Sabtu, 31 Oktober 2009

PUISI: BILA USTAZ TERLUPA...

mungkin ini satu fitnah di akhir zaman.
mungkin ini cabaran di akhir zaman..

Golongan ustaz asyik dengan bersukan,
bila asyik memancing pagi dan petang,
bila sibuk mengejar kemewahan dn keseronokan dunia
sehingga mereka terlupa meluangkan masa solat berjamaah di masjid,
hingga tidak memakmurkan masjid,
malas memberi kuliah atau apa sahaja sumbangan kepada masyarakat.

tidak hairan jika mereka orang awam,
meraka tidak faham agama,
mereka mungkin kekurangan ilmu,
maka mereka terlalai dengan keseronokan di dunia.

apakah benar ustaz terlupa;

Lupa untuk solat berjamaah di masjid sehingga para makmun tertunggu-tunggu akan kehadiran imam/ustaz bagi mengimami mereka.

Lupa memberi sumbangan ilmu kepada masyarakat.
Ada yang kata, sudah cukup dengan sumbangan ilmu di sekolah sahaja..

Lupa membetulkan niat..
Menyampaikan ilmu dengan tidak ikhlas..
mengharapkan wang, kemasyhuran dan sebagainya
bukan mengharapkan redha Allah..

ayuh.. marilah.. teruskan dakwah para rasul..
sambung usaha para ulama terdahulu
bersengketa dalam perkara khilafiah tidak perlu
masing menuduh siapa yang silap

tapi adakah sesiapa yang mengingatkan..
siapa yang beramal dengan ilmunya...
daulahkan Islam dalam diri, masyarakat dan negara

Jumaat, 30 Oktober 2009

PROMOSI.... QURAN TAFSIR PERKATA + ASBABUN NUZUL + TERJEMAHAN

QURAN TAFSIR PERKATA + ASBABUN NUZUL + TERJEMAHAN
PERTAMA DI DUNIA


Betapa nikmat membaca Al Qur'an kalau faham kata per kata dari setiap ayat seperti orang Arab. KINI, sudah ada

Al-Qur'an Tafsir Per Kata mempermudah kita dalam memahami erti dan isi al-Qur'an. Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul dan Terjemahan yang memperkayakan Al-Qur'an Tafsir ini. Baru dilancarkan pada sekitar Jun 2009.

Sebuah Tafsir al-Quran yang memaparkan bukan sekadar terjemahan, tetapi mempersembahkan tafsiran bagi setiap patah perkataan al-Quran. Ini kerana Tafsir tidak sama dengan Terjemahan. Terjemahan hanya memindahkan bahasa sesuatu perkataan. Berlainan dengan Tafsir yang menjelaskan kekaburan bagi sesuatu makna perkataan. Di sinilah letaknya kelebihan Tafsir Al-Qur'an Per kata ini berbanding terjemahan-terjemahan al-Quran yang lain. Tafsiran ditulis terus dibawah setiap lafaz arabnya. Terjemahan penuh disertakan di bahagian tepinya. Dilengkapi juga dengan asbab nuzul (sebab turun ayat) dan nota kaki bagi memperjelaskan lagi maksud sesuatu tafsiran.

Kelebihan Tafsir Qur’an Per kata:
Tafsir global yang ringkas, bukan sekadar terjemahan, yang disusun berdasarkan kata per kata dari setiap ayat al-Qur’an
• Mudah dibaca dan difahami, baik secara terpotong-potong kata per kata atau pun secara ayat per ayat.
• Disusun dengan merujuk kepada buku-buku Tafsir yang mu’tabar (diakui)
• Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul, yang memberikan informasi tentang keadaan dan latar belakang turunnya setiap ayat.
• Dilengkapi juga dengan terjemahan.
• Tersedia 5 pilihan warna Cover : Merah, Pink, Hijau, Ungu, Biru (*Bergantung kepada Stok)
• Yang sesuai untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang

SESIAPA YANG BERMINAT, BOLEH MENGHUBUNGI 019-586 2784 (UNTUK KAWASAN TAWAU, SABAH)

HUKUM SOLAT BERJAMAAH... TEGURAN UNTUK PARA USTAZ?..

Terdapat beberapa pendapat ulama’ mengenai hukum solat berjamaah:

1. Sunat mu’akkad – Mazhab Hanafi dan Maliki.

2. Fardu ain/wajib (bukan syarat sah solat) - Ulama’ Hanbali.

3. Fardu kifayah - Pendapat mazhab Syafi’i.

Penjelasan ringkasnya:

1. Para ulama’ yang mengatakannya sebagai sunat Mua'kkad mengemukakan dalil dari beberapa hadis, antaranya ialah:

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Solat berjamaah itu melebihi solat sendirian dengan 27 darjat”. [HR Bukhari No. 645, Muslim No. 650 dari Ibnu Umar ra].

Kata mereka: Hadis ini menjelaskan amalan solat berjamaah adalah afdhal (lebih) baik dari solat sendirian, maka afdhal adalah kelebihan bukan wajib.

2. Para ulama’ yang mengatakan bahawa solat berjamaah itu fardu ain/wajib menggunakan dalil:

i. Sabda Rasulullah saw: “Seberat-berat solat ke atas para munafiqin ialah solat isya’ dan solat subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalam dua solat berkenaan, tentulah mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak. Demi Allah, sesungguhnya mahu sahaja aku memerintahkan orang mendirikan solat berjamaah bersama para hadirin, kemudian aku pergi dengan beberapa orang yang membawa kayu api kepada orang yang tidak menghadirinya, lalu aku bakar rumah-rumah mereka”. [HR Bukhari No. 644. & Muslim No. 651 dari Abu Hurairah]

Hadis ini menunjukkan solat berjamaah wajib ke atas setiap orang (fardhu ain) lelaki yang mampu. Sekiranya solat jamaah adalah sunat tentulah Rasulullah saw tidak memberi amaran untuk membakarnya.

ii. Ibnu Ummi Maktum berkata: Wahai Rasulullah, saya seorang yang buta dan rumahku pula jauh dari masjid. Penunjuk jalan saya tidak serasi dengan diri saya. Adakah keringanan untuk saya bersolat di rumah? Rasulullah saw bertanya: “Adakah engkau mendengar azan?” Jawabku: Ya. Rasulullah saw bersabda: “Kamu tidak mendapat keringanan.” [HR Abu Daud No. 552, “Sahih”].

Rasulullah saw tidak memberi kelonggaran kepada orang buta meninggalkannya, maka orang yang celik tentulah lebih lagi.

3. Fardu kifayah. Jika di dalam suatu kampung atau negeri penduduknya enggan mengerjakan solat berjamaah, pemerintah hendaklah memerangi mereka.

Dalil mazhab ini:

Sabda Rasulullah saw: “Tidak terdapat tiga orang yang mendiami sebuah kampung atau penempatan yang tidak didirikan solat jamaah melainkan mereka akan dikuasai syaitan. Maka hendaklah kamu berjamaah, sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang bersendirian”. (HR Abu Daud No. 547. “Hasan”]

Hadis ini menunjukkan solat berjamaah adalah fardhu kifayah ke atas umat ini. [Lihat: Fiqh Al-Ibadat, Sheikh Hasan Ayyub: 238-247]

Sebab-sebab dibenarkan meninggalkan solat berjamaah;

Keuzuran yang dibenarkan oleh syara’ terbahagi kepada dua bahagian;

a- Keuzuran umum, seperti hujan lebat, angin kencang atau jalan yang terlalu becak dan licin.

Abdullah bin Umar ra telah melaungkan azan pada malam yang sejuk dan berangin. Kemudian beliau berkata: “Bersolatlah di rumah kamu”. Kemudian beliau menyambung lagi: “Rasulullah saw menyuruh muazzin supaya berkata: “(Apabila malam terlalu sejuk dan hujan) bersolatlah di rumah kamu”. [HR Al-Bukhari No. 635, Muslim No. 697]

Kita pasti mengetahui bahawa keuzuran ini jarang sekali berlaku pada hari ini melainkan di kampung pendalaman. Apalagi bagi negeri yang banyak hujan, ianya merupakan suatu kebiasaan bukan keuzuran.

b- Keuzuran Khas seperti sakit, dalam keadaan terlalu lapar dan dahaga, takut kepada orang yang akan melakukan kezalimana ke atas diri dan hartanya, juga ketika menahan diri daripada berlaku hadas, (mahu buang air besar atau air kecil) atau seorang yang berhutang takut keluar berjamaah kerana takut diekori oleh pemberi hutang sedangkan dia tidak mempunyai wang untuk membayarnya. Juga seorang yang baru sudah memakan makanan yang berbau busuk atau berpakaian kotor yang boleh menyakiti dan mengganggu orang lain oleh sebab baunya.

Semua keadaan ini dianggap keuzuran Syarak yang diizinkan untuk seseorang itu tidak menghadiri solat berjamaah. [Lihat Fiqh al-Manhaji: 178-179].

Kesimpulannya:

Solat berjamaah di masjid adalah merupakan satu syiar Islam yang agung. Samada ianya dikira sebagai sunat muakkad, fardhu kifayah atau fardhu ‘ain. Para ulama’ Islam telah sepakat bahawa menunaikan solat lima waktu di masjid adalah merupakan ketaatan yang dituntut dan penghampiran diri kepada Allah swt yang sangat besar.

Kerana itulah terdapat banyak sekali hadis-hadis yang menyebut tentang fadhilat, kepentingan solat jamaah dan larangan meninggalkannya. Di antaranya hadis yang telah disebut di atas tadi:

1. 27 gandaan pahala solat Jamaah.

2. Rasulullah saw mahu membakar rumah orang yang tidak bersolat jamaah.

3. Seorang sahabat ra yang buta meminta izin dari Rasulullah untuk diberi keuzuran daripada pergi ke masjid, tetapi tidak dibenarkan oleh Baginda saw.

4. Syaitan akan menguasai kumpulan tiga orang ke atas yang tidak mendirikan solat jamaah.

5. Meninggalkan solat jamaah adalah salah satu tanda-tanda orang munafiq. Kata Abdullah bin Mas’ud ra: “Kami dapati tidak ada orang yang cuai atau tidak datang untuk bersolat jamaah di masjid kecuali beliau ialah seorang yang telah dikenal pasti sebagai seorang munafiq ataupun orang sakit. Jika orang sakit dia akan dipimpin oleh dua orang sehingga sampai ke tempat solat.” Katanya lagi: “Nabi saw telah mengajar kami sunnahnya sebagai petunjuk, dan di antara sunnahnya ialah solat jamaah di masjid yang dilaungkan azan padanya.” [HR Muslim: 654].

6. Tidak dibenarkan keluar dari masjid orang yang telah berada di dalamnya apabila azan. Dari Abu Asy-Sya’tha’: “Kami sedang duduk di masjid bersama Abu Hurairah ra, tiba masa muazzin pun melaungkan azan. Tiba-tiba seorang lelaki bangun lalu berjalan keluar dari masjid, Abu Hurairah menjelingnya dengan ekor mata. Setelah lelaki itu keluar beliau berkata: “Orang itu telah menderhaka kepada Abu Al-Qasim (Rasulullah saw).” [HR Muslim: 655].

Abu Hurairah ra telah menganggap perbuatan tersebut sebagai menderhaka kepada Rasulullah saw kerana meninggalkan solat jamaah.

Kata ulama’: Sekiranya seorang itu keluar kerana keuzuran seperti ingin berwudhuk, menunaikan hajat atau menunaikan solat berjamah di masjid lain maka ia tidak termasuk dalam larangan tersebut.

Jika sedemikian sekali Rasulullah saw telah memperingati tentang kelebihan solat jamaah dan memberi amaran tentang keburukan meninggalkannya, maka kita sebagai umatnya yang mukmin tidak patut sekali meninggalkan amalan sunnah yang begitu mulia dan penuh manfaat duniawi dan ukhrawi ini tanpa keuzuran dan rukhsah yang dibenarkan Syarak dengan sewenang-wenangnya.

Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar dipermudahkan untuk melakukan kebajikan dan kebaikan serta segala amal ibadat kita diterima-Nya dan mati pada jalan yang diredhai-Nya. Amin.

Ini yang saya kutip dari tulisan Dr. Abdul Basit Abdul Rahman (www.abuanasmadani.com).

Khas untuk golongan yang bergelar ustaz/ilmuan;
Marilah kita menunjukkan contoh teladan yang baik kepada masyarakat Islam (orang awam). Sepatutnya kita berebut-rebut dalam mendapatkan ganjaran pahala. Jika pada bulan Ramadhan kita boleh hadir ke masjid untuk solat Tarawih (walaupun hukumnya sunat) padahal kita sibuk atau penat dengan kerja, pasti cuba hadir.. Kenapakah solat fardhu harian tidak dapat kita lakukannya?
Wahai ustaz-ustaz, masyarakat memperkatakan tentang kalian semua. Walaupun segelintir sahaja, tapi bak kata orang, kerna nila setitik, rosak habis... Apakah kalian tidak mengetahui hukum, atau kerana terlebih tahu... Jadi bila lagi mahu beramal?? Marilah kita solat berjamaah dan memakmurkan masjid, rumah Allah... Moga ilmu yang kita dapat, diberkati..Amin..

Khamis, 29 Oktober 2009

SOLAT BERJAMAAH... MARILAH RAMAI-RAMAI...

بسم الله الرحمن الرحيم الحمدلله رب العالمين ونصلى
ونسلم على سيدنا ونبينا محمد صلى الله عليه وسلم. اما بعد

PERTAMA; Bersyukur kerana kita dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman. Sebagai orang yang beriman kita hendaklah sentiasa membuat muhasabah dan renungan ke dalam diri kita, ditahap mana sebenarnya keimanan kita, adakah iman kita semakin hari semakin meningkat, atau ianya semakin menurun.

•Imam al Ghazali (dalam kitab Bidayah al-Hidayah) telah membahagikan manusia ini kepada tiga darjat:

1. سَالِمٌ : Orang selamat – iaitu orang yang hanya menunaikan perkara yang fardhu dan meninggalkan maksiat.

2. َرابِحٌ : Orang yang beruntung – iaitu orang yang menunaikan perkara yang fardhu, meninggalkan maksiat, dan menambah pula dengan amalan sunat.

3. خَاِسرٌ : Orang yang rugi – iaitu orang yang sedikit atau cuai daripada melakukan perkara fardhu.

•Untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi-Nya, kita hendaklah mengerjakan sebanyak mungkin ibadat kepada-Nya. Namun begitu amalan yang paling baik ialah yang kekal dan istiqamah mengerjakannya. Sabda Rasulullah (saw);
أَحَبَّ الأعمالِ إلى اللهِ أدْوامُها وإنْ قَلَّ
-رواه البخاري ومسلم-
(Amalan yang sangat dikasihi oleh Allah ialah amalan yang tetap,
kekal dan tekun selalu walaupun sedikit)


•Dalam melaksanakan ibadat harian, kita hendaklah mengutamakan perkara-perkara yang fardhu, diikuti dengan yang sunat. Amalan yang sunat hendaklah dilakukan sebanyak-banyaknya, sebagai penambahan kepada amalan-amalan yang fardhu.

Namun begitu dalam kaedah agama ada menyebut;

ما لا يُدْرِكُ كُلُّهُ لا يُتْرَكُ كُلُّهُ

(Apa yang tidak dapat dibuat semuanya, jangan ditinggalkan kesemuanya)

•Dengan rahmat dan hidayah dari Allah (swt) pada ketika ini kita berada di rumah Allah, dinaungi dengan keredhaan dan keberkatan Allah, dipayungi oleh para malaikat Allah. Rasulullah (saw) bersabda;

الغُدُوُّ والرَّواحُ إلى المْسجدِ مِن الجهادِ فى سبيلِ اللهِ - رواه الطبراني

(Berulang alik ke masjid termasuk di dalam jihad fi sabilillah)

•Dalam hadis yang lain Rasulullah (saw) bersabda;

أَحَبُ الْبِلادِ إلى اللهِ مَساجِدُها وأبْغَضُ البلادِ إلى اللهِ أسْواقُها

- رواه مسلم عن ابي هريرة –

Sekasih-kasih tempat di atas (muka bumi) di sisi Allah ialah masjidnya,
dan sebenci-benci tempat (muka bumi) di sisi Allah ialah pasar-pasar.

•Mengapa masjid disukai Allah?
 Semulia-mulia tempat kerana ia adalah rumah ibadat kepada Allah.
 Menjadi tempat asas taqwa
 Tempat di mana turunnya rahmat Allah.

•Mengapa pasar dibenci Allah?
 Ia tempat yang melalaikan.
 Tempat banyak berlakunya penipuan, penindasan, takbur dan tamak.
 Tempat tersebarnya fitnah, sumpah palsu, dusta dan lain-lain kejahatan.


2. Bagaimana Solat Berjamaah Membentuk Ummah Cemerlang?

- Persoalan ini dapat kita huraikan dengan melihat kepada hikmat-hikmat yang terdapat dalam solat berjamaah itu sendiri, samada hikmat-hikmat itu telah disebutkan oleh Rasulullah (saw), para ulamak selepas baginda atau berdasarkan pemerhatian dan kajian yang boleh kita lakukan sendiri, antara hikmat-hikmat solat berjamaah yang dapat memacu ke arah pembentukan ummah cemerlang ialah;

1. Orang yang solat berjamaah akan mendapat penghormatan daripada Allah (swt).

- Penghormatan daripada Allah ini dijelaskan melalui ganjaran pahala yang dijanjikan melalui hadis-hadis Rasulullah (saw), antaranya;
• Solat berjamaah akan diberi ganjaran pahala sebanyak 27 kali ganda berbanding solat bersendirian.
• Setiap langkah untuk menunaikan solah berjamaah akan diberikan sepuluh kebajikan dan dihapuskan sepuluh kejahatan.
• Sesiapa yang berjalan kerana pergi solat fardhu berjamaah, maka pahalanya sebagaimana pahala mengerjakan ibadat haji, dan sesiapa yang berjalan kerana pergi solat sunat berjamaah, maka pahalanya sebagaimana pahala mengerjakan satu umrah sunat.

- Dari sudut keutamaan solat fardhu secara berjamaah adalah sebagaimana susunan berikut:(2)
 Solat fardhu Jumaat
 Solat fardhu Subuh pagi Jumaat
 Solat fardhu Subuh
 Solat fardhu Isyak
 Solat fardhu Asar
 Solat Fardhu Zohor
 Solat Fardhu Maghrib

(2) Lihat dalam Kitab Fathu al-Mu’in, disebut juga di dalam kitab Muniyyat al Musolli
2. Solat berjamaah membentuk budaya disiplin dan kepatuhan kepada pemimpin atau ketua.

- Imam adalah perlambangan sebagai ketua/pemimpin yang mesti dipatuhi dan ditaati selama mereka tidak mendorong orang yang dipimpinnya melakukan perkara mungkar.

- Begitu juga imam di dalam solat, ia mesti diikuti, dipatuhi selama mereka tidak melakukan perkara yang membatalkan atau menyalahi perlakuan-perlakuan solat.

- Solat berjamaah akan menjadi lebih istimewa apabila imamnya adalah orang yang soleh, ahli kebajikan dan mengelokkan sesuatu keadaan serta elok bacaannya.

- Antara isu-isu yang dibincangkan di dalam kitab-kitab fekah ialah:
 Ma’mum menyamai atau mendahului imam; seperti dalam takbiratulihram, ruku’, i’tidal, sujud, duduk di antara dua sujud, duduk tahiyyat dan memberi salam. Perlakuan seperti ini mungkin menyebabkan kurang sempurna solat berjamaah tersebut, bahkan dalam keadaan tertentu ia boleh membatalkan batal solat tersebut.

 Yang sempurna bagi ma’mum ialah melakukan setiap perlakuan solat itu dibuat selepas imam sempurna melakukannya, seperti imam telah sempurna takbiratulihram, sempurna ruku’, i’tidal, sujud (setelah dahi imam mencecah tempat sujud), duduk antara dua sujud, duduk tahiyyat dan memberi salam (sempurna salam yang kedua imam).

 Ma’mum yang memberi salam pertama, sebelum imam selesai memberikan salamnya yang kedua, menyebabkan terputusnya hubungan makmum dengan imam, bermakna ma’mum tidak akan mendapat kesempurnaan pahala berjamaah.

 Antara adab yang perlu dijaga (akan menambahkan pahala solat berjamaah) ialah duduk seketika selepas salam untuk berzikir bersama imam, sehingga imam mengubah kedudukannya dengan berpaling ke kanan. Sekiranya ma’mum menunggu berzikir bersama imam sehingga selesai, akan menambahkan lagi kesempurnaan pahala berjamaah itu, walaupun berzikir itu tidaklah diwajibkan mengikut imam.

- Adalah tidak patut apabila selesai sahaja solat kita terus bangun dengan tidak bertasbih atau berzikir menyebut Allah walau sepatah pun. Orang yang terus bangun berdiri sesudah solat itu adalah orang yang tidak merasai kelazatan berhadapan dan bermunajat dengan Allah Rabbul’alamin.

- Antara zikir-zikir khusus selepas solat subuh dan maghrib adalah berdasarkan hadis Rasulullah (saw); (3)
1. عن ابي ذر رضي الله عنه قال، قال رسول الله (صلعم):
من قال في دبر صلاة الفجر وهوثاني رجليه
قبل ان يتكلم لا إله إلا الله وحده لا شريك له له المك وله الحمد يحيى ويميت
وهو على كل شيئ قديرعشر مرات كتب له عشر حسنات ومحيت عنه عشر سيئات
ورفع له عشر درجات وكان
يومه ذلك في حرزمن كل مكروه وحرس من الشيطان ولم ينبغ لذنب أن يدركه في ذلك اليوم إلا الشرك بالله. (رواه الترميذي)

(Sesiapa yang membaca selepas solat fardhu subuh sedang ia masih melipat kakinya sebelum ia berkata-kata (dengan kalam duniawi)لا إله إلا الله وحده لا شريك له (hingga akhir)sepuluh kali, ditulis untuknya sepuluh Kebajikan, dan dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan, dan diangkat baginya sepuluh darjat, dan adalah ia pada hari itu adalah benteng yang dikawal dari setiap yang tidak disukai, dan dari syaitan, dan tidak sepatut sebarang dosa mengenainya pada hari itu (segala dosa diampunkan baginya – jika dikehendaki Allah), kecuali syirik dengan Allah).

(3) Lihat kitab Tuntutan Jiwa; Ke Arah Kesempurnaan Ibadat. Hj. Nik Abd Kadir Hj. Nik Muhammad (1998)
2. قال رسول الله (صلعم): من قال لا إله إلا الله وحده لا شريك له له المك وله الحمد يحيى ويميت
وهو على كل شيئ قدير عشر مرات عشر على أثر المغرب بعث الله مسلحة يحفظونة من الشيطان
حتى يصبح، وكتب الله له بها عشر حسنات موجبات ومحا عنه عشر سيئات موبقات، وكانت له
بعدل عشر رقاب مؤمنات (رواه الترميذي)
(Sesiapa yang membaca لا إله إلا الله وحده لا شريك له (hingga akhir)sepuluh kali selepas maghrib, Allah akan menghantar sekumpulan malaikat menjaganya dari syaitan hingga waktu subuh. Dan ditulis oleh Allah untuknya sepuluh kebajikan,yang menyelamatkan dan menghapuskan daripadanya sepuluh keburukan yang membahayakan dan adalah untuknya pahala seperti memerdekakan sepuluh hamba yang beriman.

3. ممباخ اللهم أجِرْني مِنَ النّار (7 كالي)
(Ya tuhan ku, selamatkanlah aku dari neraka)
Abu Daud meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) ada bersabda; ”Apabila kamu selesai dari solat maghrib, bacalah tujuh kali اللهم أجِرْني مِنَ النّار maka sekiranya engkau mati pada malam itu, Allah tulis bagi engkau terselamat dari neraka, dan apabila selepas solat subuh dibaca demikian, sekiranya engkau mati pada hari itu, ditulis bagi engkau selamat dari neraka.”

3. Solat berjamaah membentuk ukhuwah dan erti persahabatan sesama Islam:

- Solat berjamaah dapat membentuk ukhuwah dan memberikan pengertian sebuah persahabatan atas dasar kepentingan agama. Sebab itulah Rasulullah (saw) telah mengambil tindakan segera selepas berhijrah ke Madinah dengan mempersaudarakan golongan Ansar dan Muhajirin, dengan tujuan untuk membentuk satu ikatan dan membina kekuatan ummah.

- Sheikh Daud bin Abdullah al Fatani, menyebut di dalam kitabnya (Munyah al Musolli); ”Orang yang lalai daripada berjamaah dikira sangat kelupaannya terhadap kepentingan agama dan sangat sedikit kesungguhannya mengenai kerja-kerja berkaitan dengan akhirat.

- Dengan menghadirkan diri ke masjid untuk menunaikan solat berjamaah, akan membuka ruang yang lebih luas untuk kita mengenali diri jiran dan rakan taulan kita. Lebih-lebih lagi dengan ta’rifan orang-orang yang baik yang diberikan oleh agama terhadap orang-orang yang mengerjakan solat berjamaah di samping penghormatan yang diberikan oleh Allah terhadap mereka.

- Antara hadis Rasulullah (saw) yang berkaitan dengan persahabatan ini dapat dilihat melalui sabdanya:

الْمَرْءُ على دينِ خِليلِهِ، فلْيَنْظُرْ أحدُكُم مَنْ يُخالِل -رواه ابو داود وترميذي زحسنه البيهقى-
(Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya, oleh kerana itu
hendaklah seseorang kamu melihat terlebih dahulu siapakah
yang patut dijadikan sahabatnya.)

- Kesilapan memilih sahabat, akan mendorong kita melakukan perkara dosa dan maksiat sebagaimana yang dilakukan oleh sahabat-sahabat kita, Rasulullah (saw) bersabda;
مَنْ أعانَ على معصيةٍ وَلَوْ بِشَطْرٍ كلِمَةٍ كان شريكَ له فيها
)Sesiapa menolong orang lain melakukan maksiat walaupun hanya dengan
setengah kalimah, maka orang itu dikira berkongsi di dalam melakukan
maksiat tersebut)

4. Orang yang solat berjamaah berpeluang berada di dalam majlis ilmu.

- Menjadi kebiasaan di negara kita, masjid-masjid menganjurkan majlis ilmu selepas solat maghrib. Majlis ilmu ini akan dikendalikan oleh orang-orang yang mempunyai kelayakan dan diiktiraf oleh masyarakat. Justeru itu orang-orang yang hadir menunaikan solat berjamaah akan berpeluang mengikuti kuliah-kuliah agama atau perbincangan isu-isu semasa berkaitan dengan agama secara langsung dengan guru-guru berkenaan. Rasulullah (saw) bersabda;
مَنْ خرجِ فى طلبِ العلمِ فهو فى سبيلِ اللهِ حتى يَرْجِع -رواه ترميذي-
(Sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu, maka ia berada fi sabilillah
hinggalah dia pulang).

- Isu yang timbul dalam masyarakat hari ini ialah apabila masyarakat lebih cenderung menerima ilmu, khususnya ilmu-ilmu agama daripada mereka yang bukan ahli dalam ilmu-ilmu agama, menyebabkan hujah-hujah yang diberikan lebih bersandarkan kepada logik-logik akal sahaja. Rasulullah (saw) bersabda;
آفةُ الدينُ ثلاثةُ، فقيهٌ فاجِرٌ وإمامٌ جائِرٌ ومُجْتَهِدٌ جاهِلٌ -رواه الديلمي عن ابن عباس-
(Penyakit agama ada tiga perkara; orang alim yang fasik,
ketua yang zalim,dan orang jahil yang mengaku mujtahid)

- Ilmu-ilmu agama hendaklah bersandarkan kepada al-Quran dan hadis serta huraian-huraian yang dibuat oleh para ulamak. Fatwa-fatwa atau pandangan para ulamak tersohor seperti empat imam mazhab dan lain-lain yang tersohor dari sudut keilmuan mereka tidak boleh dipertikaikan oleh kita hari ini, kerana para ulamak tersebut sebelum mengeluarkan sesuatu fatwa atau pandangan telah menguasai kepelbagaian disiplin ilmu agama yang sangat tinggi, sebab itulah Rasulullah (saw) menyebut العلماء وراثة الأنبياء .

AKHIRAN
 Pembinaan sesuatu ummah sebenarnya bermula daripada masjid sebagaimana Rasulullah tunjukkan dengan pembinaan Masjid Quba’ dan Masjid Nabawi di Madinah. Masjid adalah syiar Islam, manakala solat berjamaah adalah perkara asas yang mengikat persaudaraan dan pembinaan insan yang berkualiti.

Rabu, 28 Oktober 2009

HUKUM MENJIRUS AIR DI KUBURAN... APA PANDANGAN ULAMA??

Hukum Menjirus Kuburan

Dalil :

Imam kita asy-Syafi`i meriwayatkan daripada Ibraahiim bin Muhammad daripada Ja'far bin Muhammad daripada ayahandanya bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. telah menyiram (air) atas kubur anakanda baginda Ibrahim dan meletakkan atasnya batu-batu kerikil. Riwayat ini terkandung dalam "Musnad al-Imam al-Mu`adzhdzham wal Mujtahid al-Muqaddam Abi 'Abdillah Muhammad bin Idris asy-Syafi`i r.a.", juzuk 1, halaman 215.

Maka perbuatan baginda inilah yang dijadikan dalil oleh para ulama kita untuk menghukumkan sunnat menjirus atau menyiram air ke atas pusara si mati diiringi doa agar Allah mencucurikan rahmat dan kasih sayangNya kepada almarhum/almarhumah. Amalan ini sudah sebati dengan masyarakat kita, walaupun sesekali ada yang mempertikaikannya. Pernah aku mendengar seseorang dalam ceramahnya yang berapi-api membid`ahkan amalan ini. Maaf maaf cakap, mungkin pengajiannya belum tamat agaknya, atau mungkin waktu tok guru sedang mengajar bab ini dia tertidur atau ponteng tak turun kuliyyah agaknya.

Pihak yang melakukannya pula ada yang hanya ikut-ikutan sahaja tanpa mengetahui hukumnya dalam mazhab yang kita pegangi. Ada yang melakukannya tetapi tidak kena caranya sehingga berubah hukumnya dari sunnat menjadi makruh. Untuk manfaat bersama, amalan menjirus air ke kubur dipandang SUNNAT dalam mazhab kita Syafi`i.

Tetapi yang disunnatkan hanya dengan air semata-mata dan bukannya air mawar sebagaimana kelaziman sesetengah masyarakat kita. Menjirus air dengan air mawar dihukumkan MAKRUH kerana ianya merupakan satu pembaziran. Dan mutakhir ini, timbul tradisi yang tidak sihat, di mana penziarah, terutama dari kalangan berada, membuang duit untuk membeli jambangan bunga untuk diletakkan di atas pusara, persis kelakuan dan perlakuan penganut agama lain. Kalau dahulu, orang hanya memetik bunga-bungaan yang ditanamnya sendiri di sekeliling rumah seperti daun pandan, bunga narjis dan sebagainya yang diperolehi dengan mudah dan tanpa sebarang kos. Ini tidaklah menjadi masalah kerana boleh dikiaskan perbuatan Junjungan yang meletakkan pelepah tamar atas kubur.

Tetapi menghias kubur dengan jambangan bunga yang dibeli dengan harga yang mahal, maka tidaklah digalakkan bahkan tidak lepas dari serendah-rendahnya dihukumkan makruh yakni dibenci Allah dan rasulNya dan diberi pahala pada meninggalkannya, seperti juga menjirus kubur dengan air mawar. Maka hendaklah dihentikan perbuatan menghias-hias kubur secara berlebihan, membazir dan membuangkan harta. Adalah lebih baik jika wang yang digunakan untuk tujuan tersebut disedekahkan kepada faqir dan miskin atas nama si mati, dan ketahuilah bahawa sampainya pahala sedekah harta kepada si mati telah disepakati oleh sekalian ulama tanpa ada khilaf.

sumber : http://bahrusshofa.blogspot.com/2006/10/jirus-kubur.html

Selasa, 27 Oktober 2009

ISU EGM PAS... BERKASIHKAH KITA??

Allah s.w.t. berfirman di dalam surah Al-Maidah ayat 54 ; "Wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa yang berpaling dari kalangan kamu dari agamanya, kelak Allah akan mendatangkan satu kaum (golongan) yang (sifatnya) Dia (Allah) mencintai mereka dan mereka mencintai Allah...."

Ayat ini dan dua ayat selepasnya adalah ayat yang menggariskan tentang ciri-ciri tentera Allah (hizbullah). Ciri yang pertama ialah ciri yang disebutkan di dalam ayat tersebut iaitu - Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah. Jika kita mentadabbur Al-Quran dan Hadith Nabi s.a.w, kita akan bertemu dengan banyak dan pelbagai jalan untuk menggapai cinta Allah s.w.t. antaranya ialah Hadith Nabi s.a.w. di bawah ini yang bermaksud ;

Abu Hurairah r.a. berkata ; bersabda Nabi s.a.w. ; "Ada seorang lelaki menziarahi temannya di sebuah kampung yang lain, maka Allah mengutuskan seorang Malaikat (dengan berupa manusia) menahanya di tengah jalan dan ketika bertemu, Malaikat itu bertanya ; Engkau hendak ke mana? Jawabnya ; Aku hendak bertemu saudaraku di kampung ini. Maka ditanya ; Adakah dia ada berbudi kepadamu hingga kamu terhutang budi padanya? Jawabnya ; Tidak, (tiada sebab lain) melainkan sesungguhnya aku mengasihinya semata-mata kerana Allah. Berkata Malaikat itu ; Maka sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, (untuk menyampaikan) bahawa Allah sesungguhnya mengasihimu sebagaimana kamu kasih kepada saudaramu keranaNya (Allah)" - HR Imam Muslim

Hadith ini antara hadith yang boleh menjadi motivasi kepada kita untuk menghadiri program-program dakwah, tarbiyah dan perjuangan samada usrah, tamrin, mukhayyam, liqa' fikri, mabit, ijtimah, ziarah dan sebagainya. Selain dari manfaat peningkatan ilmu, pengalaman, ukhuwwah dan sebagainya, pertemuan-pertemuan kerana Allah itu sebenarnya mengundang KASIH ALLAH kepada kita. Dengan syarat, pertemuan itu hendaklah semata-mata kerena Allah s.w.t. dan kasihnya kita kepada saudara itu juga hendaklah kerena Allah s.w.t.

Inilah di antara proses pembinaan yang perlu kita berikan perhatian. BERTEMU KERANA ALLAH. MENJALIN UKHUWWAH KERANA ALLAH. Untuk mencapai hasrat tersebut, aktiviti yang melibatkan pertemuan mesti dikerapkan. Lebih kerap bertemu, lebih mendalam perkenalannya, lebih hangat bahang cintanya dan lebih kasih Allah pada kita...

Saudara yang saling berkasih kerana Allah, akan menjaga tutur kata dan tingkah lakunya dari mengguris atau melukakan saudaranya sendiri.... SOALNYA, BERKASIHKAH KITA?....

Isnin, 26 Oktober 2009

EGM PAS... apa kata Nik Abduh??

Tertarik dengan apa yang ditulis oleh Nik Abduh, anak MB Kelantan, TG Nik Abdul Aziz, suka saya 'posting' kat sini... tulisan dalam blognya berbunyi...

EGM PAS: Nasihat Untuk Pejuang Islam

Lebih 25 tahun kita dalam PAS hidup aman, selesa dan sentosa selepas hadirnya kepimpinan ulama. Sewajibnya kita mensyukurinya. Keselesaan kita itu telah banyak membantu kita untuk membantu masyarakat mengenali kita secara lebih dekat.

Adakah anda menjangkakan Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang menggugat kestabilan yang kita kecapi itu? Bahkan, ujian Allah tetap berlaku dan tiada siapa tahu dari daerah mana ujian itu datang. Yang pasti, ujian itu datang untuk menukar keamanan kepada perpecahan.

Dalam aman kita lena terbuai. Dalam kocakan kita sedar dan bersedia. Ertinya, ujian itu penuh hikmah. Allah menginginkan kita untuk tidak lena dan sentiasa berjaga – jaga. Siapa lena di dunia ini, dia tidak akan lena di akhirat nanti.

Semakin ujian itu sukar, semakin besarlah kesannya, baik ataupun buruk. Samada kita keluar daripadanya dengan seribu kebaikan atau jika sebaliknya, dengan seribu keburukan.

Pernahkah anda melihat atau mendengar mengenai perselisihan di antara dua kumpulan dalam agama yang mengelirukan sekali. Ditelan mati anak diluah mati ibu? Apatah di sebelah adalah Ali dan di sebelah lagi adalah Aisyah ( radiaLlahu anhuma ). Ia begitu sukar tetapi siapa dapat menjangka ujian Allah?

Yang penting anda mesti kena selamat. Duduk pada kedudukan yang selamat dan diredhaiNya.

Antaranya,
1) Anda mesti ikhlas

2) Anda mesti memohon pembabasan denganNya daripada keburukan fitnah itu

3) Anda mesti adil menilai

4) Anda mesti menjaga adab dengan Allah dan sesama makhluk

5) Anda mesti merujuk kepada sumber yang pertama

6) Anda mesti mendengar daripada semua dan mengambil yang terbaik

7) Anda mesti menapis daripada perkhabaran sang fasiq dan munafik

8) Anda mesti kepinginkan kesatuan, bukan perpecahan.

9) Anda jangan mengambil bahagian atau kacau daun tak tentu pasal

10) Anda jangan berkata dusta, mengejek dan menghuru harakan

11) Anda jangan nak jadi hero.

Diberitakan daripada sumber yang sahih bahawa al Ikhwanul Muslimin di Mesir juga ada kucah dan kacau hari ini. Antara sebabnya adalah dunia blog. Dunia blog hari ini adalah cukup tanpa adab seolah – olah ada lesen daripada ugama untuk tidak berakhlak dalam berblog!

Di mana – mana pun ujian mesti ada dan kena ada. Kerana Allah ada di mana – mana.

Saya melihat sesetengah ahli PAS cukup berani di dalam berblog. Malangnya, mereka hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar semua kata – kata manusia dan peristiwanya. Lebih malang, mereka tidak berani untuk berkata benar, apatah mengakuri pada yang benar.

Jika anda gian sangat nak menulis, menulislah yang kekal baik hingga ke lubang kubur. Yang memberkati anda dan kehidupan manusia.

Adapun isu EGM, saya yakin ianya akan selesai. Ia bukan balah orang jahil. Ia isu orang alim yang disayangi dan yang tidak ingin kecuali kebaikan untuk ummah. Justeru ia mungkin panas di awal, tetapi akan ada penyelesaian selepas ada persefahaman.

Yang payah nak selesai ialah balah orang jahil, payah nak faham apatah nak bersefahaman.

Yang saya takut ialah balah ini sengaja dipanjangkan selepas ianya disurutkan dan diredakan. Saya harap saya dan anda tidak terlibat walaupun saya tak mungkin boleh mengharapkan semua jangan terlibat.

Saya tinggalkan anda dengan sebuah ayat daripada Allah yang maha bijaksana. Hayatinya, ianya sungguh menenangkan.

“Tiadalah terjadi sebarang musibah di bumi dan tiada juga (terjadi) di dalam diri kamu sendiri kecuali ianya telah sedia termaktub di dalam kitab ( di sisi kami ) sebelum Kami lepaskannya. Sesungguhnya itu di sisi Allah adalah teramat mudah. Yang demikian adalah agar kamu tidak berduka cita di atas apa yang telah hilang daripadamu dan kamu tidak pula bersuka ria dengan apa yang kamu perolehi. Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan bermegah – megah.” al Hadid:22,23

Janganlah terlalu gundah dan janganlah terlalu bersuka ria.

Sumber: Nik Abduh

HAJI MABRUR... YANG DICARI

Maksud Haji ialah mengunjungi Baitullah al-Haram dalam bulan haji kerana mengerjakan tawaf, saie, wukuf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya dan menunaikan segala wajib-wajibnya.

Umrah pula bermaksud; menziarahi Baitullah al-Haram kerana mengerjakan tawaf, saie dengan menurut syarat-syaratnya dan menunaikan segala wajib-wajibnya.

Haji dan Umrah diwajibkan sekali sahaja seumur hidup ke atas setiap orang Islam yang mencukupi syarat.

Syarat Wajib haji dan umrah ialah;

1. Islam; tidak wajib dan tidak sah haji orang kafir dan Murtad

2. Baligh (Cukup Umur); tidak diwajibkan mengerjakan haji bagi kanak-kanak. Jika ia mengerjakannya adalah sah tetapi tidak menggugurkan haji fardhunya, wajib mngerjakan haji semula setelah baligh.

3. Berakal; tidak wajib ke atas orang gila dan tidak sah jika ia lakukannya.

4. Merdeka; hamba ‘abdi tidak diwajibkan haji, tetapi sah dan mendapat pahala jika dilakukannya.

5. Berkuasa/berkemampuan mengerjakan haji dan umrah; Maksud Berkuasa/berkemampuan terbahagi kepada dua bahagian; Berkemampuan melakukan sendiri ataupun berkemampuan dengan pertolongan orang lain.

Maksud berkemampuan melakukan ibadat haji dan umrah secara sendiri, iaitu;

1. Berkemampuan membayar tambang dan segala perbelanjaan bagi mengerjakan haji hingga selesai dan balik ke tempatnya

2. Mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya

3. Ada pengangkutan/kenderaan pergi balik

4. Aman perjalanan pergi balik seperti tiada peperangan, perompak, musuh yang mengancam keselamatan nyawa diri atau hartanya atau penyakit berjangkit yang membahayakan.

5. Sihat tubuh badan

6. Berkesempatan masa untuk mengerjakan haji atau umrah.

Bagi wanita ditambah dua syarat lain; iaitu;-

1. Dengan izin suami atau wali

2. Hendaklah ditemani oleh suami/mahram/perempuan lain yang dipercayai.

Berkemampuan dengan pertolongan orang lain bermaksud; Mereka yang mencukupi syarat-syarat dari segi kewangan untuk menunaikan fardhu haji tetapi tidak dapat mengerjakannya sendiri disebabkan uzur, sakit yang tiada harapan sembuh atau terlalu tua, yang telah berputus asa (tiada harapan) kerana tidak dapat menunaikan haji, maka boleh digantikan dengan orang lain untuk melaksanakan haji bagi pihak dirinya dengan memberi upah yang berpatutan atau dengan sukarela.

Begitu juga orang yang telah meninggal dunia sedangkan semasa hayatnya ia berkemampuan, tetapi ia tidak mengerjakan haji, maka terhutanglah haji ke atasnya sehinggalah warisnya atau orang yang menerima wasiatnya menyelesaikan hutang hajinya itu dengan memberi upah kepada orang lain untuk mengerjakannya bagi pihaknya atau mengerjakannya secara sukarela.

Hadis Nabi s.a.w bermaksud; “Laqit bin ‘Amir r.a telah datang berjumpa Nabi s.a.w dan berkata; Bapaku seorang yang telah tua, tidak berupaya menunaikan haji dan umrah, dan tidak berkuasa mengikuti rombongan atau berjalan untuk menunaikan haji dan umrah, Maka Rasulullah s.a.w bersabda; “Tunaikanlah haji untuk bapamu dan umrah untuknya.”
(Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi).

Berdasarkan hadis ini, membuktikan bahawa ibadat Haji dan ibadat Umrah harus diwakilkan/dikerjakan oleh orang lain dan juga Harus Upah Haji dan Umrah jika mencukupi syarat-syaratnya.

SYARAT-SYARAT ORANG YANG MENGAMBIL UPAH HAJI ATAU UPAH UMRAH;

1. Ia telah menunaikan fardhu haji dan umrah untuk dirinya sendiri dengan sempurna

2. Hendaklah melakukan ibadat haji untuk seorang sahaja dalam satu musim haji

3. Ia mestilah berihram di Miqat orang yang dihajikannya atau di tempat yang sama jauhnya dengan Miqat itu.

4. Ia hendaklah seorang yang cukup keahliannya (mengetahui cara-cara mengerjakan haji) bagi mengerjakan ibadat haji itu dengan menyempurnakannya seperti ia mengerjakan haji untuk dirinya sendiri


Di samping mengerjakan ibadat haji dan umrah, adalah amat disunatkan untuk menziarahi Maqam Nabi s.a.w dan Masjidil Nabawi di Madinah.

Hadis nabi s.a.w bermaksud;”Tidak digalakkan mengembara (ziarah) melainkan kepada tiga buah masjid; iaitu Masjidil Haram ( di Mekah), Masjidil Nabawi ( di Madinah) dan Masjidil Aqsa (di Baitul Maqdis).
(Hadis Mutafaqun ‘alaih)

Hadis lain menyebut;”Sesiapa yang menziarahi kuburku, akan mendapat syafaatku” (Hadis Riwayat al-Bazzar dan Darulqutni)

Hadis lain bermaksud;” Sesiapa yang mengerjakan haji ke Baitullah al-Haram, dan tidak menziarahiku, sesungguhnya ia menjauhi dirinya daripadaku” (Hadis riwayat Tabrani)

Janganlah kita lepaskan peluang ketika menunaikan umrah atau haji dengan tidak menziarahi Madinah. Sebaik-baiknya gunakanlah peluang yang ada semasa berada di Mekah dan Madinah dengan menziarahi tempat-tempat bersejarah sehingga kita dapat membayangkan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah s.aw dan seterusnya memberi kesan dan semangat Islam yang mendalam kepada diri kita.

Sabtu, 24 Oktober 2009

Apakah Tahajjud diteruskan selepas Ramadhan/Syawal????

Ramadan sudah berlalu, Syawal juga sudah meninggalkan kita, Zulqaedah pula menjelma….ayuh kita kekalkan amalan ramadan kita di 11 bulan yang lain pula. Barulah lulus ujian Ramadan kita.

Ayuh mari kita soroti fadhilat kebaikan dan keistimewaan solat malam.

Solat malam atau Solat Tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah.

Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.

Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Amalan solat malam bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan solat tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-


Jauh daripada segala penyakit
Lahir kesan taqwa pada wajahnya
Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
Sementara empat perkara di akhirat ialah:-

Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
Dipermudahkan hisab
Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”
Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim).

Beberapa keutamaan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut:

Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).
Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).
Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).
Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).
Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9).


Beberapa petikan hadis berikut menyebut beberapa fadilat dan keindahan lain solat malam. Antaranya adalah hadis daripada Abdullah bin Amr bin Al-‘Ash yang berbunyi, Rasulullah S.A.W berkata kepadaku, “Abdullah, jangan jadi seperti polan yang pernah mendirikan solat malam kemudian meninggalkannya,” (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).

Salman al-Farisi menceritakan, Rasulullah S.A.W berkata, “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”

Salim bin Abdullah bin Umar bercerita kepada Hafshah, isteri Rasulullah S.A.W, “Ketika Rasulullah S.A.W masih hidup, biasanya apabila seseorang bermimpi, dia menceritakan mimpinya itu kepada Rasulullah S.A.W. Saya berharap mendapat mimpi supaya dapat menceritakannya kepada beliau. Semasa masih muda, biasanya saya tidur di masjid. Suatu ketika, saya bermimpi seakan-akan dua malaikat memegang dan membawaku ke neraka yang dibina seperti perigi dan memiliki tanduk. Di dalam perigi itu ada beberapa orang yang saya kenal. Saya lalu berkata, “Saya berlindung kepada Allah dari neraka.” Saya bertemu dengan malaikat lain yang berkata padaku, “Jangan takut.” Mimpi ini disampaikan oleh Hafshah kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau berkata, “Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah ketika mahu solat malam.” Selepas itu, dia hanya tidur sebentar sahaja di malam hari.

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Syaitan mengikat tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap ikatan, ‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.’ Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.”

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).

‘Amr bin Al-‘Ash meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah malam yang terakhir. Apabila kamu dapat menyertai golongan orang yang berzikir mengingat Allah pada saat itu, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Al-Hakim).

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yang selalu berzikir.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Wassalam.

Artikel adalah sumbangan dari : Saudara Rosli Hanip

Jumaat, 23 Oktober 2009

Bajet 2010... Apa yang Rakyat Dapat???

Berikut ialah intipati Bajet 2010 '1Malaysia, Kemakmuran Bersama'yang telah dibentangkan oleh PM/Menteri Kewangan DS Najib Razak pada hari ini (23 Okt 2009-Jumaat):

1. Peruntukan wang berjumlah RM191.5 bilion yang meliputi RM138.3 bilion (72.2 peratus) untuk belanja mengurus dan RM53.2 bilion (27.8 peratus) untuk belanja pembangunan.

2. Bayaran khas RM500 kepada penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada bulan Disember ini.

3. Peningkatan pengecualian cukai pendapatan kepada penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus sebagai galakan untuk menarik lebih ramai pelancong kesihatan.

4. Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

5. Pinjaman pembelian komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang.

6. Subsidi, insentif dan bantuan hampir RM2 bilion untuk membela nasib golongan petani dan nelayan.

7. Peruntukan lebih RM9 bilion untuk projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut serta projek lapangan terbang.

8. Peruntukan tambahan RM20 juta di bawah Tabung Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) untuk usahawan kecil kaum India (Peruntukan sedia ada RM15 juta).

9. Peruntukan RM3 juta sebagai geran pelancaran penubuhan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bagi memastikan kebajikan warga seni sentiasa terbela dan diberi perhatian.

10. Peruntukan tambahan RM20 juta untuk memberi pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan sasaran 20 buah sekolah pada 2010.

11. Menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia.

12. Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.

13. Diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar bermula 1 Jan, 2010.

14. Pakej "netbook", termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010.

15. Peruntukan RM100 juta bagi pelaksanaan Program PERMATA, yang memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara bersepadu dan terancang.

16. Perlindungan insurans dan takaful mikro untuk peniaga kecil-kecilan mendapat manfaat perlindungan dalam lingkungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.

17. Menubuhkan 14 lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah.

18. Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas kad kredit utama dan kad caj, termasuk kad yang diberi percuma dan cukai pendapatan RM25 setahun ke atas setiap kad kredit tambahan mulai 1 Jan, 2010.

19. Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan setiap kementerian dan jabatan diberi peruntukan RM200,000 untuk penubuhannya.

20. Kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus berkuatkuasa tahun taksiran 2010.

21. Pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000.

22. Hampir 50,000 isi rumah miskin tegar yang berdaftar di bawah program eKasih dan 4,000 isi rumah Orang Asli yang telah dikenal pasti akan dibantu untuk mencapai matlamat sifar kemiskinan tegar. Peruntukan RM41 juta untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli.

23. Peruntukan RM48 juta bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan bandar meliputi bantuan kebajikan dan program bayaran sewa rumah dan Kementerian Wilayah Persekutuan ditukarkan nama kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
24. Penyediaan 74,000 rumah kos rendah oleh Jabatan Perumahan Negara untuk disewa pada tahun 2010.

25. Pelancaran skim KWSP pada Januari 2010 bagi membolehkan pencarum mendapatkan jumlah pembiayaan lebih besar bagi pembelian rumah yang bernilai lebih tinggi atau bagi pembelian rumah tambahan.

26. Peruntukan RM224 juta kepada OKU untuk bantuan, melaksanakan Program Pemulihan Dalam Komuniti dan peruntukan RM174 juta untuk warga emas.

27. Kadar elaun kanak-kanak OKU di sekolah pendidikan khas kelolaan NGO dinaikkan daripada RM50 kepada RM150 sebulan bagi setiap orang mulai 1 Jan 2010.

28. Penubuhan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang diuruskan oleh KWSP.

29. Potongan caruman pekerja KWSP dinaikkan semula ke kadar 11 peratus secara sukarela berkuat kuasa serta-merta.

30. Membina jalan luar bandar sepanjang 510km dan jalan kampung sepanjang 316km dengan peruntukan RM857 juta termasuk jalan di Kapit, Lawas dan Simunjan di Sarawak serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau di Sabah. BERNAMA

Selasa, 20 Oktober 2009

Gempar 35 sejadah berdiri di surau sekolah

Telah dilaporkan oleh media@malaysiakini.com pada 20 Okt 2009 6:29pm.

Warga SK Tok Sangkut di Pasir Mas,Kelantan gempar apabila 35 helai sejadah di dalam surau didakwa berdiri secara misteri dengan sebahagiannya menyerupai individu sedang menunaikan solat.

Kejadian itu disedari seorang murid yang kemudiannya memaklumkan kepada gurunya Adnan Abdullah, 37, ketika sesi pembelajaran dijalankan berhampiran surau berkenaan.

"Kejadian berlaku pukul 10.40 pagi, ketika saya menjalankan sesi pembelajaran di luar kelas disebabkan kelas sedang diubahsuai, seorang murid yang terpandang ke arah surau memberitahu sejadah kelihatan berdiri," katanya kepada pemberita di Pasir Mas hari ini.

Adnan berkata beliau kemudiannya membuka pintu surau dan amat terkejut melihat sebanyak 35 helai sejadah dalam keadaan berdiri iaitu 16 helai di bahagian lelaki dan 19 lagi di bahagian perempuan.

"Lebih aneh lagi apabila satu helai lagi berada di bahagian hadapan sekali iaitu di tempat imam dalam keadaan yang sama menunjukkan seolah-seolah sedang melakukan solat secara berjemaah," katanya yang telah mengajar di sekolah berkenaan sejak tujuh tahun lalu.

Menurut Adnan, beliau percaya kejadian itu membuktikan keagungan Allah yang mahu umatnya bermuhasabah diri.

"Bagaimanapun ia terpulang kepada tafsiran individu, bagi saya tak mungkin perkara ini dilakukan oleh manusia kerana tempoh semua sejadah dalam keadaan demikian lama," katanya.

Beliau berkata pada bulan Ramadhan yang lepas perkara yang sama turut berlaku di rumah penduduk kampung berkenaan apabila sehelai sejadahnya turut berdiri sendiri.

Manakala bagi pembantu penguasa pejabat agama Pasir Mas, Kamarudin Zakaria yang ditemui di situ berkata beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menggemparkan penduduk setempat.

"Ia terpulang kepada tafsiran setiap individu untuk menganggap ia perkara ajaib atau sebagainya, tetapi bagi saya perkara-perkara sebegini boleh memesongkan akidah seseorang," katanya.

Kamarudin berkata pihaknya akan memaklumkan perkara berkenaan kepada jabatan agama dan jika sejadah masih dalam keadaan demikian sehingga esok, pihaknya akan mengambil tindakan yang perlu.

Sementara itu, kawasan sekolah berkenaan sesak dengan orang ramai yang ingin melihat kejadian itu dari dekat. BERNAMA

Isnin, 19 Oktober 2009

Hukum Binaan di atas Kuburan... Haram?...

SALAH SANGKA DIDALAM MEMAHAMI TUNTUTAN BERBUAT BAIK KEPADA IBUBAPA YANG TELAH MENINGGAL

Atas dasar ingin berbakti itulah ada anak-anak akan melakukan sesuatu yang pada anggapan mereka sangat baik untuk kedua ibu bapa mereka yang meninggal. Antaranya ialah menambak kubur kedua ibu bapa, namun hukum menambak ini mungkin tidak begitu jelas bagi kebanyakan orang berbanding dengan hukum membina rumah atau kubbah untuk si mati. Persoalan menambak kubur inilah yang ingin kita bincang dan perjelaskan dalam keluaran Irsyad Hukum kali ini.
Perkataan menambak bererti membina, membuat benteng atau membentengi dengan tambak pada sesuatu. Manakala penambak pula ialah sesuatu yang dijadikan tambak seperti batu, tanah, simen dan lain-lain.
Sementara kubur ialah tanah yang digali dengan bentuk dan ukuran tertentu untuk menutupi atau mengebumikan mayat.

KATEGORI TANAH PERKUBURAN & HUKUM PENGGUNAANNYA :
Perlu diketahui bahawa tanah perkuburan orang Islam itu ada tiga jenis:
1. Tanah kubur yang diwakafkan kerana kubur orang Islam. Hukumnya tiada boleh digunakan bagi tujuan-tujuan lain selain daripada mengebumikan mayat orang Islam, sama ada telah hancur luluh tulang dan anggota-anggota mayat atau sebaliknya.
2. Tanah kubur yang dinamakan musabbalah iaitu tanah yang biasa digunakan untuk mengebumikan mayat di tempat tersebut oleh penduduk-penduduk di kawasan itu, sekalipun tidak diketahui asal puncanya dan tiada diketahui orang yang mensabilkannya. Maka tanah tersebut tidak boleh digunakan selain untuk mengebumikan mayat orang Islam. Walau bagaimanapun menurut pengarang Hasyiah At-Tuhfah, boleh digunakan tanah tersebut selain mengebumikan mayat jika tulang-tulang dan suku-suku anggota mayat yang dikubur di situ telah hancur luluh, dan tanah itu tidak digunakan lagi untuk mengebumikan mayat oleh penduduk-penduduk di kawasan itu pada masa sekarang dan berazam tidak akan mengebumikan mayat di tanah itu pada masa akan datang.
3. Tanah mawat, iaitu tanah yang bukan kebiasaannya digunakan untuk mengebumikan mayat di tanah tersebut atau tanah yang dimiliki oleh seseorang atau tanah yang dipinjam untuk mengebumikan mayat di tempat tersebut. Apabila ditanam mayat pada salah satu dari tempat-tempat yang disebutkan, maka harus digali kubur itu apabila telah hancur luluh segala tulang dan suku-sukunya, serta harus digunakan semula tanah itu kerana tujuan-tujuan yang lain seperti bertani, dibuat jalan atau didirikan rumah, dalam makna yang lain tanah itu tidak lagi dinamakan tanah perkuburan.
Alhamdulillah, di Negara Brunei Darussalam tanah perkuburan orang-orang Islam dijaga dan dipelihara sebagaimana tuntutan syara‘. Bahkan ada kawasan (harim) kubur dikelilingi dengan pagar. Manakala sebahagian tanah-tanah perkuburan orang Islam itu disediakan pekerja-pekerja untuk menggali liang lahad dan membersih kawasan-kawasannya.
HUKUM MEMBINA BINAAN DI ATAS KUBURAN :

Adapun binaan di atas kubur seperti yang banyak kita saksikan sekarang seperti Tajsis kubur ( membina tembok dinding dikeliling kubur), dinding pagar dan sebagainya, tulisan ayat-ayat suci al-Quran dan lain-lainnya adalah antara perkara yang diharamkan.
DALIL :
Hadith Nabi saw riwayat Jabir rh :
نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يجصص القبر ،وأن يقعد عليه،وأن يبى عليه،[ أو يزاد عليه ]،[ أو يكتب عليه] ). أخرجه مسلم (3/62) وأبو داود (2/71) والنسائي (1/284-285،286) والترمذي (2/155) وصححه، والحاكم (1/370)والبيهقي(4/4)وأحمد (3/295،332، 339، 399).والزيادتان لابي داود والنسائي،وللبيهقي الاولى
“Rasulullah saw menegah dari mengecat kubur dan duduk diatasnya serta membina binaan diatasnya” (atau menambah2 ketinggiannya), (atau menulis keatasnya) [hadith dikeluarkan oleh Muslim 3/62, Abu Daud 2/71, al-Nasaai 1/286-284, al-Tirmudzi 2/155, al-hakim 1/370, Ahmad 3/332.339,399 - Dua2 tambahan oleh abu Daud & al-Nasaai, dan yang pertama oleh al-Baihaqi]

PANDANGAN FUQAHA’ SYAFIEYYAH :
Tentang hadis larangan binaan di atas kubur, Imam Syafie menerangkan hukum dan sebab larangan tersebut di dalam kitab Ummnya (bab jenazah):
1) IMAM SYAFIE :
" ورأيت من الولاة (بمكة من يهدم ما يبنى فيها ولم أر فقهاء يعيبون عليه ذلك ولأن في ذلك تضييقا على الناس "
Ertinya: “ Aku melihat pembesar di Mekah meruntuhkan binaan-binaan kubur yang ada padanya dan aku tidak melihat para Fuqaha (Mujtahid) yang mencela perbuatan pembesar tersebut [yg meruntuhkan binaan ats kuburan] dan kerana pada binaan itu menyempitkan tanah perkuburan ke atas orang ramai.”Katanya lagi:
" فان كانت القبور في الأرض يملكها الموتى في حياتهم أو ورثتهم بعدهم , لم يهدم شىء يبنى منها وانما يهدم ان هدم ما لا يملكه أحد فهدمه لئلا يحجر على الناس "
Ertinya: “ Maka jika adalah perkuburan di dalam tanah yang dimiliki oleh orang-orang mati semasa hidup mereka atau diwarisi oleh pewaris selepas kematian mereka, nescaya tidak boleh diruntuhi sesuatu binaan di dalamnya. Hanya diruntuhi sesuatu binaan di dalam tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun maka hendaklah diruntuhinya supaya tidak menegah orang ramai untuk tanam mayat yang lain.”
2) Ibnu Hajar Haitami
Bila ditanyakan fatwa kepada Ibnu Hajar Haitami tentang suatu binaan, beliau menghukumkan haram binaan itu dan menyatakan sebab ( ألعلة ) pengharaman tersebut dengan katanya (Fatawa Kubra, bab jenazah):
" ولوجود علة تحريم البناء في ذلك وهى تحجير الأرض على من يدفن بعد بلاء الميت اذ الغالب أن البناء يمكث الى ما بعد البلى وأن الناس يهابون فتح القبر المبني فكان في البناء تضييق للمقبرة ومنع الناس من الانتفاع بها فحرم "
Ertinya: “Kerana terdapat sebab pengharaman binaan pada binaan yang berkenaan iaitu menegah tanah kubur daripada ditanamkan mayat lain selepas hancur mayat di dalam kubur itu. Ini kerana, kebiasaannya binaan di atas kubur menjadi kekal sehinggakan selepas masa hancurnya mayat, dan orang ramai takut hendak membuka kubur yang dibinakan di atasnya. Maka binaan itu menyempitkan tanah perkuburan dan menegah orang ramai daripada mengambil manfaat dengannya lalu ia menjadi haram.”

3) IMAM NAWAWI :

Imam al-Nawawi rh. berkata : MAKRUH : mengecat, membina bangunan dan menulis diatas kubur.
HARAM : Jika dibina bangunan diatas kubur orang awam (musabbalah@ WAQAF) maka hendaklah dimusnahkan” (Minhaj al-Thalibin, ms 360). Didalam al-Majmu’, al-Nawawi mengatakan : “Berkata sahabat-sahabat kami Rahimahullah: “Tidak ada perbezaan antara membina bangunan (di atas kubur) sama ada membina kubbah atau rumah atau seumpama keduanya. Kemudian hendaklah diperhatikan, jika kubur itu kubur musabbalah (kubur orang awam) adalah haram di atasnya berbuat demikian…. Jika sekiranya kubur itu milik persendirian, adalah harus membina bangunan, ianya dihukumkan makruh dan tidak perlu dirobohkan” [al-Majmu‘: 5/260].
Beliau berpendapat bahawa binaan tersebut jika berlaku diperkuburan awam, maka hukum membinanya adalah haram, dan jika ia berada ditanah persendirian, maka hukumnya cuma makruh sahaja.
KHULASAH :
Beberapa perkara yang difahami daripada huraian Imam Syafie adalah:-1) Binaan di dalam tanah perkuburan milik sendiri2) Binaan di dalam tanah perkuburan disabilkan3) Binaan yang menyebabkan:a) terhalang daripada ditanamkan mayat lain (bila berlaku kesesakan)b) menyempitkan tanah perkuburan dengan perkara yang berlebih-lebihanPara ulama yang mengikuti Imam Syafie menghuraikan maksud sebenar perkataan Imam mereka tentang Hukum Binaan tersebut, adalah seperti berikut:-
a] Maksud sebenar Binaan tersebut dan dimakruhkan di tanah perkuburan milik sendiri

Binaan yang di maksudkan itu ialah :
1. binaan yang sama betul dengan liang lahad mayat (tidak memakan ruang yang terlebih luas)
2. binaan yang memakan ruang yang terlebih luas daripada itu seperti kubah, masjid, bilik dan lain-lain. Binaan tersebut dimakruhkan di dalam kawasan tanah kubur milik persendirian. Ini adalah pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafie.
HUJAH YANG MEMAKRUHKANNYA :

1) kitab Tuhfah bagi Ibnu Hajar Haitami
Tersebut di dalam kitab Tuhfah bagi Ibnu Hajar Haitami ketika mensyarahkan matan Minhaj Imam Nawawi (bab jenazah) :
"ويكره تجصيص القبر والبناء عليه في حريمه وخارجه, نعم ان خشي نبش أو حفر سبع أو هدم سيل لم يكره"
Dimakruhkan (dalam tanah perkuburan milik sendiri) memutihkan kubur dengan kapur dan membuat binaan} di atas kubur pada permukaan liang lahadnya dan ruang yang terlebih luas daripada itu, sungguh pun begitu tiada makruh jika takut dibongkari (oleh pencuri kain kapan atau dibongkari untuk ditanam jenazah lain sebelum hancur jasadnya), digali binatang buas atau diruntuhi air banjir yang deras.”

2) Hasyiah As-Syarwani
menjelaskan lagi perkataan Ibnu Hajar itu di dalam Hasyiahnya:
" أي ويكره على القبر في حريمه وهو ما قرب منه جدا وخارج الحريم هذا في غير المسبلة "
Ertinya: “ Iaitu dimakruhkan binaan di atas kubur pada permukaan liang kubur iaitu ruang atau tanah yang betul-betul hampir dengan liang lahad kubur dan dimakruhkan juga pada ruang atau tanah yang terlebih luas daripada liang kubur tersebut. Hukum makruh terbabit adalah di dalam tanah perkuburan yang bukan disabilkan ( iaitu tanah perkuburan milik sendiri).”

3) Mughni Muhtaj
Di dalam kitab Mughni Muhtaj, bab jenazah: “ Sesetengah ulama mazhab Syafie menyesuaikan perkataan Imam Nawawi di dalam matan Minhaj dan perkataannya di dalam Majmuk dan lain-lain, dengan memberi maksud bahawa dimakruhkan apabila dibina hanya di atas kubur, dengan makna adalah binaan itu berada sama betul dengan permukaan liang kubur. Diharamkan binaan itu apabila didirikan di atas kubur , kubah atau bilik yang didiami. Pendapat yang muktamad adalah haram semata-mata (tanpa membezakan di antara binaan sama betul dengan liang lahad dan binaan yang terlebih luas daripada itu).”

4) Terdapat Pendapat yang lemah di dalam mazhab Syafie yang menyatakan bahawa dimakruhkan binaan yang tidak memakan ruang yang terlebih luas daripada permukaan liang lahad kubur dan diharamkan binaan yang memakan ruang yang terlebih luas daripadanya, sama ada binaan berkenaan di dalam tanah perkuburan milik sendiri atau tanah perkuburan yang disabilkan.Pendapat yang muktamad adalah haram semata-mata (tanpa membezakan di antara binaan sama betul dengan liang lahad dan binaan yang terlebih luas daripada itu).”
HUKUM BINAAN Di atas kubur para nabi, wali, ulama dan syuhada di dalam tanah perkuburan milik sendiri
1- harus serta tiada makruh
Binaan seperti kubah, bilik, masjid dan lain-lain, tiada haram serta tiada makruh sekiranya dibina di atas kubur para nabi, wali, ulama dan syuhada di dalam tanah perkuburan milik sendiri.

Tujuan diharuskan :

1) didirikan binaan tersebut adalah untuk menggalakkan orang ramai datang menziarahi kubur
2) sempena mengambil berkat.Berkata Ibnu Hajar di dalam Tuhfahnya, bab jenazah (jilid 3, m/s 226):
" قال بعضهم الا في صحابي ومشهور الولاية فلا يجوز وان انمحق ويؤيده تصريحهم بجواز الوصية بعمارة قبور الصلحاء أي في غير المسبلة على ما يأتي في الوصية لما فيه من احياء الزيارة والتبرك "

Ertinya: “ Sesetengah ulama syafie berkata: “ Melainkan pada kubur sahabat dan mereka yang masyhur dengan kewalian maka tiada harus membongkarkan kuburnya, sekalipun telah hancur jasadnya. Pendapat mereka dikuatkan dengan kenyataan fuqaha bahawa diharuskan berwasiat supaya dibangunkan binaan di atas kubur orang yang soleh, iaitu di dalam tanah perkuburan yang bukan disabilkan, mengikut keterangan yang akan datang pada bab wasiat. Keharusan itu bertujuan memakmurkan kubur mereka dengan ziarah dan sempena mengambil berkat.”
b] Binaan di dalam tanah perkuburan yang disabilkan atau diwakafkan
Hukumnya haram :

haram membina kubah, bilik, rumah atau masjid di atasnya. Wajib diruntuhkan binaan tersebut walaupun didirikan atas kubur para nabi, wali, ulama dan syuhada. Ini adalah pendapat yang muktamad di dalam mazhab syafie.
hujah-hujah :

1) kitab Nihayah bagi Syeikh Ramli

Tersebut di dalam kitab Nihayah bagi Syeikh Ramli ketika mensyarahkan Minhaj Imam Nawawi, bab jenazah:"( ولو بني في مقبرة مسبلة, هدم البناء وجوبا لحرمته ولما فيه من تضييق على الناس وسواء أبني قبة أو بيتا أو مسجدا أم غيرها "Ertinya: “ (Jika dibinakan di atas kubur di dalam kawasan perkuburan yang disabilkan nescaya mesti diruntuhkan) binaan itu sebagai hukum yang wajib. Ini kerana binaan tersebut adalah haram dan kerana terdapat padanya sebab (العلة pengharaman iaitu menyempitkan (tanah perkuburan yang disabilkan). Hukumnya tetap seperti itu, sama ada dibinakan kubah, bilik (rumah), masjid atau lainnya.”
Apakah hikmah larangan ini?

1) sikap melampau terhadap kubur yang akhirnya membawa kepada penyembahan
Kerana ianya boleh menjadi sebab kepada sikap melampau terhadap kubur yang akhirnya membawa kepada penyembahan. Sebab itu datang juga larangan mengebumikan mayat di masjid. Adapun kubur Nabi sesungguhnya ia tidak berada di dalam masjid akan tetapi Nabi dikuburkan di rumah baginda (ini merupakan antara perkara-perkara khusus yang dibolehkan bagi nabi sahaja) adapun jasad Abu Bakar dan Umar kerana permintaan mereka untuk dikebumikan bersama baginda kerana mereka berdua adalah sahabat Nabi yang paling akrab dan mulia yang sering menemani Nabi kemana sahaja baginda berada.

2) Mengelak daripada menyerupai orang Yahudi & penganut agama lain.
A] Nabi bersabda bermaksud: "Allah melaknat orang Yahudi yang menjadikan kubur para Nabi mereka sebagai masjid". Hadis ibnu Abbas riwayat Bukhari.
B] Penganut Cina & Kristian bermegah-megah dengan binaan kuburan mereka :
- ancaman keras Nabi dlm sebuah hadis ” من تشبه بقوم فهو منهم ’ yg brmksud ” sesiapa yg menyerupai sesuatu kaum, maka dia juga termasuk dlm klgn mrk ” [Rwyt Imam Abu Dawud, hadis No: 3512 ].

3) Prof Dr Refaat Fawzi (Universiti Kaherah) menjelaskan kenapa dilarang melakukan binaan keatas kubur. Diantaranya penjelasan beliau adalah :-
a. Larangan yang datang dari hadith sahih, riwayat Jabir :
نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يجصص القبر ،وأن يقعد عليه،وأن يبى عليه،[ أو يزاد عليه ]،[ أو يكتب عليه] ). أخرجه مسلم (3/62)
b. Dalil yang membenarkan ditanam mayat lain diatas kuburan yang lama, sebagaimana kubur di bandar Makkah dan Madinah.
c. Bagaimana pula dengan mayat2 yang mati di laut, sudah tentu binaan2 tidak diperlukan langsung. Kalau begitu, ramailah anak-anak generasi terdahulu yang ke Mekah naik kapal laut, lalu mati dilaut, maka dkuburkan sahaja kedalam laut, jadi anak yang derhaka!!!

d- bagaimana pula dgn tragedi di Kampung Pariaman, Jambi Sumatera, yang diisytiharkan “Kubur Besar”, setelah operasi menyelamat buntu. Mcmna anak/waris nak buat binaan ats kwsn tu, sedangkan sudah tidak dapat dikenalpasti lg dibawah tanah itu jasad siapa ?

4) MEMBUKA RUANG KEPADA ORG YG JAHIL DUDUK SEMBARANGAN DI ATAS KUBUR
An-Nawawi berkata dalam syarah soheh Muslim: "Nabi melarang Tajsis kubur dan membina diatasnya dan juga duduk di atas kuburan" dalam hadis ini larangan Tajsis kubur , membina binaan diatasnya dan duduk diatas kuburan. Yang dimaksudkan dengan “قعود “ ialah duduk, ini merupakan mazhab Syafie dan jumhur ulama. Imam Malik berkata dalam kitabnya Muwatto’ : "yang dimaksudkan dengan “قعود “ ialah duduk". Antara yang menyokong perkara ini ialah riwayat lain yang menyebut: "jangan kamu duduk di atas kuburan). dalam riwayat yang lain pula disebut: ( Demi sesungguhnya seseorang dari kamu duduk diatas bara api kemudian bajunya terbakar sehingga memakan kulit badannya lebih baik baginya daripada dia duduk di atas kubur). An-Nawawi berkata lagi: "Telah berkata sahabat-sahabat kami (ulama Syafie): Tajsis kubur itu makruh, dan duduk diperkuburan adalah haram, demikian juga menyandar di atas perkuburan.

RUJUKAN
1. Prof Dr Refaat Fawzi. البناء فوق المقابر . URL : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528610462
2. Syeikh Nasyiruddin al-Albani. أحكام الجنائز وبدعها. cet baru. Riyad : Maktabah al-Ma’aarif, 1993.bagaimana pula dengan binaan di atas kubur para nabi, wali, ulama dan lain-lain di dalam tanah perkuburan yang disabilkan ?

a] haram secara mutlak

1- kitab tuhfatul muhtaj , ibnu hajar

[ DIFAHAMI SECARA MAFHUM MUKHALAFAH ]
Diharamkan binaan tersebut walaupun di atas kubur para nabi, wali, ulama dan lain-lain di dalam tanah perkuburan yang disabilkan sebagaimana kenyataan Ibnu Hajar di dalam Tuhfahnya, bab jenazah (jilid 3, m/s 226) yang telah lalu mengikut beliau binaan seperti kubah, bilik, rumah dan masjid tidak dimakruhkan di atas kubur mereka sekiranya di dalam kawasan tanah perkuburan milik persendirian. Maka difahami daripada perkataan beliau bahawa binaan tersebut diharamkan di dalam tanah perkuburan yang disabilkan.

Diharamkan kerana :
1) terhalang daripada ditanamkan mayat lain (bila berlaku kesesakan)
2) menyempitkan tanah perkuburan dengan perkara yang berlebih-lebihanb] diharuskan dengan beberapa syarat:

Binaan yang diharuskan di atas kubur para nabi, wali, ulama dan seumpamanya di dalam tanah perkuburan di sabilkan ialah hanyalah :
1- binaan seperti simen, marmar dan lain-lain
2- binaan itu tidak memakan ruang yang terlebih luas daripada liang lahad kubur.

Rujukan & hujah sandaran :

1- Ini ada dinyatakan di dalam Nihayah karangan Syeikh Ramli bab jenazah
(jilid 3, m/s 41,عند قول المتن لا للتكفين على الأصح )
2- Terdapat pendapat yang lemah di dalam mazhab syafie bahawa diharuskan binaan yang memakan ruang yang terlebih luas seperti kubah, bilik dan lain-lain di atas kubur para nabi, wali, ulama dan seumpamanya di dalam tanah perkuburan yang disabilkan sebagaimana yang tersebut di dalam kitab ‘Iaanah AtThalibin (Fasal : solat ke atas simati, jilid 2 : m/s120) :
" وقال البجيرمي : واستثنى بعضهم قبور الأنبياء والشهداء والصالحين ونحوها (برماوي , وعبارة الرحماني : نعم قبور الصالحين يجوز بناؤها ولو قبة لاحياء الزيارة والتبرك , قال الحلبي : ولو في مسبلة وأفتى به وقد أمر به الشيخ الزيادي مع ولايته..."
3- Ertinya: “ Al-Bujairimi berkata: Sesetengah ulama mazhab syafie mengecualikan (daripada hukum haram) kubur para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan seumpamanya (nukilan Barmawi).
4- Teks Ar-Rahmani menyebut: Sungguhpun begitu, kubur orang-orang soleh diharuskan membina di atasnya, sekalipun binaan kubah bertujuan memakmurkan dengan ziarah dan mengambil berkat.
5- Al-Halabi berkata: Walaupun di dalam tanah perkuburan yang disabilkan dan beliau berfatwa sebegitu.
6- Sesungguhnya Syeikh Ziyadi memerintahkan supaya didirikan binaan tersebut ketika beliau berkuasa…..”
Bolehkah membongkar kubur sahabat dan wali setelah hancur jasad mereka untuk ditanam jenazah lain?

1) dilarang & diharamkan
Larangan membongkar kubur sahabat dan wali setelah hancur jasad mereka untuk ditanam jenazah lain.

2) Untuk mengelaknya daripada berlaku
Kerana larangan inilah, diharuskan binaan di atas liang lahad kubur mereka supaya tidak dibongkarkan untuk ditanam jenazah lain.Beliau menukilkan perkataan Muwaffiq bin Hamzah yang mengharuskan berwasiat untuk membina binaan di atas kubur sahabat dan wali bertujuan memakmurkan kubur mereka dengan menziarahi dan mengambil berkat.

3) Bentuk binaan yang dibenarkan & rujukannya :

Binaan yang dimaksudkan oleh nukilan Syeikh Ramli itu ialah hanyalah :
a) binaan di atas liang lahad kubur para nabi, wali, ulama dan seumpamanya sahaja seperti disimen dan dipasangkan marmar,
b) bukan binaan yang memakan ruang lebih luas daripada itu, seperti kubah, bilik, rumah, masjid dan lain-lain.
c) Rujukan : Ini sebagaimana yang telah diterangkan oleh Al-Allamah Ali Syibramalisi di dalam Hasyiah Nihayah (jilid 3 : m/s 41 bab jenazah) dengan katanya:
" والمراد بعمارة ذلك بناء محل الميت فقط لا بناء القباب ونحوها "
Ertinya: “ Dimaksudkan dengan mendirikan binaan tersebut ialah binaan di tempat liang lahad simati (nabi, wali, ulama dan seumpamanya) sahaja, bukannya binaan segala kubah dan seumpamanya.”

4) Pendapat yang muktamad

Al-Allamah Ali Syibramalisi di dalam Hasyiah Nihayah juga menegaskan: “ Pendapat yang muktamad ialah apa yang dikatakan oleh Syeikh Ramli di dalam bab jenazah iaitu :
A] harus berwasiat untuk meratakan tanah kubur para nabi dan orang soleh serta
B] membangunkan binaan (yakni binaan seperti simen, marmar) di atas kubur mereka di dalam tanah kubur yang disabilkan.”(حاشية الشرواني على التحفة : كتاب الوصايا وما يتعلق به عند قول المتن واذا أوصى لجهة عامة فالشرط أن لا تكون معصية : ج 3/ ص 6)
dipetik drp: http://halimislam.multiply.com/journal

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يجصص القبر ،وأن يقعد عليه،وأن يبى عليه،[ أو يزاد عليه ]،[ أو يكتب عليه] ). أخرجه مسلم (3/62)


Kertas Rujukan disediakan oleh :
Mohd Zaiem Hilmi Bin Husin
[ untuk dibentangkan pada Slot Kemusykilan Agama Tawau FM, bertarikh 16 Oktober ]

Ahad, 18 Oktober 2009

Hukum Mengusap Muka Selepas Solat dan Selepas Berdoa

Dalil Dari Hadith

1. Hadits shahih Dari Ibn Sunni Riwayat Anas ra, bahwa Rasul saw bila selesai dari shalat, beliau mengusap wajahnya dengan tangan kanannya, lalu berkata : Asyhadu an Laa ilaah illallahu Arrahmaanurrahiim, Allahumma Idzhib anniy alhammu walhazn (Al Adzkar Imam Nawawi hal.69)

2.1. Bahwasanya Rasul saw saat akan tidur di pembaringannya, menggabung kedua telapak tangannya lalu nafatsa (meniup dgn sedikit meludah) pada kedua telapak tangannya lalu membaca surat Al Ikhlas dan Alfalaq dan Annaas, lalu mengusapkannya ke wajahnya, dan seluruh tubuh yg mungkin dicapainya, beliau mengulanginya 3X (Shahih Bukhari hadits no.4729).

2. Hadits riwayat Bukhari Bahwasanya Rasul saw bila telah menuju pembaringannya nafatsa (meniup disertai butiran kecil airliur) pada kedua telapak tangannya dengan Qulhuwallahu ahad dan Mu'awwidzatain, lalu mengusapkannya kewajahnya dan anggota tubuhnya yg dapat dicapai kedua tangan beliau saw, berkata Aisyah ra, ketika beliau sakit maka beliau menyuruhku untuk melakukannya untuk beliau saw (Shahih Bukhari hadits no.5416)

Hadis riwayat Shahih Bukhari ini menjelaskan bahwa Rasul saw mengusap wajahnya dalam doa beliau saw, terutama saat akan tidur dan saat sakit.

Hadits Bukhari ini jelas merupakan hujjah yg menafikan larangan mengusap wajah setelah doa, karena Rasul saw melakukannya, dan surat Alfalaq dan Annaas maknanya adalah doa untuk dilindungi dari syaitan dll. beliau saw melakukannya.

Jumaat, 16 Oktober 2009

PANDANGAN ULAMA TENTANG PURDAH....

Banyak pertanyaan yang ditujukan kepada kami, baik secara langsung mahupun melalui surat, tentang masalah hukum purdah (menutup wajah) bagi wanita. Ini kerana ramai kaum muslimin belum memahami masalah ini, dan ramai wanita muslimah yang mendapat masalah kerananya, maka kami akan menjawab masalah ini dengan sedikit panjang. Dalam masalah ini, para ulama berbeza pendapat. Sebahagian mengatakan wajib, yang lain menyatakan tidak wajib, namun merupakan keutamaan. Maka di sini -insya Allah- akan kami sampaikan hujjah masing-masing pendapat itu, sehingga masing-masing pihak dapat mengetahui hujjah (argumen) pihak yang lain, agar saling memahami pendapat yang lain.

Dalil yang Mewajibkan

Berikut ini akan kami paparkan secara ringkas dalil-dalil para ulama yang mewajibkan purdah bagi wanita.

Pertama, firman Allah subhanahu wa ta’ala:

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka.” (QS. An Nur: 31)

Allah ta'ala memerintahkan wanita mukmin untuk memelihara kemaluan mereka, hal itu juga mencakupi perintah melakukan jalan-jalan untuk memelihara kemaluan. Ini kerana menutup wajah termasuk jalan untuk memelihara kemaluan, maka juga diperintahkan, kerana jalan/wasilah memiliki hukum tujuan. (Lihat Risalah Al-Hijab, hal 7, karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin, penerbit Darul Qasim).

Kedua, firman Allah subhanahu wa ta’ala:

وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripada mereka.” (QS. An Nur: 31)

Ibnu Mas'ud berkata tentang perhiasan yang (biasa) nampak daripada wanita: "(iaitu) pakaian" (Riwayat Ibnu Jarir, dishahihkan oleh Syaikh Mushthafa Al Adawi, Jami’ Ahkamin Nisa' IV/486). Dengan demikian yang boleh nampak daripada wanita hanyalah pakaian, kerana memang tidak mungkin disembunyikan.

Ketiga, firman Allah subhanahu wa ta’ala:

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

“Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada (dan leher) mereka.” (QS. An Nur: 31)

Berdasarkan ayat ini wanita wajib menutupi dada dan lehernya, maka menutup wajah lebih wajib! Ini kerana wajah adalah tempat kecantikan dan godaan. Bagaimana mungkin agama yang bijaksana ini memerintahkan wanita menutupi dada dan lehernya, tetapi membolehkan membuka wajah? (Lihat Risalah Al-Hijab, hal 7-8, karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin, penerbit Darul Qasim).

Keempat, firman Allah subhanahu wa ta’ala:

وَلاَ يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَايُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ

“Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (QS. An Nur: 31)

Kelima, firman Allah subhanahu wa ta’ala: Allah melarang wanita menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasannya yang dia sembunyikan, seperti gelang kaki dan sebagainya. Hal ini kerana dikhuatiri lelaki akan tergoda gara-gara mendengar bunyi gelang kakinya atau semacamnya. Maka godaan yang ditimbulkan kerana memandang wajah wanita cantik, apalagi yang dihias, lebih besar daripada sekadar mendengar suara gelang kaki wanita. Sehingga wajah wanita lebih wajar untuk ditutup untuk menghindari kemaksiatan. (Lihat Risalah Al-Hijab, hal 9, karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al 'Utsaimin, penerbit Darul Qasim).

وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَآءِ اللاَّتِي لاَيَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَن يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ وَأَن يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَّهُنَّ وَاللهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (daripada haid dan mengandung) yang tiada ingin khawin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. An Nur: 60)

Wanita-wanita tua dan tidak ingin kahwin lagi ini diperbolehkan menanggalkan pakaian mereka. Ini bukan bererti mereka kemudian telanjang. Tetapi yang dimaksud dengan pakaian di sini adalah pakaian yang menutupi seluruh badan, pakaian yang dipakai di atas baju, yang baju wanita umumnya tidak menutupi wajah dan telapak tangan. Ini bererti wanita-wanita muda dan berkeinginan untuk kahwin mesti menutupi wajah mereka. (Lihat Risalah Al-Hijab, hal 10, karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al 'Utsaimin, penerbit Darul Qasim).

Abdullah bin Mas'ud dan Ibnu Abbas berkata tentang firman Allah "Tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka." (QS An Nur:60): "(Iaitu) jilbab". (Kedua riwayat ini dishahihkan oleh Syaikh Mushthafa Al-Adawi di dalam Jami' Ahkamin Nisa IV/523)

Dari 'Ashim Al-Ahwal, dia berkata: "Kami menemui Hafshah binti Sirin, dan dia telah mengenakan jilbab seperti ini, iaitu dia menutupi wajah dengannya. Maka kami mengatakan kepadanya: "Semoga Allah merahmati Anda, Allah telah berfirman,

وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَآءِ الاَّتِي لاَيَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَن يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ

"Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (daripada haid dan mengandung) yang tiada ingin kahwin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan.” (QS. An-Nur: 60)

Yang dimaksud adalah jilbab. Dia berkata kepada kami: "Apa firman Allah setelah itu?" Kami menjawab:

وَأَن يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَّهُنَّ وَاللهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

"Dan jika mereka berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. An-Nur: 60)

Dia mengatakan, "Ini menetapkan jilbab." (Riwayat Al-Baihaqi. Lihat Jami' Ahkamin Nisa IV/524)

Keenam, firman Allah subhanahu wa ta’ala:

غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ

“Dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan.” (QS. An-Nur: 60)

Ini bererti wanita muda wajib menutup wajahnya, kerana kebanyakan wanita muda yang membuka wajahnya, berkehendak menampakkan perhiasan dan kecantikan, agar dilihat dan dipuji oleh lelaki. Wanita yang tidak berkehendak seperti itu jarang, sedang perkara yang jarang tidak dapat dijadikan sandaran hukum. (Lihat Risalah Al-Hijab, hal 11, karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al- 'Utsaimin, penerbit: Darul Qasim).

Ketujuh, firman Allah subhanahu wa ta’ala:

يَآأَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلاَبِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلاَ يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min: “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al Ahzab: 59)

Diriwayatkan bahawa Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhu berkata, "Allah memerintahkan kepada isteri-isteri kaum mukminin, jika mereka keluar rumah kerana suatu keperluan, hendaklah mereka menutupi wajah mereka dengan jilbab daripada kepala mereka. Mereka dapat menampakkan satu mata saja." (Syaikh Mushthafa Al-Adawi menyatakan bahawa perawi riwayat ini dari Ibnu Abbas adalah Ali bin Abi Thalhah yang tidak mendengar dari ibnu Abbas. Lihat Jami' Ahkamin Nisa IV/513)

Qatadah berkata tentang firman Allah ini (QS. Al Ahzab: 59), "Allah memerintahkan para wanita, jika mereka keluar (rumah) agar menutupi alis mereka, sehingga mereka mudah dikenali dan tidak diganggu." (Riwayat Ibnu Jarir, dihasankan oleh Syaikh Mushthafa Al-Adawi di dalam Jami' Ahkamin Nisa IV/514)

Diriwayatkan Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhu berkata, "Wanita itu menghulurkan jilbabnya ke wajahnya, tetapi tidak menutupinya." (Riwayat Abu Dawud, Syaikh Mushthafa Al-Adawi menyatakan: Hasan Shahih. Lihat Jami' Ahkamin Nisa IV/514)

Abu 'Ubaidah As-Salmani dan lainnya mempraktikkan cara menghulurkan jilbab itu dengan selendangnya, iaitu menjadikannya sebagai kerudung, lalu dia menutupi hidung dan matanya sebelah kiri, dan menampakkan matanya sebelah kanan. Lalu dia menghulurkan selendangnya dari atas (kepala) sehingga dekat ke alisnya, atau di atas alis. (Riwayat Ibnu Jarir, dishahihkan oleh Syaikh Mushthafa Al-Adawi di dalam Jami' Ahkamin Nisa IV/513)

As-Suyuthi berkata, "Ayat hijab ini berlaku bagi seluruh wanita, di dalam ayat ini terdapat dalil kewajipan menutup kepala dan wajah bagi wanita." (Lihat Hirasah Al-Fadhilah, hal 51, karya Syaikh Bakar bin Abu Zaid, penerbit Darul 'Ashimah).

Perintah menghulurkan jilbab ini meliputi menutup wajah berdasarkan beberapa dalil:

1. Makna jilbab dalam bahasa Arab adalah: Pakaian yang luas yang menutupi seluruh badan. Sehingga seorang wanita wajib memakai jilbab itu pada pakaian luarnya daripada hujung kepalanya turun sampai menutupi wajahnya, segala perhiasannya dan seluruh badannya sampai menutupi kedua hujung kakinya.
2. Yang biasa nampak pada sebahagian wanita jahiliah adalah wajah mereka, lalu Allah perintahkan isteri-isteri dan anak-anak perempuan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam serta isteri-isteri orang mukmin untuk menghulurkan jilbabnya ke tubuh mereka. Kata idna' (pada ayat tersebut يُدْنِينَ -ed) yang ditambahkan huruf (عَلَي) mengandungi makna menghulurkan dari atas. Maka jilbab itu diulurkan dari atas kepala menutupi wajah dan badan.
3. Menutupi wajah, baju, dan perhiasan dengan jilbab itulah yang difahami oleh wanita-wanita sahabat.
4. Dalam firman Allah: "Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu", merupakan dalil kewajipan hijab dan menutup wajah bagi isteri-isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, tidak ada perselisihan dalam hal ini di antara kaum muslimin. Sedangkan dalam ayat ini isteri-isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam disebutkan bersama-sama dengan anak-anak perempuan beliau serta isteri-isteri orang mukmin. Ini bererti hukumnya mengenai seluruh wanita mukmin.
5. Dalam firman Allah: "Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu." Menutup wajah wanita merupakan tanda wanita baik-baik, dengan demikian tidak akan diganggu. Demikian juga jika wanita menutupi wajahnya, maka lelaki yang rakus tidak akan berkeinginan untuk membuka anggota tubuhnya yang lain. Maka membuka wajah bagi wanita merupakan sasaran gangguan dari lelaki nakal/jahat. Maka dengan menutupi wajahnya, seorang wanita tidak akan memikat dan menggoda lelaki sehingga dia tidak akan diganggu.

(Lihat Hirasah Al-Fadhilah, hal 52-56, karya Syaikh Bakar bin Abu Zaid, penerbit Darul 'Ashimah).

Kelapan, firman Allah subhanahu wa ta’ala:

لاَّ جُنَاحَ عَلَيْهِنَّ فِي ءَابَآئِهِنَّ وَلآ أَبْنَآئِهِنَّ وَلآ إِخْوَانِهِنَّ وَلآ أَبْنَآءِ إِخْوَانِهِنَّ وَلآ أَبْنَآءِ أَخَوَاتِهِنَّ وَلاَ نِسَآئِهِنَّ وَلاَ مَامَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ وَاتَّقِينَ اللهَ إِنَّ اللهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ شَهِيدًا

“Tidak ada dosa atas isteri-isteri Nabi (untuk berjumpa tanpa tabir) dengan bapak-bapak mereka, anak-anak lelaki mereka, saudara lelaki mereka, anak lelaki dari saudara lelaki mereka, anak lelaki dari saudara mereka yang perempuan, perempuan-perempuan yang beriman dan hamba sahaya yang mereka miliki, dan bertakwalah kamu (hai isteri-isteri Nabi) kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu.” (QS. Al Ahzab: 55)

Ibnu Katsir berkata, "Ketika Allah memerintahkan wanita-wanita berhijab dari lelaki asing (bukan mahram), Dia menjelaskan bahawa (para wanita) tidak wajib berhijab dari kaum kerabat ini." Kewajipan wanita berhijab dari lelaki asing adalah termasuk menutupi wajahnya.

Kesembilan, firman Allah:

وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَسْئَلُوهُنَّ مِن وَرَآءِ حِجَابٍ ذَلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ

“Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah daripada belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.” (QS. Al Ahzab: 53)

Ayat ini jelas menunjukkan wanita wajib menutupi diri dari lelaki, termasuk menutup wajah, yang hikmahnya adalah lebih menjaga kesucian hati wanita dan hati lelaki. Sedangkan menjaga kesucian hati merupakan keperluan setiap manusia, iaitu tidak khusus bagi isteri-isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat saja, maka ayat ini umum, berlaku bagi para isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan semua wanita mukmin. Setelah turunnya ayat ini maka Nabi shallallahu ‘alihi wa sallam menutupi isteri-isteri beliau, demikian para sahabat menutupi isteri-isteri mereka, dengan menutupi wajah, badan, dan perhiasan. (Lihat Hirasah Al-Fadhilah, hal: 46-49, karya Syaikh Bakar bin Abu Zaid, penerbit Darul 'Ashimah).

Kesepuluh, firman Allah:

يَانِسَآءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِّنَ النِّسَآءِ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفًا {32} وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلاَتَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ اْلأُوْلَى وَأَقِمْنَ الصَّلاَةَ وَءَاتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا

“Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik. dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ta’atilah Allah dan Rasul-Nya.Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.” (QS. Al Ahzab: 32-33)

Ayat ini ditujukan kepada para isteri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, tetapi hukumnya mencakupi wanita mukmin, kerana sebab hikmah ini, iaitu untuk menghilangkan dosa dan membersihkan jiwa sebersih-bersihnya, juga mengenai wanita mukmin. Dari kedua ayat ini didapatkan kewajipan hijab (termasuk menutup wajah) bagi wanita dari beberapa sisi:

1. Firman Allah: "Janganlah kamu tunduk dalam berbicara" adalah larangan Allah terhadap wanita untuk berbicara secara lembut dan merdu kepada lelaki. Ini kerana hal itu akan membangkitkan syahwat zina lelaki yang diajak bicara. Tetapi seorang wanita mestilah berbicara sesuai keperluan dengan tanpa memerdukan suaranya. Larangan ini merupakan sebab-sebab untuk menjaga kemaluan, dan hal itu tidak akan sempurna kecuali dengan hijab.
2. Firman Allah: "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu" merupakan perintah bagi wanita untuk selalu berada di dalam rumah, menetap dan merasa tenang di dalamnya. Maka hal ini sebagai perintah untuk menutupi badan wanita di dalam rumah dari lelaki asing.
3. Firman Allah: "Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu" adalah larangan terhadap wanita dari banyak keluar dengan berhias, memakai minyak wangi dan menampakkan perhiasan dan keindahan, termasuk menampakkan wajah.

(Lihat Hirasah Al-Fadhilah, hal 39-44, karya Syaikh Bakar bin Abu Zaid, penerbit, Darul 'Ashimah).

Kesebelas, Ummu 'Athiyah berkata:

أُمِرْنَا أَنْ نُخْرِجَ الْحُيَّضَ يَوْمَ الْعِيدَيْنِ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ فَيَشْهَدْنَ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَدَعْوَتَهُمْ وَيَعْتَزِلُ الْحُيَّضُ عَنْ مُصَلَّاهُنَّ قَالَتِ امْرَأَةٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِحْدَانَا لَيْسَ لَهَا جِلْبَابٌ قَالَ لِتُلْبِسْهَا صَاحِبَتُهَا مِنْ جِلْبَابِهَا

“Pada dua hari raya, kami diperintahkan untuk mengeluarkan wanita-wanita haidh dan gadis-gadis pingitan untuk menghadiri jamaah kaum muslimin dan doa mereka. Tetapi wanita-wanita haidh menjauhi tempat shalat mereka. Seorang wanita bertanya: "Wahai Rasulullah, seorang wanita di antara kami tidak memiliki jilbab (bolehkan dia keluar)?" Beliau menjawab: "Hendaklah kawannya meminjamkan jilbabnya untuk dipakai wanita tersebut."” (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Hadits ini menunjukkan kebiasaan wanita sahabat keluar rumah memakai jilbab. Dan Rasulullah tidak mengizinkan wanita keluar rumah tanpa jilbab, walaupun dalam perkara yang diperintahkan agama. Maka hal ini menjadi dalil untuk menutupi diri. (Lihat Risalah Al Hijab, hal 15, karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin, penerbit Darul Qasim).

Keduabelas, 'Aisyah radhiallahu ‘anha berkata:

كُنَّ نِسَاءُ الْمُؤْمِنَاتِ يَشْهَدْنَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةَ الْفَجْرِ مُتَلَفِّعَاتٍ بِمُرُوطِهِنَّ ثُمَّ يَنْقَلِبْنَ إِلَى بُيُوتِهِنَّ حِينَ يَقْضِينَ الصَّلَاةَ لَا يَعْرِفُهُنَّ أَحَدٌ مِنَ الْغَلَسِ

“Dahulu wanita-wanita mukmin biasa menghadiri shalat subuh bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, mereka menutupi tubuh mereka dengan selimut. Kemudian mereka kembali ke rumah-rumah mereka ketika telah menyelesaikan shalat. Tidak ada seorang pun mengenal mereka kerana gelap.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Menutupi diri merupakan kebiasaan wanita sahabat yang merupakan teladan terbaik. Maka kita tidak boleh menyimpang dari jalan mereka itu. (Lihat Risalah Al Hijab, hal 16-17, karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al 'Utsaimin, penerbit Darul Qasim).

Ketiga belas, Perkataan 'Aisyah: "Seandainya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melihat wanita-wanita (di zaman ini) apa yang kita lihat, nescaya beliau melarang para wanita ke masjid, sebagaimana Bani Israil dahulu melarang para wanita mereka." Diriwayatkan juga seperti ini dari Abdullah bin Mas'ud radhiallahu ‘anhu.

Dari riwayat ini diketahui bahawa setiap perkara yang mengakibatkan sesuatu yang berbahaya maka hal itu dilarang. Kerana membuka wajah bagi wanita akan mengakibatkan bahaya, maka terlarang. (Lihat Risalah Al Hijab, hal 17, karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin, penerbit Darul Qasim).

Keempat belas, sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:

مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلَاءَ لَمْ يَنْظُرِ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَقَالَتْ أُمُّ سَلَمَةَ فَكَيْفَ يَصْنَعْنَ النِّسَاءُ بِذُيُولِهِنَّ قَالَ يُرْخِينَ شِبْرًا فَقَالَتْ إِذًا تَنْكَشِفُ أَقْدَامُهُنَّ قَالَ فَيُرْخِينَهُ ذِرَاعًا لَا يَزِدْنَ عَلَيْهِ

“Barang siapa menyeret pakaiannya dengan sombong, Allah tidak akan melihatnya pada hari kiamat." Kemudian Ummu Salamah bertanya: "Bagaimana para wanita membuat hujung pakaian mereka?" Beliau menjawab: "Hendaklah mereka menjulurkan sejengka.l" Ummu Salamah berkata lagi: "Kalau begitu telapak kaki mereka akan tersingkap?" Beliau menjawab: "Hendaklah mereka menjulurkan sehasta, mereka tidak boleh melebihkannya." (HR. at-Tirmidzi, dan lainnya)

Hadits ini menunjukkan kewajipan menutupi telapak kaki wanita, dan hal ini sudah dikenal di kalangan wanita sahabat. Sedangkan terbukanya telapak kaki wanita tidaklah lebih berbahaya daripada terbukanya wajah dan tangan mereka, maka ini menunjukkan wajibnya menutupi wajah dan tangan wanita. (Lihat Risalah Al Hijab, hal 17-18, karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin, penerbit Darul Qasim).

Kelima belas, sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:

إِذَا كَانَ عِنْدَ مُكَاتَبِ إِحْدَاكُنَّ مَا يُؤَدِّي فَلْتَحْتَجِبْ مِنْهُ

“Jika hamba mukatab (hamba yang ada perjanjian dengan tuannya bahawa dia akan merdeka jika telah membayar sejumlah wang tertentu -pen) salah seorang di antara kamu (wanita) memiliki apa yang akan dia tunaikan, maka hendaklah wanita itu berhijab (menutupi diri) darinya.” (HR. Tirmidzi dan lainnya)

Hadits ini menunjukkan kewajipan wanita berhijab (menutupi dirinya) dari lelaki asing (bukan mahram). (Lihat Risalah Al Hijab, hal 18, karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin, penerbit Darul Qasim).

Keenam belas, 'Aisyah berkata:

كَانَ الرُّكْبَانُ يَمُرُّونَ بِنَا وَنَحْنُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُحْرِمَاتٌ فَإِذَا حَاذَوْا بِنَا سَدَلَتْ إِحْدَانَا جِلْبَابَهَا مِنْ رَأْسِهَا عَلَى وَجْهِهَا فَإِذَا جَاوَزُونَا كَشَفْنَاهُ

“Para penunggang kenderaan biasa melewati kami, di saat kami (para wanita) berihram bersama-sama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka jika mereka mendekati kami, salah seorang di antara kami menurunkan jilbabnya dari kepalanya pada wajahnya. Jika mereka telah melewati kami, kami membuka wajah.” (HR. Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah dan lain-lain)

Wanita yang ihram dilarang memakai penutup wajah dan sarung tangan sebagaimana disebutkan di dalam Shahihain (Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim). Sehingga kebanyakan ulama berpendapat, wanita yang ihram wajib membuka wajah dan tangannya. Sedangkan yang wajib tidaklah dapat dilawan kecuali dengan yang wajib pula. Maka kalau bukan kerana kewajipan menutup wajah bagi wanita, nescaya tidak boleh meninggalkan kewajipan ini (yakni membuka wajah bagi wanita yang ihram). (Lihat Risalah Al Hijab, hal 18-19, karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin, penerbit Darul Qasim).

Ketujuh belas, Asma' binti Abi Bakar berkata: "Kami menutupi wajah kami dari lelaki, dan kami menyisiri rambut sebelum itu di saat ihram." (HR. Ibnu Khuzaimah dan Al-Hakim. Al-Hakim berkata: "Shahih berdasarkan syarat Bukhari dan Muslim", dan disepakati oleh Adz-Dzahabi)

Ini menunjukkan bahawa menutup wajah wanita sudah merupakan kebiasaan para wanita sahabat. (Lihat Hirasah Al-Fadhilah, hal 68-69, karya Syaikh Bakar bin Abu Zaid, penerbit Darul 'Ashimah).

Kelapan belas, 'Aisyah berkata:

لَمَّا نَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ ( وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ ) أَخَذْنَ أُزْرَهُنَّ فَشَقَّقْنَهَا مِنْ قِبَلِ الْحَوَاشِي فَاخْتَمَرْنَ بِهَا

“Mudah-mudahan Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama-tama, ketika turun ayat ini: "Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada (dan leher) mereka." (QS. Al Ahzab: 31), mereka merobek selimut mereka lalu mereka bertudung dengannya." (HR. Bukhari, Abu Dawud, Ibnu Jarir, dan lainnya)

Ibnu Hajar berkata (Fathul Bari 8/490): "Perkataan: lalu mereka bertudung dengannya" maksudnya mereka menutupi wajah mereka." (Lihat Hirasah Al-Fadhilah, hal 69, karya Syaikh Bakar bin Abu Zaid, penerbit Darul 'Ashimah).

Kesembilan belas, Dari Urwah bin Zubair:

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ أَفْلَحَ أَخَا أَبِي الْقُعَيْسِ جَاءَ يَسْتَأْذِنُ عَلَيْهَا وَهُوَ عَمُّهَا مِنَ الرَّضَاعَةِ بَعْدَ أَنْ نَزَلَ الْحِجَابُ فَأَبَيْتُ أَنْ آذَنَ لَهُ فَلَمَّا جَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرْتُهُ بِالَّذِي صَنَعْتُ فَأَمَرَنِي أَنْ آذَنَ لَهُ

Dari 'Aisyah bahawa Aflah saudara Abul Qu'eis, pakcik Aisyah daripada penyusuan, datang minta izin untuk menemuinya setelah turun ayat hijab. 'Aisyah berkata: "Maka aku tidak mau memberinya izin kepadanya. Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah datang maka aku memberitahukan apa yang telah aku lakukan, maka beliau memerintahkanku agar memberi izin kepadanya.” (HR. al-Bukhari dan lainnya)

Ibnu Hajar berkata (Fathul Bari 9/152): "Dalam hadits ini terdapat dalil kewajipan wanita menutupi diri daripada lelaki asing."

Kedua puluh, sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:

الْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ فَإِذَا خَرَجَتِ اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ

“Wanita adalah aurat, jika dia keluar, syaitan akan menjadikannya indah pada pandangan lelaki.” (HR. Tirmidzi dan lainnya)

Kalau wanita adalah aurat, maka semuanya mesti ditutupi. (Lihat Hirasah Al-Fadhilah, hal 74-75, karya Syaikh Bakar bin Abu Zaid, penerbit Darul 'Ashimah).

Kedua puluh satu, sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:

إِيَّاكُمْ وَالدُّخُولَ عَلَى النِّسَاءِ فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الْأَنْصَارِ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَرَأَيْتَ الْحَمْوَ قَالَ الْحَمْوُ الْمَوْتُ

“Janganlah kamu masuk menemui wanita-wanita." Seorang lelaki Anshar bertanya: "Wahai Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, bagaimana pendapat Anda tentang saudara suami (bolehkah dia masuk menemui wanita, isteri saudaranya)? Beliau menjawab: "Saudara suami adalah kematian. (Yakni: lebih berbahaya dari orang lain).” (HR. al-Bukhari, Muslim, dan lainnya)

Jika masuk menemui wanita-wanita bukan mahram tidak boleh, maka menemui mereka mesti di balik tabir. Sehingga wanita wajib menutupi tubuh mereka, termasuk wajah. (Lihat Hirasah Al-Fadhilah, hal 75, karya Syaikh Bakar bin Abu Zaid, penerbit Darul 'Ashimah).

Kedua puluh dua, Perkataan 'Aisyah dalam peristiwa Haditsul Ifki:

وَقَدْ كَانَ -صَفْوَانُ بْنُ الْمُعَطَّلِ السُّلَمِيُّ ثُمَّ الذَّكْوَانِيُّ- يَرَانِي قَبْلَ أَنْ يُضْرَبَ الْحِجَابُ عَلَيَّ فَاسْتَيْقَظْتُ بِاسْتِرْجَاعِهِ حِينَ عَرَفَنِي فَخَمَّرْتُ وَجْهِي بِجِلْبَابِي

“Dia (Shawfan bin Al-Mu'athal) dahulu pernah melihatku sebelum diwajibkan hijab atasku, lalu aku terbangun kerana perkataannya: "Inna lillaahi…" ketika dia mengenaliku. Maka aku menutupi wajahku dengan jilbabku.” (HR. Muslim)

Inilah kebiasaan Ummahatul mukminin, iaitu menutupi wajah, maka hukumnya meliputi wanita mukmin secara umum sebagaimana dalam masalah hijab. (Lihat Hirasah Al-Fadhilah, hal 72, karya Syaikh Bakar bin Abu Zaid, penerbit Darul 'Ashimah).

Kedua puluh tiga, Aisyah berkata:

خَرَجَتْ سَوْدَةُ بَعْدَ مَا ضُرِبَ عَلَيْهَا الْحِجَابُ لِتَقْضِيَ حَاجَتَهَا وَكَانَتِ امْرَأَةً جَسِيمَةً تَفْرَعُ النِّسَاءَ جِسْمًا لَا تَخْفَى عَلَى مَنْ يَعْرِفُهَا فَرَآهَا عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ فَقَالَ يَا سَوْدَةُ وَاللَّهِ مَا تَخْفَيْنَ عَلَيْنَا فَانْظُرِي كَيْفَ تَخْرُجِينَ

“Setelah diwajibkan hijab pada Saudah, dia keluar (rumah) untuk menunaikan hajatnya, dia adalah seorang wanita yang besar (dalam riwayat lain: tinggi), tubuhnya melebihi wanita-wanita lainnya, tidak samar bagi orang yang mengenalnya. Lalu Umar melihatnya, kemudian berkata: "Hai Saudah, demi Allah engkau tidaklah tersembunyi bagi kami, perhatikanlah bagaimana engkau keluar!” (HR. Muslim)

Ini kerana Umar mengetahui Saudah dengan tinggi dan besarnya, maka ini menunjukkan wajahnya tertutup. (Lihat Jami Ahkamin Nisa' IV/486, karya Syaikh Mushthafa Al-Adawi).

Kedua puluh empat, terjadinya ijma' tentang kewajipan wanita untuk selalu menetap di rumah dan tidak keluar kecuali jika ada keperluan, dan tentang wanita tidak keluar rumah dan lewat di hadapan lelaki kecuali dengan berhijab (menutupi diri) dan menutup wajah. Ijma' ini dinukilkan oleh Al-Hafizh Ibnu Abdil Barr, Imam Nawawi, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, dan lainnya. (Lihat Hirasah Al-Fadhilah, hal 38, karya Syaikh Bakar bin Abu Zaid, penerbit Darul 'Ashimah).

Kedua puluh lima, banyaknya kerosakan yang ditimbulkan oleh terbukanya wajah wanita. Seperti wanita akan menghiasi wajahnya sehingga mengundang berbagai kerosakan; hilangnya rasa malu dari wanita; tergodanya lelaki; percampuran lelaki dengan wanita; dan lain-lainnya. (Lihat Risalah Al Hijab, hal 20-24, karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin, penerbit Darul Qasim).

Kedua puluh enam, bantahan terhadap dalil-dalil yang membolehkan wanita membuka wajah secara ringkas:

1. Dalil-dalilnya shahih dan jelas penunjukan dalilnya. Tetapi dalil-dalil itu telah mansukh (dihapus hukumnya) dengan ayat yang mewajibkan hijab yang turun pada tahun 5 H, atau itu dilakukan oleh wanita tua yang tidak wajib berhijab, atau di hadapan anak kecil yang belum tahu aurat wanita.
2. Dalil-dalilnya shahih tetapi tidak jelas penunjukan dalilnya. Sehingga tidak kuat melawan dalil-dalil yang mewajibkan wanita menutup wajahnya. Sedangkan yang wajib adalah mengembalikan dalil-dalil mutasyabih (maknanya tidak pasti) kepada yang muhkam (maknanya pasti).
3. Dalil-dalilnya jelas penunjukan dalilnya tetapi tidak shahih, sehingga tidak dapat diterima.

(Lihat Hirasah Al-Fadhilah, hal 82-83, karya Syaikh Bakar bin Abu Zaid, penerbit Darul 'Ashimah).

Ringkasan Dalil-Dalil di Atas

Inilah ringkasan dalil-dalil para ulama yang mewajibkan hijab. Jika disimpulkan dalil-dalil itu, maka dapat dikelompokkan pada beberapa point:

1. Menjaga kemaluan hukumnya wajib, sedangkan menutup wajah termasuk jalan untuk menjaga kemaluan, sehingga hukumnya juga wajib.
2. Perintah Allah dan Rasul-Nya kepada wanita untuk berhijab (menutupi diri) dari lelaki selain mahramnya. Perintah hijab ini meliputi menutup wajah.
3. Perintah Allah dan Rasul-Nya kepada wanita untuk memakai jilbab. Jilbab ini meliputi menutup wajah.
4. Perintah Allah kepada wanita untuk menutupi perhiasannya, ini mencakup menutupi wajah.
5. Ijma yang mereka nukilkan.
6. Qiyas. Iaitu kalau wanita wajib menutupi telapak kakinya, lehernya, dan lainnya kerana dikhuatirkan akan menimbulkan godaan, maka menutup wajah wanita lebih wajib.
7. Kebiasaan para wanita sahabat, termasuk Ummahatul mukminin, menutupi wajah mereka.

Di Antara Ulama Zaman Ini yang Mewajibkan Purdah (Purdah)

Di antara para ulama zaman ini yang menguatkan pendapat ini adalah: Syaikh Muhammad As-Sinqithi, Syaikh Abdul Aziz bin Baz, Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, Syaikh Abdullah bin Jarullah bin Ibrahim Al-Jarullah, Syaikh Bakr Abu Zaid, Syaikh Mushthafa Al-Adawi dan para ulama lainnya. Inilah sedikit penjelasan tentang dalil-dalil para ulama yang mewajibkan purdah (menutup wajah) bagi wanita. Selanjutnya akan kita sampaikan dalil-dalil para ulama yang tidak mewajibkan purdah.

Pada edisi yang lalu telah kita sampaikan dalil-dalil para ulama yang mewajibkan purdah bagi wanita. Sekarang -insya Allah- akan disampaikan dalil-dalil para ulama yang tidak mewajibkannya.

Dalil-Dalil yang Tidak Mewajibkan

Inilah secara ringkas dalil-dalil para ulama yang tidak mewajibkan purdah bagi wanita.

Pertama, firman Allah subhanahu wa ta’ala,

وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka.” (QS. An Nuur: 31)

Tentang perhiasan yang biasa nampak ini, Ibnu Abbas berkata, "Wajah dan telapak tangan." (Riwayat Ibnu Abi Syaibah dan Isma'il Al Qadhi. Dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 59-60, Penerbit Al Maktabah Al Islamiyyah, Cet. I. Tetapi berbagai riwayat dari Ibnu Abbas tentang penafsiran ini dilemahkan oleh Syeikh Mushthafa Al Adawi dalam kitabnya Jami' Ahkamin Nisa. Tentang hal ini terdapat riwayat-riwayat shahih daripada perkataan sebahagian tabi'in. Wallahu a'lam).

Perkataan serupa juga diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dari Ibnu Umar. (Riwayat ini dishahihkan oleh Syeikh Al Albani dalam Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 59-60). Berdasarkan penafsiran kedua sahabat ini jelas bahawa wajah dan telapak tangan wanita boleh kelihatan, sehingga bukan merupakan aurat yang wajib ditutup.

Kedua, firman Allah,

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

“Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada (dan leher) mereka.” (QS. An Nur: 31)

Ibnu Hazm rahimahullah berkata, "Allah ta'ala memerintahkan para wanita menutupkan khimar (kerudung) pada belahan-belahan baju (dada dan lehernya), maka ini merupakan nash menutupi aurat, leher dan dada. Dalam firman Allah ini juga terdapat nash bolehnya membuka wajah, tidak mungkin selain itu." (Al Muhalla III/216-217, Lihat Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 73).

Ini kerana memang makna khimar (kerudung) adalah penutup kepala. Demikian diterangkan oleh para ulama, seperti tersebut dalam An Nihayah karya Imam Ibnul Atsir, Tafsir Al Qur'an Al 'Azhim karya Al Hafizh Ibnu Katsir, Tafsir Fathu Al Qadir karya Asy Syaukani, dan lainnya. (Lihat Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 72-73).

Ketiga, firman Allah subhanahu wa ta’ala,

قُلْ لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللهَ خَبِيرٌ بِمَايَصْنَعُونَ {30} وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ

“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.” (QS. An Nur: 30,31)

Ayat ini menunjukkan bahawa pada diri wanita ada sesuatu yang terbuka dan mungkin untuk dilihat. Sehingga Allah memerintahkan untuk menahan pandangan dari wanita. Dan yang biasa nampak itu iaitu wajah dan kedua telapak tangan. (Lihat Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 76,77). Semakna dengan ayat tersebut ialah hadits-hadits yang memerintahkan menahan pandangan dari wanita dan larangan mengulangi pandangan jika telah terlanjur memandang dengan tidak sengaja. Di antaranya,

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللهِ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالْجُلُوسَ بِالطُّرُقَاتِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللهِ مَا بُدَّ لَنَا مِنْ مَجَالِسِنَا نَتَحَدَّثُ فِيهَا فَقَالَ رَسُولُ اللهِ إِنْ أَبَيْتُمْ فَأَعْطُوا الطَّرِيقَ حَقَّهُ قَالُوا وَمَا حَقُّ الطَّرِيقِ يَا رَسُولَ اللهِ قَالَ غَضُّ الْبَصَرِ وَكَفُّ الأَذَى وَرَدُّ السَّلاَمِ وَاْلأَمْرُ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّهْيُ عَنِ الْمُنْكَرِ

Dari Abu Said Al Khudri radhiallahu ‘anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, "Janganlah kamu duduk-duduk di jalan". Maka para Sahabat berkata, "Kami tidak dapat meninggalkannya, kerana merupakan tempat kami untuk bercakap-cakap." Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata, "Jika kalian enggan (meninggalkan bermajlis di jalan), maka berilah hak jalan." Sahabat bertanya, "Apakah hak jalan itu?" Beliau menjawab, "Menundukkan pandangan, menghilangkan gangguan, menjawab salam, memerintahkan kebaikan dan mencegah kemungkaran." (HR. al-Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 1150, Muslim, Abu Dawud (4816). Lihat Silsilah Al Ahadits Ash Shahihah 6/11-13)

Juga sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada Ali radhiallahu ‘anhu,

يَا عَلِيُّ لَا تُتْبِعِ النَّظْرَةَ النَّظْرَةَ فَإِنَّ لَكَ الْأُولَى وَلَيْسَتْ لَكَ الْآخِرَةُ

“Wahai Ali, janganlah engkau turutkan pandangan (pertama) dengan pandangan (kedua), kerana engkau berhak (yakni, tidak berdosa) pada pandangan (pertama), tetapi tidak berhak pada pandangan (kedua).” (HR. Abu Dawud, at-Tirmidzi, dan lainnya. Dihasankan oleh Syaikh Al Albani dalam Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 77)

Jarir bin Abdullah berkata,

سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ نَظْرَةِ الْفَجْأَةِ فَقَالَ اصْرِفْ بَصَرَكَ

Aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang pandangan tiba-tiba (tidak sengaja), maka beliau bersabda, "Palingkan pandanganmu." (HR. Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, dan lainnya. Lihat Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 78)

Al Qadhi 'Iyadh berkata, "Para ulama berkata, di sini terdapat hujjah (argumen) bahawa wanita tidak wajib menutupi wajahnya di jalan, tetapi hal itu adalah sunah yang disukai. Dan yang wajib bagi lelaki ialah menahan pandangan dari wanita dalam segala keadaan, kecuali untuk tujuan yang syar'i (dibenarkan agama). Hal itu disebutkan oleh Muhyiddin An Nawawi, dan beliau tidak menambahinya." (Adab Asy Syar'iyyah I/187, karya Ibnu Muflih. Lihat: Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 77).

Keempat, Diriwayatkan dari 'Aisyah radhiallahu ‘anha, dia berkata,

أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَأَعْرَضَ عَنْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتِ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ قَالَ أَبُو دَاوُد هَذَا مُرْسَلٌ خَالِدُ بْنُ دُرَيْكٍ لَمْ يُدْرِكْ عَائِشَةَ رَضِي اللَّهُ عَنْهَا

Bahawa Asma' bintu Abi Bakar menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan memakai pakaian tipis. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berpaling darinya dan berkata, "Wahai Asma', sesungguhnya seorang wanita itu, jika telah mendapatkan haidh, tidak wajar terlihat daripada dirinya kecuali ini dan ini", beliau menunjuk wajahnya dan kedua telapak tangannya. (HR. Abu Dawud, Thabarani, Ibnu 'Adi, dari jalan Sa'id bin Basyir dari Qatadah dari Khalid bin Duraik dari 'Aisyah. Ibnu 'Adi berkata, "Terkadang Khalid mengatakan dari Ummu Salamah, sebagai ganti dari 'Aisyah." Sanad hadits ini lemah, sebagaimana Abu Dawud berkata setelah meriwayatkannya, "Hadits ini mursal, Khalid bin Duraik tidak bertemu 'Aisyah radhiallahu ‘anha. Demikian juga perawi bernama Sa'id bin Basyir lemah.”)

Hadits ini sesungguhnya lemah, tetapi Syaikh Al Albani menyatakan bahawa hadits ini dikuatkan dengan beberapa penguat (Lihat Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 58).

(1) Riwayat mursal shahih dari Qatadah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda. "Jika seorang gadis kecil telah haidh, maka tidak pantas terlihat sesuatu darinya kecuali wajahnya dan tangannya sampai pergelangan." (Tetapi kemungkinan riwayat ini sama sanadnya dengan riwayat di atas, iaitu Qatadah mendapatkan hadits ini dari Khalid bin Duraik, sehingga tidak dapat menguatkan. Wallahu a'lam).

(2) Diriwayatkan oleh Thabrani dan Al Baihaqi dari jalan Ibnu Luhai'ah, dari 'Iyadh bin Abdullah, bahawa dia mendengar Ibrahim bin 'Ubaid bin Rifa'ah Al Anshari menceritakan dari bapaknya, aku menyangka dari Asma' binti 'Umais yang berkata, "Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam masuk menemui 'Aisyah, dan di dekat 'Aisyah ada saudarinya, iaitu Asma bintu Abi Bakar. Asma memakai pakaian buatan Syam yang longgar lengan bajunya. Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melihatnya, beliau bangkit lalu keluar. Maka 'Aisyah berkata kepada Asma, "Pergilah engkau, sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah melihat perkara yang tidak beliau sukai. Maka Asma beredar. Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam masuk, lalu Aisyah bertanya kenapa beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bangkit (dan keluar). Maka beliau menjawab, "Tidakkah engkau melihat keadaan Asma, sesungguhnya seorang wanita muslimah itu tidak boleh tampak darinya kecuali ini dan ini", lalu beliau memegangi kedua lengan bajunya dan menutupkan pada kedua telapak tangannya, sehingga yang nampak hanyalah jari-jarinya, kemudian meletakkan kedua telapak tangannya pada kedua pelipisnya sehingga yang nampak hanyalah wajahnya."

Al-Baihaqi menyatakan, "Sanadnya dha'if." Kelemahan hadits ini kerana perawi yang bernama Ibnu Luhai'ah sering keliru setelah menceritakan dengan hafalannya, yang sebelumnya dia seorang yang utama dan terpercaya ketika menceritakan dengan bukunya. Syaikh Al Albani menyatakan bahawa haditsnya ini dapat dijadikan penguat. (Lihat Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 59).

(3) Pendapat sebahagian sahabat (seperti Ibnu Abbas dan Ibnu Umar) yang menjelaskan perhiasan yang biasa nampak yang boleh tidak ditutup, iaitu wajah dan telapak tangan. Lihat Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 59).

Kelima, Jabir bin Abdillah berkata,

شَهِدْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصَّلَاةَ يَوْمَ الْعِيدِ فَبَدَأَ بِالصَّلَاةِ قَبْلَ الْخُطْبَةِ بِغَيْرِ أَذَانٍ وَلَا إِقَامَةٍ ثُمَّ قَامَ مُتَوَكِّئًا عَلَى بِلَالٍ فَأَمَرَ بِتَقْوَى اللَّهِ وَحَثَّ عَلَى طَاعَتِهِ وَوَعَظَ النَّاسَ وَذَكَّرَهُمْ ثُمَّ مَضَى حَتَّى أَتَى النِّسَاءَ فَوَعَظَهُنَّ وَذَكَّرَهُنَّ فَقَالَ تَصَدَّقْنَ فَإِنَّ أَكْثَرَكُنَّ حَطَبُ جَهَنَّمَ فَقَامَتِ امْرَأَةٌ مِنْ سِطَةِ النِّسَاءِ سَفْعَاءُ الْخَدَّيْنِ فَقَالَتْ لِمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ لِأَنَّكُنَّ تُكْثِرْنَ الشَّكَاةَ وَتَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ قَالَ فَجَعَلْنَ يَتَصَدَّقْنَ مِنْ حُلِيِّهِنَّ يُلْقِينَ فِي ثَوْبِ بِلَالٍ مِنْ أَقْرِطَتِهِنَّ وَخَوَاتِمِهِنَّ

Aku menghadiri shalat hari 'ied bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Beliau memulai dengan shalat sebelum khutbah, dengan tanpa azan dan tanpa iqamat. Kemudian beliau bersandar pada Bilal, memerintahkan untuk bertakwa kepada Allah dan mendorong untuk menaati-Nya. Beliau menasihati dan mengingatkan orang banyak. Kemudian beliau berlalu sampai mendatangi para wanita, lalu beliau menasihati dan mengingatkan mereka. Beliau bersabda, "Hendaklah kamu bersedekah, kerana mayoritas kamu adalah bahan bakar neraka Jahannam!” Maka berdirilah seorang wanita dari tengah-tengah mereka, yang pipinya merah kehitam-hitaman, lalu bertanya, "Kenapa wahai Rasulullah?" Beliau bersabda, "Kerana kamu banyak mengeluh dan mengingkari (kebaikan) suami." Maka para wanita itu mulai bersedekah dengan perhiasan mereka, yang berupa giwang dan cincin, mereka melemparkan pada kain Bilal. (HSR Muslim, dan lainnya)

Hadits ini jelas menunjukkan wajah wanita bukan aurat, yakni bolehnya wanita membuka wajah. Sebab jika tidak, pastilah Jabir tidak dapat menyebutkan bahawa wanita itu pipinya merah kehitam-hitaman. (Lihat Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 59) (Tetapi dalil ini dibantah dengan penjelasan bahawa hadits ini yang mahfudz (shahih) dengan lafazh min safilatin nisa' (dari wanita-wanita rendah) sebagai ganti lafazh sithatin nisa' (dari wanita dari tengah-tengah). Yang hal itu mengisyaratkan wanita tersebut adalah hamba, sedangkan hamba tidak wajib menutupi wajah. Atau kejadian ini sebelum turunnya ayat hijab. Wallahu a'lam).

Keenam, Ibnu Abbas berkata,

أَرْدَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْفَضْلَ بْنَ عَبَّاسٍ ... فَوَقَفَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلنَّاسِ يُفْتِيهِمْ وَأَقْبَلَتِ امْرَأَةٌ مِنْ خَثْعَمَ وَضِيئَةٌ تَسْتَفْتِي رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَطَفِقَ الْفَضْلُ يَنْظُرُ إِلَيْهَا وَأَعْجَبَهُ حُسْنُهَا فَالْتَفَتَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْفَضْلُ يَنْظُرُ إِلَيْهَا فَأَخْلَفَ بِيَدِهِ فَأَخَذَ بِذَقَنِ الْفَضْلِ فَعَدَلَ وَجْهَهُ عَنِ النَّظَرِ إِلَيْهَا ...

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memboncengkan Al Fadhl bin Abbas… kemudian beliau berhenti untuk memberi fatwa kepada orang banyak. Datanglah seorang wanita yang cantik dari suku Khats'am meminta fatwa kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Mulailah Al Fadhl melihat wanita tersebut, dan kecantikannya mengagumkannya. Nabi ‘alaihi wa sallam pun berpaling, tetapi Al Fadhl tetap melihatnya. Maka nabi ‘alaihi wa sallam memundurkan tangannya dan memegang dagu Al Fadhl, kemudian memalingkan wajah Al Fadhl dari melihatnya…” (HR. al-Bukhari, Muslim, dan lainnya)

Kisah ini juga diriwayatkan oleh Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhu, dan dia menyebutkan bahawa permintaan fatwa itu terjadi di tempat penyembelihan korban, setelah Rasulullah melemparkan jumrah, lalu dia menambahkan, "Maka Abbas berkata kepada Rasulullah ‘alaihi wa sallam, "Wahai Rasulullah, kenapa anda memalingkan leher anak pamanmu?" Beliau menjawab, "Aku melihat seorang pemuda dan seorang pemudi, sehingga aku tidak merasa aman dari syaitan (menggoda) keduanya" (HR. at-Tirmidzi, Ahmad, dan lainnya. Syaikh Al Albani menyatakan, "Sanadnya bagus")

Dengan ini bererti, bahawa peristiwa tersebut terjadi setelah tahallul (selesai) dari ihram, sehingga wanita tersebut bukanlah muhrimah (wanita yang sedang berihram, dengan hajji atau umrah).

Ibnu Hazm rahimahullah berkata, "Seandainya wajah wanita merupakan aurat yang wajib ditutupi, tidaklah beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam membenarkan wanita tersebut membuka wajahnya di hadapan orang banyak. Pastilah beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan wanita itu untuk menurunkan (jilbabnya) dari atas (kepala untuk menutupi wajah). Dan seandainya wajahnya tertutup, tentulah Ibnu Abbas tidak mengetahui wanita itu cantik atau buruk."

Ibnu Baththal rahimahullah mengatakan, "Di dalam hadits ini terdapat perintah untuk menahan pandangan kerana khuatir fitnah. Konsekuensinya jika aman daripada fitnah, maka tidak terlarang. Hal itu dikuatkan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak memalingkan wajah Al Fadhl sampai dia menajamkan pandangan, kerana kekagumannya terhadap wanita tersebut, sehingga beliau khuatir fitnah menimpanya. Di dalam hadits ini juga terdapat (dalil) pertarungan watak dasar manusia terhadapnya serta kelemahan manusia dari kecenderungan dan kekaguman terhadap wanita. Juga terdapat (dalil) bahawa isteri-isteri kaum mukminin tidak wajib berhijab sebagaimana isteri-isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kerana (kalau memang hal itu) wajib bagi seluruh wanita, pastilah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kepada wanita dari suku Khats'am tersebut untuk menutupi (dirinya) dan tidak memalingkan wajah Al Fadhl. Di dalamnya juga terdapat (dalil) bahawa menutup wajah wanita tidak wajib, Para ulama berijma' bahawa wanita boleh menampakkan wajahnya ketika shalat, walaupun dilihat oleh lelaki asing." (Fathu Al-Bari XI/8)

Perkataan Ibnu Baththal rahimahullah tersebut dibantah oleh Al Hafizh Ibnu Hajar, dengan alasan bahawa wanita dari suku Khats'am tersebut muhrimah (wanita yang sedang berihram). Tetapi Syaikh Al Albani menyatakan, bahawa yang benar wanita itu bukan muhrimah (wanita yang sedang berihram), sebagaimana penjelasan di atas. Seandainya wanita itu muhrimah (wanita yang sedang berihram), maka pendapat Ibnu Baththal itu tetap kuat. Kerana wanita muhrimah itu boleh melabuhkan jilbabnya ke wajahnya di hadapan lelaki asing, sebagaimana hadits tentang hal ini. (Lihat haditsnya pada edisi terdahulu, pada dalil ke 13 yang mewajibkan purdah). Maka hadits ini menunjukkan bahawa purdah tidaklah wajib bagi wanita, walaupun dia memiliki wajah yang cantik, tetapi hukumnya adalah disukai (sunah). Peristiwa ini terjadi di akhir kehidupan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, di hadapan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, sehingga hukumnya muhkam (tetap; tidak dihapus). (Lihat Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 61-64).

Ketujuh, Sahl bin Sa'd berkata,

أَنَّ امْرَأَةً جَاءَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ جِئْتُ لِأَهَبَ لَكَ نَفْسِي فَنَظَرَ إِلَيْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَعَّدَ النَّظَرَ إِلَيْهَا وَصَوَّبَهُ ثُمَّ طَأْطَأَ رَأْسَهُ...

“Bahawa seorang wanita datang kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu berkata, "Wahai Rasulullah, saya datang untuk menghibahkan diriku kepada Anda." Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melihatnya, beliau menaikkan dan menurunkan pandangan kepadanya. Lalu beliau menundukkan kepalanya……" (HR. Bukhari, Muslim, dan lainnya)

Al Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah menyatakan, "Di dalam hadits ini juga terdapat (dalil) bolehnya memperhatikan kecantikan seorang wanita kerana berkehendak menikahinya... tetapi (pemahaman) ini terbantah dengan anggapan bahawa hal itu khusus bagi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam kerana beliau ma'shum, dan yang telah menjadi kesimpulan kami, bahawa tidak haram bagi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk melihat wanita mukmin yang bukan mahram, ini berbeza dengan selain beliau. Sedangkan Ibnul 'Arabi menempuh cara lain dalam menjawab hal tersebut, dia mengatakan, "Kemungkinan hal itu sebelum (kewajipan) hijab, atau setelahnya tetapi dia menyelubungi dirinya." Tetapi rangkaian hadits ini jauh dari apa yang dia katakan." (Fathul Bari IX/210).

Kelapan, 'Aisyah radhiallahu ‘anha berkata,

كُنَّ نِسَاءُ الْمُؤْمِنَاتِ يَشْهَدْنَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةَ الْفَجْرِ مُتَلَفِّعَاتٍ بِمُرُوطِهِنَّ ثُمَّ يَنْقَلِبْنَ إِلَى بُيُوتِهِنَّ حِينَ يَقْضِينَ الصَّلَاةَ لَا يَعْرِفُهُنَّ أَحَدٌ مِنَ الْغَلَسِ

“Dahulu wanita-wanita mukminah biasa menghadiri shalat subuh bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Mereka menutupi tubuh (mereka) dengan selimut. Kemudian (mereka) kembali ke rumah-rumah mereka ketika telah menyelesaikan shalat. Tidak ada seorang pun mengenal mereka kerana gelap.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat lain,

وَمَا يَعْرِفُ بَعْضُنَا وُجُوْهَ بَعْضٍ

“Dan sebahagian kami tidak mengenal wajah yang lain.” (HR. Abu Ya'la di dalam Musnadnya. Dishahihkan Syaikh Al Albani dalam Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 66)

Dari perkataan 'Aisyah, "Tidak ada seorangpun mengenal mereka kerana gelap." dapat difahami, jika tidak gelap nescaya dikenali, sedangkan mereka dikenali -menurut kebiasaan- dari wajahnya yang terbuka. (Lihat Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 65).

Kesembilan, ketika Fatimah binti Qais dicerai thalaq tiga oleh suaminya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengutus seseorang kepadanya memerintahkan agar dia ber-'iddah di rumah Ummu Syuraik. Tetapi kemudian beliau mengutus seseorang kepadanya lagi dengan menyatakan,

أَنَّ أُمَّ شَرِيكٍ يَأْتِيهَا الْمُهَاجِرُونَ الْأَوَّلُونَ فَانْطَلِقِي إِلَى ابْنِ أُمِّ مَكْتُومٍ الْأَعْمَى فَإِنَّكِ إِذَا وَضَعْتِ خِمَارَكِ لَمْ يَرَكِ فَانْطَلَقَتْ إِلَيْهِ ...

“Bahawa Ummu Syuraik biasa didatangi oleh orang-orang Muhajirin yang pertama. Maka hendaklah engkau pergi ke (rumah) Ibnu Ummi Maktum yang buta, kerana jika engkau melepaskan khimar (kerudung, penutup kepala) dia tidak akan melihatmu. Fathimah binti Qais pergi kepadanya...” (HR. Muslim)

Hadits ini menunjukkan bahawa wajah bukan aurat, kerana Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membenarkan Fathimah binti Qais dengan memakai khimar dilihat oleh lelaki. Hal ini menunjukkan bahawa wajahnya tidak wajib ditutup, sebagaimana kewajipan menutup kepalanya. Tetapi kerana beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam khuatir dia melepaskan khimarnya (kerudung), sehingga akan nampak apa yang mesti ditutupi, maka beliau memerintahkannya dengan yang lebih selamat untuknya; iaitu berpindah ke rumah Ibnu Ummi Maktum yang buta. Kerana dia tidak akan melihatnya jika Fathimah binti Qais melepaskan khimar. (Lihat Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 65).

Peristiwa ini terjadi di akhir kehidupan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kerana Fathimah binti Qais menyebutkan bahawa setelah habis 'iddahnya dia mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menceritakan kisah tentang Dajjal dari Tamim Ad Dari yang baru masuk Islam dari Nasrani. Sedangkan Tamim masuk Islam tahun 9 H. Adapun ayat jilbab turun tahun 3 H atau 5 H, sehingga kejadian ini setelah adanya kewajipan berjilbab. (Lihat Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 66-67).

Kesepuluh, Abdurrahman bin 'Abis,

سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ قِيلَ لَهُ أَشَهِدْتَ الْعِيدَ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نَعَمْ وَلَوْلَا مَكَانِي مِنَ الصِّغَرِ مَا شَهِدْتُهُ حَتَّى أَتَى الْعَلَمَ الَّذِي عِنْدَ دَارِ كَثِيرِ بْنِ الصَّلْتِ فَصَلَّى ثُمَّ خَطَبَ ثُمَّ أَتَى النِّسَاءَ وَمَعَهُ بِلَالٌ فَوَعَظَهُنَّ وَذَكَّرَهُنَّ وَأَمَرَهُنَّ بِالصَّدَقَةِ فَرَأَيْتُهُنَّ يَهْوِينَ بِأَيْدِيهِنَّ يَقْذِفْنَهُ فِي ثَوْبِ بِلَالٍ ثُمَّ انْطَلَقَ هُوَ وَبِلَالٌ إِلَى بَيْتِهِ

“Saya mendegar Ibnu Abbas ditanya, "Apakah Anda (pernah) menghadiri (shalat) 'ied bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam?" Dia menjawab, "Ya, dan jika bukan kerana posisiku (umurku) yang masih kecil, nescaya saya tidak menyaksikannya. (Rasulullah keluar) sampai mendatangi tanda yang ada di dekat rumah Katsir bin Ash Shalt, lalu beliau shalat, kemudian berkhutbah. Lalu beliau bersama Bilal mendatangi para wanita, kemudian menasihati mereka, mengingatkan mereka, dan memerintahkan mereka untuk bersedekah. Maka aku lihat para wanita menghulurkan tangan mereka melemparkannya (cincin, dan lainnya sebagai sedekaah) ke kain Bilal. Kemudian Beliau dan Bilal pulang ke rumahnya.” (HR. Bukhari, Abu Daud, Nasai, dan lainnya. Lafazh hadits ini riwayat Bukhari dalam Kitab Jum'ah)

Ibnu Hazm rahimahullah berkata, "Inilah Ibnu Abbas -di hadapan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam- melihat tangan para wanita, maka benarlah bahawa tangan dan wajah wanita bukan aurat, adapun selainnya wajib ditutup."

Pengambilan dalil ini tidak dapat dibantah dengan perkataan, kemungkinan kejadian ini sebelum turunnya ayat jilbab, kerana peristiwa ini terjadi setelah turunnya ayat jilbab. Dengan dalil, Imam Ahmad meriwayatkan (dengan tambahan) Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membacakan ayat bai'atun nisa' (surat Al Mumtahanah: 12), padahal ayat ini turun pada Fathu Makkah, tahun 8 H, sebagaimana perkataan Muqatil. Sedangkan perintah jilbab (hijab) turun tahun 3 H atau 5 H ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menikahi Zainab binti Jahsy (Lihat Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 67, 75).

Kesebelas, dari Subai'ah binti Al-Harits,

أَنَّهَا كَانَتْ تَحْتَ سَعْدِ ابْنِ خَوْلَةَ فَتُوُفِّيَ عَنْهَا فِي حَجَّةِ الْوَدَاعِ وَكَانَ بَدْرِيًّا فَوَضَعَتْ حَمْلَهَا قَبْلَ أَنْ يَنْقَضِيَ أَرْبَعَةُ أَشْهُرٍ وَعَشْرٌ مِنْ وَفَاتِهِ فَلَقِيَهَا أَبُو السَّنَابِلِ يَعْنِي ابْنَ بَعْكَكٍ حِينَ تَعَلَّتْ مِنْ نِفَاسِهَا وَقَدِ اكْتَحَلَتْ (وَاحْتَضَبَتْ وَ تَهَيَّأَتْ) فَقَالَ لَهَا ارْبَعِي عَلَى نَفْسِكِ أَوْ نَحْوَ هَذَا لَعَلَّكِ تُرِيدِينَ النِّكَاحَ

Bahawa dia menjadi isteri Sa'd bin Khaulah, lalu Sa'd wafat pada haji wada', dan dia seorang Badari (sahabat yang ikut perang Badar). Lalu Subai'ah binti Al Harits melahirkan kandungannya sebelum selesai 4 bulan 10 hari dari wafat suaminya. Kemudian Abu As Sanabil (yakni Ibnu Ba'kak) menemuinya ketika nifasnya telah selesai, dan dia telah memakai celak mata (dan memakai inai pada kuku tangan, dan bersip-siap). Lalu Abu As Sanabil berkata kepadanya, "Jangan terburu-buru (atau kalimat semacamnya) mungkin engkau menghendaki nikah..." (HR. Ahmad. Dishahihkan Al Albani dalam Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 69. Asal kisah riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadits ini nyata menunjukkan, bahawa kedua telapak tangan dan wajah atau mata bukanlah aurat pada kebiasaan para wanita sahabat. Kerana jika merupakan aurat yang mesti ditutup, tentulah Subai'ah tidak boleh menampakkannya di hadapan Abu As Sanabil. Peristiwa ini nyata terjadi setelah kewajipan jilbab (hijab), iaitu setelah haji wada', tahun 10 H. (Lihat Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 69).

Keduabelas, Atha bin Abi Rabah berkata,

قَالَ لِي ابْنُ عَبَّاسٍ أَلَا أُرِيكَ امْرَأَةً مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ قُلْتُ بَلَى قَالَ هَذِهِ الْمَرْأَةُ السَّوْدَاءُ أَتَتِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ إِنِّي أُصْرَعُ وَإِنِّي أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِي قَالَ إِنْ شِئْتِ صَبَرْتِ وَلَكِ الْجَنَّةُ وَإِنْ شِئْتِ دَعَوْتُ اللَّهَ أَنْ يُعَافِيَكِ فَقَالَتْ أَصْبِرُ فَقَالَتْ إِنِّي أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِي أَنْ لَا أَتَكَشَّفَ فَدَعَا لَهَا

Ibnu Abbas berkata kepadaku, "Maukah kutunjukkan kepadamu seorang wanita daripada penghuni syurga?" Aku menjawab, "Ya". Dia berkata, "Itu wanita yang hitam, dia dahulu mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu berkata, “Sesungguhnya aku memiliki penyakit sawan, dan (jika terkena sawan, auratku) terbuka. Berdoalah kepada Allah untuk (kesembuhan) ku!". Beliau menjawab, "Jika engkau mau bersabar (terhadap penyakit ini), engkau mendapatkan syurga. Tetapi jika engkau mau, aku akan berdoa kepada Allah agar Dia menyembuhkanmu." Wanita tadi berkata, "Aku akan bersabar. Tetapi (jika fstsng penyakitku, auratku terbuka), maka berdoalah kepada Allah untukku agar (jika sawan, auratku) tidak terbuka." Maka beliau mendoakannya. (HR. al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad)

Ketiga belas, Ibnu Abbas berkata,

كَانَتِ امْرَأَةٌ تُصَلِّي خَلْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَسْنَاءَ مِنْ أَحْسَنِ النَّاسِ فَكَانَ بَعْضُ الْقَوْمِ يَتَقَدَّمُ حَتَّى يَكُونَ فِي الصَّفِّ الْأَوَّلِ لِئَلَّا يَرَاهَا وَيَسْتَأْخِرُ بَعْضُهُمْ حَتَّى يَكُونَ فِي الصَّفِّ الْمُؤَخَّرِ فَإِذَا رَكَعَ نَظَرَ مِنْ تَحْتِ إِبْطَيْهِ فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى ( وَلَقَدْ عَلِمْنَا الْمُسْتَقْدِمِينَ مِنْكُمْ وَلَقَدْ عَلِمْنَا الْمُسْتَأْخِرِينَ )

Dahulu ada seorang wanita yang sangat cantik shalat di belakang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka sebahagian lelaki maju, sehingga berada di shaf pertama agar tidak melihat wanita itu. Tetapi sebahagian orang mundur, sehingga berada di shaf belakang. Jika ruku', dia dapat melihat (wanita itu) dari celah ketiaknya. Maka Allah menurunkan (ayat),

وَلَقَدْ عَلِمْنَا الْمُسْتَقْدِمِينَ مِنكُمْ وَلَقَدْ عَلِمْنَا الْمُسْتَأْخِرِينَ

“Dan sesungguhnya Kami telah mengetahui orang-orang yang terdahulu daripadamu dan sesungguhnya Kami mengetahui pula orang-orang yang terkemudian (daripadamu).” (QS. Al Hijr: 24) (HR. Ash Habus Sunan, Al Hakim, dan lainnya. Dishahihkan Syaikh Al Albani dalam Ash Shahihah no. 2472. Lihat Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 70).

Hadits ini menunjukkan bahawa di zaman Nabi, wajah wanita biasa terbuka.

Keempat belas, Ibnu Mas'ud berkata,

رَأَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ امْرَأَةً فَأَعْجَبَتْهُ فَأَتَى سَوْدَةَ وَهِيَ تَصْنَعُ طِيبًا وَعِنْدَهَا نِسَاءٌ فَأَخْلَيْنَهُ فَقَضَى حَاجَتَهُ ثُمَّ قَالَ أَيُّمَا رَجُلٍ رَأَى امْرَأَةً تُعْجِبُهُ فَلْيَقُمْ إِلَى أَهْلِهِ فَإِنَّ مَعَهَا مِثْلَ الَّذِي مَعَهَا

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melihat seorang wanita sehingga wanita itu membuat beliau terpesona, kemudian beliau mendatangi Saudah (isteri beliau), yang sedang membuat minyak wangi dan berhampirannya ada ramai wanita. Maka wanita-wanita itu meninggalkan beliau, lalu beliau menunaikan hajatnya. Kemudian beliau bersabda: "Siapa pun lelaki yang melihat seorang wanita, sehingga wanita itu membuatnya terpesona, maka hendaklah dia pergi kepada isterinya, kerana sesungguhnya pada isterinya itu ada yang semisal apa yang ada pada wanita itu.” (HR. Muslim, Ibnu Hibban, Darimi, dan lainnya. Lafazh ini riwayat Darimi. Lihat takhrijnya di dalam Ash-Shahihah no. 235)

Sebagaimana hadits sebelumnya, hadits ini nyata menunjukkan bahawa di zaman Nabi, wajah wanita biasa terbuka.

Kelima belas, Dari Abdullah bin Muhammad, dari seorang wanita di antara mereka yang berkata,

دَخَلَ عَلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا آكُلُ بِشِمَالِي وَكُنْتُ امْرَأَةً عَسْرَاءَ فَضَرَبَ يَدِي فَسَقَطَتِ اللُّقْمَةُ فَقَالَ لَا تَأْكُلِي بِشِمَالِكِ وَقَدْ جَعَلَ اللَّهُ لَكِ يَمِينًا أَوْ قَالَ وَقَدْ أَطْلَقَ اللَّهُ يَمِينَكِ

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam masuk menemuiku ketika aku sedang makan dengan tangan kiriku, kerana aku seorang wanita yang kidal. Maka beliau memukul tanganku sehingga sesuap makanan jatuh. Lalu beliau bersabda, "Janganlah engkau makan dengan tangan kirimu, sedangkan Allah telah menjadikan tangan kanan untukmu." Atau bersabda, "Sedangkan Allah telah menyembuhkan tangan kananmu." (HR. Ahmad dan Thabarani. Dihasankan oleh Syaikh Al Albani dalam Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 72)

Keenam belas, berlakunya perbuatan ini setelah wafatnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Hadits-hadits di atas jelas menunjukkan tentang perbuatan sebahagian sahabiah yang membuka wajah dan telapak tangan pada zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Bahkan hal ini terus berlangsung setelah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam wafat. Sebagaimana ditunjukkan dengan 16 riwayat yang dibawakan Syaikh Al Albani dalam Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah (hal. 96-103). Ini semua menguatkan, bahawa wajah dan telapak tangan wanita bukanlah aurat sehingga wajib ditutup.

Ketujuh belas, anggapan terjadinya ijma' tentang wajah dan telapak tangan merupakan aurat yang wajib ditutup, tidaklah benar. Bahkan telah terjadi perselisihan di antara ulama. Pendapat tiga imam (Imam Abu Hanifah, Imam Malik, dan Imam Syafi'i), menyatakan bukan sebagai aurat. Ini juga merupakan satu riwayat dari Imam Ahmad. Di antara ulama besar mazhab Hambali yang menguatkan pendapat ini ialah dua imam; yakni Ibnu Qudamah dan Imam Ibnu Muflih. Ibnu Qudamah rahimahullah menyatakan dalam Al Mughni, "Kerana keperluan mendorong telah dibukanya wajah untuk jual-beli, dan membuka telapak tangan untuk mengambil dan memberi." (Lihat Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 7-9).

Kelapan belas (tambahan), dalil-dalil shahih di atas dengan tegas menunjukkan bahawa pada zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, wajah dan telapak tangan wanita biasa terbuka. Bererti wajah dan telapak tangan wanita dikecualikan dari kewajipan untuk ditutup. Sebahagian keterangan di atas juga menunjukkan bahawa peristiwa-peristiwa itu terjadi setelah turunnya ayat hijab (jilbab). Sehingga menunjukkan diperbolehkannya membuka wajah dan telapak tangan bagi wanita tidak terhapus oleh ayat jilbab. Kemudian, seandainya tidak diketahui bahawa peristiwa-peristiwa itu terjadi setelah turunnya ayat hijab/jilbab, maka hal itu menunjukkan diperbolehkannya membuka wajah dan telapak tangan bagi wanita. Sedangkan menurut kaedah, bahawa setiap hukum itu tetap sebagaimana sebelumnya sampai ada hukum lain yang menghapusnya. Maka orang yang mewajibkan wanita menutup wajah wajib membawakan dalil yang menghapuskan bolehnya wanita membuka wajah dan telapak tangan. Adakah hal itu? Bahkan yang didapati ialah keterangan dan dalil yang memperkuat hukum asal tersebut.

Pertama, wanita menutup wajahnya bukanlah sesuatu yang aneh di zaman kenabian. Kerana hal itu dilakukan oleh ummahatul mukminin (para isteri Rasulullah) dan sebahagian para wanita sahabat. Sehingga merupakan sesuatu yang disyariatkan dan keutamaan.

Kedua, membuka wajah juga dilakukan oleh sebahagian sahabiah. Bahkan hingga akhir masa kehidupan Nabi shallallahu ‘alaihin wa sallam, dan berlanjut pada perbuatan wanita-wanita pada zaman setelahnya.

Ketiga, seorang muslim tidak boleh merendahkan wanita yang menutup wajahnya dan tidak boleh menganggapnya berlebihan.

Keempat, dalil-dalil yang disebutkan para ulama yang mewajibkan purdah begitu kuat; menunjukkan kewajipan wanita untuk berhijab (menutupi diri dari lelaki) dan berjilbab serta menutupi perhiasannya secara umum. Dalil-dalil yang disebutkan para ulama yang tidak mewajibkan purdah begitu kuat; menunjukkan bahawa wajah dan telapak tangan wanita bukan aurat yang mesti ditutup.

Inilah jawapan kami tentang masalah purdah bagi wanita. Mudah-mudahan kaum muslimin dapat saling memahami permasalahan ini dengan sebaik-baiknya. Wallahu a'lam bishshawwab.

(Sumber: Kumpulan ertikel ustadz Kholid Syamhudi, Lc.)

kasihislami.blogspot.com