Rabu, 25 November 2009

AIDIL ADHA.. HAYATI KORBAN RASULULLAH..

Tarikh 9 ZULHIJJAH adalh sunat bagi umat Islam berpuasa di mana para hujjaj berwukuf di Padang Arafah. 10 ZULHIJJAH merupakan aidil Adha, sunat melaksanakan ibadah korban. ayuh kita hayati bagaimana Cara RasuluLlah saw Melakukan Ibadah Korban.

Penyembelihan korban dilakukan pada hari Raya Korban (10 ZH) setelah selesai menunaikan Solat ‘Ied al-Adha.

Abdullah Ibn Umar menceritakan bahawa dia menunaikan solat Hari Raya Haji bersama RasuluLlah saw. Apabila selesai khutbah, Baginda saw turun dari mimbar lalu disembelihnya seekor Kibas ( كَبْش ) yang didatangkan kepadaNya.


Kemudian Baginda saw berkata,

بسم الله والله أكبر هذا عَنِّى وعمن لَم يُضَحِّ عَن أمتى

“Dengan nama Allah dan Allah Maha Agung, ini untukKu dan untuk umatku yang tak berkorban.”

Ketika menyembelih Nabi saw meletakkan tapak kakiNya di atas batang leher binatang korban seraya membaca Basmalah dan Takbir.

Sabda RasuluLlah saw,

عن أنس رضى الله عنه قال ضَحَى النبيُ (ص) بِكَبشَتَينِ اَمْلَحَينِ فرأيتُه
و ضِعًا قَدْمَهُ على صَفاحِهِمَا يُسَمِّى وَيُكًبِرُ فَذَبَحَها بيده

“ Dari Anas ra berkata ia: Pernah Nabi saw berkorban dua ekor kibash yang bagus-bagus, maka aku melihat Dia meletakkan tapak kakinya di atas batang leher kibash-kibash itu LALU dibacanya BismiLlah dan bertakbir, kemudian Dia menyembelih dengan tangannya”. – Riwayat Imam al-Bukhari.

Mengikut Qaul Jadid dalam mazhab Syafie, pembahagian daging korban adalah:
a- 1/3 Makan
b- 1/3 Hadiahkan
c- 1/3 Sedekahkan kepada fakir miskin.

HARAM AMBIL UPAH KORBAN

Orang yang mengurus menyembelih korban diharamkan mengambil sebarang upah walaupun kulit binatang korban sekalipun.

Sabda RasuluLlah saw,

عن علِي رضى الله عنه قال رسول الله (ص) أنْ أَقُومَ على بُدْنِهِ وأَنْ أُقَسِّمَ لحومَها وجِلالَها وجُلودَهاوأمرني أن لاأعطي الجازِرَ منها شيئا وقال نَحن نُعطيهِ من عندنا
- رواه البخارى ومسلم .

Dari Ali ra berkata ia : Telah memerintahkan aku oleh RasuluLlah saw supaya aku berdiri di atas untanya, dan supaya aku bahagi-bahagikan daging, perhiasan dipunggungnya dan kulitnya. Dan diperintahkannya aku supaya jangan aku memberikan sesuatu upah dari daging korban itu kepada tukang-tukang daging ( orang2 yang mengurus membersihkan daging) kemudian ia berkata: Kami memberikan daging korban itu dari korban kami.” . Riwayat Bukhari & Muslim.

ALLAH TIDAK TERIMA DARAH DAN DAGING KORBAN

Sesungguhnya Allah Ta’ala memerihtahkan korban untuk mendekatkan diri kepadaNya. Sesungguhnya Dialah Pemberi Rezeki . Dia tidak berhajat kepada daging dan darah. Allah tidak menerima darah dan daging korban. Apa yang diterimaNya ialah keimanan dan ketaqwaan ketika berkorban.

لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرْ الْمُحْسِنِينَ(37)

Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. - alHajj : 37

Pergorbanan Nabi Ibrahim as dan Keluarganya.
1. Berdepan dengan ayahnya (Aazar) yang kafir.
2. Berdepan dengan kaumnya yang kafir
3. Berdepan dengan kerajaan Namrud yang kafir.
4. Berdepan dengan ‘kasihsayang ‘ terhadap anak dan isterinya.

Berkorban Demi Menegakkan Agama Allah
Allah memandang tinggi orang yang berkorban untuk menegakkan agamaNya….. Dan di antara amanah yang paling besar ialah amanah untuk ‘menegakkan agama dan memerintah dunia ini dengan agama itu-

إقَامَةُ الدِّينِ وَسِيَاسَةُ الدُّنيَا بِه ’.

Ini adalah amanah kepimpinan ummah dan negara.

Sesungguhnya Allah menuntut kita agar berkorban apa sahaja samada nyawa, harta, masa atau kesenangan SEBAGAI membuktikan keimanan kepadaNya DAN demi menegakkan agamaNya.

Firman Allah,

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ هُمْ الصَّادِقُونَ

{Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya dan mereka tidak ragu (dalam keimanan itu) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka serta diri mereka pada jalan Allah. Merekalah orang-orang yang benar (dalam menghayati keimanan/aqidah)} (al-Hujurat : 15)

Mari kita lihat

Tawaran Hebat Allah yang tidak terbatas mengikut masa dan usia,

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ(10)تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنتُمْ تَعْلَمُونَ(11)يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ(12)وَأُخْرَى تُحِبُّونَهَا نَصْرٌ مِنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرْ الْمُؤْمِنِينَ(13)

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. (surah as-Saff).

Mari kita menjadi penyokong/penolong setia perjuangan Islam…………..

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُونوا أَنصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّهِ فَآَمَنَتْ طَائِفَةٌ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَتْ طَائِفَةٌ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آَمَنُوا عَلَى عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ (14)

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. - asSaff

Selamat Menyambut Aidil Adha dan Selamat Berkorban untuk Islam

Tiada ulasan:

kasihislami.blogspot.com