Isnin, 23 Mac 2009

Sebaik-baik Pengisian Maulidur Rasul ...

Walaupun pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, baginda sendiri tidak pernah menyambut hari kelahirannya. Begitu juga pada zaman Sahabat, Tabi’in dan generasi selepas mereka yang berada pada zaman keemasan Islam. Namun para ulama kontemporari tidak menolak keharusan manyambut Maulidur Rasul. Ini kerana sambutan ini, boleh dianggap sebahagian daripada tanda kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w.
Melalui sambutan ini juga boleh menyedarkan manusia dengan pengajaran agama serta menghayati keperibadian baginda s.a.w melalui penyampaian kuliah, ceramah, forum atau sebagainya.
Kita adalah disaran supaya mengetahui cara-cara mentaati dan seterusnya melaksanakan segala perintah Rasulullah s.a.w, mengikut segala arahan dan meninggalkan segala tegahannya, juga melaksanakan hukum-hakam yang diajarkannya, memperjuang dan memperkasakan syariatnya, menyeru manusia ke jalan kebenaran dan keadilan serta memperbanyakkan selawat ke atas nabi dan keluarganya.
Justeru, melalui pendekatan yang terbaik dalam usaha dakwah adalah amat perlu dewasa ini. Maka dengan Sambutan Maulidur Rasul dapat menyuntik semangat pengorbanan dan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w, manusia yang agung di sisi Allah s.w.t.
Hadiri dan hayatilah siri-siri kuliah, ceramah, forum dan seumpamanya yang disampaikan oleh ustaz-ustaz untuk menambahkan kecintaan kepada Rasulullah dan seterusnya mengamalkan segala ajaran Rasulullah dalam amalan harian kita.

Tiada ulasan:

kasihislami.blogspot.com

PROMOSI....TEMPAHAN TAFSIR AL-QURAN PERKATA...