Jumaat, 4 September 2009

Nuzul Al-Quran

Saban tahun setiap kali bulan Ramadhan, seharusnya umat Islam menyedari bahawa selain berpuasa dan solat tarawih, satu perkara yang penting iaitu nuzul Al-Quran perlu diambil perhatian serius.

Bulan Ramadhan adalah bulan diturunkan al-Quran. Oleh itu, adalah disunatkan bagi umat Islam bertadarus al-Quran pada bulan ini kerana mengikut sunnah Rasulullah s.a.w yang setiap malam bertadarus dengan Malaikat Jibril a.s apabila tiba bulan Ramadhan.

Menurut Ulama, ayat al-Quran yang pertama kali turun pada 17 Ramadha n ketika baginda sedang beribadah di gua Hira’.

Ini berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari, sanad daripada ’Aisyah r.a, berkata; “Pada mulanya wahyu yang turun kepda Rasulullah s.a.w adalah berupa mimpi yang baik dalam tidur. Dari mimpi-mimpinya itu membuat Baginda suka menyendiri. Akhirnya Baginda menyendiri di Gua Hira’ untuk beribadah dalam beberapa malam sebelum Baginda pulang dari sana. Sesekali baginda kembali kepada keluarganya untuk mengambil bekalan makanan. Hingga ditemuilah kebenaran sewaktu Baginda berada di Gua Hira’. tiba-tiba datang Malaikat jibril a.s membawa wahyu. Jibril memeluk Nabi s.a.w erat-erat, lalu melepaskannya. Setiap kali memeluk, Jibril menyuruh kepada Nabi s.a.w ; “Bacalah”. Namun setiap perintah Jibril itu dijawab Nabi; “Aku tidak tahu membaca”. Setelah memeluk Nabi sebanyak tiga kali, Jibril membaca ayat 1 hingga 5 Surah Al-Alaq kepada Nabi s.a.w.

Ayat 1-5 inilah ayat yang pertama diturunkan kepada Nabi s.a.w.

Tiada ulasan:

kasihislami.blogspot.com