluar dari masjid orang yang telah berada di dalamnya apabila azan. Dari Abu Asy-Sya’tha’: “Kami sedang duduk di masjid bersama Abu Hurairah ra, tiba masa muazzin pun melaungkan azan. Tiba-tiba seorang lelaki bangun lalu berjalan keluar dari masjid, Abu Hurairah menjelingnya dengan ekor mata. Setelah lelaki itu keluar beliau berkata: “Orang itu telah menderhaka kepada Abu Al-Qasim (Rasulullah saw).” [HR Muslim: 655].

Abu Hurairah ra telah menganggap perbuatan tersebut sebagai menderhaka kepada Rasulullah saw kerana meninggalkan solat jamaah.

Kata ulama’: Sekiranya seorang itu keluar kerana keuzuran seperti ingin berwudhuk, menunaikan hajat atau menunaikan solat berjamah di masjid lain maka ia tidak termasuk dalam larangan tersebut.

Jika sedemikian sekali Rasulullah saw telah memperingati tentang kelebihan solat jamaah dan memberi amaran tentang keburukan meninggalkannya, maka kita sebagai umatnya yang mukmin tidak patut sekali meninggalkan amalan sunnah yang begitu mulia dan penuh manfaat duniawi dan ukhrawi ini tanpa keuzuran dan rukhsah yang dibenarkan Syarak dengan sewenang-wenangnya.

Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar dipermudahkan untuk melakukan kebajikan dan kebaikan serta segala amal ibadat kita diterima-Nya dan mati pada jalan yang diredhai-Nya. Amin.

Ini yang saya kutip dari tulisan Dr. Abdul Basit Abdul Rahman (www.abuanasmadani.com).

Khas untuk golongan yang bergelar ustaz/ilmuan;
Marilah kita menunjukkan contoh teladan yang baik kepada masyarakat Islam (orang awam). Sepatutnya kita berebut-rebut dalam mendapatkan ganjaran pahala. Jika pada bulan Ramadhan kita boleh hadir ke masjid untuk solat Tarawih (walaupun hukumnya sunat) padahal kita sibuk atau penat dengan kerja, pasti cuba hadir.. Kenapakah solat fardhu harian tidak dapat kita lakukannya?
Wahai ustaz-ustaz, masyarakat memperkatakan tentang kalian semua. Walaupun segelintir sahaja, tapi bak kata orang, kerna nila setitik, rosak habis... Apakah kalian tidak mengetahui hukum, atau kerana terlebih tahu... Jadi bila lagi mahu beramal?? Marilah kita solat berjamaah dan memakmurkan masjid, rumah Allah... Moga ilmu yang kita dapat, diberkati..Amin..

Khamis, 29 Oktober 2009

SOLAT BERJAMAAH... MARILAH RAMAI-RAMAI...

بسم الله الرحمن الرحيم الحمدلله رب العالمين ونصلى
ونسلم على سيدنا ونبينا محمد صلى الله عليه وسلم. اما بعد

PERTAMA; Bersyukur kerana kita dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman. Sebagai orang yang beriman kita hendaklah sentiasa membuat muhasabah dan renungan ke dalam diri kita, ditahap mana sebenarnya keimanan kita, adakah iman kita semakin hari semakin meningkat, atau ianya semakin menurun.

•Imam al Ghazali (dalam kitab Bidayah al-Hidayah) telah membahagikan manusia ini kepada tiga darjat:

1. سَالِمٌ : Orang selamat – iaitu orang yang hanya menunaikan perkara yang fardhu dan meninggalkan maksiat.

2. َرابِحٌ : Orang yang beruntung – iaitu orang yang menunaikan perkara yang fardhu, meninggalkan maksiat, dan menambah pula dengan amalan sunat.

3. خَاِسرٌ : Orang yang rugi – iaitu orang yang sedikit atau cuai daripada melakukan perkara fardhu.

•Untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi-Nya, kita hendaklah mengerjakan sebanyak mungkin ibadat kepada-Nya. Namun begitu amalan yang paling baik ialah yang kekal dan istiqamah mengerjakannya. Sabda Rasulullah (saw);
أَحَبَّ الأعمالِ إلى اللهِ أدْوامُها وإنْ قَلَّ
-رواه البخاري ومسلم-
(Amalan yang sangat dikasihi oleh Allah ialah amalan yang tetap,
kekal dan tekun selalu walaupun sedikit)


•Dalam melaksanakan ibadat harian, kita hendaklah mengutamakan perkara-perkara yang fardhu, diikuti dengan yang sunat. Amalan yang sunat hendaklah dilakukan sebanyak-banyaknya, sebagai penambahan kepada amalan-amalan yang fardhu.

Namun begitu dalam kaedah agama ada menyebut;

ما لا يُدْرِكُ كُلُّهُ لا يُتْرَكُ كُلُّهُ

(Apa yang tidak dapat dibuat semuanya, jangan ditinggalkan kesemuanya)

•Dengan rahmat dan hidayah dari Allah (swt) pada ketika ini kita berada di rumah Allah, dinaungi dengan keredhaan dan keberkatan Allah, dipayungi oleh para malaikat Allah. Rasulullah (saw) bersabda;

الغُدُوُّ والرَّواحُ إلى المْسجدِ مِن الجهادِ فى سبيلِ اللهِ - رواه الطبراني

(Berulang alik ke masjid termasuk di dalam jihad fi sabilillah)

•Dalam hadis yang lain Rasulullah (saw) bersabda;

أَحَبُ الْبِلادِ إلى اللهِ مَساجِدُها وأبْغَضُ البلادِ إلى اللهِ أسْواقُها

- رواه مسلم عن ابي هريرة –

Sekasih-kasih tempat di atas (muka bumi) di sisi Allah ialah masjidnya,
dan sebenci-benci tempat (muka bumi) di sisi Allah ialah pasar-pasar.

•Mengapa masjid disukai Allah?
 Semulia-mulia tempat kerana ia adalah rumah ibadat kepada Allah.
 Menjadi tempat asas taqwa
 Tempat di mana turunnya rahmat Allah.

•Mengapa pasar dibenci Allah?
 Ia tempat yang melalaikan.
 Tempat banyak berlakunya penipuan, penindasan, takbur dan tamak.
 Tempat tersebarnya fitnah, sumpah palsu, dusta dan lain-lain kejahatan.


2. Bagaimana Solat Berjamaah Membentuk Ummah Cemerlang?

- Persoalan ini dapat kita huraikan dengan melihat kepada hikmat-hikmat yang terdapat dalam solat berjamaah itu sendiri, samada hikmat-hikmat itu telah disebutkan oleh Rasulullah (saw), para ulamak selepas baginda atau berdasarkan pemerhatian dan kajian yang boleh kita lakukan sendiri, antara hikmat-hikmat solat berjamaah yang dapat memacu ke arah pembentukan ummah cemerlang ialah;

1. Orang yang solat berjamaah akan mendapat penghormatan daripada Allah (swt).

- Penghormatan daripada Allah ini dijelaskan melalui ganjaran pahala yang dijanjikan melalui hadis-hadis Rasulullah (saw), antaranya;
• Solat berjamaah akan diberi ganjaran pahala sebanyak 27 kali ganda berbanding solat bersendirian.
• Setiap langkah untuk menunaikan solah berjamaah akan diberikan sepuluh kebajikan dan dihapuskan sepuluh kejahatan.
• Sesiapa yang berjalan kerana pergi solat fardhu berjamaah, maka pahalanya sebagaimana pahala mengerjakan ibadat haji, dan sesiapa yang berjalan kerana pergi solat sunat berjamaah, maka pahalanya sebagaimana pahala mengerjakan satu umrah sunat.

- Dari sudut keutamaan solat fardhu secara berjamaah adalah sebagaimana susunan berikut:(2)
 Solat fardhu Jumaat
 Solat fardhu Subuh pagi Jumaat
 Solat fardhu Subuh
 Solat fardhu Isyak
 Solat fardhu Asar
 Solat Fardhu Zohor
 Solat Fardhu Maghrib

(2) Lihat dalam Kitab Fathu al-Mu’in, disebut juga di dalam kitab Muniyyat al Musolli
2. Solat berjamaah membentuk budaya disiplin dan kepatuhan kepada pemimpin atau ketua.

- Imam adalah perlambangan sebagai ketua/pemimpin yang mesti dipatuhi dan ditaati selama mereka tidak mendorong orang yang dipimpinnya melakukan perkara mungkar.

- Begitu juga imam di dalam solat, ia mesti diikuti, dipatuhi selama mereka tidak melakukan perkara yang membatalkan atau menyalahi perlakuan-perlakuan solat.

- Solat berjamaah akan menjadi lebih istimewa apabila imamnya adalah orang yang soleh, ahli kebajikan dan mengelokkan sesuatu keadaan serta elok bacaannya.

- Antara isu-isu yang dibincangkan di dalam kitab-kitab fekah ialah:
 Ma’mum menyamai atau mendahului imam; seperti dalam takbiratulihram, ruku’, i’tidal, sujud, duduk di antara dua sujud, duduk tahiyyat dan memberi salam. Perlakuan seperti ini mungkin menyebabkan kurang sempurna solat berjamaah tersebut, bahkan dalam keadaan tertentu ia boleh membatalkan batal solat tersebut.

 Yang sempurna bagi ma’mum ialah melakukan setiap perlakuan solat itu dibuat selepas imam sempurna melakukannya, seperti imam telah sempurna takbiratulihram, sempurna ruku’, i’tidal, sujud (setelah dahi imam mencecah tempat sujud), duduk antara dua sujud, duduk tahiyyat dan memberi salam (sempurna salam yang kedua imam).

 Ma’mum yang memberi salam pertama, sebelum imam selesai memberikan salamnya yang kedua, menyebabkan terputusnya hubungan makmum dengan imam, bermakna ma’mum tidak akan mendapat kesempurnaan pahala berjamaah.

 Antara adab yang perlu dijaga (akan menambahkan pahala solat berjamaah) ialah duduk seketika selepas salam untuk berzikir bersama imam, sehingga imam mengubah kedudukannya dengan berpaling ke kanan. Sekiranya ma’mum menunggu berzikir bersama imam sehingga selesai, akan menambahkan lagi kesempurnaan pahala berjamaah itu, walaupun berzikir itu tidaklah diwajibkan mengikut imam.

- Adalah tidak patut apabila selesai sahaja solat kita terus bangun dengan tidak bertasbih atau berzikir menyebut Allah walau sepatah pun. Orang yang terus bangun berdiri sesudah solat itu adalah orang yang tidak merasai kelazatan berhadapan dan bermunajat dengan Allah Rabbul’alamin.

- Antara zikir-zikir khusus selepas solat subuh dan maghrib adalah berdasarkan hadis Rasulullah (saw); (3)
1. عن ابي ذر رضي الله عنه قال، قال رسول الله (صلعم):
من قال في دبر صلاة الفجر وهوثاني رجليه
قبل ان يتكلم لا إله إلا الله وحده لا شريك له له المك وله الحمد يحيى ويميت
وهو على كل شيئ قديرعشر مرات كتب له عشر حسنات ومحيت عنه عشر سيئات
ورفع له عشر درجات وكان
يومه ذلك في حرزمن كل مكروه وحرس من الشيطان ولم ينبغ لذنب أن يدركه في ذلك اليوم إلا الشرك بالله. (رواه الترميذي)

(Sesiapa yang membaca selepas solat fardhu subuh sedang ia masih melipat kakinya sebelum ia berkata-kata (dengan kalam duniawi)لا إله إلا الله وحده لا شريك له (hingga akhir)sepuluh kali, ditulis untuknya sepuluh Kebajikan, dan dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan, dan diangkat baginya sepuluh darjat, dan adalah ia pada hari itu adalah benteng yang dikawal dari setiap yang tidak disukai, dan dari syaitan, dan tidak sepatut sebarang dosa mengenainya pada hari itu (segala dosa diampunkan baginya – jika dikehendaki Allah), kecuali syirik dengan Allah).

(3) Lihat kitab Tuntutan Jiwa; Ke Arah Kesempurnaan Ibadat. Hj. Nik Abd Kadir Hj. Nik Muhammad (1998)
2. قال رسول الله (صلعم): من قال لا إله إلا الله وحده لا شريك له له المك وله الحمد يحيى ويميت
وهو على كل شيئ قدير عشر مرات عشر على أثر المغرب بعث الله مسلحة يحفظونة من الشيطان
حتى يصبح، وكتب الله له بها عشر حسنات موجبات ومحا عنه عشر سيئات موبقات، وكانت له
بعدل عشر رقاب مؤمنات (رواه الترميذي)
(Sesiapa yang membaca لا إله إلا الله وحده لا شريك له (hingga akhir)sepuluh kali selepas maghrib, Allah akan menghantar sekumpulan malaikat menjaganya dari syaitan hingga waktu subuh. Dan ditulis oleh Allah untuknya sepuluh kebajikan,yang menyelamatkan dan menghapuskan daripadanya sepuluh keburukan yang membahayakan dan adalah untuknya pahala seperti memerdekakan sepuluh hamba yang beriman.

3. ممباخ اللهم أجِرْني مِنَ النّار (7 كالي)
(Ya tuhan ku, selamatkanlah aku dari neraka)
Abu Daud meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) ada bersabda; ”Apabila kamu selesai dari solat maghrib, bacalah tujuh kali اللهم أجِرْني مِنَ النّار maka sekiranya engkau mati pada malam itu, Allah tulis bagi engkau terselamat dari neraka, dan apabila selepas solat subuh dibaca demikian, sekiranya engkau mati pada hari itu, ditulis bagi engkau selamat dari neraka.”

3. Solat berjamaah membentuk ukhuwah dan erti persahabatan sesama Islam:

- Solat berjamaah dapat membentuk ukhuwah dan memberikan pengertian sebuah persahabatan atas dasar kepentingan agama. Sebab itulah Rasulullah (saw) telah mengambil tindakan segera selepas berhijrah ke Madinah dengan mempersaudarakan golongan Ansar dan Muhajirin, dengan tujuan untuk membentuk satu ikatan dan membina kekuatan ummah.

- Sheikh Daud bin Abdullah al Fatani, menyebut di dalam kitabnya (Munyah al Musolli); ”Orang yang lalai daripada berjamaah dikira sangat kelupaannya terhadap kepentingan agama dan sangat sedikit kesungguhannya mengenai kerja-kerja berkaitan dengan akhirat.

- Dengan menghadirkan diri ke masjid untuk menunaikan solat berjamaah, akan membuka ruang yang lebih luas untuk kita mengenali diri jiran dan rakan taulan kita. Lebih-lebih lagi dengan ta’rifan orang-orang yang baik yang diberikan oleh agama terhadap orang-orang yang mengerjakan solat berjamaah di samping penghormatan yang diberikan oleh Allah terhadap mereka.

- Antara hadis Rasulullah (saw) yang berkaitan dengan persahabatan ini dapat dilihat melalui sabdanya:

الْمَرْءُ على دينِ خِليلِهِ، فلْيَنْظُرْ أحدُكُم مَنْ يُخالِل -رواه ابو داود وترميذي زحسنه البيهقى-
(Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya, oleh kerana itu
hendaklah seseorang kamu melihat terlebih dahulu siapakah
yang patut dijadikan sahabatnya.)

- Kesilapan memilih sahabat, akan mendorong kita melakukan perkara dosa dan maksiat sebagaimana yang dilakukan oleh sahabat-sahabat kita, Rasulullah (saw) bersabda;
مَنْ أعانَ على معصيةٍ وَلَوْ بِشَطْرٍ كلِمَةٍ كان شريكَ له فيها
)Sesiapa menolong orang lain melakukan maksiat walaupun hanya dengan
setengah kalimah, maka orang itu dikira berkongsi di dalam melakukan
maksiat tersebut)

4. Orang yang solat berjamaah berpeluang berada di dalam majlis ilmu.

- Menjadi kebiasaan di negara kita, masjid-masjid menganjurkan majlis ilmu selepas solat maghrib. Majlis ilmu ini akan dikendalikan oleh orang-orang yang mempunyai kelayakan dan diiktiraf oleh masyarakat. Justeru itu orang-orang yang hadir menunaikan solat berjamaah akan berpeluang mengikuti kuliah-kuliah agama atau perbincangan isu-isu semasa berkaitan dengan agama secara langsung dengan guru-guru berkenaan. Rasulullah (saw) bersabda;
مَنْ خرجِ فى طلبِ العلمِ فهو فى سبيلِ اللهِ حتى يَرْجِع -رواه ترميذي-
(Sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu, maka ia berada fi sabilillah
hinggalah dia pulang).

- Isu yang timbul dalam masyarakat hari ini ialah apabila masyarakat lebih cenderung menerima ilmu, khususnya ilmu-ilmu agama daripada mereka yang bukan ahli dalam ilmu-ilmu agama, menyebabkan hujah-hujah yang diberikan lebih bersandarkan kepada logik-logik akal sahaja. Rasulullah (saw) bersabda;
آفةُ الدينُ ثلاثةُ، فقيهٌ فاجِرٌ وإمامٌ جائِرٌ ومُجْتَهِدٌ جاهِلٌ -رواه الديلمي عن ابن عباس-
(Penyakit agama ada tiga perkara; orang alim yang fasik,
ketua yang zalim,dan orang jahil yang mengaku mujtahid)

- Ilmu-ilmu agama hendaklah bersandarkan kepada al-Quran dan hadis serta huraian-huraian yang dibuat oleh para ulamak. Fatwa-fatwa atau pandangan para ulamak tersohor seperti empat imam mazhab dan lain-lain yang tersohor dari sudut keilmuan mereka tidak boleh dipertikaikan oleh kita hari ini, kerana para ulamak tersebut sebelum mengeluarkan sesuatu fatwa atau pandangan telah menguasai kepelbagaian disiplin ilmu agama yang sangat tinggi, sebab itulah Rasulullah (saw) menyebut العلماء وراثة الأنبياء .

AKHIRAN
 Pembinaan sesuatu ummah sebenarnya bermula daripada masjid sebagaimana Rasulullah tunjukkan dengan pembinaan Masjid Quba’ dan Masjid Nabawi di Madinah. Masjid adalah syiar Islam, manakala solat berjamaah adalah perkara asas yang mengikat persaudaraan dan pembinaan insan yang berkualiti.

kasihislami.blogspot.com