Ahad, 1 November 2009

PERANAN USTAZ/PENDAKWAH DI SABAH...

Semalam (31 okt 2009) Cikgu Anuar Ali(bekas Ketua Pemuda PAS Sabah) diberi peluang memberi kuliah maghrib di Masjid Quba' Taman Wawasan. Beliau mengambil kesempatan tersebut untuk menyentuh isu menarik, sepatutnya diberi perhatian oleh pendakwah/ustaz yang berkhidmat di sabah, antaranya beliau menyebut;

1. meneruskan dakwah kepada seluruh masyarakat di sabah. Golongan Ustaz jangan terhad di sekolah sahaja, seharusnya peranan dakwah perlu disasarkan kepada seluruh masyarakat. Beliau menyatakan ada perkampungan pedalaman di sabah, yang pada awalnya ramai (dalam 200 keluarga) telah memeluk agama Islam, kini hanya tinggal 20 keluarga sahaja lagi yang beragama Islam.

2. gejala murtad yang makin membimbangkan berlaku di sabah, pernah beliau mengadu kes pelajar UMS dari Negeri Sembilan yang telah murtad.

3. memakmurkan masjid; beliau menyebut ada masjid di Bundu Tuhan (dekat Kundasang)yang tidak dimakmurkan telah dijadikan kandang lembu.

menginsafkan.. memotivasikan... Fikir-fikirlah sahabat2 ku... Apa sumbangan kita untuk Islam?..

Tiada ulasan:

kasihislami.blogspot.com

PROMOSI....TEMPAHAN TAFSIR AL-QURAN PERKATA...