Isnin, 19 Mei 2008

Tasawuf

Tasawuf ialah satu ilmu bertujuan memperbaiki hati dan 'mentafridkan' hanya kepada Allah Taala semata-mata tanpa yang lain. Jelasnya ia merupakan satu ilmu untuk pembersihan hati dari bahaya kebendaan dan keduniaan.

Kepentingan Ilmu Tasawuf

Hukum yang diperintahkan kepada manusia ada dua bahagian:
1. Hukum-hakam yang bersangkutan dengan amalan tubuh badan
2. Amalan-amalan yang bersangkut paut dengan hati

Amalan tubuh badan samada berupa suruhan ataupun larangan Allah Taala mesti dipatuhi. Contohnya solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya wajib ditunaikan oleh setiap mukallaf. Maka begitu juga, amalan hati ada suruhan dan larangan Allah Taala yang mesti dipatuhi. Contohnya suruhan Allah supaya beriman kepada Allah, Kitab, Malaikat dan seterusnya. selain itu, ikhlas, redha, benar, khusyu', tawakkal dan sebagainya wajib ditunaikan oleh setiap mukallaf. Manakala larangan Allah seperti kufur, nifak, bangga diri, sombong, riya' dan sebagai wajib dijauhi.

Jesteru itu, sepatutnya kita memahami bahawa kedua-dua amalan samada amalan tubuh badan ataupun amalan hati, semuanya wajib dipelajari dengan mendalam dan ianya penting di sisi syara'.

Dalil dari Al-Quran

1. Maksud FirmanNya: "Katakanlah bahawa sesungguhnya Tuhanku mengharamkan perkara yang keji, apa yang zahir daripadanya dan apa yang batin" - Surah Al-A'raf;33

2. Bermaksud: "Janganlah kamu menghampiri perkara-perkara yang keji, apa yang zahir daripadanya dan apa yang batin." - Surah Al-An'am;151

Dalil dari Hadis

1. Maksud: "sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan kamu dan rupa paras kamu, akan tetapi Dia melihat kepada hati-hati kamu"

2. Banyak hadis yang menyebut tentang hasad dengki, Takabbur, riya', iri hati dan sebagainya. Selain itu, banyak juga hadis yang menyuruh supaya menghiasi diri dengan akhlak mulia.

-bersambung

Tiada ulasan:

kasihislami.blogspot.com

PROMOSI....TEMPAHAN TAFSIR AL-QURAN PERKATA...