Selasa, 1 September 2009

KU JUA INGIN BERJAYA DI MADRASAH RAMADHAN

Setiap orang inginkan kejayaan dalam hidupnya apatah lagi bagi seseorang yang bergelar pelajar. Sesungguhnya kejayaan dalam peperiksaan khasnya PMR dan SPM amat bermakna bagi setiap pelajar di sekolah. Bagi yang dewasa pula, mereka inginkan kejayaan dalam madrasah Ramadhan ini kerana mereka sekarang sedang menghadapi ujian Ramadhan. Namun perlu diingat bahawa kejayaan itu tidak datang dengan mudah. Ia memerlukan pengorbanan dan usaha yang bersungguh-sungguh dalam mengejar setiap impian selain daripada melalui perancangan rapi.

Jika kita melihat buku-buku panduan mencapai kecemerlangan, sudah pasti para penulis telah menggarapkan beberapa teknik dan kaedah tertentu untuk mendapatkan kejayaan. Namun, apa yang penting, perlu ada kesedaran dalam diri kita untuk mengorak langkah mendepani cabaran. Kebanyakan pelajar tidak berjaya dalam peperiksaan disebabkan beberapa faktor:-

· Tiada target dalam mengejar kejayaan

· Tiada idola yang boleh diikuti

· Teknik/cara yang salah

· Tiada fokus

· Kurang bermotivasi

· Berfikiran negatif

· Pengaruh rakan sebaya

· Ponteng

Seharusnya pelajar perlu menyelasaikan permasalahan tersebut jika ingin berjaya. Orang lain tidak dapat menyelesaikan masalah melainkan kita sendiri yang perlu bertindak menyelesaikannya. Nasihat guru/ustaz boleh dijadikan panduan untuk menggapai kejayaan.

Oleh itu, ubahlah sikap dan tetapkanlah azam, diganding pula dengan usaha yang bersungguh-sungguh kerana setiap kita inginkan kejayaan. Semoga beroleh kejayaan di bulan Ramadhan ini dan kejayaan akan diraikan pada bulan Syawal nanti..

Tiada ulasan:

kasihislami.blogspot.com