Masyarakat melayu @ Malaysia beranggapan bersalaman atau berjabat tangan dalam kehidupan seharian lebih menjurus kepada adat atau kebiasaan sahaja, namun kita tidak pernah mendalami hakikat sebenar melalui syariat Islam. Maka di sini saya ingin menjelaskannya melalui hadis Rasulullah s.a.w., seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda serta jaminan ganjaran yang diberi oleh Allah terhadap dua saudara Islam bila bersalaman antara satu sama lain ketika mana mereka bersua dan di mana sahaja mereka berjumpa.
PERANAN BERSALAMAN DALAM KEHIDUPAN MUSLIM
Peranan bersalaman boleh dikatakan sebagai satu penghormatan atau
tanda kemesraan antara individu dengan yang lain ketika mereka bertemu.
Maka eloklah kedua-duanya bersalaman atau berjabat tangan kerana perbuatan
itu akan membuahkan kemesraan dan kasih sayang, perkenalan dan
persahabatan serta mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah ke atas hamba-Nya. Ini berdasarkan dalil yang telah ditegaskan oleh Rasulullah dengan sabdanya:
‘Sesungguhnya seorang muslim itu apabila bertemu saudaranya lalu bersalaman
oleh kedua duanya, maka gugurlah dosa mereka sepertimana berguguran daun
dari pokok yang kering ditiup angin kencang, melainkan kedua duanya
diampunkan segala dosa mereka walaupun banyak seperti buih di lautan.’
(Riwayat Thibrani)
Begitu juga apabila tiba masanya seseorang sahabat dari perantauan
disambut oleh keluarga dan saudara mara, sahabat handai, maka tidak mengapa
sambutan itu dilakukan dengan saling bersalaman dan berpelukan sebagai tanda kegembiraan sepertimana hadis Rasulullah s.a.w.:
‘Keadaan sahabat Rasulullah apabila mereka bertemu mereka bersalaman dengan
berjabat tangan, dan apabila mereka menyambut kepulangan yang jauh mereka
berpelukan.’
(Riwayat Abu Daud)
Oleh yang demikian syariat tetap mengakui bahawa bersalaman atau
berjabat tangan memainkan peranan penting ke arah pengukuhan ummah
dengan jalinan silaturahim antara satu sama lain, sepertimana yang diterangkan dalam hadis yang lain.
‘Apabila bertemu antara dua orang muslim lalu kedua duanya bersalaman dan
memuji Allah lalu kedua duanya meminta ampun kepada Allah, Allah
mengampunkan dosa kedua duanya.’
(Riwayat Abu Daud)
Hadis ini memberi fahaman kepada kita bahawa persaudaraan Islam
memainkan peranan yang amat besar dalam mengukuhkan sesuatu masyarakat
dan bangsa itu sendiri ke arah menjalinkan perpaduan kaum secara sihat dan
harmoni serta dalam keredhaan Allah selalu. Hal ini sepertimana dijelaskan
melalui hadis di atas. Namun demikian perlu diingatkan bahawa bejabat tangan itu hanya dibolehkan lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan sahaja.
Di samping itu Islam membolehkan bersalaman antara lelaki Islam
dengan lelaki bukan Islam. Begitu juga perempuan Islam dibolehkan bersalaman dengan perempuan bukan Islam, dengan maksud supaya tidak rasa kecil hati atau tersisih serta bertujuan bagi mewujudkan perpaduan ke arah keamanan hidup semata-mata.
HUKUM BERSALAMAN LELAKI PEREMPUAN
Syariat Islam melarang sama sekali untuk bersalaman antara lelaki dan
perempuan yang tidak ada pertalian persaudaraan. Ringkasnya yang batal air
sembahyang dan dibolehkan berkahwin, melainkan dengan berlapik. Apa yang
dinyatakan di atas berdasarkan mazhab Syafie dan juga telah dinyatakan oleh
Sheikh 'Athiah Saqar dari Majlis Fatwa Al Azhar dengan katanya berdasarkan
kaedah mazhab Syafie:
‘Tidak halal bersalarnan antara lelaki dan perempuan melainkan dengan
berlapik.’
Ini berdasarkan ayat al Quran yang berbunyi:
‘Ataupun kamu sentuh wanita maka tiada kernudahan air untuk kamu berwuduk
maka hendaklah karnu tayammum dengan tanah yang suci.’
(Surah Al-Nisa': 43)
Berdasarkan ayat ini mengikut mazhab Imam Syafie adalah batal wuduk
sekiranya bersentuh lelaki dengan perempuan, maka dengan demikian adalah
haram bersentuhan dengan sengaja sama ada secara bersalaman atau lainnya.
Sama ada dengan rasa keinginan nafsu atau tidak, bersalaman tidak boleh kecuali
dengan berlapik atau beralas.
Manakala jumhur ulama, iaitu (Hanafi, Maliki dan Hambali) berpendapat tidak
mengapa sekadar bersalaman antara lelaki dan perempuan sekiranya tidak ada
keinginan nafsu antara mereka.
Walau bagaimanapun menurut fatwa Sheikh Mohd Mutwalli al-Sha'rawi
menyatakan bahawa tidak digalakkan bersalaman antara lelaki dengan
perempuan sekalipun disertakan dengan niat sekadar bersalaman sahaja. Kerana ini adalah peraturan dari hukum syarak ditakuti akan wujud bibit-bibit keinginan nafsu syahwat melalui antara dua tangan yang bersalaman tadi.(Rujuk Muhd. Mutwali Al-Sya'rawi. T.T. 157).
Menurut mazhab Syafie seandainya bersalaman tanpa lapik adalah
berdosa kerana sentuhan di antara dua tangan yang bukan mahramnya (bukan
ibu bapa atau saudaranya) wajiblah beristighfar dan bertaubat memohon
keampunan dari Allah. (Rujuk Al-Imam Abi Zakaria Yahya bin Syarafi Al-
Nawawi Al-Demsyacli. 1992. hlm. 185-186).
Masalah ini jika hendak diperkatakan dianggap sesuatu yang ringan dan
remeh di kalangan orang Islam. Sebenarnya ia adalah besar dan berat di sisi
Allah dan di sudut akhlak orang Islam, lebih-lebih lagi di kalangan anak-anak muda dan remaja kerana ini membawa saham kepada gejala gejala yang lebih besar. Sebab itulah dari menularnya permasalahan yang lebih besar maka jalan-jalan yang mendorong ke arahnya mesti dihalang terlebih dahulu.
Soal ini ditegaskan berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ma'qal bin Yasar telah menceritakan bahawa Rasulullah pernah bersabda dengan katanya:
‘Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh.’
(Riwayat Baihaki)
Hadis ini menunjukkan bahawa syariat Islam menegah sama sekali
menyentuh jasad wanita yang sihat dan sempurna serta normal, kecuali apabila wanita itu didapati sakit atau memberi pertolongan cemas ataupun dengan maksud mengubat, maka ini dibolehkan di sisi syariat sekadar yang sepatutnya dengan ertikata memberi pertolongan serta disaksi oleh orang lain iaitu bukan berdua-duaan dan tidak sekali-kali melampaui batasan. (Rujuk Muhd. 'Abdul Raof Al-Manawi. 1972. hlrn. 258)
CARA MEMBERI SALAM ANTARA LELAKI DAN WANITA
Suka dinyatakan di sini bahawa Rasulullah s.a.w. sentiasa memberi salam
kepada kaum wanita dengan ucapan ‘Assalamualikum’ serta memberi isyarat
sebagai penghormatan dengan mengangkat tangan sahaja dan tidak bersalaman
dengan berjabat tangan. Soal ini telah diceritakan oleh Asma' binti Yazid melalui sepotong hadis:
‘Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melambai di perkarangan masjid pada
suatu hari didapati sekumpulan kaum wanita sedang duduk di sisi masjid. Maka Rasulullah s.a.w. mengangkat tangannya sebagai tanda penghormatan dengan mengucapkan kalimah salam.’
(Riwayat Tarmizi)
Demikianlah perbezaan amalan bersalaman antara lelaki dan perempuan
namun ganjarannya adalah sama di sisi Allah dengan mendoakan semoga
selamat sejahtera, asalkan salam yang diberi itu betul dan ikhlas, Allah sahaja yang membalas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan