Rabu, 15 April 2009

TANDA-TANDA MATI...

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali, cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya, iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut.
Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.
Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati. Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.Tanda 7 hari Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhirAkan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Jumaat, 10 April 2009

SALAHKAH ORANG BUKAN ISLAM BACA AL-QURAN?

saya setuju dengan tulisan sahabat saya Khairul Azmi Ismail yang diambil blognya.
katanya;
Saya diajukan soalan oleh seorang sahabat berhubung dengan LARANGAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM MEMBACA AYAT AL-QUR’AN UNTUK TUJUAN POLITIK.Saya sebenarnya belum membaca apakah hujjah yang digunakan oleh pihak yang melarang perkara tersebut.Pandangan peribadi saya, isu ini harus diperincikan dan diasingkan mengikut topic-topik. Sekiranya larangan itu semata-mata larangan kepada orang bukan Islam membaca ayat Al-Quran, saya tidak bersetuju. Al-Quran diturunkan bukan hanya kepada orang Islam. Ia adalah risalah rahmat buat seluruh alam. Ia adalah kitab petunjuk buat seluruh manusia, bukan orang Islam semata-mata (terlalu banyak dalil dalam Al-Quran tentang perkara ini). Bagaimana orang Islam boleh mengetahui dan mengenal Islam tanpa membaca Al-Quran? Mungkin ada yang berpandangan mereka (orang bukan islam) boleh baca Al-Quran terjemahan, tanpa membaca teks asal Al-Quran di dalam bahasa arab. Bagaimana pula dengan orang bukan Islam dari kalangan bangsa arab? Apa terjemahan yang mereka nak baca, sedangkan mereka berbangsa dan berbahasa arab?Apakah tujuan larangan tersebut? Adakah kerana bimbang orang bukan Islam tersebut membaca Al-Quran dengan sebutan yang tidak fasih atau salah tajwid, sedangkan terlalu ramai orang Islam yang tidak fasih membaca Al-Quran dan tidak pandai bertajwid..adakah kita perlu larang juga mereka dari membaca Al-Quran? Orang bukan islam tidak diwajibkan ke atas mereka membaca Al-Quran dengan bertajwid kerana taklif syarak hanya ke atas orang Islam…Sekiranya larangan non-muslim tersebut semata-mata bacaannya bermotifkan politik,ia juga mesti terpakai kepada orang Islam. Maknanya orang Islam juga perlu dilarang dari membaca ayat Al-Quran dengan motif politik. Mengapa hanya non-muslim sahaja yang terlarang? Soalnya, salahkah membaca ayat Al-Quran bagi tujuan politik? Apa masalahnya dengan politik? Adakah kerana politik itu semata-mata urusan dunia? Kalau begitu, bagaimana pula dengan bab ekonomi, sains dan sebagainya yang banyak terdapat di dalam Al-Quran? Adakah tidak boleh dibaca juga kerana semuanya urusan dunia?Saya semakin bingung atas larangan ini. Saya bimbang, sekiranya LARANGAN NON-MUSLIM MEMBACA AYAT AL-QURAN BERMOTIFKAN POLITIK itu, walaupun alasannya bertujuan menjaga maslahat agama, AKHIRNYA mengakibatkan non-muslim semakin jauh dengan Al-Quran dan Islam. Saya bimbang jika larangan yang kononnya atas maslahat agama itu sendiri sebenarnya sangat bermotifkan politik… yang rugi akhirnya adalah dakwah Islam!

Dalam isu Nga koh Ming, ada yang menyatakan bahawa beliau membaca Al-Quran dengan sebutan yg salah, setelah saya teliti apa yg dibacakannya memang terbukti ada kesalahan, tetapi adakah dengan kesalahan itu kita menghukumnya sebagai haram, kalau begitu maka ramailah umat Islam sendiri yg perlu dilarang dari membaca Al-Quran seperti yg disebut oleh ust Hazmi di atas.Realiti di negeri Pahang sendiri ramai juga imam2 kampung yg baca al-quran terlalu banyak silapnya, satu contoh yg saya alami sendiri pada hari ini apabila saya bersembahyang di salah satu masjid di daerah kuantan, saya dapati di dalam khutbah imam tersebut (imam 1) telah membaca ayat al-quran lebih dari 20 kesalahan barisnya, situasi ini telah menjadi kebiasaan dan sepatutnya imam yg seperti ini diberi nasihat atau dilucutkan jawatannya sahaja. Kalau di Perak MUFTI menegur Nga Kor Ming, saya rasa di PAHANG perlu juga mufti atau majlis agama perlu membetulkan kesilapan ini, kerana perlantikan imam merupakan amanah yang besar.Wallahua'lam

Jumaat, 3 April 2009

Najib PM ke 6

Hari ini Najib angkat sumpah sebagai PM yang ke 6 setelah Pak Lah menjadi PM yang kelima selama 5 tahun.. jom kita liaht apa yang dibuat oleh Najib pulak... Lebih baik ke, atau lebih buruk?... Sama-sama kita lihat...

kasihislami.blogspot.com