Khamis, 9 September 2010

HUKUM SOLAT JUMAAT BILA AIDIL FITRI HARI JUMAAT...

Soalan: “Apakah benar jika hari raya jatuh pada Hari Jumaat maka sesiapa yang telah menunaikan Solat Hari Raya tidak wajib lagi untuk menunaikan Solat Jumaat?

Dalam persolan ini terdapat beberapa hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah saw;
Pertama: Hadis Zaid bin Arqam
عَنْ إِيَاسِ بْنِ أَبِي رَمْلَةَ الشَّامِيِّ قَالَ: شَهِدْتُ مُعَاوِيَةَ بْنَ أَبِي سُفْيَانَ وَهُوَ يَسْأَلُ زَيْدَ بْنَ أَرْقَمَ قَالَ: أَشَهِدْتَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِيدَيْنِ اجْتَمَعَا فِي يَوْمٍ؟ قَالَ: نَعَمْ، قَالَ: فَكَيْفَ صَنَعَ؟ قَالَ: صَلَّى الْعِيدَ ثُمَّ رَخَّصَ فِي الْجُمُعَةِ. فَقَالَ: ((مَنْ شَاءَ أَنْ يُصَلِّيَ فَلْيُصَلِّ). رواه أبو داود (1590)،
Muawiah bin Abi Sufyan bertanya kepada Zaid bin Arqam r.a: Pernahkah awak meyaksikan hari raya yang terkena pada hari Jumaat pada zaman Rasulullah SAW? Jawabnya: Ya! Kata Muawiah: Bagaimana Rasulullah melakukannya? Kata Zaid: Nabi SAW melaksanakan solat Eid (pada suatu hari Jumaat) kemudian Baginda memberikan rukhshah (kemudahan/keringanan) dalam solat Jumaat dengan bersabda: “Barangsiapa yang mahu solat (Jumaat), hendaklah dia solat.” [HR. Al-Khamsah, kecuali At Tirmizi. Hadis ini ditashih oleh ramai ulama’].
Kedua: Hadis Abu Hurairah:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ: ((قَدْ اجْتَمَعَ فِي يَوْمِكُمْ هَذَا عِيدَانِ فَمَنْ شَاءَ أَجْزَأَهُ مِنْ الْجُمُعَةِ، وَإِنَّا مُجَمِّعُونَ)) رواه أبو داود رقم: 1073.
Sabda Nabi saw: “Telah berkumpul pada hari kamu ini dua hari raya, sesiapa yang mahu memadailah baginya solat hari raya bagi solat Jumaat (tidak wajib Jumaat), adapun kami (Nabi SAW) akan menunaikan (juga) solat Jumaat” [Riwayat Abu Daud, Ahmad, Ibn Majah. Dinilai sahih oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh al-Zahabi. Al-Albani juga menyatakan sahih].
Ketiga: Hadis Abdullah bin Abbas.
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ: ((اجْتَمَعَ عِيدَانِ فِي يَوْمِكُمْ هَذَا، فَمَنْ شَاءَ أَجْزَأَهُ مِنْ الْجُمُعَةِ، وَإِنَّا مُجَمِّعُونَ، إِنْ شَاءَ اللَّهُ)). رواه ابن ماجة رقم: 1311.
Sabda Nabi Saw: “Telah berkumpul dua hari raya pada hari kamu ini, sesiapa yang mahu memadailah baginya solat hari raya bagi solat Jumaat (tidak wajib Jumaat), adapun kami (Nabi s.a.w) akan menunaikan (juga) solat Jumaat, Insya’Allah”. [HR: Ibnu Majah]
Ketiga: Hadis Abdullah bin Umar.
عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: اجْتَمَعَ عِيدَانِ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى بِالنَّاسِ، ثُمَّ قَالَ: ((مَنْ شَاءَ أَنْ يَأْتِيَ الْجُمُعَةَ فَلْيَأْتِهَا)) وَمَنْ شَاءَ أَنْ يَتَخَلَّفَ فَلْيَتَخَلَّفْ)) رواه ابن ماجه رقم: 1313.
Katanya: “Telah berkumpul pada suatu ketika dua hari raya pada zaman Rasulullah saw, maka Baginda telah menunaikan solat hari raya bersama sahabat, kemudian bersabda: “Sesiapa yang mahu datang solat Jumaat, boleh datang dan sesiapa tak mahu pun boleh” [HR: Ibnu Majah]

Para ulama berbeza pendapat mengenai hukum solat Jumaat yang jatuh bertepatan dengan hari raya, sama ada ‘Idul Fitri mahupun ‘Idul Adha.
Pertama, solat Jumaat tidak gugur dari penduduk kota (ahlul Balad/ahlul madinah) yang di tempat mereka memang diadakan solat Jumaat. Sedang bagi orang yang datang dari kampung yang jauh atau pendalaman (ahlul Qura / badawi), yang di tempat mereka itu tidak dilaksanakan solat Jumaat, gugur kewajiban solat Jumaatnya. Jadi jika mereka –yakni orang yang datang dari kampung yang jauh- setelah solat hari raya, mereka boleh terus pulang, tanpa menunggu untuk mengikuti solat Jumaat pula.
Inilah pendapat Imam Syafi’i. Ini juga pendapat Usman dan Umar bin Abdul Aziz dan Jumhur Ulama’.
Secara dasarnya, Imam Shafie tetap mewajibkan solat Jumaat yang jatuh pada hari raya. Namun beliau menetapkan kewajipan tersebut terhadap penduduk kota (terdapat kemudahan masjid). Bagi penduduk desa atau kampung pendalaman yang berkunjung ke kota khas untuk solat hari raya (dan solat Jumaat), dan di tempat mereka tidak dilaksanakan solat Jumaat, maka mereka dibenarkan untuk tidak mengerjakan solat Jumaat. [Majmu’: 4/320]
Kedua, solat Jumaat tetap wajib ditunaikan, baik oleh penduduk kota yang didirikan solat Jumaat mahupun oleh penduduk yang datang dari kampung.
Ini pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Malik. Jadi, solat Jumaat tetap wajib dan tidak gugur dengan ditunaikannya solat hari raya.
Ketiga, tidak wajib solat Jumaat baik bagi orang yang datang dari kampung mahupun bagi orang bandar yang dekat dengan tempat solat Jumaat. Tetapi mereka wajib solat Zuhur, kecuali Imam (wajib ke atasnya mendirikan Jumaat). Demikian pendapat Imam Ahmad.
Keempat, Zuhur dan Jumaat sama-sama gugur kewajibannya pada hari itu. Jadi setelah solat hari raya, tak ada lagi solat sesudahnya selain solat Asar. Demikian pendapat ‘Atha` bin Abi Rabah. Dikatakan, ini juga pendapat Ibnu Zubair dan ‘Ali ra.
Dalil Mazhab Jumhur (kebanyakkan ulama’):
1- Umum Ayat Al-Quran: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)” [Al-Jumu’ah:9].
2- Demikian juga hadis-hadis yang menyuruh supaya bersolat Jumaat.
3- Jumaat dan Solat Eid adalah dua solat yang berasingan, maka tidak gugur dengan melakukan salah satu dari keduanya, seperti solat Eid dan Zuhur.
4- Sayyidina Osman ra dalam khutbah hari raya yang jatuh pada hari Jumaat …kepada penduduk ‘Aliyah (pendudut sebelah timur Madinah): “Sesiapa yang mahu tunggu solat Jumaat, boleh tunggu, sesiapa yang ingin balik, boleh balik..) [HR: Bukhari]
قَالَ أَبُو عُبَيْدٍ: ثُمَّ شَهِدْتُ الْعِيدَ مَعَ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ فَكَانَ ذَلِكَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ، فَصَلَّى قَبْلَ الْخُطْبَةِ، ثُمَّ خَطَبَ فَقَالَ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ هَذَا يَوْمٌ قَدْ اجْتَمَعَ لَكُمْ فِيهِ عِيدَانِ، فَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يَنْتَظِرَ الْجُمُعَةَ مِنْ أَهْلِ الْعَوَالِي فَلْيَنْتَظِرْ، وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يَرْجِعَ فَقَدْ أَذِنْتُ لَهُ)) [رواه البخاري، بَاب مَا يُؤْكَلُ مِنْ لُحُومِ الأَضَاحِيِّ وَمَا يُتَزَوَّدُ مِنْهَا]
Dalil Mazhab Hanafi: Berpegang dengan kewajipan asal fardhu Solat Jumaat.
Dalil Mazhab Hambali: Hadis-hadis di atas.
Berdasarkan pendapat-pendapat di atas, dapat disimpulkan bahawa pendapat jumhur berpegang kepada dalil umum dan pendapat Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah adalah berpegang pada dalil yang khusus.
Perinciannya hukumnya adalah seperti berikut:
Hukum pertama, jika seseorang telah menunaikan solat hari raya - yang jatuh bertepatan dengan hari Jumaat - gugurlah kewajiban atasnya untuk menunaikan solat Jumaat. Dia boleh melaksanakan solat Jumaat dan boleh juga tidak. [Pendapat Mazhab Hambali]
Hukum kedua, bagi mereka yang telah menunaikan solat hari raya tersebut, lebih utama dan disunnahkan tetap melaksanakan solat Jumaat. Dalilnya adalah hadis Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda: “Innaa mujammi’uun” (Sesungguhnya kami akan mengerjakan Jumaat). Ini menunjukkan bahawa walaupun Nabi SAW menjadikan solat Jumaat sebagai rukhshah, yakni boleh dikerjakan dan boleh tidak, akan tetapi Nabi Muhammad SAW faktanya tetap mengerjakan solat Jumaat.
Hukum ketiga, jika orang yang telah menunaikan solat hari raya tersebut memilih untuk tidak menunaikan solat Jumaat, wajib melaksanakan solat Zuhur, tidak boleh meninggalkan Zuhur.
Hukum keempat, mereka yang pada pagi harinya tidak melaksanakan solat hari raya, wajib ke atasnya untuk menunaikan solat Jumaat, tidak dibenarkan baginya untuk meninggalkan solat Jumaat.

Kesimpulannya,
Pendapat jumhur yang membezakan antara warga bandar dengan orang yang jauh dari tempat solat Jumaat didirikan adalah wajar diambil kira, kerana ulama’ telah meletakkan suatu kaedah: “Keluar daripada khilaf (perselisihan pandangan) di kalangan ulama, adalah lebih afdhal” oleh itu bagi mereka yang tidak mempunyai sebarang kesukaran untuk hadir ke masjid hendaklah tetap menunaikan solat Jumaat pada hari tersebut, bagi sesiapa yang mempunyai masyaqqah (kesusahan) untuk kembali semula ke tempat Jumaat memadailah dengan melakukan solat Zuhur.
Demikian juga waqi’ atau realiti rakyat Malaysia yang berpegang dengan mazhab al-Syafie (secara resminya) adalah tidak gugur kefarduan Jumaat sekiranya hari raya jatuh pada hari Jumaat. Keizinan yang diberi oleh Imam al-Syafie kepada penduduk yang berjauhan dari masjid adalah dengan tujuan tidak membebankan mereka, sedangkan mereka terpaksa keluar dua kali untuk ke masjid. Di negara kita keadaannya sangat berlainan, kita tidak menghadapi kesukaran untuk ke masjid, manakala masjid pun tidak sejauh mana dari rumah.
Satu lagi yang perlu diperhatikan ialah, masyarakat yang tidak mengetahui hukum dan dalil dalam masalah ini akan memandang serong dan pelik jika ada sekumpulan kaum lelaki yang tidak pergi menunaikan solat Jumaat, ini akan menimbulkan kecelaruan dan salah faham.
Pengalaman ana berada di Tanah Haram, yang berpegang secara rasmi dengan mazhab Hambali, dua Masjid Haram tetap melakukan solat Jumaat, adapun masjid-masjid lain disekitarnya, (yang masyarakatnya sudah biasa dengan hukum itu) ada yang melakukan solat Zuhur berjamaah seperti biasa. Wallahu a’lam.
Rujukan:
Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, Imam An-Nawawi. 4/319-321, cet, Dar al-Ulum, Mesir.
Al-Mughi, Ibn Qudamah. 3/242. Cet, 5. 1426H. Dar Alam Al-Kutub, Riyadh.
Akhukum.
Abu Anas Madani, Pondok Sg Durian.
29 Ramadhan 1431H – 8 Sep 2010.
www.abuanasmadani.com

Selasa, 31 Ogos 2010

LAILATUL QADR, ANUGERAH ALLAH KEPADA MEREKA YANG DIKEHENDAKINYA..

Kini, sepuluh terakhir Ramadhan menjelma lagi. Hanya beberapa hari, Allah
Taala menyediakan untuk hamba-hamba-Nya segala kebaikan, ganjaran,
keampunan, kelebihan yang tidak mampu dihitung oleh kita.

a) Lailatul Qadar.

Di dalam Ramadhan yang mulia ini Allah SWT menghadiahkan kepada hamba-hamba-Nya satu malam yang sangat berkat iaitu Lailatul Qadar.
Malam ini dinamakan dengan Lailatul Qadar, diambil daripada kalimah al-Qadar yang bererti kemuliaan atau kedudukan yang tinggi, kerana malam ini adalah malam yang sangat mulia. Ataupun diambil daripada kalimah qadar atau taqdir, kerana pada malam ini Allah SWT memutuskan urusan-Nya dan
menetapkan taqdir segala perkara.

Firman Allah yang maksudnya: {Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu para malaikat dan malaikat Jibril akan turun dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Pada malam itu penuh dengan kesejahteraan sehinggalah terbit fajar}.[Surah al-Qadar: 1-5].

Firman-Nya lagi yang maksudnya: {Sesungguhnya kami menurunkannya (al-Quran) pada suatu malam yang diberkati (Lailatul Qadar) dan sesungguhnya Kami lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah}. [Ad-Dukhan: 3-6].

Sabda Rasulullah,Maksudnya: “Sesiapa yang bangun(beribadat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan Ihtisab maka baginya keampunan untuk dosa-dosa yang lepas.” [HR: Al-Bukhari dan Muslim].

Beberapa kelebihan tentang Lailatul Qadar yang dapat diambil dari surah al-
Qadar antaranya ialah:

• Allah menurunkan al-Quran pada malam tersebut yang mana ia memberi petunjuk kepada manusia dan memberi kebahagiaan di dunia dan akhirat.

• Ia lebih baik daripada 1000 bulan(83 tahun 3 bulan).

• Para Malaikat akan turun ke dunia pada malamnya dengan membawa kebaikan, keberkatan dan rahmat.

• Malam ini adalah malam kesejahteraan sehingga terbitnya fajar.laitu kesejahteraan daripada neraka dan azab Tuhan bagi hamba yang menghidupkannya dengan amal ibadah.

Rugilah orang yang mensia-siakan umurnya dengan perkara-perkara yang
tidak berfaedah. Tampunglah segera kelalaian yang lalu dengan mencari
Lailatul Qadar. Sesungguhnya ia menyamai umur manusia bahkan lebih
dari itu. Apakah tempoh 83 tahun 3 bulan,sesuatu yang singkat?

Bilakah Lailatul Qadar?
• Bulan Ramadhan. Tidak syak bahawa Lailatul Qadar berlaku pada bulan Ramadhan berdasarkan ayat-ayat al-Quran bahawa aI-Quran diturunkan pada Lailatul Qadar,dan diturunkan pada bulan Ramadhan. Maka semestinya ia berlaku pada bulan Ramadhan.

Dalam satu hadis, Abu Zar ra bertanya kepada Nabi SAW, maksudnya: “Wahai
Rasulullah, khabarkan padaku tentang Lailatul Qadar, adakah ia pada bulan
Ramadhan?” Jawab Baginda SAW:“Bahkan pada bulan Ramadhan”. [HR:Ahmad dan Nasa’i].

• Sepuluh terakhir Ramadhan. Lebih dikhususkan pada sepuluh terakhir Ramadhan berdasarkan banyak hadis, antaranya hadis muttafaq alaih; Maksudnya: “Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh terakhir daripada Ramadhan”. [HR: Al-Bukhari dan Muslim].

Aisyah radhiallahu'anha(ra)meriwayatkan bahawa Rasulullah bersungguh-sungguh pada sepuluh terakhir melebihi kesungguhannya pada masa-masa lain.

Aisyah ra juga meriwayatkan, maksudnya: “Adalah Nabi SAW pada dua
puluh malam terawal mencampurkan antara solat dan tidur. Apabila tiba
sepuluh terakhir, Baginda bersungguhsungguh,dan mengetatkan kainnya”.HR:
Ahmad].

Menghidupkan malam bukan hanya dengan solat, malahan dengan pelbagai
jenis ibadah seperti zikir, membaca al-Quran, beristighfar, berdoa dan lain-lain.

Oleh itu, apa yang dimaksudkan oleh Aisyah ra: “Aku tidak mengetahui Rasulullah pernah mendirikan malam sehingga pagi”, maksudnya Rasulullah
SAW tidak pernah solat sahaja sepanjang malam.”

Rasulullah SAW juga mengambil peluang sepuluh terakhir Ramadhan ini
dengan mengejutkan ahli keluarganya untuk beribadah. Baginda mahu supaya
mereka juga tidak ketinggalan di dalam mendapat kebaikan yang disediakan Allah SWT.

• Tujuh malam terakhir.Bagi mereka yang tidak mampu menghidupkan pada permulaan sepuluh terakhir, maka boleh memulakan pada tujuh malam terakhir.

Sabda Rasulullah SAW; Maksudnya: “Carilah pada sepuluh terakhir. Jika salah seorang di kalangan kamu lemah atau tidak berupaya, maka janganlah dia tertewas pada tujuh yang berbaki lagi.” [HR: Muslim].

• Malam-malam ganjil(21,23,25,27,29).

Malam-malam ini lebih diharapkan adanya Lailatul Qadar, kerana warid
bahawa Nabi SAW menyebut malam-malam tersebut.

• Malam 27 Ramadhan. Boleh jadi malam yang sangat diharapkan ialah pada malam 27, ini berpandukan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Ubai bin Ka'ab ra beliau berkata, yang bermaksud: “Demi Allah sesungguhnya aku tahu pada malam bilakah ia, itulah malam yang mana Rasulullah SAW telah menyuruh kami untuk bangun beribadah,iaitu malam yang ke 27,” dan Ubai berkata lagi: “Melalui tanda-tanda dan alamat yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW kepada kami bahawasanya matahari yang
akan terbit pada pagi harinya tiada sinarnya”.

Namun ramai ulama’ berpendapat malam Lailatul Qadar berpindah di antara
malam-malam witir, tetapi yang ghalib kebanyakannya pada malam 27, dan
bukanlah suatu yang tepat sekiranya kita menganggap pada malam tersebutlah
sahaja akan berlaku Lailatul Qadar.Wallahu a’lam.

Bacaan Malam Lailatul Qadar.

Aisyah ra berkata: ”Wahai Rasulullah,sekiranya aku dipertemukan dengan
malam Lailatul Qadar apakah yang harus aku ucapkan?” Rasulullah SAW bersabda; Maksudnya: “(Ucapkanlah) Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha
Pengampun lagi Pemurah dan suka mengampunkan maka ampunkanlah aku.”
[HR: Ahmad, at-Tirmizi, sahih].

Khamis, 19 Ogos 2010

10 KEUTAMAAN ORANG YANG BERPUASA

"Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliki mengatakan orang yang berpuasa mempunyai 10 keutamaan yang diberikan Allah, di antaranya ialah;

Pertama, Allah memberikan keistimewaan kepada umat yang berpuasa dengan menyediakan satu pintu khusus di surga yang dinamai Al Rayyan. Pintu surga Al Rayyan ini hanya disediakan bagi umat yang berpuasa.


Kata Nabi dalam satu haditsnya, pintu Rayyan hanya diperuntukkan bagi orang-orang berpuasa, bukan untuk lainnya. Bila pintu tersebut sudah dimasuki oleh seluruh rombongan ahli puasa Ramadhan, maka tak ada lagi yang boleh masuk ke dalamnya. (HR. Ahmad dan Bukhari-Muslim).


Kedua, Allah telah mengfungsikan puasa umat Nabi Muhammad saw sebagai benteng yang kokoh dari siksa api neraka sekaligus tirai penghalang dari godaan hawa nafsu. Dalam hal ini Rasul bersabda, “Puasa (Ramadhan) merupakan perisai dan benteng yang kokoh dari siksa api neraka.” (HR. Ahmad dan Al Baihaqi). Rasul menambahkan pula bahawa puasa yang berfungsi sebagai perisai itu layaknya perisai dalam kancah peperangan selama tidak dinodai oleh kedustaan dan pergunjingan. (HR. Ahmad, An Nasa`i, dan Ibnu Majah).

Ketiga, Allah memberikan keistimewaan kepada ahli puasa dengan menjadikan bau mulutnya itu lebih harum dari minyak misik. Sehingga Rasul bertutur demikian, “Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih semerbak di sisi Allah dari bau minyak misik.”

Keempat, Allah memberikan dua kebahagiaan bagi ahli puasa yaitu bahagia saat berbuka dan pada saat bertemu dengan Allah kelak. Orang yang berpuasa dalam santapan bukanya meluapkan rasa syukurnya dimana bersyukur termasuk salah satu ibadah dan dzikir. Syukur yang terungkap dalam kebahagiaan kerana telah diberi kemampuan oleh Allah untuk menyempurnakan puasa di hari tersebut sekaligus berbahagia atas janji pahala yang besar dari-Nya. “Orang yang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan. Yaitu berbahagia kala berbuka dan kala bertemu Allah,” kata Rasul dalam hadits riwayat imam Muslim.

Kelima, puasa telah dijadikan oleh Allah sebagai medan untuk menempa kesehatan dan kesembuhan dari beragam penyakit. “Berpuasalah kalian, niscaya kalian akan sehat.” (HR. Ibnu Sunni dan Abu Nu`aim).

Abuya menegaskan bahawa rahasia kesehatan di balik ibadah puasa adalah bahawa puasa menempah tubuh kita untuk melumatkan racun-racun yang mengendap dalam tubuh dan mengosongkan materi-materi kotor lainnya dari dalam tubuh.

Menurut kerangka berpikir Abuya, puasa ialah fasilitas kesehatan bagi seorang hamba guna meningkatkan kadar ketaqwaan yang merupakan tujuan utama puasa itu sendiri. “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Qs. Al Baqarah: 183).

Keenam, keutamaan berikutnya yang Allah berikan kepada ahli puasa adalah dengan menjauhkan wajahnya dari siksa api neraka. Matanya tak akan sampai melihat pawai arak-arakan neraka dalam bentuk apapun juga. Rasul yang mulia berkata demikian, “Barangsiapa berpuasa satu hari demi di jalan Allah, dijauhkan wajahnya dari api neraka sebanyak (jarak) tujuh puluh musim.” (HR. Ahmad, Bukhari-Muslim, dan Nasa`i).

Ketujuh, dalam Al Quran Allah berfirman, “Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu.” (Qs. At Taubah: 112).

Sebagian ulama ahli tafsir menerangkan bahawa orang –orang yang melawat (As Saihuun) pada ayat tersebut adalah orang yang berpuasa sebab mereka melakukan lawatan (kunjungan) ke Allah. Makna lawatan, tegas Abuya, di sini adalah bahawa puasa merupakan penyebab mereka (orang yang berpuasa) bisa sampai kepada Allah. Lawatan ke Allah ditandai dengan meninggalkan seluruh kebiasaan yang selama ini dilakoni (makan, minum, mendatangi istri di siang hari) serta menahan diri dari rasa lapar dan dahaga.

Sembari mengutip Al Quran pula, Abuya mencoba menganalisa surah Az Zumar ayat 10: “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” Kata Al Maliki, orang-orang yang bersabarlah maksudnya adalah orang yang berpuasa sebab puasa adalah nama lain dari sabar. Di saat berpuasalah, orang-orang yang bersabar (dalam beribadah puasa) memperoleh ganjaran dan pahala yang tak terhitung banyaknya dari Dzat Yang Maha Pemberi, Allah swt.

Kelapan, di saat puasa inilah Allah memberi keistemewaan dengan menjadikan segala aktifitas orang yang berpuasa sebagai ibadah dan ketaatan kepada-Nya. Kerananya, orang yang berpuasa dan ia meninggalkan ucapan yang tidak berguna (diam) adalah ibadah serta tidurnya dengan tujuan agar kuat dalam melaksanakan ketaatan di jalan-Nya juga ibadah. Dalam satu hadits riwayat Ibnu Mundih dinyatakan, “Diamnya orang yang berpuasa adalah tasbih, tidurnya merupakan ibadah, dan doanya akan dikabulkan, serta perbuatannya akan dilipatgandakan (pahalanya).”

Kesembilan, di antara cara yang Allah kenakan dalam memuliakan orang yang berpuasa, bahawa Allah menjadikan orang yang memberi makan berbuka puasa pahalanya sama persis dengan orang yang berpuasa itu sendiri meski dengan sepotong roti atau seteguk air. Dalam satu riwayat Nabi bertutur seseorang yang memberi makan orang yang puasa dari hasil yang halal, akan dimintakan ampunan oleh malaikat pada malam-malam Ramadhan…… meski hanya seteguk air. (Hr. Abu Ya`la).

Kesepuluh, orang yang berbuka puasa dengan berjamaah demi melihat keagungan puasa, maka para malaikat akan bershalawat (memintakan ampunan) baginya.

Khamis, 12 Ogos 2010

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN...

Firman Allah maksudnya: {Bulan Ramadhan, bulan yang
di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran
sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasanpenjelasan
mengenai petunjuk itu dan
pembeza (di antara yang hak dan yang batil)}.
[Al-Baqarah: 185]

Allah telah menjadikan bulan Ramadhan
sebagai satu bulan yang mulia berbanding
bulan-bulan yang lain dengan beberapa
kelebihan dan keistimewaan, antaranya ialah:

• Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi
daripada haruman kasturi di sisi Allah.

• Para malaikat memohon keampunan untuk
orang yang berpuasa sehingga dia berbuka.

• Syurga dihias setiap hari pada bulan
Ramadhan.

• Syaitan-syaitan dibelenggu sepanjang bulan
Ramadhan.

• Pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu
neraka ditutup.

• Terdapat pada bulan ini Lailatul Qadar yang
mana ianya lebih baik daripada seribu bulan.
Sesiapa yang tidak mengambil peluang
untuk membuat kebaikan dan beramal
padanya maka dia telah melepaskan semua
peluang kebaikan.

• Orang-orang yang berpuasa akan mendapat
keampunan pada malam yang terakhir
daripada bulan Ramadhan.

• Pada setiap malam Ramadhan tersenarai di
sisi Allah nama-nama hamba-Nya yang
bebas daripada api neraka.

Jumaat, 30 Julai 2010

MENGAPA LAGI MAU MEROKOK...?

Sempena dengan kedatangan Ramadhan al-Mubarak, bulan yang seluruhnya berkat, rahmat dan maghfirah Allah swt ke atas hamba-hamba-Nya yang bertaqwa.
Maka jadikan bulan ini sebagai titik tolak perubahan untuk menghirup nafas baru, segar dan bersih dari candu dan segala unsur yang berkaitan dengannya.
Untuk itu ana akan pamerkan tulisan seorang pensyarah KIAS, sahabat ana Ustaz Azhar Abdullah berhubung dengan isu ini, dengan tajuk:
{REFORMASI FATWA ROKOK: DULU KHILAF KINI IJMAK}
Untuk perbincangan. Artikel ini sebanyak 4 siri.


Siri 1
Fikrah Perokok Terumbang-ambing Antara Mistik,
Imperalisme dan Kapitalisme

SELAMA 16 KURUN lamanya umat Islam “buta tembakau”. Umat Islam tidak tahu langsung apa itu tembakau, bagaimana pokok, daun dan batangnya serta untuk apa tembakau itu boleh digunakan. Sepanjang tempoh itu umat Islam bersih dari usaha pendapatan penanaman tembakau dan pencemaran asapnya.
Sementara itu, walaupun mereka bebas dari fenonema tembakau tetapi mereka menghadapi zaman kemunduran. Rata-rata kedudukan politik, ekonomi dan sosial umat Islam pada waktu itu berada pada tahap sangat daif; semakin menurun hari demi hari. Mereka hidup dalam kejumudan, kepompong taklid buta, kegelapan politik dan ketidakstabilan sosial. Tetapi, malangnya umat Islam terus lena diulit ilusi kegemilangan Islam lampau.
Manakala masyarakat barat sebaliknya, di mana mereka menemui sentuhan ketamadunan moden. Selepas keperitan dan pengajaran perang Salib yang berlanjutan hampir 200 telah mengalihkan strategi mereka 180 darjah ke arah pembangunan dalaman, penguasaan ekonomi melalui penemuan-penemuan baru. Mereka nekad menerobos sempadan sejarah gelap ke alam pencerahan dan realiti masa depan yang gemilang walaupun terpaksa bermula dari bawah.
Rentetan penemuan demi penemuan dicapai yang membawa kepada penemuan tembakau pada akhir kurun ke-14 menjadikan gelombang penguasaan ekonomi global kian realistik. Sejak itu, dunia Eropah telah berkembang pesat dengan industri tembakau yang diterajui monopoli kapitalis. Masyarakat barat telah diselubungi fenonema ini selama 200 tahun sebelum merebak ke dunia umat Islam.
Penemuan sejarah mencatatkan penemuan awal rokok dari mitos mistik orang-orang asli benua Amerika. Orang Indian ini menghisap rokok untuk mendapatkan asapnya bagi tujuan pemujaan ruh baik dan menghindarkan ruh jahat.
Menurut catatan “Wikipedia” sewaktu Colombus dan kelasinya menemui pulau Bahamas pada tahun 1429, mereka melihat orang-orang Indian yang memegang sesuatu yang bernyala dan mengeluarkan asap di hujungnya. Mereka menghisap benda itu dan menghembuskan asapnya dengan menggunakan alat seperti paip. Mereka meletakkan tembakau di dalam lubang paip dan menyalakannya untuk mendapatkan asap.
Mereka melakukan demikian kerana berpegang kepada kepercayaan interaksi ghaib ruh baik dan ruh jahat. Mereka sentiasa melakukannya sebagai upacara suci bagi mendapatkan pertolongan ruh agong dan dalam situasi yang sama bermohon dijauhi dari ruh yang tidak baik.
Hakikatnya, ruh jahat atau baik yang dimaksudkan oleh orang Indian itu merupakan makhluk halus dari jenis jin. Percaya atau tidak, makhluk halus di dunia ini hanya dua sahaja iaitu malaikat yang diciptakan dari nur dan kedua jin yang dijadikan dari unsur api.
Dr. Salah al-Khalidi dalam “al-Qasas al-Qur’ani” menyatakan bahawa malaikat dan jin merupakan makhluk alam ghaib, iaitu ghaib dari alam nyata manusia sahaja. Manusia tidak melihat mereka dengan mata kasar tetapi mereka hidup dan wujud di sekeliling kita.
Tambahnya lagi, asal-usul jin dari “al-Samum” seperti penjelasan surah al-Hijr, ayat 27, maksudnya; “Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas”. Hakikat “api yang sangat panas” itu disebut dalam al-Quran sebagai “al-Samum”. “al-Samum” pula terbentuk dari “al-Marij” iaitu gabungan dua juzuk api. Pertama; diambil dari satu juzuk yang terakhir dari kepanasan api yang mengeluarkan sinaran api dan kedua, juzuk asap hitam yang dijulang api marak. Intergrasi kedua-dua juzuk inilah diciptakan jin.
Menurut keterangan “Ensiklopedia Islam” golongan malaikat semuanya baik belaka, taat, beriman dan tidak sekali mengganggu manusia, malah mendatangkan rahmat. Manakala golongan jin terbahagi kepada dua; jin beriman dan kedua jin kafir yang disebut juga syaitan dan iblis yang tentunya membuat kacau dan memperdaya manusia dari hidayat Allah. Justeru, mitos mistik orang Indian itu berkait rapat dengan anutan kuasa ghaib yang bertentangan dengan Islam.
Pembakaran seumpama colok dan kemenyan untuk mendapatkan asap sebenarnya mengandungi elemen penyeruan makhluk halus kerana unsur asap sinonim dengan kejadian jin. Dikatakan bahawa jin bukan sahaja makan sisa tulang dan makanan tetapi juga begitu teruja dengan asap.
Sehubungan itu, tidak jauh kebenarannya jika Ustaz Dato’ Haji Ismail Kamus dalam satu ceramahnya berseloroh bahawa orang yang hisap rokok perlu hati-hati kerana asap yang dihasilkan itu mampu menarik minat jin. Katanya; “Jin dijadikan dari asap dan makan dari unsur asap seperti manusia dijadikan dari tanah yang makan dari unsur kejadian tanah. Maka orang yang hisap rokok sebenarnya kawan jin”. Kenyataan ini memberikan signal tersirat apakah pengaruh asap yang menjadi makanan jin ini juga salah satu faktor menyulitkan usaha “menalak tiga” rokok. Keadaan ini membuat perokok begitu liat dan sukar memberikan keikhlasan suci untuk membuang jauh-jauh tabiat rokok.
Namun, saya yakin niat perokok bukan mendampingkan diri dengan jin. Mereka menyalakan rokok semata-mata mendapatkan kenikmatan candu dalam kandungan asap rokok. Dalam cita-cita perokok asap itu adalah kemuncak kelazatan. Tiada rokok tanpa asap. Banyak benda lain yang berasap tapi tidak seindah rokok.
Sebab itu soal hubungan jin, pembaziran duit dan efek racun dalam rokok yang disahkan pakar perubatan mengandungi lebih kurang 4000 racun yang membawa penyakit tahap berbahaya dan maut sehingga laporan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan 4.9 juta manusia mati setahun akibat rokok merupakan perkara sampingan, malah sesuatu yang tidak dapat dielakkan bagi perokok. Mereka rela apa saja demi rokok!
Suatu perkara sampingan yang perlu disentuh berkaitan asap dalam kesempatan itu juga ialah fatwa Jabatan Mufti Melaka menegaskan jika asap yang dihasilkan samada dari rokok, colok dan kemenyan dalam bentuk perbomohan, penyeruan dan perubatan tradisional dengan maksud mendampingi dan meminta bantuan makhluk ‘ghaib’ adalah bercanggah dengan akidah Islam.
Sejarah kepesatan perusahaan tembakau secara jelas disaksikan apabila ahli korporat besar bernama Rodrigo De Jares merintis perniagaan tembakau, khususnya perusahaan rokok di Cuba. Pada tahun 1556-1558 rokok mula diperkenalkan ke Perancis, Sepanyol dan Portugal sehingga tersebarlah ke seluruh dunia.
Dilaporkan, selepas orang-orang Sepanyol berjaya mempromosikan tembakau ke Eropah, terutama kepada golongan bangsawan British yang menghisap tembakau dengan paip pada waktu rehat telah melonjakan aktiviti penanaman tembakau sebagai komuniti ekonomi negeri-negeri jajahan British yang bermula di Amerika Utara.
Usaha kapitalis melalui selendang imperealis semakin berjaya. Pada tahun 1630-an hasil tembakau memberikan loba besar bagi negeri Virginia. Akibatnya, fenonema tembakau tidak dapat disekat lagi, kian pesat pada abad ke-17.
Serentak dengan itu, pedagang Eropah memperkenalkan tembakau ke seluruh Asia dan Afrika. Kemudian dalam abad ke 19 orang-orang Sepanyol memperkenalkan cerut ke Asia melalui tanah Filipina dan kemudian ke Rusia dan Turki serta tidak terkecuali ke dalam negeri-negeri Islam, terutama tanah jajahan mereka.
Bersambung…

Isnin, 19 Julai 2010

PERSOALAN LANTIK WANITA SEBAGAI HAKIM SYAR'IE DAN LANTIK PEGUAM BUKAN ISLAM????

ISU 1; Wanita menjadi Hakim Mahkamah Syariah

Kes yang berlaku :

(KUANTAN: Dua hakim syarie wanita pertama negara, Suraya Ramli dan Rafidah Abdul Razak, menyifatkan pelantikan mereka sebagai satu pengiktirafan serta mengangkat martabat wanita dalam kerjaya yang banyak dimonopoli lelaki.

Pengumuman pelantikan mereka dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang berkata buat julung kalinya kerajaan dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin melantik mereka Mei lalu, dengan masing-masing ditempatkan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sambil memanjatkan rasa syukur, Suraya dan Rafidah turut menganggap pelantikan itu sebagai satu amanah selain membuktikan peranan dan sumbangan wanita sememangnya dihargai.

“Saya anggap ini tugas besar dan akan menjalankan tugas dengan penuh amanah dan adil. Malah pengiktirafan ini maka lebih ramai lagi wanita akan mampu memegang jawatan yang selalunya dikuasai lelaki,” katanya pada majlis perasmian Persidangan Pegawai Syariah Kebangsaan Ke-12, di Bukit Gambang Resort City, di sini, semalam.

Suraya, 31, anak kelahiran Sabah, bertugas sebagai Pegawai Penyelidik Hakim Rayuan dan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Latihan JKSM. Sementara itu, Rafidah, 39, yang berasal dari Pulau Pinang, menyuarakan penghargaannya kepada JKSM.)

Asal masalah ini adalah pada perkara yang melibatkan kepada perlantikan hakim dan secara mudahnya kita perlu untuk meneliti pada beberapa perkara agar masalah ini tiada lagi kesamaran.

a- Hakim dan bahagiannya
b- Syarat bagi perlantikan hakim

Hakim di dalam bahasa Arabnya disebut sebagai قاضي. Ianya membawa erti pegawai yang dilantik untuk mengetuai perbicaraan di dalam mahkamah dari segi bahasanya.

Mengenai jenis-jenis kehakiman ini, ianya telah disebut oleh sebahagian ulama di dalam masalah "al-wilayah" iaitu kekuasan. Kekuasaan ini terkadangnya umum dan terkadangnya khusus. Bentuk kekuasaan yang umum ini adalah merangkumi semuanya jenis kehakiman, perlaksanaan hukuman hudud, menunaikan hak-hak, meleraikan orang yang bertelagah dan sebagainya.

Adapun penguasaan yang khusus adalah individu yang dilantik mempunyai penguasaan di dalam sistem kehakiman secara terhad dengan melihat kepada kes-kes yang tertentu atau kawasan yang tertentu daripada bandar, atau dari sudut masa yang tertentu, atau di antara individu-indivdu yang tertentu dan bergantung pada mazhab yang tertentu. Asasnya adalah di dalam kelompok kedua ini, skop kehakiman mereka terbatas pada masa, mazhab dan tempat sahaja.

Adapun mengenai syarat untuk dilantik sebagai hakim, para ulama telah bersepakat dengan syarat-syarat yang berikut :

1- Akal
2- Baligh
3- Islam
4- Merdeka
5- Tiada cacat pada sekalian panca indera
6- Memahami akan hukum-hukum Islam

Di sana masih berbaki 3 lagi syarat yang ulamak bersalahan pendapat padanya iaitu :

1- Seorang yang adil
2- Lelaki
3- Seorang yang mujtahid

Pandangan Ulama mengenai perlantikan wanita sebagai hakim

1. Ulama yang menegah wanita dari menjadi hakim secara mutlak antaranya ;

Jumhur fuqaha' daripada Syafi'iah, Hanbilah, sebahagian ulama Hanafiah dan Malikiah. Antara lainnya adalah Sheikh Jamaluddin al-Afghani, Lajnah Fatwa al-Azhar tahun 1952, Dr Abdul Majid al-Zindani dan ramai lagi.

2. Ulama yang mengharuskan wanita dilantik sebagai hakim pada perbicaraan sivil tidak pada jenayah yang memerlukan pelaksanaan hudud ; Imam Abu Hanifah ra

3.Perempuan boleh menjadi hakim pada semua perkara

Sebahagian ulama daripada Hanafiah, Imam ibnu Qosim al-Maliki, Imam Ibnu Jarir at-Thobari dan Ibnu Hazm ad-Dzohiri.


ISU 2; Orang bukan Islam menjadi peguam di Mahkamah Syariah

Secara asasnya untuk melantik hakim antara syarat yang perlu dilengkapi adalah Islam. Jadi kesimpulannya orang bukan Islam tidak boleh menjadi hakim di Mahkamah Syariah. Persoalannya bagaimana pula dengan peguam?.

Kisah perbicaraan antara Khalifah Ali k.w selaku Amirul Mukminin ketika itu dengan seorang Yahudi perihal baju besi wajar dijadikan rujukan.

Asalnya khalifah Ali kehilangan baju besinya. Tiba-tiba terlihat ia dalam barang jualan seorang Yahudi, lelaki tersebut kelihatan sedang menjualnya di pasar. Apabila dituntut oleh khalifah Ali dengan mengatakan ia adalah baju besinya yang jatuh dari untanya di malam hari, lelaki Yahudi tersebut enggan mengaku dan menegaskan ia adalah miliknya. Ali terus menuntut membawa pertikaian mereka mereka ke penghakiman hakim Muslim.

Hasil dari itu, kes mereka berdua yang berselisih dalam menentukan pemilikan terhadap baju besi tersebut dibawa ke pengadilan Qadhi Syuraih Ibn Harith Al-Kindi r.a (wafat 78 H). Lalu Syuraih bertanya kepada Ali, apakah kisahmu?

Khalifah Ali : aku mendapati baju besi milikku yang jatuh tercicir pada malam hari berada di dalam barang jualan lelaki ini.

Qadhi Syuraih : bagaimana pula kamu wahai lelaki?

Lelaki Yahudi : Ia adalah milikku dan berada dalam simpananku, aku tidak pula menuduh Ali berbohong.

Qadhi Syuraih : Wahai Ali, aku tidak syak atas kejujuranmu namun kamu mesti mempunyai dua orang saksi. Adakah kamu mempunyai bukti ia milikmu?

Jawab Khalifah Ali : Ya, kedua anakku, Hasan dan Husain menjadi saksi bahawa ia kepunyaanku.

Qadhi Syuraih :Sesungguhnya penyaksian anak terhadap bapanya dalam kes ini tidak diterima.

Khalifah Ali : Subhanallah!. Adakah lelaki yang dijamin syurga tidak diterima penyaksiannya ( merujuk kepada Hasan dan Hussain yang disebut oleh nabi akan menjadi pemuda Syurga)

Qadhi Syuraih : bahkan wahai Amirul Mukminin, namun aku tidak boleh membenarkan penyaksian anak menyokong bapanya dalam kes ini.

Qadhi Syuraih : Wahai lelaki, ambillah, baju besi itu adalah milikmu.

Lelaki Yahudi berkata :

أمير المؤمنين قدمني إلى قاضيه! وقاضيه يقضي عليه! أشهد أن هذا الدين على الحق، وأشهد أن لا إله إلا الله، وأن محمداً عبده ورسوله، وأن الدرع درعك يا أمير المؤمنين، سقطت منك ليلاً.

Ertinya : Amirul Mukminin Ali membawaku untuk diputuskan hukuman melalui mahkamahnya (islam) dan Qadhi pilihannya. Qadhi pilihannya memutuskan sebaliknya.! Aku bersaksi sesungguhnya agama ini adalah BENAR, lalu beliau terus mengucap dua kalimah shahadah. Kemudian, berkata : Sesungguhnya baju besi tersebut adalah milikmu wahai Amirul Mukminin, tercicir darimu di malam hari. (Hilyatul Awliya, Abu Nu'aim Al-Esfahani, 4/140 ; Tarikh al-Khulafa, As-Sayuti, 1/185 ; Akhbar Al-Qudhah, Waki', 2/200)

Namun kemudiannya Ali terus menghadiahkannya kepada lelaki tersebut.

Jelas sekali lagi dalam kisah di atas bagaimana lelaki bukan Islam Yahudi ini dibenarkan berhujjah untuk dirinya sendiri. Menggunakan peguam adalah sama seperti berhujjah kepada diri sendiri, kerana peguam hanyalah wakil yang mewakili anak guamannya disebabkan kredibiliti, pengalaman dan pengetahuan undang-undang yang lebih baik berbanding anak guamannya.

KESIMPULAN

Hasil dari riwayat dalil di atas, buat masa ini saya berpandangan, secara ilmiah, logik dan asalnya, tiada salah mana-mana peguam sama ada dalam kes yang melibatkan harta seperti di atas atau kes kekeluargaan dan sebagainya bertindak selaku peguam bagi anak guamannya tanpa melibatkan perkara-perkara seperti pelaksanaan hudud, qias mahupun ta'zir.

Persoalan peguam ini termasuk dalam bab ‘Al-Wakalah bil Khusumah' atau ‘Al-Wakalah Fi Al-Da'wa'.

Ertinya, perlantikan seseorang terhadap peguam untuk mewakili dirinya dalam perbicaraan. Disebutkan dengan jelas oleh para ulama keharusan bukan Islam untuk mewakili orang Islam dalam apa juga kes melibatkan harta, keluarga, hak pusaka dan sebagainya. Imam Ibn Qudamah mengatakan :

وإن وكل مسلم كافرا فيما يصح تصرفه فيه صح توكيله سواء كان ذميا‏,‏ أو مستأمنا لأن العدالة غير مشترطة فيه

Ertinya : sesungguhnya jika seorang Muslim melantik wakilnya seorang kafir dalam perkara yang sah untuk dia lakukannya, maka sah perlantikannya sebagai wakil (dalam konteks perbincangan kita wakil bil khusumah = wakil pembela atau pendakwa), sama ada kafir itu dari kalangan kafir dzimmi, musta'min kerana keadilan itu tidak disyaratkan (berkait) padanya'

(Rujuk Al-Mughni, Ibn Qudamah , Bab Wakalah)
Dinukilkan  dari blog Nasrudin Hassan at Tantawi dengan sedikit editing...

Ahad, 18 Julai 2010

Berkenaan persoalan Zikir Munajat

حسبي ربي جل الله ما في قلبي غير الله

Berkenaan persoalan Zikir Munajat.

Diperturunkan di sini keputusan daripada Panel Kajian Aqidah Bah. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri (sekarang JAKIM) kali ke-7/1996 yang bermesyuarat pada 24 dan 25 Ogos 1996. Mesyuarat telah memutuskan bahawa zikir berkenaan mengandungi kalimah-kalimah yang bertentangan dengan konsep Islam. Di antaranya mengenai konsep Nur Muhammad. Mesyuarat bersetuju zikir berkenaan tidak diamalkan dan tidak disiarkan di media massa.

Oleh yang demikian mesyuarat bersetuju supaya rangkap zikir berkenaan diubahsuai seperti berikut:-

حسبي ربي جل الله ما في قلبي غير الله

kepada

حسبي الله لا إله إلا هو عليه توكلت وهو رب العرش العظيم

نور محمد صلى الله

kepada

نبي محمد صلى الله

dan dibuang

ليس لها من دون الله كاشفة

Ulasan:
Panel Aqidah berpendapat bahawa terdapat nas yang lebih baik yang ma’thur untuk diamalkan berbanding ucapan yang ada di dalam Zikir Munajat. Oleh kerana itu ‘hasbi rabbi..’ ditukar kepada ‘hasbiyallah…’ kerana ‘hasbiyallah..’ zikir yang dianjurkan oleh al-Qur’an dalam surah al-Taubah ayat 129.

Ucapan ‘Nur Muhammad Sallallah’ juga didapati tidak jelas kerana menisbahkan salawat kepada ‘nur’ bukan kepada nabi. Ia dibimbangi mempunyai unsur-unsur doktrin ‘Nur Muhammad’ yang menyeleweng daripada aqidah Islam. Oleh itu, ditukarkan kepada ‘Nabi Muhammad Sallallah’.

Manakala ucapan ‘laisa laha min dunillahi kasyifah’ juga meragukan kerana tidak diketahui apa yang dimaksudnya dengan ucapan itu. Sedangkan ‘laisa laha min dunillahi kasyifah’ adalah ayat al-Qur’an di dalam surah al-Najm ayat 58. Para mufassirin bersepakat bahawa ayat ini membicarakan soal hari Qiyamat yakni “Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (hari Qiyamah) selain Allah”.

Bagaimanapun, keputusan Panel Aqidah JAKIM ini bukanlah keputusan fatwa yang mengikat mana-mana pihak, tetapi ia adalah nasihat dan penjelasan mereka kepada masyarakat awam berkenaan zikir tersebut. Wallahu a’lam.

Sumber: http://mufakkir-islami.blogspot.com/2010/07/penjelasan-tentang-zikir-munajat.html

Jumaat, 9 Julai 2010

Ulama’ Al-Azhar dan Pakar Pengkaji Gerakan-gerakan Islam Menegaskan bahawa Wahhabiyyah Mengancam Islam dan Dunia. Jadi apa pandangan Anda??

Ulama’ Al-Azhar dan Pakar Pengkaji Gerakan-gerakan Islam Menegaskan bahawa Wahhabiyyah Mengancam Islam dan Dunia.

في ندوة بالقاهرة علماء وخبراء يؤكدون: الوهابية خطر على الإسلام والعالم

أكد علماء الأزهر والخبراء المتخصصون في دراسة الحركات الإسلامية أن الوهابية فكراً وحركة تمثل العدو الأخطر على المسلمين والعالم، وأنها لا تقل سوءاً عن الكيان الصهيوني ، لما تبثه من أفكار وسلوكيات تحض على العنف والإرهاب والكراهية وسهولة التكفير ضد كل من يخالفهم في الرأي، وتشوه بسلوكها الشائن المقاومة الإسلامية في فلسطين والعراق، وأنه من الواجب شرعاً مقاومة هذا الفكر وأتباعه بكافة السبل المتاحة، جاء ذلك في الندوة الإسلامية المتخصصة والموسعة التي عقدت بالأمس في القاهرة تحت عنوان (الوهابية: خطر على الإسلام والعالم) وشارك فيها بالأبحاث والنقاش كل من (الشيخ الدكتور/ عبد الرحمن السبكي من علماء الأزهر الشريف ـ المفكر الدكتور/ أحمد السايح أستاذ العقيدة والفلسفة الإسلامية بالأزهر الشريف ـ المستشار/ أحمد عبده ماهر من كبار العلماء المتخصصين في الحركات الإسلامية في مصر ـ أ/ عبد الفتاح عساكر المفكر الإسلامي المعروف ـ د/ عبد الله السعداوي المفكر والمعارض القومي الحجازي ـ د. أحمد شوقي الفنجري المفكر الإسلامي المعروف ـ د/ علي عبد الجواد الخبير في دراسات الحركات الإسلامية) ولفيف من العلماء والخبراء، هذا وقد خلصت الندوة إلى جملة من التوصيات والنتائج كان أبرزها:


أولاً: أكد الخبراء والعلماء في أبحاثهم (7 أبحاث) ومناقشاتهم أن الوهابية كدعوة وفكر تقوم على نفي الآخر وتكفيره، وأنها تهدد الأمن والسلم في كافة دول العالم الإسلامي لما تبثه من أفكار إرهابية وإجرامية شديدة الخطورة، أفكار تدفع الشباب الإسلامي إلى تكفير وإرهاب المجتمع والحكام لأوهى الأسباب، وأن العالم المعاصر لم يعان من تنظيم أو دعوة مثلما عانى من الوهابية سواء تمثلت في (القاعدة) أو في التنظيمات الإسلامية الأخرى، وأنه لولا المال السعودي لما انتشرت الوهابية ولولا النفاق الأمريكي لأمكن مقاومتها والقضاء عليها، ولكن أمريكا والسعودية تستفيدان من هذا الشذوذ الفكري المنتسب زوراً للإسلام والمسمى بالوهابية وذلك لإرهاب العالم تارة أو لابتزازه تارة أخرى.


ثانياً: أكد المشاركون في الندوة على أن الوهابية لها موقف سلبي من المرأة والعلم، والموسيقى وجميع الفنون، ومن المسيحيين بل من أصحاب المذاهب الإسلامية الأخرى (كالشيعة والأشاعرة وغيرهم)، وهي دعوة للجاهلية، وأغلب الموروث الوهابي قائم على الإرهاب الفكري والديني، ومخاصمة الواقع والعقل، ولذلك اعتبره البعض بمثابة (دين آخر) غير دين الإسلام، دين يدعو إلى الإرهاب والقتل باسم الله، والله منه براء، وأن ما يجري في العراق وأفغانستان بل وحتى السعودية راعية هذا الفكر من قتل وإرهاب على الهوية يؤكد أننا أمام دعوة للإجرام والقتل وليس أمام دعوة لإسلام سمح معتدل.


ثالثاً: طالب العلماء والخبراء في الندوة بضرورة إعداد استراتيجية إسلامية وعالمية ثقافية وسياسية لمقاومة الوهابية، وأنه ينبغي أن يكون للأزهر الشريف دور في ذلك لأنه مؤسسة الاعتدال الإسلامي قبل أن يتم اختراقه من الوهابية ومن يسموا بالدعاة الجدد من السلفيين المتشددين، إن الأزهر الشريف إذا عاد كمؤسسة تنويرية ووسطية معتدلة فإنها تستطيع الرد بقوة على هذا الغلو الوهابي المعادي لروح الإسلام المحمدي المعتدل.

TERJEMAHAN:

[Di dalam satu simposium di Kaherah, Para Ulama’ dan Pakar Menegaskan: Al-Wahhabiyyah adalah Satu Ancaman terhadap Islam dan Dunia]

[Para ulama’ Al-Azhar dan pakar-pakar dalam bidang kajian Gerakan-gerakan Islam menegaskan bahawa sesungguhnya Wahhabiah adalah merupakan satu pemikiran/fahaman dan gerakan musuh yang paling merbahaya bagi umat Islam dan dunia, dan ia tidak kurang bahayanya berbanding Gerakan Zionis, kerana ia menyebarkan pemikiran-pemikiran dan sikap serta tindak-tanduk yang bengis, bersifat keganasan (teroris), perasaan benci, serta sikap mudah mengkafirkan mana-mana pihak yang bertentangan pendapat dengan mereka.

Dan sikap serta tindak tanduk mereka yang memalukan ini merosakkan gerakan mempertahankan Islam di Palestin dan Iraq. Dan adalah menjadi kewajipan Shar’ie untuk menentang pemikiran ini serta pengikut-pengikutnya dengan segala cara yang ada. Ini dinyatakan di dalam Simposium Islam Perbincangan Khusus (al-Mutakhasisah) dan Diperkembangkan (al-Muwassa’ah) yang telah dianjurkan kelmarin di Kaherah dengan tajuk:

AL-WAHHABIYYAH: SATU ANCAMAN BAHAYA KEPADA ISLAM DAN DUNIA

Dan panel-panel pembentangan penyelidikan serta perbincangan adalah terdiri daripada:

Al-Sheikh Dr. Abdurrahman al-Subki – salah seorang ulama’ dari Al-Azhar al-Sharif;

Al-Mufakkir Dr. Ahmad al-Sayih – Professor di dalam bidang Aqidah dan Falsafah Islam di Al-Azhar al-Sharif;

Al-Mustashar (Penasihat) Ahmad Abduh Maher – salah seorang daripada ulama’ besar yang mempunyai kepakaran/pengkhususan berkenaan Gerakan-gerakan Islam di Mesir;

Prof. Abdul al-Fattah ‘Asakir – Pemikir Islam yang terkenal;

Dr. Abdullah Al-Sa’dawi – Pemikir dan pembangkang nasional al-Hijazi

Dr. Ahmad Shawqi al-Fanjari – Pemikir Islam yang terkenal;

Dr. Ali Abdul Jawwad – Pakar berkenaan kajian Gerakan-gerakan Islam;

Dan beberapa ulama’ dan pakar-pakar yang lain.

Simposium ini telah meletakkan beberapa cadangan dan kesimpulan, dan yang paling penting adalah seperti berikut:

Pertama:

Pakar-pakar dan para ulama’ menegaskan di dalam penyelidikan mereka (terdapat tujuh (7) penyelidikan) dan perbincangan mereka bahawa sesungguhnya:

Al-Wahhabiyyah sebagai satu bentuk dakwah/seruan dan pemikiran berdiri di atas prinsip menolak dan mengkafirkan pihak lain. Dan sesungguhnya ia mengancam keamanan dan kesejahteraan di seluruh negara-negara Islam dengan sebab ia menyebarkan pemikiran-pemikiran teroris/keganasan dan jenayah yang sangat merbahaya. Pemikiran-pemikiran ini menyebabkan pemuda-pemuda Muslim mengkafirkan serta membuat keganasan terhadap masyarakat dan para pemerintah bersandarkan alasan/sebab yang sangat remeh. Dan dunia masakini tidak berdepan dengan kesulitan/kepayahan daripada mana-mana pergerakan atau dakwah sepertimana yang ia dapati daripada al-Wahhabiyyah sepertimana dalam bentuk (Al-Qaedah) ataupun pergerakan-pergerakan yang lain.

Dan sesungguhnya kalaulah tidak kerana harta/dana Saudi, Al-Wahhabiyyah tidak akan tersebar, dan kalaulah tidak dengan sikap berpura-pura/kemunafikan Amerika, pasti ia dapat ditentang dan dihapuskan. Tetapi Amerika dan Saudi mendapat manfaat daripada pemikiran pelik/terpesong ini yang disandarkan secara palsu kepada Islam dan yang dinamakan al-Wahhabiyyah ini. Dan ia digunakan pada sesuatu masa untuk melancarkan serangan keganasan kepada dunia atau pada masa yang lain untuk melakukan pemerasan/peras ugut.

Kedua:

Para peserta simposium menegaskan bahawa sesungguhnya Al-Wahhabiyyah mempunyai sikap/pendirian yang sangat negatif terhadap wanita dan ilmu, muzik dan segala bentuk kesusasteraan, serta terhadap penganut agama Kristian, bahkan terhadap orang-orang dari mazhab-mazhab Islam yang lain (seperti Shi’ah, Al-Asha’irah dan lain-lain). Dan ia sesungguhnya adalah satu bentuk dakwah/seruan kepada Jahiliyyah. Dan kebanyakan kesan-kesan Wahhabi adalah dalam bentuk teroris pemikiran dan agama, menolak realiti dan intelek.

Dan oleh sebab itu, sebahagian (pengkaji) menganggapnya sebagai (sebuah agama yang baru) selain daripada agama Islam; ia adalah agama yang menyeru kepada terorisma/keganasan dan pembunuhan dengan menggunakan nama Allah sedangkan Allah “bebas” daripada (dakwaan mereka). Dan apa yang berlaku di Iraq dan Afghanistan, bahkan di Saudi - yang merupakan penaja kepada pemikiran ini – dari pembunuhan dan keganasan dengan mudah menguatkan lagi bahawa kita sedang berdepan dengan satu gerakan dakwah/seruan yang menyeru kepada jenayah dan pembunuhan dan bukanlah dakwah/seruan kepada Islam yang bertoleransi dan sederhana (tidak ekstrim).

Ketiga:

Para ulama’ dan pakar di dalam simposium ini membuat tuntutan berkenaan kepentingan penyediaan satu strategi yang Islamik di peringkat antrabangsa serta strategi kebudayaan dan politik untuk menentang al-Wahhabiyyah. Dan sesungguhnya perlu bagi Al-Azhar Al-Sharif memainkan peranan dalam hal ini kerana ia merupakan satu institusi Islam yang bersikap sederhana/tidak ekstrim sebelum ia dirosakkan oleh al-Wahhabiyyah dan golongan yang menamakan diri mereka sebagai pendakwah pembaharuan daripada golongan Salafiyyin yang keras/melampau.

Sesungguhnya sekiranya Al-Azhar Al-Sharif kembali menjadi institusi yang menerangi dengan sikap sederhananya dan tidak melampau, maka ia sesungguhnya mampu dan mempunyai kekuatan untuk menolak sikap melampau Wahhabi yang memusuhi roh Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW yang bersifat sederhana/tidak melampau.] Selesai terjemahan.

Sumber: Akbar Watan [وطن] di : http://watan.com/10/news.html//35-news-extra/21652-2010-04-26-20-24-39.html

Tarikh Berita: 26 April 2010

Khamis, 8 Julai 2010

MENGAPA GOLONGAN WAHABI SUKA MEMBINCANGKAN MASALAH KHILAFIAH??

Ada sesiapa yang boleh rungkaikan kepada saya, mengapa golongan Wahabi suka membincangkan perkara khilafiah...?? sedangkan Soal yang dasar atau masaalah utama kurang diberi perhatian.. Banyak masalah umat Islam hari ini yang perlu kepada penyelesaian berdasarkan Al-Quran dan hadis.. lihat dan tengok apa yang sering dipertikaikan oleh ustaz-ustaz mereka dalam masalah yang saya sebutkan dibawah:
AQIDAH

1. Membahagikan Tawhid kepada 3 Kategori
(i)Tawhid Rububiyyah: Dengan tawhid ini, mereka mengatakan bahawa kaum musyrik Mekah dan orang-orang kafir juga mempunyai tawhid.
(ii)Tawhid Uluhiyyah: Dengan tawhid ini, mereka menafikan tawhid umat Islam yang bertawassul, beristigathah dan bertabarruk sedangkan ketiga-tiga perkara tersebut diterima oleh majoriti ulama’ Islam khasnya ulama’ empat mazhab.
(iii)Tawhid Asma’ dan Sifat: Tawhid versi mereka ini boleh menjerumuskan seseorang ke lembah tashbih dan tajsim
i. Menterjemahkan istawa sebagai bersemayam/bersila
ii. Merterjemahkan yadd sebagai tangan
iii. Menterjemahkan wajh sebagai muka
iv. Menisbahkan jihah (arah) kepada Allah (arah atas – jihah ‘ulya)
v. Menterjemah janb sebagai lambung/rusuk
vi. Menterjemah nuzul sebagai turun dengan zat
vii. Menterjemah saq sebagai betis
viii. Menterjemah asabi’ sebagai jari-jari, dll
ix. Menambah bi zatihi haqiqatan [dengan zat secara hakikat] di akhir setiap ayat-ayat mutashabihat
2. Tafwidh yang digembar-gemburkan oleh mereka adalah bersalahan dengan tafwidh yang dipegang oleh ulama’ Asha’irah
3. Memahami ayat-ayat mutashabihat secara zahir tanpa huraian terperinci dari ulama’ mu’tabar
4. Menolak Asha’irah dan Maturidiyyah yang merupakan majoriti ulama’ Islam dalam perkara Aqidah
5. Sering mengkrititik Asha’irah bahkan sehingga mengkafirkan Asha’irah
6. Menyamakan Ashai’rah dengan Mu’tazilah dan Jahmiyyah atau Mua’ththilah dalam perkara mutashabihat
7. Menolak dan menganggap pengajian sifat 20 sebagai satu konsep yang bersumberkan falsafah Yunani dan Greek
8. Berselindung di sebalik mazhab Salaf
9. Golongan mereka ini dikenali sebagai al-Hashawiyyah, al-Mushabbihah, al-Mujassimah atau al-Jahwiyyah dikalangan ulama’ Ahli Sunnah wal Jama’ah
10. Sering menjaja kononnya Abu Hasan Al-Ash’ari telah kembali ke mazhab Salaf setelah bertaubat dari mazhab Asha’irah
11. Mendakwa kononnya ulama’ Asha’irah tidak betul-betul memahami fahaman Abu Hasan al-Asha’ri
12. Menolak ta’wil dalam bab Mutashabihat
13. Sering mendakwa bahawa ramai umat Islam telah jatuh ke kancah syirik
14. Mendakwa bahawa amalan memuliakan Rasulullah SAW boleh membawa kepada syirik
15. Tidak mengambil berat kesan-kesan sejarah para anbiya’, ulama’ dan solihin dengan dakwaan menghindari syirik
16. Kefahaman yang salah berkenaan syirik sehingga mudah menghukum orang sebagai membuat amalan syirik
17. Menolak tawassul, tabarruk dan istighathah dengan para anbiya’ serta solihin
18. Mengganggap tawassul, tabarruk dan istighathah sebagai sebagai cabang-cabang syirik
19. Memandang remeh karamah para awliya’
Menyatakan bahawa ibu bapa dan datuk Rasulullah SAW tidak terselamat dari azab api neraka.
SIKAP
1. Sering membid’ahkan amalan umat Islam bahkan sampai ke tahap mengkafirkan mereka
2. Mengganggap diri sebagai mujtahid atau berlagak sepertinya (walaupun tidak layak)
3. Sering mengambil hukum secara langsung dari al-Quran dan hadis (walaupun tidak layak)
4. Sering memperlekehkan ulama’ pondok dan golongan agama yang lain.
5. Ayat-ayat al-Quran dan Hadis yang ditujukan kepada orang kafir sering ditafsir ke atas orang Islam.
6. Memaksa orang lain berpegang dengan pendapat mereka walaupun pendapat itu shazz (janggal)

ULUM HADIS
1. Menolak beramal dengan hadis dhaif
2. Penilaian hadis yang tidak sama dengan ulama’ hadis yang lain
3. Mengagungkan Nasiruddin al-Albani di dalam bidang ini [walaupun beliau tidak mempunyai sanad bagi menyatakan siapakah guru-guru beliau dalam bidang hadis. Bahkan umum mengetahui bahawa beliau tidak mempunyai guru dalam bidang hadis dan diketahui bahawa beliau belajar hadis secara sendiri dan ilmu jarh dan ta’dil beliau adalah mengikut Imam al-Dhahabi].
4. Sering menganggap hadis dhaif sebagai hadis mawdhu’ [mereka melonggokkan hadis dhaif dan palsu di dalam satu kitab atau bab seolah-olah kedua-dua kategori hadis tersebut adalah sama]
5. Perbahasan hanya kepada sanad dan matan hadis, dan bukan pada makna hadis. Oleh kerana itu, perbincangan syawahid tidak diambil berat
6. Perbincangan hanya terhad kepada riwayah dan bukan dirayah.
ULUM QURAN
1. Menganggap tajwid sebagai menyusahkan dan tidak perlu (Sebahagian Wahhabi Malaysia yang jahil)
FIQH
1. Menolak fahaman bermazhab kepada imam-imam yang empat; pada hakikatnya mereka bermazhab “TANPA MAZHAB”
2. Mengadunkan amalan empat mazhab dan pendapat-pendapat lain sehingga membawa kepada talfiq yang haram
3. Memandang amalan bertaqlid sebagai bid’ah; kononnya mereka berittiba’
4. Sering mengungkit soal-soal khilafiyyah
5. Sering menggunakan dakwaan ijma’ ulama dalam masalah khilafiyyah
6. Sering bercanggah dengan ijma’ ulama’
7. Menganggap apa yang mereka amalkan adalah sunnah dan pendapat pihak lain adalah bid’ah
8. Sering mendakwa orang yang bermazhab sebagai ta’sub mazhab
9. Salah faham makna bid’ah yang menyebabkan mereka mudah membid’ahkan orang lain
10. Sering berhujah dengan al-tark, sedangkan al-tark bukanlah satu sumber hokum
11. Mempromosikan mazhab fiqh baru yang dinamakan sebagai Fiqh al-Taysir, Fiqh al-Dalil, Fiqh Musoffa, dll [yang jelas terkeluar daripada fiqh empat mazhab]
12. Sering mewar-warkan agar hukum ahkam fiqh dipermudahkan dengan menggunakan hadis “Yassiru wa la tunaffiru” sehingga menjadi lebih parah daripada tatabbu’ al-rukhas 13.Sering mengatakan bahawa fiqh empat mazhab telah ketinggalan zaman
Najis
1. Sebahagian daripada mereka sering mempertikaikan dalil bagi kedudukan babi sebagai najis mughallazah
Wudhu’
1. Tidak menerima konsep air musta’mal
2. Bersentuhan lelaki dan perempuan tidak membatalkan wudhu’
3. Membasuh kedua belah telinga dengan air basuhan rambut dan tidak dengan air yang baru.
Azan
1. Azan juma’at sekali; azan kedua ditolak
Solat

1. Mempromosi “Sifat Solat Nabi SAW’, dengan alasan kononnya solat berdasarkan fiqh mazhab adalah bukan sifat solat Nabi SAW yang sebenar
2. Menganggap lafaz usolli sebagai bid’ah
3. Berdiri secara terkangkang
4. Tidak membaca ‘Basmalah’ secara jahar
5. Menggangkat tangan sewaktu takbir pada paras bahu
6. Meletakkan tangan di atas dada sewaktu qiyam
7. Menganggap perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam solat sebagai perkara bid’ah (sebahagian Wahhabiyyah Malaysia yang jahil)
8. Menganggap qunut Subuh sebagai bid’ah
9. Menggangap penambahan “wa bihamdihi” pada tasbih ruku’ dan sujud adalah bid’ah
10. Menganggap menyapu muka selepas solat sebagai bid’ah
11. Solat tarawih hanya 8 rakaat; yang lebih teruk lagi, mengatakan solat tarawih itu sebenarnya adalah solat malam (solatul-lail) seperti yang dibuat pada malam-malam biasa.
12. Zikir jahar di antara rakaat-rakaat solat tarawih dianggap bid’ah
13. Tidak ada qadha’ bagi solat yang sengaja ditinggalkan
14. Menganggap amalan bersalaman selepas solat adalah bid’ah
15. Menggangap lafaz sayyiduna (taswid) dalam solat sebagai bid’ah
16. Menggerak-gerakkan jari sewaktu tahiyyat awal dan akhir
17. Boleh jama’ dan qasar walaupun kurang dari dua marhalah
18. Memakai jubah dengan singkat yang melampau
19. Menolak sembahyang sunat qabliyyah sebelum Jumaat
Doa, Zikir dan Bacaan al-Quran
1. Menggangap doa beramai-ramai selepas solat sebagai bid’ah
2. Menganggap zikir dan wirid beramai-ramai selepas sembahyang atau pada bila-bila masa sebagai bid’ah
3. Mengatakan bahawa membaca “Sodaqallahul-‘azim” selepas bacaan al-Quran adalah bid’ah
4. Menyatakan bahawa doa, zikir dan selawat yang tidak ada dalam al-Quran dan Hadis sebagai bid’ah. Sebagai contoh mereka menolak Dala’il al-Khayrat, Selawat al-Syifa’, al-Munjiyah, al-Fatih, Nur al-Anwar, al-Taj, dll.
5. Menganggap amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat sebagai bid’ah yang haram
6. Mengatakan bahawa sedekah atau pahala tidak sampai kepada orang yang telah wafat
7. Mengganggap penggunaan tasbih adalah bid’ah
8. Mengganggap zikir dengan bilangan tertentu seperti 1000 (seribu), 10,000 (sepuluh ribu), dll sebagai bid’ah
9. Menolak amalan ruqiyyah shar’iyyah dalam perubatan Islam seperti wafa’, azimat, dll
10. Menolak zikir isim mufrad: Allah Allah
11. Melihat bacaan Yasin pada malam nisfu Sya’ban sebagai bid’ah yang haram
12. Sering menafikan dan mempertikaikan keistimewaan bulan Rajab dan Sya’ban
13. Sering mengkritik kelebihan malam Nisfu Sya’ban
14. Mengangkat tangan sewaktu berdoa’ adalah bid’ah
15. Mempertikaikan kedudukan solat sunat tasbih
Pengurusan Jenazah dan Qubur
1. Menganggap amalan menziarahi maqam Rasulullah SAW, para anbiya’, awliya’, ulama’ dan solihin sebagai bid’ah dan solat tidak boleh dijama’ atau qasar dalam ziarah seperti ini
2. Mengharamkan wanita menziarahi kubur
3. Menganggap talqin sebagai bid’ah
4. Mengganggap amalan tahlil dan bacaan Yasin bagi kenduri arwah sebagai bid’ah yang haram
5. Tidak membaca doa’ selepas solat jenazah
6. Sebahagian ulama’ mereka menyeru agar Maqam Rasulullah SAW dikeluarkan dari masjid nabawi atas alasan menjauhkan umat Islam dari syirik
7. Menganggap kubur yang bersebelahan dengan masjid adalah bid’ah yang haram
8. Doa dan bacaan al-Quran di perkuburan dianggap sebagai bid’ah
Munakahat
Talak tiga (3) dalam satu majlis adalah talak satu (1)
Majlis Sambutan Beramai-ramai
1. Menolak sambutan Mawlid Nabi; bahkan menolak cuti sempena hari Mawlid Nabi; bahkan yang lebih teruk lagi menyamakan sambutan Mawlid Nabi dengan perayaan Kristian bagi nabi Isa a.s.
2. Menolak amalan marhaban
3. Menolak amalan barzanji.
4. Berdiri ketika bacaan mawlid adalah bid’ah
5. Menolak sambutan Ma’al Hijrah, Isra’ Mi’raj, dll.
Haji dan Umrah
1. Cuba mengalihkan "Maqam Ibrahim a.s." namun usaha tersebut telah dipatahkan oleh al-Marhum Sheikh Mutawalli Sha'rawi apabila beliau pergi bertemu dengan Raja Faisal ketika itu.
2. Menghilangkan tanda telaga zam-zam untuk dielak oleh orang yang bertawaf ketika bertawaf.
3. Mengubah tempat sa'ie di antara Sofa dan Marwah yang mendapat tentangan ulama' Islam dari seluruh dunia.
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
1. Ramai para professional menjadi ‘ustaz-ustaz’ mereka (di Malaysia)
2. Ulama’ yang sering menjadi rujukan mereka adalah:
a. Ibnu Taymiyyah
b. Ibnu al-Qayyim
c. Muhammad Abdul Wahhab
d. Sheik Abdul Aziz Ibn Bazz
e. Nasiruddin al-Albani
f. Sheikh Soleh Ibn Uthaimin
g. Sheikh Soleh Fawzan al-Fawzan
3. Sering mewar-warkan untuk kembali kepada al-Quran dan Hadis (tanpa menyebut para ulama’, sedangkan al-Quran dan Hadis sampai kepada umat Islam melalui para ulama’ dan para ulama’ jua yang memelihara al-Quran dan Hadis untuk umat ini)
4. Sering mengkritik Imam al-Ghazali dan kitab “Ihya’ Ulumiddin”
PENGKHIANATAN MEREKA KEPADA UMAT ISLAM
1. Bersepakat dengan Inggeris dalam menjatuhkan kerajaan Islam Turki Usmaniyyah
2. Melakukan perubahan kepada kitab-kitab turath yang tidak sehaluan dengan mereka
3. Ramai ulama’ dan umat Islam dibunuh sewaktu kebangkitan mereka
4. Memusnahkan sebahagian besar kesan-kesan sejarah Islam seperti tempat lahir Rasulullah saw, jannat al-Baqi’ dan al-Ma’la [makam para isteri Rasulullah SAW di Baqi’, Madinah dan Ma’la, Mekah], tempat lahir Sayyiduna Abu Bakr dll, dengan hujah perkara tersebut boleh membawa kepada syirik
5. Di Malaysia, sebahagian mereka dahulu dikenali sebagai Kaum Muda atau Mudah [kerana hukum fiqh mereka yang mudah, ia merupakan bentuk ketaatan bercampur dengan kehendak hawa nafsu].
6. Antara nama/seruan yang pernah digunakan/dilaungkan oleh mereka di Malaysia dahulu ini ialah Ittiba’ Sunnah. Pihak Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-14 yang bersidang pada 22-23 Oktober 1985 telah pun mengeluarkan fatwa menyatakan kesesatan ajaran Ittiba’ al-Sunnah ini.
TASAWWUF DAN TAREQAT
1. Sering mengkritik aliran Sufi dan kitab-kitab sufi yang mu’tabar
2. Sufiyyah dianggap sebagai terkesan dengan ajaran Budha dan Nasrani
3. Tidak dapat membezakan antara amalan sufi yang benar dan amalan bathiniyyah yang sesat
Perhatian:
Sebahagian daripada perkara di atas adalah perkara khilafiyyah(furu’). Namun sebahagiannya adalah bercanggah dengan ijma’ dan pendapat mu’tamad empat mazhab. Sebahagian yang lain adalah perkara yang sangat kritikal dalam masalah usul (pokok) dan patut dipandang dengan serius.Ini adalah sebahagian daripada ciri-ciri umum golongan Wahhabiyyah yang secara sedar atau tidak diamalkan dalam masyarakat kita. Sebahagian daripada ciri-ciri ini adalah disepakati di antara mereka dan sebahagiannya tidak disepakati oleh mereka. Ini adalah kerana di dalam golongan Wahhabiyyah ada berbagai-bagai pendapat dan mazhab dalam berbagai peringkat. Apatah lagi apabila setiap tokoh Wahhabiyyah cuba berijtihad dan mengetengahkan pendapat masing-masing sehingga sebahagiannya terpesong terlalu jauh dari aliran Ahlus-Sunnah wal-Jama’ah. Kami terpaksa mengugurkan banyak lagi ciri-ciri lain yang berkaitan bagi meringkaskan risalah ini. Wallahu A’lam.

Antara Rujukan/Sumber yang mempertahankan ASWJ;
http://al-ashairah.blogspot.com/search/label/Ciri-ciri%20Wahhabi
http://jomfaham.blogspot.com/
http://al-ghari.blogspot.com/

Isnin, 7 Jun 2010

Hukum Berkaitan Patung, Lukisan Gambar Dan Foto sebagaimana yang ditanya kepada Mufti Brunei

Soalan:

Mengikut hukum syara’ dan dalam Islam adalah ditegah untuk membina atau membuat patung-patung sama ada patung manusia atau binatang. Tapi apakah fatwa Yang Dimuliakan Pehin mengenai patung-patung binatang yang ada dibina di Jerudong Park Playground dan jua pada tiap-tiap malam termasuk malam Jumaat dibukakan kepada orang ramai? Harap Pehin dapat berikan penjelasan dengan tabah dan berani.

Jawapan:

َالحَمْدُ ِللهِ َربِّ الْعَلَمِيْنَ, وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ,أللهم هداية للصواب, وَبَعْدُ


Definisi

Apabila disebut patung, maka akan segera diertikan sebagai suatu ukiran daripada batu, besi dan sebagainya yang mempunyai bentuk dan rupa paras dengan tubuh badan serta segala anggota bagi sesuatu objek tertentu yang hendak digambarkan dalam bentuk ukiran tersebut.

Ini bererti bahawa patung itu ialah gambar yang mempunyai jisim (tubuh badan dengan segala anggotanya) dan bayang. Dalam bahasa Arab dikenali sebagai timtsâl atau bila banya disebut tamâtsîl.

Dengan ini patung berbeza daripada gambar yang tiada berjisim dan tidak mempunyai bayang.

Bentuk-Bentuk Patung

Bagi mengetahui hukum masalah di atas kita perlu melihat kepada bentuk-bentuk patung dan juga gambar-gambar seperti berikut:

(i) Patung bagi benda (objek) yang bernyawa (ada baginya nyawa), sama ada manusia, binatang dan lainnya yang lengkap dengan segala anggota tubuh badan serta ada baginya jisim dan bayang.

(ii) Patung bagi tujuan pendidikan, pengajaran atau pembelajaran.

(iii) Patung yang tidak lengkap dengan anggota yang diperlukan bagi ia hidup.

(iv) Gambar atau lukisan benda bernyawa diletakkan pada tempat-tempat terhormat dan tidak menghinakan.

(v) Gambar atau lukisan benda bernyawa yang dipotong-potong dan dijadikan suatu benda lain dan digunakan dalam bentuk menghinakannya seperti bantal.

(vi) Gambar atau lukisan bagi benda-benda yang bernyawa yang diperlukan bagi sesuatu tujuan yang tidak bercanggah dengan syara’.

(vii) Gambar atau lukisan bagi benda-benda yang tidak bernyawa.

Berikut dinyatakan hukum-hukum yang berkenaan dengan setiap bentuk yang tersebut di atas berserta dengan dalil-dalil dan pendapat-pendapat ulama Islam yang muktabar terutama dalam Mazhab Imam Syafi’e Radhiallahu ‘anhu.

Hukum

1. Hukum membina atau membuat patung bagi benda yang bernyawa seperti manusia atau binatang-binatang yang lengkap dengan segala anggota tubuh badannya, berjisim dan ada bayang adalah haram dengan ijma’ seluruh ulama daripada semua Mazhab Ahli Sunnah Wal Jemaah dan wajib dirobohkan, sama ada diletakkan di tempat terhormat atau tempat yang menghinakannya. Manakala membinanya atau membuatnya adalah merupakan suatu dosa besar iaitu dosa besar yang kedua ratus enam puluh lapan seperti yang disebut oleh Imam Ibnu Hajar di dalam kitabnya Al-Zawâjir, kecuali jika disediakan semata-mata untuk tujuan pendidikan atau sebagai alat pengajaran dan pembelajaran seperti kanak-kanak sebagai mainan kepada kanak-kanak perempuan bagi tujuan latihan dan pendidikan dan latihan untuk masa depannya sebagai ibu. Demikian juga dengan patung manusia atau binatang yang lengkap atau sebahagian sahaja daripada anggota tubuh badan tertentu bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah dan di pusat-pusat pengajian tinggi seperti di Kolej atau di Fakulti Perubatan. Patung-patung atau sebahagian anggotanya untuk tujuan ini adalah harus dibuat, dimiliki dan digunakan, kerana diperlukan (hajat), sama ada daripada batu, besi, kayu dan plastic atau lain-lainnya. Manakala patung yang dibina atau dibuat untuk tujuan selain daripada pendidikan, pengajaran dan pembelajaran adalah diharamkan dan merupakan dosa besar iaitu patung bagi benda yang bernyawa, dalam apa sahaja bentuk dan rupanya, diletak pada tempat yang dihormati atau hina, di atas tanah atau lainya, sekalipun patung itu tidak ada baginya bandingan seperti kuda berkepak atau bersayap. Dalil bagi pengharaman dan sebagai dosa besar tersebut ialah berdasarkan beberapa hadits shahih daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengugut, mengancam dan memberi amaran dengan azab pada Hari Kiamat terhadap mereka yang mengukir patung-patung tersebut dan membuat atau membinanya, antaranya:


(i) Hadits Bukhari dari Muslim Ibnu Shabih Abu Dhuha berkata:


كنا مع مسروق فى دار يسار بن نمير فرأى فى صفته تماثيل فقال سمعت عبدالله (ابن مسعود رضى الله عنه) قال سمعت النبى صلى الله عليه وسلم يقول إن أشد الناس عذابا عند الله يوم القيامة المصورون

Maksudnya: “Kami sama-sama Masruq di rumah Yasar Ibnu Numair, tiba-tiba dia terlihat di ruang rumah itu ada beberapa patung.” Lantas dia terus berkata: “Aku telah mendengar daripada Abdullah bin Mas’ud berkata: “Aku mendengar Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bahawasanya manusia yang paling berat azabnya di sisi Allah pada Hari Kiamat ialah para pembuat gambar (patung).”


(ii) Hadits Imam Bukhari dengan sanadnya daripada Nafi’ bahawasanya Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma Shallallahu ‘anhuma menceritakan kepadanya, bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:


إن الذين يصنعون هذه الصور يعذبون يوم القيامة يقال لهم أحيواما خلقتم

Maksudnya: “Bahwasanya mereka yang membuat gambar-gambar (patung) ini akan dikenakan seksa pada Hari Kiamat kelak, dikatakan kepada mereka (dipaksa): “Hidupkanlah patung yang kamu buat itu.”


2. Dalam satu riwayat lagi oleh Bukhari dengan sanadnya Sa’id Ibn Abi ‘Arubah yang banyak bermulazimah (berdampingan) dengan Qatadah, yang kebetulan pada suatu hari Qatadah ada bersama-sama dengan Al-Nadhru bin Anas bin Malik, Al-Nadhru menceritakan kepada Qatadah, sambil didengar oleh Sa’id yang bersama-sama dengan mereka, Al-Nadhru berkata:
“Suatu hari aku duduk di sisi Ibnu ‘Abbas, di ketika itu ramai orang yang bertanya masalah dan meminta fatwa daripadanya, Ibnu ‘Abbas menjawab persoalan-persoalan itu tanpa menyebut sebarang dalil daripada Al-Sunnah (hadits) sehinggalah ditanyakan oleh seorang lelaki dari Iraq yang bekerja sebagai tukang kayu, katanya kepada Ibnu ‘Abbas: “Aku membuat gambar ini”, dalam riwayat lain katanya: “Kehidupanku adalah melalui kerja tanganku iaitu membuat gambar (mengukir kayu-kayu menjadi patung), maka apakah yang tuan boleh memberi apa-apa perintah tuan kepada saya (berhubung dengan perkara ini)” Di sini Ibnu ‘Abbas menjawab katanya:

سمعت محمدا صلى الله عليه وسلم يقول من صور صورة فى الدنيا كلف يوم القيامة أن ينفخ فيها الروح وليس بنافخ
Maksudnya: “Aku dengar Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang membuat sebarang gambar di dunia ini akan diseksa pada Hari Kiamat kelak dengan memaksa dia supaya meniupkan padanya roh, sedangkan dia tidak mampu sama sekali meniupkan roh (menghidupkan).”


Dalam riwayat yang lain, apabila Ibnu ‘Abbas melihat lelaki itu tidak senang dengan jawapannya, maka Ibnu ‘Abbas berkata kepadanya:


ويحك ! إن أبيت إلا أن تصنع فعليك بهذا الشجر

Maksudnya: “Celaka kau! Jika terpaksa juga engkau kerjakan, maka buatlah gambar pokok.”


Dalam riwayat Muslim dan Ahmad, kata Ibnu ‘Abbas menjawab bagi pertanyaan lelaki tersebut:


سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول كل مصور فى النار يجعل له بكل صورة صورها نفسا فتعذبه جهنم
Maksudnya: “Aku dengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Setiap penggambar (pembuat patung) diazab / diseksa dalam neraka, dijadikan setiap gambar (patung) itu roh sebagai alat penyeksa terhadapnya di dalam neraka jahanam.


Maka Ibnu ‘Abbas berkata kepadanya:


فإن كنت لابد فاعلا فاصنع الشجر وما لا نفس له
Maksudnya: “Jika awak terpaksa juga melakukan pekerjaan itu (membuat patung), maka buatlah (gambar) tumbuh-tumbuhan dan benda-benda yang tidak bernyawa.”


3. Manakala patung benda bernyawa bagi tujuan pendidikan, pengajaran dan pembelajaran, kata Ibnu Hajar Al Asqalani: “
Patung yang diharamkan dengan ijma’ itu tidak termasuk pating mainan kanak-kanak perempuan.”
Dan Imam Nawawi juga ada berkata:
“Dikecualikan daripada haram membuat patung dan penggunaannya; patung mainan kanak-kanak perempuan, kerana ada riwayat daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang memberi ruhkshah (kelonggaran) mengenainya”


Kelonggaran atau pengecualian ini adalah berdasarkan hadits Bukhari dengan sanadnya kepada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anhu katanya:


كنت ألعب بالبنات عند النبى صلى الله عليه وسلم وكان لى صواحب يلعبن معى فكان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا دخل يتقمعن منه فيسربهن إلى فيلعبن معى
Maksudnya: “Aku bermain-main anak patung di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan aku ada beberapa orang kawan bermain-main bersama-samaku. Apabila Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam membiarkan mereka bermain –main denganku.”


Jadi hadits ini bermaksud ‘Aisyah bermain dengan anak-anak patung bersama dengan kawan-kawanya, bukanlah bermakna ‘aisyah bermain –main dengan kawan-kawannya sahaja, ini dijelasskan oleh riwayat Jarir daripada Hisyam, di dalamnya terdapat perkataan ‘Aisyah berbunyi:


كنت ألعب بالبنات وهن اللعب
Maksudnya: “Aku bermain-main dengan anak-anak perempuan iaitu anak-anak mainan (patung).”


Hadits ini diterbitkan oleh Abu ‘Awanah dan lainnya. Juga Abu Daud dan Nasa’i ada meriwayatkan cerita lain daripada ‘Aisyah (yang menunjukkan ada patung-patung mainan kepada ‘Aisyah) katanya:



قدم رسول الله صلى الله عليه وسلم من غزوة تبوك أو خيبر – فذكر الحديث فى هتكه الستر الذى نصبته على بابها, قالت: فكشفت ناحية الستر عن بنات لعائشة لعب فقال ما هذا يا عائشة قالت بناتى, ورأى فيها فرسا مربوطا له جناحان فقال ما هذا؟ قلت فرس قال فرس له جناحان قلت ألم تسمع أنه كان لسليمان خيل لها أجنحة؟ فضحك
Maksudnya: “Setibanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada peperangan Tabuk dan Khaibar, lalu diceritakan kisah di mana Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam menurunkan kain yang direntangkan pada pintunya, di sini Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam terlihat di sebalik kain rentang itu ada beberapa anak patung perempuan mainan kepada ‘Aisyah. Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Apa ini wahai ‘Aisyah?” Jawabnya: “Anak-anak patung perempuan milikku.” Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam terlihat pula kepada patung kuda dalam keadaan terikat ada baginya dua sayap! Maka Rasulullah bertanya: “Apa ini?” ‘Aisyah menjawab: “Kuda.” Kata Rasulullah: “Kuda ada dua sayap!” Jawab ‘Aisyah: “Tidakkah Tuan pernah dengar bahawa ada bagi Nabi Sulaiman kuda-kuda yang mempunyai beberapa sayap? Maka rasulullah tertawa.”


Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani selepas membawa hadits ini daripada beberapa riwayatnya:
“Maka ini adalah merupakan dalil yang jelas menunjukkan bahawa yang dimaksudkan ialah anak-anak patung daripada mainan perempuan, bukannya anak-anak perempuan daripada manusia.” Tetapi Imam Malik berkata: “Makruh bapa membeli patung mainan kepada anak perempuannya.”
Bahkan setengah ulama berpendapat bahawa kebenaran pada membuat dan menggunakan patung mainan kanak-kanak perempuan itu telah dimansukhkan kepada hadits-hadits yang melarang seperti yang disebut di atas.

4. patung benda bernyawa yang berjisim dan ada bayang, tetapi tidak lengkap dengan segala anggota terutama anggota yang tidak dapat tidak untuk hidup seperti kepala atau badan, hukumnya adalah harus pada pendapat Al-Jumhur (kebanyakkan ulama) seperti yang dinaqalkan oleh Imam Rafi’e:
“Bahawasanya patung, apabila dipotong keplanya maka tiadalah sebarang tegahan lagi.”
Tetapi Imam Mutawalla (salah seorang ulama besar pakar rujuk dalam Mazhab Syafi’e) mengatakan:
“Tiada beza, sama ada dipotong kepalanya atau tidak.”


Ini bererti pada pendapat Mutawalla bahawa sebarang patung adalah haram membuat atau membinanya.

5. Patung benda bernyawa tiada berjisim dan tiada berbayang itu sebenarnya ialah gambar atau lukisan. Jika ia diletakkan pada tempat-tempat yang mulia dan tidak menghinakannya seperti digantung di tempat-tempat yang mulia dan tidak menghinakannya seperti digantung di tempat-tempat yang tinggi, di dinding, di siling, di pakaian dan sebagainya, maka menurut pendapat yang jelas dalilnya adalah haram dan tidak dimasuki Malaikat Rahmat.

Dalam hadits riwayat Bukhari dengan sanadnya daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anhu berkata:


قدم رسول الله صلى الله عليه وسلم سفر وقد سترت بقرام لى على سهوة لى فيها تماثيل فلما رآه رسول الله صلى الله عليه وسلم هتكه وقال أشد الناس عذابا يوم القيامة الذين يضاهون بخلق الله قالت فجعلناه وسادة أو وسادتين
Maksudnya: “Setibanya Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam daripada suatu pelayaran (kembali daripada peperangan Tabuk) dan aku menggunakan sebidang kain bulu (mungkin seperti sejadah) untuk menutupi bilik kecil yang dijadikan sebgai setor barang-barang. Terdapat pada kain itu gambar-gambar (lukisan-lukisan benda yang bernyawa), maka apabila Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam melihatnya, Baginda lalu memusnahkannya (bererti mengangkat kain itu dan menjauhkannya daripada tempat letaknya itu serta menggulungkannya sehingga tidak nampak lagi gambar-gambarnya kepada mata yang memandang) sambil bersabda: “Manusia yang paling berat seksanya pada Hari Kiamat ialah mereka yang menjadikan sesuatu menyamai / menyerupai dengan makhluk yang dijadikan Allah (membuat patung benda bernyawa).” Kata ‘Aisyah: “Ekoran daripada teguran Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam itu kami pun potong kain tersebut untuk dijadikan sebiji atau dua biji bantal.”


Oleh yang demikian, jelas daripada hadits ini segala gambar bagi benda bernyawa, sama ada baginya jisim dan bayan (patung) atau tidak (iaiatu gambar-gambar dan likisan-lukisan manusia atau binatang) adalah haram jika diletakkan pada tempat-tempat yang dimuliakan dan tidak hina, berdasarkan kepada ugutan atau amaran dengan seksa yang paling berat di dalam hadits yang shahih daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam seperti tersebut di atas.

Tetapi jika diletakkan pada tempat yang tidak dimuliakan seperti contoh dalam hadits iaiatu bantal yang digunakn untuk tidur adalah tidak haram.

Dalam hadits lain riwayat Bukhari dengan sanadnya daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha: -


قدم النبى صلى الله غليه وسلم وعلقت درنوكا فيه تماثيل فأمرنى أن أنزعه فنزعته...
Maksudnya: “Setibanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada suatu pelayaran, pada ketika aku telah merentangkan sebidang kain (durnûk) di pintu rumahku (kain yang boleh digunakan sebagai hamparan dan tabir / langsir) terdapat padanya gambar-gambar lukisan, (iaiatu kuda yang mempunyai sayap dan kepak), maka Rasulullallah Shallallahu ‘alaihi wasallam memerintah supaya aku buangkannya, lalu aku pun segera membuangkannya (menurunkannya daripada pintu).”


Dan satu lagi hadits riwayat Bukhari dengan sanadnya daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha juga:


أنها اشترت نمرقة فيها تصاوير. فقام النبى صلى الله عليه وسلم بالباب فلم يدخل. فقلت أتوب إلى الله مما أذ نبت قال ما هذه النمرقة. قلت لتجلس عليها وتوسدها. قال إن أصحاب هذه الصور يعذبون يوم القيامة يقال لهم أحيوا ما خلقتم وإن الملائكة لا تدخل بيتا فيه الصور
Maksudnya: “Bahawa ‘Aisyah telah membeli satu set tempat duduk (bantal / kusyen tempat duduk) yang ada padanya gambar-gambar, (apabila Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pulang), maka Baginda berdiri di pintu dan enggan masuk ke dalam rumah. (Setelah melihat keadaan sedemikian dan dilihat tanda tidak suka di muka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam), maka ‘Aisyah berkata: “Aku memohon ampun kepada Allah daripada dosa yang aku lakukan.” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Apakah tujuan dengan bantal (numruqah) ini?” Jawab ‘Aisyah: “Untuk Tuan hamba duduk dan bersandar” , sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Bahawa sesungguhnya orang-orang yang membuat gambar ini akan diseksa pada Hari Kiamat kelak, dikatakan kepada mereka: “Hidupkanlah apa yang kamu buat itu, dan sesungguhnya para malaikat (Malaikat Rahmat) tidak akan memasuki rumah yang terdapat padanya gambar-gambar.”


Manakala dalam riwayat Bukhari lagi dengan sanadnya daripada ‘Aun bin Abi Juhaifah daripada bapanya menyebutkan:


أنه اشترى غلاما حجاما فقال إن النبى صلى الله عليه وسلم نهى عن ثمن الدم وثمن الكلب وكسب البغى ولعن آكل الربا وموكله والوشمة والمستوشمة والمصور

Maksudnya: “Bahawa bapa ‘Aun membeli seorang hamba yang mahir dengan kerja-kerja berbekam. Maka katanya: “Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menegah daripada hasil jualan darah, hasil jualan anjing, hasil zina (pelacuran), dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat ke atas pemakanan riba dan pemberi riba dank e atas pembuat tatu (kirung) dan yang meminta supaya dibuat tatu ke atasnya, dan ke atas penggambar gambar (pembuat gambar).”


Daripada beberapa hadits di atas jelas bahawa gambar-gambar benda yang bernyawa yang lengkap dengan segala anggota tubuh badannya tetapi tiada berjisim dan tiada bayang baginya, hukumnya adalah seperti berikut:

(i) Jika diletakkan pada tempat-tempat terhormat dan tidak hina adalah haram. Walau bagaimanapun Imam Nawawi berpendapat adalah tiada beza di antara yang ada baginya bayang dan tiada baginya bayang jika digantung di dinding, di pakaian, di serban atau seumpamanya daripada perbuatan yang tidak dikirakan sebagai menghinakannya adalah haram.

(ii) Jika digunakan sebagai hamparan yang dipijak-pijak atau menjadi hina dengan penggunaannya seperti bantal dan sandaran (penyandar) adalah harus. Kata Imam Nawawi: “Ini adalah pendapat jumhur Ulama dari kalangan sahabat dan tabi’in dan aia adalah pendapat Imam Tsauri, Malik, Abu Hanifah dan Syafi’e.”

(iii) Jika dipotong-potongkan dan dijadikan seperti bantal dan sebagainya adalah harus.

(iv) Jika tidak dipotong-potong, bahkan masih lengkap dengan sempurna segala anggotanya dan masih dijadikan tempat duduk (numruqah) adalah masih diingkari oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, seperti yang jelas daripada tindakan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memberi amaran terhadap mereka yang membuat gambar.

Hadits ini ditujukan kepada gambar (numruqah) yang hendak dijadikan sebagai tempat duduk. Di sini Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menyatakan bahawa para pembuat gambar-gambar ini (yang dilukis dalam numruqah) akan diazab pada Hari Kiamat kelak dengan dipaksa mereka supaya menghidupkannya, sedangkan mereka tidak mampu menghidupkannya. Ini suatu seksa kepada mereka. Dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menyatakan lagi di sini bahawasanya para malaikat (Malaikat Rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yang terdapat padanya gambar-gambar seperti yang terdapat pada (numruqah) iaiatu jisim dan bayang, bahkan gambar lukisan sahaja tidak lengkap. Selain daripada hadits Al-Nadhru yang menceritakan kepada Qatadah darihal Ibnu ‘Abbas yang diminta fatwa terhadap beberapa masalah dan dijawabnya tanpa membawa dalil daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam kecuali apabila ditanya mengenai kerja mencari nafkah melalui membuat gambar. Maka di sini Ibnu ‘Abbas menjawab dengan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang menyatakan secara umum (man shawwara shûratan…) dapat difahamkan bahawa sebarang kerja membuat gambar bagi benda yang bernyawa, sekalipun tiada berjisimdan bayang, tetapi gambar-gambar itu lengkap dan sempurna dengan segala anggotanya dan walaupun digunakan sebagai tempat duduk atau dijadikan pekerjaan membuatnya sebagai jalan mencari nafkah hidup adalah haram.

Imam Nawawi berkata:


تصوير صورة الحيوان حرام شديد التحريم وهو من الكبائر لأنه متوعد عليه بهذا الوعيد الشديد وسواء صنعه لما يمتهن أم لغيره فصنعه حرام بكل حال, وسواء فى ثوب او بساط او درهم أو دينار أو فلس أو إناء أو حائط أو غيرها. فأما تصوير ما ليس فيه صورة حيوان فليس بحرام.
Ertinya: “Membuat gambar binatang (termasuk manusia kerana maksudnya: Benda yang bernyawa) adalah haram yang bersangatan dan ia merupakan dosa besar, kerana diugut denga ugutan yang kuat. Dan sama ada dibuat gambar itu pada benda yang menghinakan atau lainnya. Membuat gambar adalah haram dalam semua keadaan, dan sama ada dibuat pada pakaian, hamparan, wang derham, dinar, wang tembaga, bijana, di dinding dan lainnya. Tetapi membuat gambar yang lain daripada binatang (binatang bernyawa) adalah tidak haram.”


Manakala Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani pula menyatakan dalam Fath Al-Bâri bahawa ugutan dengan azab yang berat itu ditujukan khas terhadap mereka yang membuat gambar dengan bertujuan menyerupai (yudhâhi) dengan makhluk yang dijadikan Allah (menyerupai Allah dari segi menjadikan sesuatu). Maka jadilah dia kafir dengan niat tersebut, maka kerana inilah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


أشد الناس عذابا يوم القيامة الذين يضاهون بخلق الله

Maksudnya: “Manusia yang paling berat seksanya pada Hari Kiamat ialah mereka yang menyerupai dengan makhluk yang dijadikan Allah.”


Al-Hafiz Al-Asqalani menambah:
“Orang yang lebih berat bagi dosanya (daripada yang tiada niat menyerupai) ialah mereka yang membuat gambar apa-apa suatu yang disembah selain daripada Allah.”


Kata Al-Qurtubi:
“Bahawasanya masyarakat jahiliah membuat berhala dariada apa sahaja yang terdapat, sehingga setengah daripada mereka membuat berhalanya daripada buah tamar ‘ajwah, yang mana apabila dia merasai lapar dimakannya.”


Hukum Gambar Foto (Photograph)

(i) Adapun gambar yang dibuat melalui cahaya matahari seperti gambar-gambar foto itu kata setengah ulama harus dan boleh dibuat dan kata setengah ulama lain haram dibuat.

(ii) Gambar haiwan yang diambil dengan memakai alat foto yang telah berlaku kira-kira pada kurun yang kesembilan Masihi, saya belum berjumpa perkataan alim ulama Syafi’iyyah yang tepat berkenaan hukum mengambil haiwan dengan alat foto sebagaimana yang dibayangkan oleh Al-‘Allâmah Al-Saqqaf pengarang Hâayiah Tarsyih Al-Mustafîdîn ‘ala Fath Al-Mu’în, akan tetapi menurut kumpulan fatwa bagi Al-‘Allâmah Al-Syeikh Husain Al-Maghribi Al-Azahari Mufti Malikiyyah di Makkah Al-Mukarramah dan bagi anaknya Al-‘Allâmah Al-Syeikh Muhammad ‘Abid, Mufti Malikyyah Makkah Mukarramah dan menurut pendapat Al-‘Allâmah Al-Sayyid Muhammad bin Ja’afar gambar yang diambil dengan memakai alat foto adalah ia makruh jika gambar-gambar haiwan itu cukup keadaannya.

Dengan ini jelas daripada pendapat-pendapat ulama di atas seperti berikut:

(i) Membuat patung dengan niat menyerupai Allah dari segi menjadikan sesuatu itu adalah kufur wal ‘yâdzubillâh.

(ii) Membuat patung atau gambar bagi sesuatu yang disembah selain daripada Allah adalah haram dan berdosa lebih besar daripada dosa membuat patung atau gambar bagi yang bukan disembah selain daripada Allah.

(iii) Membuat gambar, lukisan pada benda-benda yang terhormat dan tidak dihinakan adalah haram seperti yang jelas daripada hadits-hadits iaitu qiram, durnûk dan numruqah.

(iv) Jika dibuat atau digunakan dengan cara yang tidak memuliakan, bahkan dihinakan seperti hamparan yang terdapat pada bantal dengan dipotong-potongkan, maka tiadalah haram.

(v) Jika gambar-gambar itu bagi benda-benda yang bernyawa seperti gambar-gambar atau lukisan tumbuh-tumbuhan, maka ini adalah harus seperti kata Ibnu ‘Abbas kepada lelaki tukang kayu. Daripada hadits yang maksudnya: (…Jika terpaksa juga engkau lakukan kerja membuat gambar, maka buatlah gambar-gambar tumbuh-tumbuhan).

(vi) Bagi gambar-gambar itu bukan bagi benda-benda yang bernyawa untuk tujuan-tujuan yang tidak bercanggah dengan syara’ seperti untuk tujuan pengenalan peribadi seseorang seperti yang ditetapkan oleh undang-undang, maka ini adalah harus. Harus gambar-gambar atau lukisan-lukisan yang tiada berjisim dan berbayang untuk dibuat, dimiliki dan digunakan dalam kehidupan sehari-hari yang tidak bercanggah dengan syara’.

Rumusan

Dengan ini dapatlah dirumuskan hukum-hukum berkaitan dengan patung atau gambar-gambar seperti berikut:

(i) Patung benda yang bernyawa yang lengkap dengan segala anggotanya adalah haram dengan ijma’, dan wajib dimusnahkan, sama ada patung manusia, binatang, malaikat jin atau binatang yang tiada banding baginya seperti kuda bersayap atau berkepak.

(ii) Patung tersebut di atas yang dipotong bahagian atau anggota yang tidak boleh ia hidup tanpanya adalah harus.

(iii) Patung lengkap seperti (i) di atas bagi tujuan pendidikan atau pengajaran dan pembelajaran adalah harus dibuat, dimiliki dan digunakan.

(iv) Gambar atau lukisan benda bernyawa diletakkan pada tempat-tempat terhormat dan tidak hina adalah haram.

(v) Gambar atau lukisan benda yang bernyawa diletakkan pada tempat-tempat tidak terhormat dan sekalipun menghinakan seperti yang terdapat pada penyandar-penyandar yang dijadikan tempat sandaran atau tempat duduk adalah masih diingkari oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Ini ditafsirkan oleh setengah ulama sebagai makruh sahaja.

(vi) Gambar atau lukisan benda yang bernyawa itu, jika dipotong-potongkan dan dijadikan seperti bantal dan sebagainya maka ini adalah harus.

(vii) Sebarang patung, gambar atau lukisan bagi benda-benda yang tiada bernyawa adalah harus seperti bukit bukau, gunung-ganang, tumbuh-tumbuhan, lautan, langit dan bumi dan sebagainya.

(viii) Gambar atau lukisan bagi benda yang bernyawa yang diperlukan bagi tujuan-tujuan yang tidak bercanggah dengan syara’ adalah harus, sama seperti patung benda yang bernyawa di atas.

(ix) Gambar atau patung benda bernyawa berjisim dan berbayang atau tidak, jika dibuat dengan tujuan menyerupai Allah dalam menjadikannya adalah kufur wal’iyâdzubillâh.

(x) Jika dibuat gambar atau patung tersebut tanpa niat menyerupai, tetapi gambar atau patung itu ialah sesuatu yang disembah selain daripada Allah, maka hukumnya adalah haram dan dosanya lebih besar daripada dosa membuat gambar atau patung bagi benda yang tidak disembah selain daripada Allah.


وَاللهُ أَعْلَم


Negara asal : Brunei darussalam

Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
Penulis/Ulama : Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned
Tarikh Diisu : 1994-1995

Nota: Fatwa Mufti Kerajaan

Jumaat, 4 Jun 2010

KHUTBAH BANTAHAN REJIM ZIONIS YAHUDI DAN DOA QUNUT NAZILAH

Saya turunkan teks Khutbah jumaat 4 jun 2010 yang dibaca di Masjid Taman Wawasan, Tawau... Juga doa Qunut Nazilah yang patut dibaca oleh semua umat Islam... bagi mengecam tindakan kejam rejim zionis Yahudi..Moga ada manfaatnya..

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى
وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ
المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا
مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ
إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ
حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 76 surah an-Nisa’:

Maksudnya : Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berperang di jalan Toghut, oleh itu perangilah kawan-kawan syaitan itu kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah

Kini kita berada awal bulan Jun dan baru sahaja melepasi bulan Mei yang mengingatkan kita semua tentang sejarah hitam bagi umat Islam setiap kali tibanya 15 Mei yang digelar dengan NAKBAH- hari malapetaka dalam sejarah umat Islam terutamanya di Palestin, dengan penubuhan negara haram Israel pada tahun 1948. Pada 12 Mei 2010 baru-baru ini, Perdana Menteri negara haram Israel, Benyamin Netanyahu, di dalam Knesset menegaskan sekali lagi bahawa Yahudi berhak terhadap bandar Quds dengan alasan kononnya Quds dengan nama dalam bahasa Ibrinya dipanggil Sahyun disebut sebanyak 850 kali dalam Perjanjian Lama (Kitab Taurat) sedangkan ia tidak disebut dalam kitab-kitab suci yang lain. Quds juga disebut sebanyak 142 kali dalam kitab Perjanjian Baru sedangkan al-Quran tidak menyebut walaupun sekali di antara 26 nama Arab untuk Quds sehinggalah dalam tafsiran al-Quran yang berkembang mulai abad ke 12 dikatakan di sana ada ayat yang menunjuk kepada Quds. Lantas Para wakil Arab di Knesset membantah kenyataan Perdana Menteri Israel tersebut, dengan menyebut bahawa Quds ialah qiblat pertama umat Islam dan merupakan tanah haram yang ke 3, dan mendakwa Netanyahu cuba memutar-belitkan sejarah. Bagi umat Islam, di tanah Quds inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di sisi Islam di dunia ini selepas Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi. Di tanah inilah saksi kepada jihad yang mengorbankan jutaan umat Islam bagi mengembalikan kemerdekaan Palestin. Bagi Yahudi pula, kononnya bumi tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah kampung halaman nenek moyang mereka yang berasal dari Bani Israel dan Yahudi percaya di tanah itulah terletaknya Bukit Zion tempat tertanamnya Haikal Sulaiman iaitu kuil suci mereka. Manakala Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci di mana Temple of Nazareth yang terletak di tanah tersebut merupakan tempat kelahiran Nabi Isa, tempat Nabi Isa menyampaikan ajarannya dan disalib mengikut pegangan ajaran kristian. Sejak zaman nabi Ibrahim lagi, yang merupakan moyang kepada keturunan Bani Israel dan Bani Ismail telah mendiami bumi Palestin. Meskipun Yahudi mendakwa Palestin sebagai tanah warisan mereka tetapi Allah sendiri menafikannya; antaranya ayat 67 surah Ali ‘Imran :

Maksudnya : Bukanlah nabi Ibrahim itu Yahudi dan bukannya juga Nasrani tetapi dia adalah orang yang lurus, bersih (dari syirik dan sesat) dan muslim (berserah diri kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Musuh Islam sentiasa berusaha siang dan malam dalam menghancur Islam dan umat Islam termasuk dengan merenggangkan semangat persaudaraan Islam dengan menyuburkan semula semangat kebangsaan yang sempit. Isu Palestin yang merupakan isu umat Islam dialihkan kepada isu negara Arab seterusnya dipinggirkan lagi sebagai isu rakyat Palestin sahaja. Contohilah perjuangan Salehudin al-Ayyubi yang berbangsa Kurdis tetapi bangkit atas dasar Islam membebaskan masjid Aqsa hasil daripada surat banduan Palestin yang terseksa dalam penjara kerajaan Salib Kristian ketika betapa banyak surat lagi yang dihantar kepada raja-raja Arab sekelilingnya tetapi tidak dihiraukan. Kita mesti menghargai betapa bernilainya Baitul Maqdis yang merupakan tanah wakaf milik seluruh umat Islam sebagaimana yang telah diisytiharkan oleh Sayidina Umar al-Khottab sebaik sahaja membebaskannya daripada cengkaman Empayar Rom. Bersamalah kita membantu umat Palestin yang merupakan penjaga kepada tanah wakaf milik kita semua. Ayuh bangun membantu umat Palestin dengan doa, harta dan jiwa raga kita serta memboikot barangan Israel dan sekutunya terutama Amerika Syarikat. Jangan tunggu sehingga Masjidil Aqsa menyembah tanah, baru kita merintih sedih. Jangan kita menjadi umat Islam yang paling lemah iaitu membiarkan sahaja Masjidil Aqsa runtuh pada zaman kita hidup. Tirulah apa yang dilakukan oleh umat Islam ketika Masjidil Aqsa dibakar pada tahun 1969 sehingga mereka bangkit yang menyebabkan hampir seluruh Yahudi dihalau keluar dari bumi Palestin.

Sidang jemaah jumaat sekalian,
Khatib menyeru sidang hadirin semua agar kita sama-sama mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya kekejaman Israel yang menyerang konvoi bantuan kemanusiaan yang membawa bantuan perubatan, pendidikan dan pembinaan bagi rakyat Gaza yang disertai lebih daripada 50 buah negara sehingga ada sukarelawan yang mati ditembak dan ramai yang cedera, termasuk 12 sukarelawan Malaysia yang ditahan walaupun dibebaskan akhirnya dan dijangka tiba di Malaysia pada hari ahad ini. Sama-sama kita membantah tindakan rejim zionis Israel tersebut dan marilah kita bersama umat Islam dan pejuang Islam yang sentiasa melaungkan خَيْبَرْ خَيْبَرْ يَا يَهُوْد جَيْشُ مُحَمِّدٍ سَوْفَ يَعُوْدُ : Berambus! Berambus wahai yahudi! Tentera Muhammad kan kembali :
مَنْ قُتِلَ دُوْنَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ : قَالَ الرَّسُوْلُ
مَنْ قُتِلَ دُوْنَ دِيْنِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ دَمِهِ فَهُوَ
شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ أَهْلِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ
– رواية الترمذي دان النسائي

Maksudnya: Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia adalah mati syahid, Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya maka dia adalah mati syahid, Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya maka dia adalah mati syahid dan sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya maka dia adalah mati syahid

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,
Masyarakat umat Islam dan orang Melayu hari ini seringkali leka dengan hedonisme (suka berhibur) seperti hiburan seni suara dan permainan bola sepak. Kita tahu bagaimana hiburan yang melampau banyak merosakkan akhlak umat Islam tetapi malangnya program dalam melahirkan lebih ramai penghibur terus subur. Konsert hiburan melampau diberi permit dengan mudah. Nasib baik lah konsert Inul yang pada awalnya diadakan di Kompleks Sukan Tawau dibatalkan, setelah dibuat bantahan oleh sebahagian umat Islam yang prihatin, kalau tidak, sudah pasti ada umat Islam yang turut serta hanyut dengan goyangan dangdutnya pada malam sabtu yang lalu. Dan Tidak berapa lama lagi seluruh dunia termasuk umat Islam banyak menumpukan perhatian kepada bolasepak Piala Dunia sehingga ramai di kalangan kita tidak lagi menghiraukan masalah semasa yang sedang berlaku. Ingatlah sidang jemaah jumaat sekelian, pada tahun 1967, Sinai di Mesir jatuh ke tangan Israel antara sebabnya adalah kerana pada waktu itu orang Arab sedang disibukkan dengan bola. Oleh itu tumpuan kepada sukan tersebut janganlah melalaikan kita daripada menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah terutama dalam menjaga solat Subuh, kerja dan tugasan harian, amanah keluarga dan sebagainya.

Semua hiburan dan permainan sebegini adalah perancangan Yahudi untuk menguasai dunia..Umat Islam perlu ingat kepada protokol Yahudi ke-13 dalam menguasai dunia. Antara lain yang berbunyi : “Untuk menjauhkan orang ramai selain yahudi daripada mendapat maklumat baru tentang garis kerja yang zionis yahudi laksanakan, maka kita akan melalaikan masyarakat dunia dengan pelbagai program permainan dan hiburan. Kita akan mengiklankan di dalam akhbar dan lainnya tentang seruan supaya mereka menceburi pelbagai kegiatan seperti aktiviti seni hiburan, sukan dan sebagainya. Dengan keseronokan yang baru ini maka pemikiran manusia akan lalai daripada memikirkan masalah perselisihan antara yahudi dengan mereka. Apabila sesuatu bangsa telah kehilangan sedikit demi sedikit nikmat berfikir maka mereka akan datang kepada yahudi kerana sebab yang satu iaitu yahudi akan menjadi anggota masyarakat yang bernilai dan lebih layak dalam mengemukakan pendapat dan buah fikiran yang baru kepada manusia. Melalui cara ini negara Israel akan diiktiraf oleh dunia dan seluruh dunia akan berkhidmat untuk yahudi” Ini janji Yahudi...

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Ketika umat Islam bangkit mengecam laman facebook yang menghina nabi Muhammad s.a.w dengan suatu kumpulan menganjurkan pertandingan melakar/melukis wajah nabi Muhammad s.a.w, kemudian pengharaman laman youtube/facebook oleh Pakistan yang menghina Islam disamping mengutuk tindakan biadap seorang peguam perempuan Perancis yang telah berusia 60 tahun yang sanggup menarik tudung seorang muslimat di khalayak ramai kerana benci pada Islam maka kita begitu sedih apabila ada pihak dari kalangan orang Islam tergamak menghalalkan lesen judi bola yang boleh merosakkan aqidah dan akhlak pemimpin dan masyarakat dengan alasan yang pelbagai. Sedangkan judi adalah jelas pengharamannya berdasarkan ayat Al-Quran dan hadis Nabi s.a.w.; Antaranya Firman Allah s.w.t dalam surah al-Maidah ayat 90:

Maksud: Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[434], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.
Jika kita memerhati kepada pegangan agama lain pun terhadap judi, seperti Agama Budha Hinayana menggariskan lima larangan kepada penganut Budha iaitu; ” membunuh, mencuri, menipu, berzina, meminum alkohol dan berjudi”. Kristian pula memberi amaran bagi yang mencari kekayaan secara cepat dan cintakan wang termasuk judi yang menyaksikan majoriti gereja menolak penubuhan pusat judi secara besaran seperti kasino atas dasar ‘melampau’, Manakala Yahudi menetapkan aktiviti judi dibenarkan semasa perayaan Hannukah sahaja sebagai satu bentuk hiburan di musim perayaan. Usaha kerajaan United Kingdom suatu ketika dahulu untuk menubuhkan kasino secara besaran atas alasan untuk menarik pelancong dan menambah pendapat negara, telah mendapat kecaman dari rakyat tersebut. Kebanyakan negeri di Amerika Syarikat masih tidak membenarkan lesen judi atas sebab kesan moral dan sosial. Amat malang di Negara kita adanya umat Islam sendiri yang tidak takut kepada Allah dalam menjadikan judi sebagai budaya. Hanya orang yang tiada agama dan moral sahaja yang sanggup menghalalkan lesen judi. Oleh itu kita jangan menjadi rakyat yang tiada agama dan moral untuk menyokong dan mencari alasan untuk menghalalkan lesen judi bola ini kerana ia boleh merosakkan akidah kita apabila kita menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. Marilah kita bersatu membantah “pemberian lesen judi bola ini”selain daripada kita membantah tindakan Israel terhadap umat Islam pada hari ini.

Firman Allah dalam ayat 219 surah al-Baqarah:

Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي
وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ
مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ
اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ
وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ
المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


DOA QUNUT NAZILAH

اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ وَ المُجَاهِدِيْنَ وَ المُسْتَضْعَفِين , فِى فَلَسْطِين وَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ

Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestin dan semua tempat dan di semua masa.

اللّهُمَّ دَمِّرْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّينْ ِ, اللّهُمَّ أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِّرْكَ و المُنَافِقِيْنَ
, اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنََعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ, اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَقِلَّ عَدَدَهُمْ وَسِلاحَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ

Ya Allah! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mu) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan perhimpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kurangkan bilangan dan senjata mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.

يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين

Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!

اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ
, اِهْزِمِ الكُفَّار , اِهْزِمِ اليهود, اِهْزِمْ أَمَرِيْكَا وَمَنْ وَلاَّ هُمْ , وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ

Wahai Allah, Tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), Tuhan yang menggerakkan langit, Tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan mereka dan berilah kemenangan kepada kami terhadap mereka. Kalahkanlah yahudi, kalahkan Amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.

أَنْتَ قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قُوَّتِنَا , اللّهُمَّ أَنْتَ رَبُّنَا وَ َنْحنُ عِبَادُكَ

Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.

اللّهُمَّ ارْزُقْنَا شَهَادَ ةً فِىْ سَبِيْلِكَ , رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ya Allah! Rezekikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.

وصلى الله على رسوله الكريم
, و على أله و صحبه أجمعين , و الحمد لله رب العالمين

kasihislami.blogspot.com