Rabu, 16 September 2009

khutbah aidil fitri 1430

TEKS KHUTBAH AIDILFITRI 1430H

Khutbah Pertama

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورجمة الله وبركاته

الحَمْدُ لله كَثِيراً وَاللهِ اَكْبَرُ كَبِيرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً..اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ لا إله إلا الله و اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ، اللهُ أَكْبَرُ كُلَّمَا صَامَ صَآئِمٌ وَأَفْطَرَ، اللهُ أَكْبَرُ كُلَّمَا لاَحَ صَبَاحُ عَيْدٍ وَأَسْفَرَ، اللهُ أَكْبَرُ مَا هَلَّلَ مُسْلِمٌ وَكَبَّرَ.وَتَابَ تَآئِبٌ وَاسْتَغْفَرَ.
اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ ، لا إله إلا الله والله أكبر اللهُ أَكْبَرُ ولله الحمد..

الحمد للهِ الذي أَتَمَّ إِحْسَانَهُ عَلَى المُؤْمِنِينَ وَأَكْمَلَ، وَأَشْهَدُ أَنَّ لا إله إلا الله وحده لا شريكَ لَهُ المُتَفَرِّدُ بِالعِزِّ وَالبَقَاءِ، لَه الأَسْمَآءُ الحُسْنَى وَالصِّفَاتُ العُلَى. وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله أَفْضَلَ نَبِيٍّ مُرْسَل، صلى الله عليه وعلى آله وصحبه وسلم. ثم أما بعد أيها المسلمون: فاتقوا الله - سبحانه وتعالى - وَدَاوَمُوا شُكْرَهُ وَالزِمُوا نَهْجَهُ وَاثْبِتُوا عَلَى طَرِيقِ طَاعَتِهِ تُفْلِحُوا...

الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله والله أكبر الله أكبر ولله الحمد.

Sidang jemaah yang dirahmati Allah SWT.
Saya berpesan kepada diri saya dan sidang jemaah sekalian agar marilah sama-sama kita meneguhkan ketaqwaan kepada Allah SWT kerana orang-orang yang mendapat kemenangan di hari akhirat kelak hanyalah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah SWT.
Sesungguhnya kita baru sahaja meninggalkan bulan Ramadhan yang dianggap sebagai pesta ibadah dan bulan untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT. Bahkan tujuan daripada ibadah puasa itu sendiripun ialah membentuk manusia agar bertaqwa kepadaNya semata-mata. Alangkah sia-sianya mereka yang tidak mengambil kesempatan sepanjang berada di bulan Ramadhan untuk meningkat amal ibadat sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT. Alangkah ruginya mereka yang tidak mengambil kesempatan memohon sebanyak mungkin keampunan daripada Allah SWT ketika berada di bulan Ramadhan. Di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Al-Hakim, Rasulullah SAW pernah bersabda :

« احُضُرُوا المِنْبَرَ » فَحَضَرْنَا فَلَمَّا ارْتَقَى دَرَجَةً قَالَ : « آمين » ، فَلَمَّا ارْتقَىَ الدَّرَجَةَ الثَّانِيَةَ قال : « آمين » فَلَمَّا ارْتَقَى الدَّرَجَةَ الثَّالِثَةَ قال : « آمين » ، فَلَمَّا نَزَلَ قُلْنَا : يَا رَسُولَ اللهِ لَقَدْ سَمِعْنَا مِنكَ الْيَوْمُ شَيْئًا مَا كُنَّا نَسْمَعُهُ قَالَ : « إِنَّ جِبْرِيلَ عليه الصلاة والسلام عَرَضَ لِي فَقَالَ : بَعُدَا لِمَنْ أَدْرَكَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ قُلْتُ : آمين ، فَلَمَّا رَقَيْتُ الثَّانِيَةَ قَالَ : بَعُدَا لِمَنْ ذُكِرْتَ عِندَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ قلت : آمين ، فَلَمَّا رَقَيْتُ الثَّّالِثَةَ قَالَ : بَعُدَا لِمَنْ أَدْرَكَ أَبَوَاهُ الكِبَرَ عِنْدَهُ أَوْ أَحَدُهُمَا فَلَمْ يُدْخِلاَهُ الجَنَّةَ قُلْتُ : آمين »

Yang bermaksud : Rasulullah SAW bersabda : Hadirlah ke mimbar semuanya. Apabila kami (sahabat) hadir, Nabi :saw telah lalu naik ke mimbar, apabila melangkah tangga pertama, baginda berkata : Amin, apabila melangkah tangga kedua, baginda berkata, Amin, apabila melangkah tangga ketiga, baginda berkata Amin. Apabila baginda turun, kami bertanya : Wahai Rasulullah, kami telah mendengar daripada kamu pada hari ini sesuatu yang tidak pernah kami mendengarnya. Baginda menjawab : Telah berkata Jibril kepadaku :
Jauhlah (dari rahmat Allah) kepada sesiapa yang sempat bertemu Ramadhan tetapi tidak diampunkan oleh Allah SWT, aku berkata, Amin.
Bila aku menaiki tangga kedua, Jibril berkata : Jauhlah (dari rahmat Allah) kepada sesiapa yang disebut nama kamu di sisi mereka, maka mereka tidak berselawat kepadamu, aku berkata, Amin.
Bila aku menaiki tangga ketiga, Jibril berkata, Jauhlah (dari rahmat Allah) kepada sesiapa yang kedua ibubapanya atau salah seorang darinya mencapai usia tua di sisinya tetapi tidak memasukkannya ke dalam syurga (dengan amal baktinya sebagai seorang anak), aku berkata, Amin.
(Hadis riwayat Hakim dan disahihkan oleh Albani)


Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian,
Pada hari ini, di saat semua umat Islam di seluruh dunia menyambut hari raya yang merupakan hari kemenangan bagi kita, tidak ada yang lebih menggembirakan kita semua apabila puasa yang kita laksanakan itu diterima oleh Allah S.W.T. Kita sentiasa berdoa semoga Allah S.W.T. menerima segala amalan puasa kita pada tahun ini dengan lebih baik dari tahun-tahun yang sudah. Maka pada hari ini kita tambahkan lagi kegembiraan itu dengan ucapan pujian serta kesyukuran kepada Allah iaitu dengan menunaikan zakat fitrah, melakukan sembahyang sunat hari raya, bersedekah, mengeratkan silaturrahim dan sebagainya. Inilah pengisian penting di hari raya dan inilah yang dimaksudkan kegembiraan bagi orang yang berpuasa. Hal ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضَعْفٍ, قَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ : إِلاَّ الصَّوْمُ فَإِنَّهُ لِيْ وَأَنَا أَجْزِيْ بِهِ, يَدْعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِيْ, لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ : فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ, وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبَّهِ, وَلَخُلُوْفُ فِيْهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ مِنْ رِيْحِ الْمِسْكِ. (رواه البخاري ومسلم(
Maksudnya:
“Semua amalan anak Adam a.s. digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza wa Jalla berkata : “melainkan berpuasa, kerana ianya untukku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanan kerana-Ku ”. Bagi orang yang berpuasa mereka akan mendapat dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah Taala daripada bau kasturi.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

الله أكبر الله أكبر الله أكبر
الله أكبر الله أكبر الله أكبر
الله أكبر الله أكبر الله أكبر

Sidang jemaah yang dirahmati Allah SWT.
Hari raya pada tahun ini disambut dalam keadaan dunia keseluruhannya sedang berdepan dengan wabak yang digeruni dan telah memakan beribu-ribu korban di seluruh dunia. Wabak yang dimaksudkan ialah apa yang dinamakan sebaagai selsema babi atau H1N1. Sehingga hari ini, Malaysia sendiri sudah mencatat berpuluh-puluh kematian akibat daripada penularan wabak bahaya ini yang dikatakan boleh tersebar melalui udara. Setiap hari kita menatap di dada-dada akhbar berita-berita berkenaan dengan kematian mangsa wabak H1N1 ini samada di Malaysia atau di tempat-tempat lain di seluruh dunia.
Sedarkah kita bahawa tersebarnya wabak-wabak seperti ini sebenarnya peringatan daripada Allah SWT terhadap keingkaran manusia mematuhi perintah-perintahNya. Rasulullah SAW telah memperingatkan perkara ini di dalam sabda baginda :

لَمْ تَظْهَرْ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلَّا فَشَا فِيهِمْ الطَّاعُونُ وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمْ الَّذِينَ مَضَوْا

Yang bermaksud : "Tidaklah tampak perbuatan maksiat ditengah-tengah suatu kaum sehingga mereka melakukannya dengan terang-terangan,kecuali mereka akan ditimpa penyakit tha'un dan beraneka penyakit yang belum pernah ada pada generasi-generasi sebelum mereka yang telah lalu." (Hadis sahih R.Ibnu Majah dan al-Hakim)

Wabak H1N1 yang menular di seluruh dunia pada hari ini tidak pernah didengari oleh generasi sebelum kita. Justeru itu, hendaklah masing-masing di kalangan kita kembali menghayati ajaran Islam yang sebenar agar tidak terjebak dengan kemaksiatan yang berleluasa yang mengundang bala daripada Allah SWT.

الله أكبر الله أكبر الله أكبر
الله أكبر الله أكبر الله أكبر
الله أكبر الله أكبر الله أكبر
Muslimin dan muslimat sidang jemaah yang dihormati sekalian.
Kenapakah berleluasanya maksiat di tengah-tengah masyarakat pada hari ini? Apakah puncanya yang menyebabkan manusia semakin hari semakin lupa kepada tuntutan sebagai hamba Allah SWT? Antara lain ialah kerana kecuaian kita di dalam melaksanakan undang-undang menurut kehendak Allah SWT. Ekoran daripada itu, Allah SWT mencabut rasa takut dari hati manusia untuk melakukan maksiat. Sekalipun terdapat undang-undang yang dikuatkuasakan, namun selagi tidak berlandaskan syariat Allah SWT, ia sama sekali tidak akan menyelesaikan masalah. Apa yang menyedihkan, apabila terdapat individu-individu yang merelakan diri untuk dihukum kerana melanggar perintah Allah SWT, ada pula pemimpin yang beragama Islam menyuarakan pandangan negatif semata-mata kerana jahil tentang hukum-hakam Islam. Isu seorang model sambilan di Pahang yang dijatuhkan hukuman sebat sebanyak 6 kali oleh Mahkamah Syariah setakah mengaku bersalah meminum arak baru-baru ini mendedahkan bagaimana sikap sebenar sebahagian pemmimpin kita terhadap pelaksanaan undang-undang Islam. Padahal hukuman sebat yang dijatuhkan itu tidaklah seratus peratus berlandaskan syariat, namun ia sekurang-kurangnya mempunyai sedikit sebanyak semangat undang-undang Islam.
Ekoran isu ini, kita menyaksikan bagaimana bisingnya pemimpin-pemimpin yang beragama Islam mengeluarkan kenyataan di atas nama keadilan. Bagi mereka, hukuman sebat ke atas peminum arak itu satu kezaliman apatah lagi jika dijatuhkan pada pesalah wanita. Sedarkah mereka bahawa hukuman sebat mengikut undang-undang sivil lebih menyakitkan dan lebih tepat untuk dikatakan sebagai zalim dan ganas. Inilah dia wajah sebenarnya pemimpin sekular yang sama sekali tidak berniat untuk melaksanakan Islam. Ingatlah firman Allah SWT :
وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

Yang bermaksud : Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang Telah diturunkan Allah kepadamu. jika mereka berpaling (dari hukum yang Telah diturunkan Allah), Maka Ketahuilah bahwa Sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan mushibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. dan Sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik. (Surah al-Maidah, ayat 49)


الله أكبر الله أكبر الله أكبر
الله أكبر الله أكبر الله أكبر
الله أكبر الله أكبر الله أكبر
Muslimin dan muslimat sidang jemaah yang dihormati sekalian.
Di tengah-tengah kemelut ini, umat Islam wajar meletakkan keutamaan untuk kembali semula kepada syariat Allah SWT. Janganlah lagi terpengaruh dengan slogan-slogan karut yang bertujuan mengelirukan masyarakat. Sesungguhnya sekular itu tetap satu sekalipun ia datang dengan pakej yang berlainan. Bagi seorang muslim yang sebenar, beriman dengan satu Al-Quran dan satu syariat, baginya Islam perlu didahulukan dan hak Allah SWT diutamakan. Sayangnya ada sebahagian dari saudara-saudara seislam kita rela menggadaikan prinsip dan menukar Iman dan Islam yang dianugerahkan oleh Allah SWT apabila berdepan dengan habuan wang ringgit dan projek. Bahkan hanya dengan janji manis sahaja tanpa melihat dengan mata kepala sendiripun, sudah ada yang sanggup memberikan baiah berupa undi dan mengiktiraf penentangan yang dibuat kepada Islam. Sedarkah kita bahawa tangan yang memberikan undi ini akan disoal siasat oleh Allah SWT? Rasulullah SAW bersabda :
ثَلَاثَةٌ لَا يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Yang bermaksud : Tiga jenis golongan yang Allah SWT tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat, tidak akan menyucikan mereka (daripada dosa) dan untuk mereka azab yang pedih.

Salah satu dari tiga golongan tersebut ialah :
وَرَجُلٌ بَايَعَ إِمَامًا لَا يُبَايِعُهُ إِلَّا لِدُنْيَا فَإِنْ أَعْطَاهُ مِنْهَا رَضِيَ وَإِنْ لَمْ يُعْطِهِ مِنْهَا سَخِطَ
Yang bermaksud : Seorang lelaki (individu) yang melantik seorang pemimpin yang tidak dilantiknya melainkan kerana habuan dunia. Maka jika diberikan kepada daripada (habuan) dunia, dia akan redha, sekiranya tidak dia akan marah. (hadis Riwayat Bukhari)

Marilah kita sama-sama berdoa agar perjuangan Islam terus diberikan kemenangan oleh Allah SWT. Jika Ramadhan bulan berlakunya peperangan Badar, maka Syawal pula ialah bulan berlaku perang Ahzab di mana kedua-dua peperangan ini dimenangi oleh umat Islam dengan izin daripada Allah SWT. Allah SWT yang sama juga berhak mengurniakan kemenangan kepada hamba-hambaNya yang Dia ingini. Semoga Ramadhan, Syawal dan bulan-bulan serta tahun-tahun berikutnya memberikan sinar kemenangan kepada perjuangan menegakkan agama Allah SWT.


الله أكبر الله أكبر الله أكبر
الله أكبر الله أكبر الله أكبر
الله أكبر الله أكبر الله أكبر
Muslimin dan muslimat sidang jemaah yang dihormati sekalian.
Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama meneguhkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dan berdoa agar prinsip serta keimanan kita tidak akan tergugat hanya dengan sedikit umpan dunia yang amat kecil jika dibandingkan dengan nikmat di akhirat. Sedarlah kita bahawa walaupun kita memperolehi harta yang bertimbun-timbun namun jika ia datang kerana hasil usaha kita melawan syariat Allah SWT, ia pula akan menjadi kayu api bahan bakaran di dalam neraka kelak, wal’iyazubillah.
Marilah kita menjadikan Ramadhan yang kita baru sahaja lalui dan hari raya yang kita sambut pada hari ini sebagai satu titik tolak untuk meningkatkan kerja kita untuk Islam. Lakukanlah sebanyak mungkin sumbangan kita untuk mempertahankan ketuanan Islam, agama yang kita cintai ini sebelum kita dipanggil mengadap Allah swt. Percayalah bahawa perkara yang paling berharga apabila tibanya kita di hadapanNya nanti ialah amalan kebaikan yang kita lakukan. Allah swt berfirman :
يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ (88) إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ (89)

Yang bermaksud : "Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, "Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); (Surah As-Syu’araa’, ayat 88-89)

أقول قولي هذا وأستغفر الله لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات فاستغفروه إنه هو الغفور الرحيم



Khutbah kedua

اللهُ أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر، الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر ، اللهُ أكبُر, وَللهِ الْحَمْدُ .

اَلْحَمْدُ للهِ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ، وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيءٍ قَدِيرٌ. وَأَشهَدُ أَنَّ محمدًا عَبدُهُ وَرَسُولُهُ، اَلرَّحْمَةُ الْمُهْدَاةُ، وَالْمِصْبَاحُ الْمُنِيْرُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ وَشَفِيعِ الأُمَّةِ، وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالاَه
Saudara, Saudari, Muslimin, Muslimat,

Hari ini kita menyambut hari raya Fitrah atau Aidilfitri hasil daripada kejayaan perjuangan kita dan penat lelah segala ibadat dan amal kebajikan yang kita laksanakan selama sebulan itu, kalau bebanan terasa berat kita memikulnya kini sudah terasa ringan, kalau sebahagian dari perkara terbatas dan terasa terikat untuk kita lakukan di waktu siang hari bulan ramadhan, hari ini sudah terbuka bebas.

Namun begitu kebebasan yang diberi pada hari ini masih ada sempadannya. Kerana hari raya kurniaan Allah kepada umat Islam adalah juga merupakan ibadat lanjutan dari bulan Ramadhan yang berkat ini. Walaupun kita diharuskan menyambut dengan penuh kegembiraan dan memeriahkan kebesarannya tetapi perlu dihayati dalam lingkungan yang dibenar oleh syarak.

Untuk menambah lagi ganjaran pahala mengiringi pahala sepanjang Ramadhan, adalah dituntut supaya berpuasa sunat enam hari dalam bulan Syawal sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

" مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ" رواه مسلم.

Ertinya: Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan kemudian mengikutinya (dengan) berpuasa enam hari daripada bulan Syawal nescaya mendapat pahala sepanjang masa,


الله أكبر الله أكبر الله أكبر
الله أكبر الله أكبر الله أكبر
الله أكبر الله أكبر الله أكبر

Sempena menyambut hari raya ini serta berlalunya Ramadhan baru lepas yang sama-sama kita raikan, marilah kita memperteguhkan keimanan kita kepada Allah dan Rasulnya di samping mempertingkatkan semangat juang untuk membela Islam seperti mana tawaran Allah dalam firmannya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنْجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ (10) تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (11)
Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab siksa yang tidak terperi sakitnya. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya serta kamu berjuang dalam membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Surah al-Shaff, ayat 10-11)

اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات, اللهم أعز الاسلام والمسلمين, وأذل الشرك والمشركين ودمر أعداء الدين وانصر عبادك المؤمنين.

اللهم ألف بين قلوب المؤمنين, واجعل هذ البلد آمنا مطمئنا سنخاء رخاء وسائر بلاد المسلمين أجمعين.

اللهم وفق برحمتك سلطاننا وولاة أمورنا وعلماءنا ودعاتنا لما فيه رضاك. واجعلهم سببا لصلاح البلاد والعباد برحمتك يا أرحم الرحمين.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم, واخر دعوانا أن الحمدلله رب العالمين.

Tiada ulasan:

kasihislami.blogspot.com