Jumaat, 28 November 2008

APA DAH JADI!!!!

Apa dah jadi bila fatwa dipertikai. Sekarang fatwa tentang yoga dipertikaikan. Bukan orang bukan Islam sahaja, tetapi dipertikai oleh orang Islam sendiri. Dulu Bila fatwa dikeluarkan oleh seorang Mufti. Orang akan kata itu adalah pendapat peribadi seseorang mufti. Tidak boleh digunapakai. Sekarang Bila fatwa dikeluarkan hasil perbincangan oleh jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, juga tidak boleh digunapakai. Katanya, ia perlu dikaji balik. Adakah sebelum dikeluarkan fatwa, ahli jawatankuasa fatwa tidak membuat kajian? Apa dah jadi?!!!!

Ahad, 10 Ogos 2008

Sabtu, 9 Ogos 2008

teringat masa2 lalu


kumpulan nasyid sekolah 2008. menang kalah bukan taruhan. yang penting penghayatan semangat maulidurrasul dapat disemai dalam setiap jiwa pelajar agar mencintai Rasulullah s.a.w

Isnin, 19 Mei 2008

Tasawuf

Tasawuf ialah satu ilmu bertujuan memperbaiki hati dan 'mentafridkan' hanya kepada Allah Taala semata-mata tanpa yang lain. Jelasnya ia merupakan satu ilmu untuk pembersihan hati dari bahaya kebendaan dan keduniaan.

Kepentingan Ilmu Tasawuf

Hukum yang diperintahkan kepada manusia ada dua bahagian:
1. Hukum-hakam yang bersangkutan dengan amalan tubuh badan
2. Amalan-amalan yang bersangkut paut dengan hati

Amalan tubuh badan samada berupa suruhan ataupun larangan Allah Taala mesti dipatuhi. Contohnya solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya wajib ditunaikan oleh setiap mukallaf. Maka begitu juga, amalan hati ada suruhan dan larangan Allah Taala yang mesti dipatuhi. Contohnya suruhan Allah supaya beriman kepada Allah, Kitab, Malaikat dan seterusnya. selain itu, ikhlas, redha, benar, khusyu', tawakkal dan sebagainya wajib ditunaikan oleh setiap mukallaf. Manakala larangan Allah seperti kufur, nifak, bangga diri, sombong, riya' dan sebagai wajib dijauhi.

Jesteru itu, sepatutnya kita memahami bahawa kedua-dua amalan samada amalan tubuh badan ataupun amalan hati, semuanya wajib dipelajari dengan mendalam dan ianya penting di sisi syara'.

Dalil dari Al-Quran

1. Maksud FirmanNya: "Katakanlah bahawa sesungguhnya Tuhanku mengharamkan perkara yang keji, apa yang zahir daripadanya dan apa yang batin" - Surah Al-A'raf;33

2. Bermaksud: "Janganlah kamu menghampiri perkara-perkara yang keji, apa yang zahir daripadanya dan apa yang batin." - Surah Al-An'am;151

Dalil dari Hadis

1. Maksud: "sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan kamu dan rupa paras kamu, akan tetapi Dia melihat kepada hati-hati kamu"

2. Banyak hadis yang menyebut tentang hasad dengki, Takabbur, riya', iri hati dan sebagainya. Selain itu, banyak juga hadis yang menyuruh supaya menghiasi diri dengan akhlak mulia.

-bersambung

Ahad, 18 Mei 2008

PERAKAN Cawangan Tawau

lihat video perasmian PERAKAN tawau

Badminton; Akhir Piala Thomas

China mendapat tentangan hangat dari Korea.

Perasmian PERAKAN Tawau



PERAKAN Cawangan Tawau telah dirasmikan oleh YB Dr. Mohd Fadzli Hj Hassan, Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Hotel King Park, Tawau pada 10 Mei 2008. Majlis ini telah dihadiri oleh lebih seratus orang yang tinggal di sekitar Tawau.

Jumaat, 25 April 2008

Bukan Semua Menang

Dalam semua bidang, kita mesti akur bahawa bukan semua menang.Pasti ada yang kalah. Yang kalah mesti terima hakikat. Tidak perlu buat alasan.

Kasih Islam



Gambar bersama Presiden PAS di Airpot Tawau

Kasih Islam





Assalamualaikum...
Saya Muhammad Adam Fikri berkenalan dengan anda semua
Selamat berkenalan...

Kasih Islam

Blog baru untuk tatapan anda kini dibuka. Kini bermula 24 April 2008 akan membuka dimensi baru bagi mendalami dan perbincangan isu Islam semasa.

kasihislami.blogspot.com