Saya mendapat maklumat ini dari blog Abu Nuha, katanya;
Dalam tempoh terdekat, PUM Sabah akan membincangkan tentang program pemantapan aqidah bagi tahun 2010. Sepanjang tahun lalu, sebanyak 12 kali program ini diadakan di sekolah menengah seluruh Sabah.
Penyusunan program untuk 2010 adalah kelangsungan daripada projek yang telah bermula sejak tahun 2005 lagi yang dilancarkan di Masjid Negeri Sabah atas bimbingan Sdr Hj Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah.
Walaupun beberapa teraju utama telah berpindah ke Semenanjung, program seumpama ini akan diteruskan juga. Insya Allah PUM Sabah mendapat suntikan dengan kehadiran beberapa tenaga baru disamping skuad sedia ada.
Ketua bagi skuad program pemantapan aqidah (yang kami gelar sahabat bible) kali ini ialah Ust Amir Hamzah dan didukung bersama oleh rakan-rakan lain termasuk Ust Hj Bungsu Jaafar, Ust Sayuti Shukor, Cikgu Hashim Harun, Ust Arbaen Shawal, Ust Zulkifli Nawawi, Abu Nuha dan beberapa nama lain.
Program pemantapan aqidah dengan pendekatan perbandingan agama Islam-Kristian menjadi fokus kami dengan natijahnya para peserta akhirnya akan meyakini kebenaran dan keindahan Islam serta mengakui kebatilan Kristian.
Peserta juga didedahkan dengan beberapa tajuk seperti Asas Islam dan al-Quran, Mukjizat al-Quran, Asas Ajaran Kristian Menurut Perspektif Islam, Sejarah agama Kristian dan Asas Penggunaan Kitab Bible.
Peserta juga dibekalkan dengan senaskhah al-Quran dan bible sebagai rujukan bagi melihat sendiri kepalsuan kitab ini.
Kursus berkenaan biasanya diadakan pada hujung minggu selama dua hari atau sehari setengah sahaja. Setakat ini beberapa sekolah telah dikenal pasti untuk kami adakan program berkenaan.
Untuk peringkat sekolah, biasanya hanya 100 peserta dari menengah atas dalam satu-satu program untuk memudahkan pemantauan.
Bahkan untuk tahun ini, ada kemungkinan program berkenaan diluaskan kepada orang awam jika ada permintaan khususnya kakitangan awam dan pengkaji/peminat perbandingan agama. (Boleh tinggalkan komen).
Jika saudara seorang guru sekolah menengah (khususnya ustaz/ustazah) dan berminat program berkenaan diadakan di sekolah saudara, sila tinggalkan catatan di ruangan komen. Kami akan menghubungi kemudian.
""program ini amat baik khasnya bagi ustaz/zah"" Jom Sama-sama join.. Harapan pada kali lebih ramai dan dapat manfaat ke seluruh kawasan pedalaman Sabah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan