Isnin, 7 Jun 2010

Hukum Berkaitan Patung, Lukisan Gambar Dan Foto sebagaimana yang ditanya kepada Mufti Brunei

Soalan:

Mengikut hukum syara’ dan dalam Islam adalah ditegah untuk membina atau membuat patung-patung sama ada patung manusia atau binatang. Tapi apakah fatwa Yang Dimuliakan Pehin mengenai patung-patung binatang yang ada dibina di Jerudong Park Playground dan jua pada tiap-tiap malam termasuk malam Jumaat dibukakan kepada orang ramai? Harap Pehin dapat berikan penjelasan dengan tabah dan berani.

Jawapan:

َالحَمْدُ ِللهِ َربِّ الْعَلَمِيْنَ, وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ,أللهم هداية للصواب, وَبَعْدُ


Definisi

Apabila disebut patung, maka akan segera diertikan sebagai suatu ukiran daripada batu, besi dan sebagainya yang mempunyai bentuk dan rupa paras dengan tubuh badan serta segala anggota bagi sesuatu objek tertentu yang hendak digambarkan dalam bentuk ukiran tersebut.

Ini bererti bahawa patung itu ialah gambar yang mempunyai jisim (tubuh badan dengan segala anggotanya) dan bayang. Dalam bahasa Arab dikenali sebagai timtsâl atau bila banya disebut tamâtsîl.

Dengan ini patung berbeza daripada gambar yang tiada berjisim dan tidak mempunyai bayang.

Bentuk-Bentuk Patung

Bagi mengetahui hukum masalah di atas kita perlu melihat kepada bentuk-bentuk patung dan juga gambar-gambar seperti berikut:

(i) Patung bagi benda (objek) yang bernyawa (ada baginya nyawa), sama ada manusia, binatang dan lainnya yang lengkap dengan segala anggota tubuh badan serta ada baginya jisim dan bayang.

(ii) Patung bagi tujuan pendidikan, pengajaran atau pembelajaran.

(iii) Patung yang tidak lengkap dengan anggota yang diperlukan bagi ia hidup.

(iv) Gambar atau lukisan benda bernyawa diletakkan pada tempat-tempat terhormat dan tidak menghinakan.

(v) Gambar atau lukisan benda bernyawa yang dipotong-potong dan dijadikan suatu benda lain dan digunakan dalam bentuk menghinakannya seperti bantal.

(vi) Gambar atau lukisan bagi benda-benda yang bernyawa yang diperlukan bagi sesuatu tujuan yang tidak bercanggah dengan syara’.

(vii) Gambar atau lukisan bagi benda-benda yang tidak bernyawa.

Berikut dinyatakan hukum-hukum yang berkenaan dengan setiap bentuk yang tersebut di atas berserta dengan dalil-dalil dan pendapat-pendapat ulama Islam yang muktabar terutama dalam Mazhab Imam Syafi’e Radhiallahu ‘anhu.

Hukum

1. Hukum membina atau membuat patung bagi benda yang bernyawa seperti manusia atau binatang-binatang yang lengkap dengan segala anggota tubuh badannya, berjisim dan ada bayang adalah haram dengan ijma’ seluruh ulama daripada semua Mazhab Ahli Sunnah Wal Jemaah dan wajib dirobohkan, sama ada diletakkan di tempat terhormat atau tempat yang menghinakannya. Manakala membinanya atau membuatnya adalah merupakan suatu dosa besar iaitu dosa besar yang kedua ratus enam puluh lapan seperti yang disebut oleh Imam Ibnu Hajar di dalam kitabnya Al-Zawâjir, kecuali jika disediakan semata-mata untuk tujuan pendidikan atau sebagai alat pengajaran dan pembelajaran seperti kanak-kanak sebagai mainan kepada kanak-kanak perempuan bagi tujuan latihan dan pendidikan dan latihan untuk masa depannya sebagai ibu. Demikian juga dengan patung manusia atau binatang yang lengkap atau sebahagian sahaja daripada anggota tubuh badan tertentu bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah dan di pusat-pusat pengajian tinggi seperti di Kolej atau di Fakulti Perubatan. Patung-patung atau sebahagian anggotanya untuk tujuan ini adalah harus dibuat, dimiliki dan digunakan, kerana diperlukan (hajat), sama ada daripada batu, besi, kayu dan plastic atau lain-lainnya. Manakala patung yang dibina atau dibuat untuk tujuan selain daripada pendidikan, pengajaran dan pembelajaran adalah diharamkan dan merupakan dosa besar iaitu patung bagi benda yang bernyawa, dalam apa sahaja bentuk dan rupanya, diletak pada tempat yang dihormati atau hina, di atas tanah atau lainya, sekalipun patung itu tidak ada baginya bandingan seperti kuda berkepak atau bersayap. Dalil bagi pengharaman dan sebagai dosa besar tersebut ialah berdasarkan beberapa hadits shahih daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengugut, mengancam dan memberi amaran dengan azab pada Hari Kiamat terhadap mereka yang mengukir patung-patung tersebut dan membuat atau membinanya, antaranya:


(i) Hadits Bukhari dari Muslim Ibnu Shabih Abu Dhuha berkata:


كنا مع مسروق فى دار يسار بن نمير فرأى فى صفته تماثيل فقال سمعت عبدالله (ابن مسعود رضى الله عنه) قال سمعت النبى صلى الله عليه وسلم يقول إن أشد الناس عذابا عند الله يوم القيامة المصورون

Maksudnya: “Kami sama-sama Masruq di rumah Yasar Ibnu Numair, tiba-tiba dia terlihat di ruang rumah itu ada beberapa patung.” Lantas dia terus berkata: “Aku telah mendengar daripada Abdullah bin Mas’ud berkata: “Aku mendengar Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bahawasanya manusia yang paling berat azabnya di sisi Allah pada Hari Kiamat ialah para pembuat gambar (patung).”


(ii) Hadits Imam Bukhari dengan sanadnya daripada Nafi’ bahawasanya Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma Shallallahu ‘anhuma menceritakan kepadanya, bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:


إن الذين يصنعون هذه الصور يعذبون يوم القيامة يقال لهم أحيواما خلقتم

Maksudnya: “Bahwasanya mereka yang membuat gambar-gambar (patung) ini akan dikenakan seksa pada Hari Kiamat kelak, dikatakan kepada mereka (dipaksa): “Hidupkanlah patung yang kamu buat itu.”


2. Dalam satu riwayat lagi oleh Bukhari dengan sanadnya Sa’id Ibn Abi ‘Arubah yang banyak bermulazimah (berdampingan) dengan Qatadah, yang kebetulan pada suatu hari Qatadah ada bersama-sama dengan Al-Nadhru bin Anas bin Malik, Al-Nadhru menceritakan kepada Qatadah, sambil didengar oleh Sa’id yang bersama-sama dengan mereka, Al-Nadhru berkata:
“Suatu hari aku duduk di sisi Ibnu ‘Abbas, di ketika itu ramai orang yang bertanya masalah dan meminta fatwa daripadanya, Ibnu ‘Abbas menjawab persoalan-persoalan itu tanpa menyebut sebarang dalil daripada Al-Sunnah (hadits) sehinggalah ditanyakan oleh seorang lelaki dari Iraq yang bekerja sebagai tukang kayu, katanya kepada Ibnu ‘Abbas: “Aku membuat gambar ini”, dalam riwayat lain katanya: “Kehidupanku adalah melalui kerja tanganku iaitu membuat gambar (mengukir kayu-kayu menjadi patung), maka apakah yang tuan boleh memberi apa-apa perintah tuan kepada saya (berhubung dengan perkara ini)” Di sini Ibnu ‘Abbas menjawab katanya:

سمعت محمدا صلى الله عليه وسلم يقول من صور صورة فى الدنيا كلف يوم القيامة أن ينفخ فيها الروح وليس بنافخ
Maksudnya: “Aku dengar Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang membuat sebarang gambar di dunia ini akan diseksa pada Hari Kiamat kelak dengan memaksa dia supaya meniupkan padanya roh, sedangkan dia tidak mampu sama sekali meniupkan roh (menghidupkan).”


Dalam riwayat yang lain, apabila Ibnu ‘Abbas melihat lelaki itu tidak senang dengan jawapannya, maka Ibnu ‘Abbas berkata kepadanya:


ويحك ! إن أبيت إلا أن تصنع فعليك بهذا الشجر

Maksudnya: “Celaka kau! Jika terpaksa juga engkau kerjakan, maka buatlah gambar pokok.”


Dalam riwayat Muslim dan Ahmad, kata Ibnu ‘Abbas menjawab bagi pertanyaan lelaki tersebut:


سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول كل مصور فى النار يجعل له بكل صورة صورها نفسا فتعذبه جهنم
Maksudnya: “Aku dengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Setiap penggambar (pembuat patung) diazab / diseksa dalam neraka, dijadikan setiap gambar (patung) itu roh sebagai alat penyeksa terhadapnya di dalam neraka jahanam.


Maka Ibnu ‘Abbas berkata kepadanya:


فإن كنت لابد فاعلا فاصنع الشجر وما لا نفس له
Maksudnya: “Jika awak terpaksa juga melakukan pekerjaan itu (membuat patung), maka buatlah (gambar) tumbuh-tumbuhan dan benda-benda yang tidak bernyawa.”


3. Manakala patung benda bernyawa bagi tujuan pendidikan, pengajaran dan pembelajaran, kata Ibnu Hajar Al Asqalani: “
Patung yang diharamkan dengan ijma’ itu tidak termasuk pating mainan kanak-kanak perempuan.”
Dan Imam Nawawi juga ada berkata:
“Dikecualikan daripada haram membuat patung dan penggunaannya; patung mainan kanak-kanak perempuan, kerana ada riwayat daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang memberi ruhkshah (kelonggaran) mengenainya”


Kelonggaran atau pengecualian ini adalah berdasarkan hadits Bukhari dengan sanadnya kepada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anhu katanya:


كنت ألعب بالبنات عند النبى صلى الله عليه وسلم وكان لى صواحب يلعبن معى فكان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا دخل يتقمعن منه فيسربهن إلى فيلعبن معى
Maksudnya: “Aku bermain-main anak patung di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan aku ada beberapa orang kawan bermain-main bersama-samaku. Apabila Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam membiarkan mereka bermain –main denganku.”


Jadi hadits ini bermaksud ‘Aisyah bermain dengan anak-anak patung bersama dengan kawan-kawanya, bukanlah bermakna ‘aisyah bermain –main dengan kawan-kawannya sahaja, ini dijelasskan oleh riwayat Jarir daripada Hisyam, di dalamnya terdapat perkataan ‘Aisyah berbunyi:


كنت ألعب بالبنات وهن اللعب
Maksudnya: “Aku bermain-main dengan anak-anak perempuan iaitu anak-anak mainan (patung).”


Hadits ini diterbitkan oleh Abu ‘Awanah dan lainnya. Juga Abu Daud dan Nasa’i ada meriwayatkan cerita lain daripada ‘Aisyah (yang menunjukkan ada patung-patung mainan kepada ‘Aisyah) katanya:



قدم رسول الله صلى الله عليه وسلم من غزوة تبوك أو خيبر – فذكر الحديث فى هتكه الستر الذى نصبته على بابها, قالت: فكشفت ناحية الستر عن بنات لعائشة لعب فقال ما هذا يا عائشة قالت بناتى, ورأى فيها فرسا مربوطا له جناحان فقال ما هذا؟ قلت فرس قال فرس له جناحان قلت ألم تسمع أنه كان لسليمان خيل لها أجنحة؟ فضحك
Maksudnya: “Setibanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada peperangan Tabuk dan Khaibar, lalu diceritakan kisah di mana Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam menurunkan kain yang direntangkan pada pintunya, di sini Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam terlihat di sebalik kain rentang itu ada beberapa anak patung perempuan mainan kepada ‘Aisyah. Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Apa ini wahai ‘Aisyah?” Jawabnya: “Anak-anak patung perempuan milikku.” Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam terlihat pula kepada patung kuda dalam keadaan terikat ada baginya dua sayap! Maka Rasulullah bertanya: “Apa ini?” ‘Aisyah menjawab: “Kuda.” Kata Rasulullah: “Kuda ada dua sayap!” Jawab ‘Aisyah: “Tidakkah Tuan pernah dengar bahawa ada bagi Nabi Sulaiman kuda-kuda yang mempunyai beberapa sayap? Maka rasulullah tertawa.”


Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani selepas membawa hadits ini daripada beberapa riwayatnya:
“Maka ini adalah merupakan dalil yang jelas menunjukkan bahawa yang dimaksudkan ialah anak-anak patung daripada mainan perempuan, bukannya anak-anak perempuan daripada manusia.” Tetapi Imam Malik berkata: “Makruh bapa membeli patung mainan kepada anak perempuannya.”
Bahkan setengah ulama berpendapat bahawa kebenaran pada membuat dan menggunakan patung mainan kanak-kanak perempuan itu telah dimansukhkan kepada hadits-hadits yang melarang seperti yang disebut di atas.

4. patung benda bernyawa yang berjisim dan ada bayang, tetapi tidak lengkap dengan segala anggota terutama anggota yang tidak dapat tidak untuk hidup seperti kepala atau badan, hukumnya adalah harus pada pendapat Al-Jumhur (kebanyakkan ulama) seperti yang dinaqalkan oleh Imam Rafi’e:
“Bahawasanya patung, apabila dipotong keplanya maka tiadalah sebarang tegahan lagi.”
Tetapi Imam Mutawalla (salah seorang ulama besar pakar rujuk dalam Mazhab Syafi’e) mengatakan:
“Tiada beza, sama ada dipotong kepalanya atau tidak.”


Ini bererti pada pendapat Mutawalla bahawa sebarang patung adalah haram membuat atau membinanya.

5. Patung benda bernyawa tiada berjisim dan tiada berbayang itu sebenarnya ialah gambar atau lukisan. Jika ia diletakkan pada tempat-tempat yang mulia dan tidak menghinakannya seperti digantung di tempat-tempat yang mulia dan tidak menghinakannya seperti digantung di tempat-tempat yang tinggi, di dinding, di siling, di pakaian dan sebagainya, maka menurut pendapat yang jelas dalilnya adalah haram dan tidak dimasuki Malaikat Rahmat.

Dalam hadits riwayat Bukhari dengan sanadnya daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anhu berkata:


قدم رسول الله صلى الله عليه وسلم سفر وقد سترت بقرام لى على سهوة لى فيها تماثيل فلما رآه رسول الله صلى الله عليه وسلم هتكه وقال أشد الناس عذابا يوم القيامة الذين يضاهون بخلق الله قالت فجعلناه وسادة أو وسادتين
Maksudnya: “Setibanya Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam daripada suatu pelayaran (kembali daripada peperangan Tabuk) dan aku menggunakan sebidang kain bulu (mungkin seperti sejadah) untuk menutupi bilik kecil yang dijadikan sebgai setor barang-barang. Terdapat pada kain itu gambar-gambar (lukisan-lukisan benda yang bernyawa), maka apabila Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam melihatnya, Baginda lalu memusnahkannya (bererti mengangkat kain itu dan menjauhkannya daripada tempat letaknya itu serta menggulungkannya sehingga tidak nampak lagi gambar-gambarnya kepada mata yang memandang) sambil bersabda: “Manusia yang paling berat seksanya pada Hari Kiamat ialah mereka yang menjadikan sesuatu menyamai / menyerupai dengan makhluk yang dijadikan Allah (membuat patung benda bernyawa).” Kata ‘Aisyah: “Ekoran daripada teguran Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam itu kami pun potong kain tersebut untuk dijadikan sebiji atau dua biji bantal.”


Oleh yang demikian, jelas daripada hadits ini segala gambar bagi benda bernyawa, sama ada baginya jisim dan bayan (patung) atau tidak (iaiatu gambar-gambar dan likisan-lukisan manusia atau binatang) adalah haram jika diletakkan pada tempat-tempat yang dimuliakan dan tidak hina, berdasarkan kepada ugutan atau amaran dengan seksa yang paling berat di dalam hadits yang shahih daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam seperti tersebut di atas.

Tetapi jika diletakkan pada tempat yang tidak dimuliakan seperti contoh dalam hadits iaiatu bantal yang digunakn untuk tidur adalah tidak haram.

Dalam hadits lain riwayat Bukhari dengan sanadnya daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha: -


قدم النبى صلى الله غليه وسلم وعلقت درنوكا فيه تماثيل فأمرنى أن أنزعه فنزعته...
Maksudnya: “Setibanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada suatu pelayaran, pada ketika aku telah merentangkan sebidang kain (durnûk) di pintu rumahku (kain yang boleh digunakan sebagai hamparan dan tabir / langsir) terdapat padanya gambar-gambar lukisan, (iaiatu kuda yang mempunyai sayap dan kepak), maka Rasulullallah Shallallahu ‘alaihi wasallam memerintah supaya aku buangkannya, lalu aku pun segera membuangkannya (menurunkannya daripada pintu).”


Dan satu lagi hadits riwayat Bukhari dengan sanadnya daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha juga:


أنها اشترت نمرقة فيها تصاوير. فقام النبى صلى الله عليه وسلم بالباب فلم يدخل. فقلت أتوب إلى الله مما أذ نبت قال ما هذه النمرقة. قلت لتجلس عليها وتوسدها. قال إن أصحاب هذه الصور يعذبون يوم القيامة يقال لهم أحيوا ما خلقتم وإن الملائكة لا تدخل بيتا فيه الصور
Maksudnya: “Bahawa ‘Aisyah telah membeli satu set tempat duduk (bantal / kusyen tempat duduk) yang ada padanya gambar-gambar, (apabila Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pulang), maka Baginda berdiri di pintu dan enggan masuk ke dalam rumah. (Setelah melihat keadaan sedemikian dan dilihat tanda tidak suka di muka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam), maka ‘Aisyah berkata: “Aku memohon ampun kepada Allah daripada dosa yang aku lakukan.” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Apakah tujuan dengan bantal (numruqah) ini?” Jawab ‘Aisyah: “Untuk Tuan hamba duduk dan bersandar” , sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Bahawa sesungguhnya orang-orang yang membuat gambar ini akan diseksa pada Hari Kiamat kelak, dikatakan kepada mereka: “Hidupkanlah apa yang kamu buat itu, dan sesungguhnya para malaikat (Malaikat Rahmat) tidak akan memasuki rumah yang terdapat padanya gambar-gambar.”


Manakala dalam riwayat Bukhari lagi dengan sanadnya daripada ‘Aun bin Abi Juhaifah daripada bapanya menyebutkan:


أنه اشترى غلاما حجاما فقال إن النبى صلى الله عليه وسلم نهى عن ثمن الدم وثمن الكلب وكسب البغى ولعن آكل الربا وموكله والوشمة والمستوشمة والمصور

Maksudnya: “Bahawa bapa ‘Aun membeli seorang hamba yang mahir dengan kerja-kerja berbekam. Maka katanya: “Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menegah daripada hasil jualan darah, hasil jualan anjing, hasil zina (pelacuran), dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat ke atas pemakanan riba dan pemberi riba dank e atas pembuat tatu (kirung) dan yang meminta supaya dibuat tatu ke atasnya, dan ke atas penggambar gambar (pembuat gambar).”


Daripada beberapa hadits di atas jelas bahawa gambar-gambar benda yang bernyawa yang lengkap dengan segala anggota tubuh badannya tetapi tiada berjisim dan tiada bayang baginya, hukumnya adalah seperti berikut:

(i) Jika diletakkan pada tempat-tempat terhormat dan tidak hina adalah haram. Walau bagaimanapun Imam Nawawi berpendapat adalah tiada beza di antara yang ada baginya bayang dan tiada baginya bayang jika digantung di dinding, di pakaian, di serban atau seumpamanya daripada perbuatan yang tidak dikirakan sebagai menghinakannya adalah haram.

(ii) Jika digunakan sebagai hamparan yang dipijak-pijak atau menjadi hina dengan penggunaannya seperti bantal dan sandaran (penyandar) adalah harus. Kata Imam Nawawi: “Ini adalah pendapat jumhur Ulama dari kalangan sahabat dan tabi’in dan aia adalah pendapat Imam Tsauri, Malik, Abu Hanifah dan Syafi’e.”

(iii) Jika dipotong-potongkan dan dijadikan seperti bantal dan sebagainya adalah harus.

(iv) Jika tidak dipotong-potong, bahkan masih lengkap dengan sempurna segala anggotanya dan masih dijadikan tempat duduk (numruqah) adalah masih diingkari oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, seperti yang jelas daripada tindakan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memberi amaran terhadap mereka yang membuat gambar.

Hadits ini ditujukan kepada gambar (numruqah) yang hendak dijadikan sebagai tempat duduk. Di sini Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menyatakan bahawa para pembuat gambar-gambar ini (yang dilukis dalam numruqah) akan diazab pada Hari Kiamat kelak dengan dipaksa mereka supaya menghidupkannya, sedangkan mereka tidak mampu menghidupkannya. Ini suatu seksa kepada mereka. Dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menyatakan lagi di sini bahawasanya para malaikat (Malaikat Rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yang terdapat padanya gambar-gambar seperti yang terdapat pada (numruqah) iaiatu jisim dan bayang, bahkan gambar lukisan sahaja tidak lengkap. Selain daripada hadits Al-Nadhru yang menceritakan kepada Qatadah darihal Ibnu ‘Abbas yang diminta fatwa terhadap beberapa masalah dan dijawabnya tanpa membawa dalil daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam kecuali apabila ditanya mengenai kerja mencari nafkah melalui membuat gambar. Maka di sini Ibnu ‘Abbas menjawab dengan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang menyatakan secara umum (man shawwara shûratan…) dapat difahamkan bahawa sebarang kerja membuat gambar bagi benda yang bernyawa, sekalipun tiada berjisimdan bayang, tetapi gambar-gambar itu lengkap dan sempurna dengan segala anggotanya dan walaupun digunakan sebagai tempat duduk atau dijadikan pekerjaan membuatnya sebagai jalan mencari nafkah hidup adalah haram.

Imam Nawawi berkata:


تصوير صورة الحيوان حرام شديد التحريم وهو من الكبائر لأنه متوعد عليه بهذا الوعيد الشديد وسواء صنعه لما يمتهن أم لغيره فصنعه حرام بكل حال, وسواء فى ثوب او بساط او درهم أو دينار أو فلس أو إناء أو حائط أو غيرها. فأما تصوير ما ليس فيه صورة حيوان فليس بحرام.
Ertinya: “Membuat gambar binatang (termasuk manusia kerana maksudnya: Benda yang bernyawa) adalah haram yang bersangatan dan ia merupakan dosa besar, kerana diugut denga ugutan yang kuat. Dan sama ada dibuat gambar itu pada benda yang menghinakan atau lainnya. Membuat gambar adalah haram dalam semua keadaan, dan sama ada dibuat pada pakaian, hamparan, wang derham, dinar, wang tembaga, bijana, di dinding dan lainnya. Tetapi membuat gambar yang lain daripada binatang (binatang bernyawa) adalah tidak haram.”


Manakala Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani pula menyatakan dalam Fath Al-Bâri bahawa ugutan dengan azab yang berat itu ditujukan khas terhadap mereka yang membuat gambar dengan bertujuan menyerupai (yudhâhi) dengan makhluk yang dijadikan Allah (menyerupai Allah dari segi menjadikan sesuatu). Maka jadilah dia kafir dengan niat tersebut, maka kerana inilah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


أشد الناس عذابا يوم القيامة الذين يضاهون بخلق الله

Maksudnya: “Manusia yang paling berat seksanya pada Hari Kiamat ialah mereka yang menyerupai dengan makhluk yang dijadikan Allah.”


Al-Hafiz Al-Asqalani menambah:
“Orang yang lebih berat bagi dosanya (daripada yang tiada niat menyerupai) ialah mereka yang membuat gambar apa-apa suatu yang disembah selain daripada Allah.”


Kata Al-Qurtubi:
“Bahawasanya masyarakat jahiliah membuat berhala dariada apa sahaja yang terdapat, sehingga setengah daripada mereka membuat berhalanya daripada buah tamar ‘ajwah, yang mana apabila dia merasai lapar dimakannya.”


Hukum Gambar Foto (Photograph)

(i) Adapun gambar yang dibuat melalui cahaya matahari seperti gambar-gambar foto itu kata setengah ulama harus dan boleh dibuat dan kata setengah ulama lain haram dibuat.

(ii) Gambar haiwan yang diambil dengan memakai alat foto yang telah berlaku kira-kira pada kurun yang kesembilan Masihi, saya belum berjumpa perkataan alim ulama Syafi’iyyah yang tepat berkenaan hukum mengambil haiwan dengan alat foto sebagaimana yang dibayangkan oleh Al-‘Allâmah Al-Saqqaf pengarang Hâayiah Tarsyih Al-Mustafîdîn ‘ala Fath Al-Mu’în, akan tetapi menurut kumpulan fatwa bagi Al-‘Allâmah Al-Syeikh Husain Al-Maghribi Al-Azahari Mufti Malikiyyah di Makkah Al-Mukarramah dan bagi anaknya Al-‘Allâmah Al-Syeikh Muhammad ‘Abid, Mufti Malikyyah Makkah Mukarramah dan menurut pendapat Al-‘Allâmah Al-Sayyid Muhammad bin Ja’afar gambar yang diambil dengan memakai alat foto adalah ia makruh jika gambar-gambar haiwan itu cukup keadaannya.

Dengan ini jelas daripada pendapat-pendapat ulama di atas seperti berikut:

(i) Membuat patung dengan niat menyerupai Allah dari segi menjadikan sesuatu itu adalah kufur wal ‘yâdzubillâh.

(ii) Membuat patung atau gambar bagi sesuatu yang disembah selain daripada Allah adalah haram dan berdosa lebih besar daripada dosa membuat patung atau gambar bagi yang bukan disembah selain daripada Allah.

(iii) Membuat gambar, lukisan pada benda-benda yang terhormat dan tidak dihinakan adalah haram seperti yang jelas daripada hadits-hadits iaitu qiram, durnûk dan numruqah.

(iv) Jika dibuat atau digunakan dengan cara yang tidak memuliakan, bahkan dihinakan seperti hamparan yang terdapat pada bantal dengan dipotong-potongkan, maka tiadalah haram.

(v) Jika gambar-gambar itu bagi benda-benda yang bernyawa seperti gambar-gambar atau lukisan tumbuh-tumbuhan, maka ini adalah harus seperti kata Ibnu ‘Abbas kepada lelaki tukang kayu. Daripada hadits yang maksudnya: (…Jika terpaksa juga engkau lakukan kerja membuat gambar, maka buatlah gambar-gambar tumbuh-tumbuhan).

(vi) Bagi gambar-gambar itu bukan bagi benda-benda yang bernyawa untuk tujuan-tujuan yang tidak bercanggah dengan syara’ seperti untuk tujuan pengenalan peribadi seseorang seperti yang ditetapkan oleh undang-undang, maka ini adalah harus. Harus gambar-gambar atau lukisan-lukisan yang tiada berjisim dan berbayang untuk dibuat, dimiliki dan digunakan dalam kehidupan sehari-hari yang tidak bercanggah dengan syara’.

Rumusan

Dengan ini dapatlah dirumuskan hukum-hukum berkaitan dengan patung atau gambar-gambar seperti berikut:

(i) Patung benda yang bernyawa yang lengkap dengan segala anggotanya adalah haram dengan ijma’, dan wajib dimusnahkan, sama ada patung manusia, binatang, malaikat jin atau binatang yang tiada banding baginya seperti kuda bersayap atau berkepak.

(ii) Patung tersebut di atas yang dipotong bahagian atau anggota yang tidak boleh ia hidup tanpanya adalah harus.

(iii) Patung lengkap seperti (i) di atas bagi tujuan pendidikan atau pengajaran dan pembelajaran adalah harus dibuat, dimiliki dan digunakan.

(iv) Gambar atau lukisan benda bernyawa diletakkan pada tempat-tempat terhormat dan tidak hina adalah haram.

(v) Gambar atau lukisan benda yang bernyawa diletakkan pada tempat-tempat tidak terhormat dan sekalipun menghinakan seperti yang terdapat pada penyandar-penyandar yang dijadikan tempat sandaran atau tempat duduk adalah masih diingkari oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Ini ditafsirkan oleh setengah ulama sebagai makruh sahaja.

(vi) Gambar atau lukisan benda yang bernyawa itu, jika dipotong-potongkan dan dijadikan seperti bantal dan sebagainya maka ini adalah harus.

(vii) Sebarang patung, gambar atau lukisan bagi benda-benda yang tiada bernyawa adalah harus seperti bukit bukau, gunung-ganang, tumbuh-tumbuhan, lautan, langit dan bumi dan sebagainya.

(viii) Gambar atau lukisan bagi benda yang bernyawa yang diperlukan bagi tujuan-tujuan yang tidak bercanggah dengan syara’ adalah harus, sama seperti patung benda yang bernyawa di atas.

(ix) Gambar atau patung benda bernyawa berjisim dan berbayang atau tidak, jika dibuat dengan tujuan menyerupai Allah dalam menjadikannya adalah kufur wal’iyâdzubillâh.

(x) Jika dibuat gambar atau patung tersebut tanpa niat menyerupai, tetapi gambar atau patung itu ialah sesuatu yang disembah selain daripada Allah, maka hukumnya adalah haram dan dosanya lebih besar daripada dosa membuat gambar atau patung bagi benda yang tidak disembah selain daripada Allah.


وَاللهُ أَعْلَم


Negara asal : Brunei darussalam

Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
Penulis/Ulama : Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned
Tarikh Diisu : 1994-1995

Nota: Fatwa Mufti Kerajaan

Jumaat, 4 Jun 2010

KHUTBAH BANTAHAN REJIM ZIONIS YAHUDI DAN DOA QUNUT NAZILAH

Saya turunkan teks Khutbah jumaat 4 jun 2010 yang dibaca di Masjid Taman Wawasan, Tawau... Juga doa Qunut Nazilah yang patut dibaca oleh semua umat Islam... bagi mengecam tindakan kejam rejim zionis Yahudi..Moga ada manfaatnya..

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى
وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ
المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا
مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ
إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ
حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 76 surah an-Nisa’:

Maksudnya : Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berperang di jalan Toghut, oleh itu perangilah kawan-kawan syaitan itu kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah

Kini kita berada awal bulan Jun dan baru sahaja melepasi bulan Mei yang mengingatkan kita semua tentang sejarah hitam bagi umat Islam setiap kali tibanya 15 Mei yang digelar dengan NAKBAH- hari malapetaka dalam sejarah umat Islam terutamanya di Palestin, dengan penubuhan negara haram Israel pada tahun 1948. Pada 12 Mei 2010 baru-baru ini, Perdana Menteri negara haram Israel, Benyamin Netanyahu, di dalam Knesset menegaskan sekali lagi bahawa Yahudi berhak terhadap bandar Quds dengan alasan kononnya Quds dengan nama dalam bahasa Ibrinya dipanggil Sahyun disebut sebanyak 850 kali dalam Perjanjian Lama (Kitab Taurat) sedangkan ia tidak disebut dalam kitab-kitab suci yang lain. Quds juga disebut sebanyak 142 kali dalam kitab Perjanjian Baru sedangkan al-Quran tidak menyebut walaupun sekali di antara 26 nama Arab untuk Quds sehinggalah dalam tafsiran al-Quran yang berkembang mulai abad ke 12 dikatakan di sana ada ayat yang menunjuk kepada Quds. Lantas Para wakil Arab di Knesset membantah kenyataan Perdana Menteri Israel tersebut, dengan menyebut bahawa Quds ialah qiblat pertama umat Islam dan merupakan tanah haram yang ke 3, dan mendakwa Netanyahu cuba memutar-belitkan sejarah. Bagi umat Islam, di tanah Quds inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di sisi Islam di dunia ini selepas Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi. Di tanah inilah saksi kepada jihad yang mengorbankan jutaan umat Islam bagi mengembalikan kemerdekaan Palestin. Bagi Yahudi pula, kononnya bumi tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah kampung halaman nenek moyang mereka yang berasal dari Bani Israel dan Yahudi percaya di tanah itulah terletaknya Bukit Zion tempat tertanamnya Haikal Sulaiman iaitu kuil suci mereka. Manakala Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci di mana Temple of Nazareth yang terletak di tanah tersebut merupakan tempat kelahiran Nabi Isa, tempat Nabi Isa menyampaikan ajarannya dan disalib mengikut pegangan ajaran kristian. Sejak zaman nabi Ibrahim lagi, yang merupakan moyang kepada keturunan Bani Israel dan Bani Ismail telah mendiami bumi Palestin. Meskipun Yahudi mendakwa Palestin sebagai tanah warisan mereka tetapi Allah sendiri menafikannya; antaranya ayat 67 surah Ali ‘Imran :

Maksudnya : Bukanlah nabi Ibrahim itu Yahudi dan bukannya juga Nasrani tetapi dia adalah orang yang lurus, bersih (dari syirik dan sesat) dan muslim (berserah diri kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Musuh Islam sentiasa berusaha siang dan malam dalam menghancur Islam dan umat Islam termasuk dengan merenggangkan semangat persaudaraan Islam dengan menyuburkan semula semangat kebangsaan yang sempit. Isu Palestin yang merupakan isu umat Islam dialihkan kepada isu negara Arab seterusnya dipinggirkan lagi sebagai isu rakyat Palestin sahaja. Contohilah perjuangan Salehudin al-Ayyubi yang berbangsa Kurdis tetapi bangkit atas dasar Islam membebaskan masjid Aqsa hasil daripada surat banduan Palestin yang terseksa dalam penjara kerajaan Salib Kristian ketika betapa banyak surat lagi yang dihantar kepada raja-raja Arab sekelilingnya tetapi tidak dihiraukan. Kita mesti menghargai betapa bernilainya Baitul Maqdis yang merupakan tanah wakaf milik seluruh umat Islam sebagaimana yang telah diisytiharkan oleh Sayidina Umar al-Khottab sebaik sahaja membebaskannya daripada cengkaman Empayar Rom. Bersamalah kita membantu umat Palestin yang merupakan penjaga kepada tanah wakaf milik kita semua. Ayuh bangun membantu umat Palestin dengan doa, harta dan jiwa raga kita serta memboikot barangan Israel dan sekutunya terutama Amerika Syarikat. Jangan tunggu sehingga Masjidil Aqsa menyembah tanah, baru kita merintih sedih. Jangan kita menjadi umat Islam yang paling lemah iaitu membiarkan sahaja Masjidil Aqsa runtuh pada zaman kita hidup. Tirulah apa yang dilakukan oleh umat Islam ketika Masjidil Aqsa dibakar pada tahun 1969 sehingga mereka bangkit yang menyebabkan hampir seluruh Yahudi dihalau keluar dari bumi Palestin.

Sidang jemaah jumaat sekalian,
Khatib menyeru sidang hadirin semua agar kita sama-sama mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya kekejaman Israel yang menyerang konvoi bantuan kemanusiaan yang membawa bantuan perubatan, pendidikan dan pembinaan bagi rakyat Gaza yang disertai lebih daripada 50 buah negara sehingga ada sukarelawan yang mati ditembak dan ramai yang cedera, termasuk 12 sukarelawan Malaysia yang ditahan walaupun dibebaskan akhirnya dan dijangka tiba di Malaysia pada hari ahad ini. Sama-sama kita membantah tindakan rejim zionis Israel tersebut dan marilah kita bersama umat Islam dan pejuang Islam yang sentiasa melaungkan خَيْبَرْ خَيْبَرْ يَا يَهُوْد جَيْشُ مُحَمِّدٍ سَوْفَ يَعُوْدُ : Berambus! Berambus wahai yahudi! Tentera Muhammad kan kembali :
مَنْ قُتِلَ دُوْنَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ : قَالَ الرَّسُوْلُ
مَنْ قُتِلَ دُوْنَ دِيْنِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ دَمِهِ فَهُوَ
شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ أَهْلِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ
– رواية الترمذي دان النسائي

Maksudnya: Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia adalah mati syahid, Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya maka dia adalah mati syahid, Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya maka dia adalah mati syahid dan sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya maka dia adalah mati syahid

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,
Masyarakat umat Islam dan orang Melayu hari ini seringkali leka dengan hedonisme (suka berhibur) seperti hiburan seni suara dan permainan bola sepak. Kita tahu bagaimana hiburan yang melampau banyak merosakkan akhlak umat Islam tetapi malangnya program dalam melahirkan lebih ramai penghibur terus subur. Konsert hiburan melampau diberi permit dengan mudah. Nasib baik lah konsert Inul yang pada awalnya diadakan di Kompleks Sukan Tawau dibatalkan, setelah dibuat bantahan oleh sebahagian umat Islam yang prihatin, kalau tidak, sudah pasti ada umat Islam yang turut serta hanyut dengan goyangan dangdutnya pada malam sabtu yang lalu. Dan Tidak berapa lama lagi seluruh dunia termasuk umat Islam banyak menumpukan perhatian kepada bolasepak Piala Dunia sehingga ramai di kalangan kita tidak lagi menghiraukan masalah semasa yang sedang berlaku. Ingatlah sidang jemaah jumaat sekelian, pada tahun 1967, Sinai di Mesir jatuh ke tangan Israel antara sebabnya adalah kerana pada waktu itu orang Arab sedang disibukkan dengan bola. Oleh itu tumpuan kepada sukan tersebut janganlah melalaikan kita daripada menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah terutama dalam menjaga solat Subuh, kerja dan tugasan harian, amanah keluarga dan sebagainya.

Semua hiburan dan permainan sebegini adalah perancangan Yahudi untuk menguasai dunia..Umat Islam perlu ingat kepada protokol Yahudi ke-13 dalam menguasai dunia. Antara lain yang berbunyi : “Untuk menjauhkan orang ramai selain yahudi daripada mendapat maklumat baru tentang garis kerja yang zionis yahudi laksanakan, maka kita akan melalaikan masyarakat dunia dengan pelbagai program permainan dan hiburan. Kita akan mengiklankan di dalam akhbar dan lainnya tentang seruan supaya mereka menceburi pelbagai kegiatan seperti aktiviti seni hiburan, sukan dan sebagainya. Dengan keseronokan yang baru ini maka pemikiran manusia akan lalai daripada memikirkan masalah perselisihan antara yahudi dengan mereka. Apabila sesuatu bangsa telah kehilangan sedikit demi sedikit nikmat berfikir maka mereka akan datang kepada yahudi kerana sebab yang satu iaitu yahudi akan menjadi anggota masyarakat yang bernilai dan lebih layak dalam mengemukakan pendapat dan buah fikiran yang baru kepada manusia. Melalui cara ini negara Israel akan diiktiraf oleh dunia dan seluruh dunia akan berkhidmat untuk yahudi” Ini janji Yahudi...

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Ketika umat Islam bangkit mengecam laman facebook yang menghina nabi Muhammad s.a.w dengan suatu kumpulan menganjurkan pertandingan melakar/melukis wajah nabi Muhammad s.a.w, kemudian pengharaman laman youtube/facebook oleh Pakistan yang menghina Islam disamping mengutuk tindakan biadap seorang peguam perempuan Perancis yang telah berusia 60 tahun yang sanggup menarik tudung seorang muslimat di khalayak ramai kerana benci pada Islam maka kita begitu sedih apabila ada pihak dari kalangan orang Islam tergamak menghalalkan lesen judi bola yang boleh merosakkan aqidah dan akhlak pemimpin dan masyarakat dengan alasan yang pelbagai. Sedangkan judi adalah jelas pengharamannya berdasarkan ayat Al-Quran dan hadis Nabi s.a.w.; Antaranya Firman Allah s.w.t dalam surah al-Maidah ayat 90:

Maksud: Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[434], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.
Jika kita memerhati kepada pegangan agama lain pun terhadap judi, seperti Agama Budha Hinayana menggariskan lima larangan kepada penganut Budha iaitu; ” membunuh, mencuri, menipu, berzina, meminum alkohol dan berjudi”. Kristian pula memberi amaran bagi yang mencari kekayaan secara cepat dan cintakan wang termasuk judi yang menyaksikan majoriti gereja menolak penubuhan pusat judi secara besaran seperti kasino atas dasar ‘melampau’, Manakala Yahudi menetapkan aktiviti judi dibenarkan semasa perayaan Hannukah sahaja sebagai satu bentuk hiburan di musim perayaan. Usaha kerajaan United Kingdom suatu ketika dahulu untuk menubuhkan kasino secara besaran atas alasan untuk menarik pelancong dan menambah pendapat negara, telah mendapat kecaman dari rakyat tersebut. Kebanyakan negeri di Amerika Syarikat masih tidak membenarkan lesen judi atas sebab kesan moral dan sosial. Amat malang di Negara kita adanya umat Islam sendiri yang tidak takut kepada Allah dalam menjadikan judi sebagai budaya. Hanya orang yang tiada agama dan moral sahaja yang sanggup menghalalkan lesen judi. Oleh itu kita jangan menjadi rakyat yang tiada agama dan moral untuk menyokong dan mencari alasan untuk menghalalkan lesen judi bola ini kerana ia boleh merosakkan akidah kita apabila kita menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. Marilah kita bersatu membantah “pemberian lesen judi bola ini”selain daripada kita membantah tindakan Israel terhadap umat Islam pada hari ini.

Firman Allah dalam ayat 219 surah al-Baqarah:

Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي
وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ
مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ
اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ
وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ
المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


DOA QUNUT NAZILAH

اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ وَ المُجَاهِدِيْنَ وَ المُسْتَضْعَفِين , فِى فَلَسْطِين وَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ

Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestin dan semua tempat dan di semua masa.

اللّهُمَّ دَمِّرْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّينْ ِ, اللّهُمَّ أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِّرْكَ و المُنَافِقِيْنَ
, اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنََعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ, اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَقِلَّ عَدَدَهُمْ وَسِلاحَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ

Ya Allah! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mu) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan perhimpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kurangkan bilangan dan senjata mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.

يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين

Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!

اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ
, اِهْزِمِ الكُفَّار , اِهْزِمِ اليهود, اِهْزِمْ أَمَرِيْكَا وَمَنْ وَلاَّ هُمْ , وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ

Wahai Allah, Tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), Tuhan yang menggerakkan langit, Tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan mereka dan berilah kemenangan kepada kami terhadap mereka. Kalahkanlah yahudi, kalahkan Amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.

أَنْتَ قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قُوَّتِنَا , اللّهُمَّ أَنْتَ رَبُّنَا وَ َنْحنُ عِبَادُكَ

Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.

اللّهُمَّ ارْزُقْنَا شَهَادَ ةً فِىْ سَبِيْلِكَ , رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ya Allah! Rezekikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.

وصلى الله على رسوله الكريم
, و على أله و صحبه أجمعين , و الحمد لله رب العالمين

Khamis, 27 Mei 2010

BANTAH LESEN JUDI...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani”

Akhbar Utusan Malaysia pada hari Isnin bertarikh 24.5.2010 telah menyiarkan satu rencana yang telah dikarang oleh saudara Mohd Shauki Abdul Majid, pengurus penyelidikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIEM) yang bertajuk ‘Kerajaan Tidak Menghalalkan Judi dan Arak’. Rencana itu dikarang dengan tujuan menjawab isu lesen perjudian bola sepak yang diberikan oleh kerajaan Malaysia. Di dalam rencana tersebut pengarang mendakwa bahawa pemberian lesen perjudian tersebut tidak bercanggah dengan kaedah siasah syariyyah sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w dan Saidina Umar al-Khattab.

Namun setelah diteliti dengan mendalam mengikut nas-nas al-Quran dan hadis serta kaedah syarak, rencana tersebut secara jelas tidak dapat memberikan hujjah yang benar dan didapati banyak kesilapan yang telah dilakukan oleh pengarang dalam usaha membenarkan dakwaan beliau. Secara ringkas, pengarang mahu menyamakan hukum berkaitan arak dengan hukum perjudian yang mana membenarkan sebuah negara membuka ruang aktiviti perjudian sebagaimana arak dibenarkan kepada bukan Islam berdasarkan maslahah. Di sini pihak saya akan menyatakan kesilapan-kesilapan tersebut berdasar beberapa perkara dibawah:

Kesilapan Pertama:

Pengharaman judi disamakan dengan pengharaman arak

Dalam muqaddimah rencana tersebut, pengarang telah menyebut perihal pengharaman arak secara beransur-ansur (tadarruj) sebagaimana yang tersebut di dalam Al-Quran pada surah Al-Baqarah (ayat 219), surah Al-Nisaa’(ayat 43) dan surah Al-maidah (ayat 90). Tujuan pengharaman arak secara beransur-ansur adalah untuk meraikan keadaan dan suasana umat Islam pada ketika itu yang masih lagi dalam peringkat pembinaan iman. Pengarang walaubagaimana pun telah menyamakan pengharaman judi dengan arak semasa mengulas ayat 43 surah al-Nisaa’ dengan kata beliau:

“Pada peringkat kedua, Allah SWT menurunkan ayat selanjutnya, iaitu ayat 43, surah al-Nisa. Antara kandungannya ialah Allah melarang orang Islam menunaikan solat ketika mereka mabuk, sehinggalah mereka benar-benar mengetahui apa yang mereka bacakan. Pada tahap itu, arak dan judi masih belum diharamkan secara tegas.”

“Akhirnya, Allah menurunkan firman-Nya dalam surah al-Maidah, ayat 90 yang dengan tegas mengatakan bahawa arak, judi, menyembelih korban untuk berhala dan nujum adalah lebih keji dan lahir daripada perbuatan syaitan.”

Pada hakikatnya pengharaman judi tidak boleh disamakan dengan pengharaman arak dari sudut tadarruj (bertahap). Pengharaman judi sebenarnya adalah sama dengan pengharaman zina, bunuh, mencuri, merompak dan lain-lain yang mana pengharamannya datang secara terus tanpa disebut secara bertahap sebagaimana pengharaman arak kerana mudarat aktiviti perjudian amat besar kepada masyarakat berbanding arak yang mana ia digunakan juga untuk aktiviti lain seumpama tujuan perubatan oleh masyarakat pada ketika itu selain daripada minuman.

Oleh itu pengharaman sekaligus telah diwahyukan oleh Allah dalam surah Al-Maidah ayat 90. Maka jelaslah di sini pengharaman secara bertahap adalah dikhususkan untuk arak tidak termasuk judi dengan hikmah tertentu. Walaupun pengharaman judi tidak disebut di dalam al-Quran sebagaimana arak tetapi ia tidak bermakna judi dihalalkan oleh Islam sebelum dinyatakan secara jelas di dalamnya. Kalaulah kaedahnya begitu, maka perbuatan lain seperti membunuh, merompak dan berzina dikira halal sebelum diharamkan oleh al-Quran.

Kesilapan Kedua:

Mendakwa dalil orang bukan Islam boleh meminum arak berdasarkan perbuatan Rasulullah s.a.w menyuruh para sahabat membayar ganti rugi(dhoman) terhadap bekas arak yang dipecahkan.

Pengarang berkata:

“Pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW, beberapa sahabat memecahkan tempat menyimpan arak milik bukan Islam. Rasulullah telah meminta supaya para sahabat berkenaan membayar diat (ganti rugi) yang jumlahnya setimpal dengan nilai barangan yang telah dirosakkan. Ini boleh dijadikan asas bahawa orang bukan Islam boleh meminum minuman yang memabukkan atau memprosesnya selagi tidak memudaratkan orang lain”

Pertama, pengarang mengistilahkan ganti rugi dengan perkataan diat. Istilah tepat yang sepatutnya digunakan mengikut ilmu feqh adalah dhoman. Kedua, hadis tersebut langsung tidak menyebutkan orang bukan Islam harus minum arak secara jelas (sorih) atau melalui mafhumnya (samada mafhum muwafaqah, mafhum mukhalafah dan lain-lain yang digunakan untuk memahami nas).

Ketiga, Rasulullah menyuruh para sahabat membayar ganti rugi adalah kerana merosakkan harta iaitu bekas-bekas yang masih boleh digunakan sedangkan yang diharamkan adalah arak bukan bekas-bekas tersebut. Bekas-bekas tersebut tiada kaitan dengan pengharaman arak.

Keempat, hukum bukan Islam meminum arak di dalam syariat Islam juga adalah berdosa dan dihisab pada hari akhirat. Ini kerana mengikut pendapat yang paling kuat di sisi para ulama, bukan Islam juga ditaklifkan dengan perkara furu’ (seperti solat, zakat dan lain) sebagaimana mereka ditaklifkan dengan perkara usul (iaitu beriman dengan Allah). Maka tiada dalil yang membenarkan atau mengharuskan perbuatan tersebut mengikut nas Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.

Cuma perkara yang membenarkan mereka meminum arak adalah berdasarkan dasar toleransi Islam itu sendiri yang membenarkan penganut agama lain yang berada dalam negara Islam melakukan aktiviti yang dibenarkan oleh agama mereka seperti meminum arak dan memakan daging khinzir. Sesebuah negara Islam itu tidak boleh menghalang mereka dalam soal tersebut. Ianya berlainan dengan judi yang tidak dibenarkan atau dihalalkan oleh mana-mana agama utama di dunia. Oleh itu Khilafah Islamiah sejak dahulu tidak membenarkan judi kerana diharamkan oleh seluruh agama di dunia. (Rujuk Ghairul Muslimin Fi Mujtama’ Islami, Dr. Yusuf Al-Qaradawi, ms 47-48, cetakan Maktabah Wahbah, Kaherah)

Seterusnya pengarang berkata:

“Namun, mereka perlu sedar bahawa perbuatan tersebut bercanggah dengan ajaran umat Islam. Jika mereka hendak meneruskan juga perbuatan itu, maka hendaklah dilakukan secara yang tidak mengganggu umat Islam seperti di tempat-tempat khusus dan tersembunyi.

Pengajaran dan pembinaan hukum Islam seperti dalam kes pengharaman arak ini amat sesuai dengan situasi yang wujud di Malaysia, iaitu umat Islam dan bukan Islam hidup bersama dalam sebuah entiti negara.”

Kemudian pengarang berkata lagi:

“Prinsip itu terkandung dalam siasah syariah. Imam Syafie r.a. dalam kitabnya Asybah Wa al-Nazair ada membincangkan satu kaedah yang bermaksud: Pemimpin seharusnya bertindak ke atas rakyatnya berdasarkan kesesuaian maslahah (kebajikan dan kepentingan umum).”

Memang diakui sekiranya bukan Islam ingin melakukan aktiviti yang dibenarkan oleh agama mereka tetapi diharam oleh Islam (seperti kes minum arak), maka hendaklah dilakukan ditempat khusus dan tersembunyi supaya tidak menyinggung perasaan umat Islam. Tetapi persoalannya, adakah perkara ini betul-betul diangkat menjadi undang-undang Malaysia atau diamalkan secara baik?

Apa yang terjadi adalah berlawanan sebagaimana yang dakwaan-dakwaan yang terdapat di dalam rencana tersebut yang berkaitan dengan arak. Kita boleh lihat sendiri arak dijual secara berleluasa tanpa kawalan, dihidangkan di dalam hotel-hotel, dijual oleh peramugari beragama Islam di dalam kapal terbang, kilang yang terbesar di Asia Tenggara dan diminum serta dijual secara terbuka oleh orang Islam sendiri. Adakah wujud satu kaedah khusus dalam Islam yang membenarkan sebuah negara menjalankan aktiviti perniagaan arak sampai ke tahap itu? Di mana maslahah yang didakwa?

Keadah yang disebutkan oleh pengarang sedikit pun tidak tepat dengan realiti yang berlaku ataupun boleh dianggap telah menyeleweng daripada maksud yang tujuan asal. Apa yang berlaku sekarang adalah satu mafsadah dan bukan maslahah. Adakah tepat sekiranya semata-mata ingin menjaga satu kepentingan kita mengundang satu kecelakaan kepada umat? Adakah sama perbuatan Saidina Umar mengutip cukai import arak dengan keadaan sekarang? Itu adalah persoalan kepada pengarang kerana saya tidak mahu membahaskan persoalan maslahah di dalam Islam secara panjang lebar kerana isu yang diulas adalah berkaitan judi.

Kesilapan Ketiga:

Pengarang silap menyebut kaedah syara’

Samada secara sedar atau tidak, pengarang sebenarnya telah melakukan kesilapan dalam menyebut satu kaedah penting iaitu katanya:

“Malah dalam usul fikah juga terdapat perkara yang menekankan menangani bahaya yang khusus adalah lebih diutamakan daripada bahaya yang umum (yang boleh melibatkan kemudaratan yang lebih besar).”

Kaedah yang sebenarnya adalah berbunyi, “menangani bahaya yang umum (melibatkan masyarakat umum atau lebih besar) lebih diutamakan daripada bahaya khusus (yang bersifat peribadi dan kecil).

Bagi sesiapa yang mempelajari Fiqhul Muwazanah (rujuk Siasah Syariyyah, Dr. Yusuf al-Qaradawi, m.s 300-301, Maktabah Wahbah, Kaherah) akan memahami dengan mudah kaedah tersebut. Kaedah yang sama dalam bahasa arab berbunyi:

“دفع المفسدة العامة يقدم على المفسدة الخاصة”
Mengelak kemudaratan umum lebih utama daripada yang khusus

“ضحى بالمصلحة الخاصة من أجل المصلحة العامة”
Dikorbankan maslahah khusus kerana menjaga kepentingan umum

“يتحمل الضرر الأدنى لدفع الضرر الأعلى”
Ditanggung mudarat yang lebih kecil kerana mengelakkan mudarat yang lebih besar

“يتحمل الضرر الخاص لدفع الضرر العام”
Ditanggung mudarat yang khusus untuk mengelak mudarat yang umum

Semua kaedah di atas mempunyai maksud yang hampir sama iaitu menjaga kepentingan umum diutamakan dengan menggadaikan kepentingan khusus atau mengelakkan bahaya yang lebih besar dan yang melibatkan masyarakat secara amnya perlu diutamakan dengan hanya menanggung bahaya yang lebih kecil atau khusus.(Qawaid Fiqhiyyah, Dr. Abdul Aziz Muhammad Azzam, m.s 144, Darul Hadith, Kaherah)

Pengarang berkata:

“Pada masa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, beliau pernah mengenakan cukai import ke atas minuman keras yang dibawa masuk dari luar negara. Hasil kutipan tersebut dimasukkan ke dalam sumber am negara dan dibelanjakan untuk pengurusan infrastruktur seperti jalan raya.

Ini menggambarkan suatu pemerintahan yang bijaksana apabila pengimportan najis tersebut dibenarkan dan dikawal. Maksudnya, pemerintah telah mengambil langkah memilih bahaya (kemudaratan) yang sedikit daripada bahaya yang lebih besar.”

Untuk pengetahuan pembaca, kaedah yang digariskan adalah kaedah“menanggung bahaya yang lebih ringan daripada dua bahaya atau Irtikab Akhaffu dharurain”. Maksudnya lebih kurang kaedah di atas. Selain itu, soal yang dilaksanakan oleh Saidina Umar adalah berkaitan arak dengan berdasarkan toleransi Islam dengan bukan Islam seperti yang telah saya nyatakan tadi dalam perbahasan kedua. Kerajaan Islam yang dipimpin oleh sahabat Nabi Muhammad yang agung ini tiada kena mengena sedikit pun dengan urusan perjudian.

Selain itu juga, kaedah ini juga tidak terpakai dalam isu judi kerana memberikan lesen perjudian pada hakikatnya akan menimbulkan darurat yang lebih besar kepada negara bahkan menggalakkan aktiviti perjudian di kalangan rakyat kerana mendapat ‘lampu hijau’ daripada kerajaan. Mereka juga tidak menanggung risiko penanggkapan polis.

Oleh itu, sekiranya kaedah ini ingin digunakan maka yang sepatutnya yang dilaksanakan ialah kerajaan seharusnya mengharamkan aktiviti perjudian dan menangkap mereka yang berjudi sekalipun terpaksa mengorban harta, masa dan tenaga kerana risiko pengorbanan itu lebih ringan berbanding membiarkan rakyat terjebak dengan aktiviti yang keji lagi mempunyai mudarat yang besar. Dengan itu, barulah kaedah yang tersebut di atas tepat pada perlaksanaannya sebagaimana yang disebut oleh para fuqaha’ serta kerajaan juga dapat mendidik masyarakat agar tidak terjebak dengan arak dan judi.

Kesilapan Keempat:

Menqiyaskan hukum arak dengan hukum judi

Kesilapan yang paling utama dan juga tujuan utama rencana ini dikarang adalah untuk membenarkan tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi dengan membawa dalil-dalil yang mengharuskan perniagaan arak dalam negara Islam.

Maaf, saya ingin katakan bahawa pengarang belum memahami selok belok ilmu siasah syariyyah dengan baik atau memahami ilmu qawaid fiqhiyyah secara sempurna sehinggakan dalil yang dibawa untuk mengharuskan arak dijual dalam negara Islam pun banyak menyeleweng dan salah. Apatah lagi ingin menggunakan hujjah tersebut untuk menghalalkan aktiviti perjudian. Pengarang telah menyebut dalam rencana tersebut:

“Inilah persepsi yang sepatutnya difahami apabila kerajaan mengizinkan pengimportan ke atas arak, atau mengeluarkan lesen judi. Kerajaan juga tidak menghalalkan arak dan judi atau mendorong dan menggalakkan rakyatnya berjudi dan meminum arak.”

“Tegasnya arak dan judi adalah untuk mereka yang bukan beragama Islam, yang menjadikan judi dan arak itu sebagai lumrah dalam kehidupan mereka. Lagi pun undang-undang dalam enakmen syariah di setiap negeri ada memperuntukkan fasal-fasal yang menjatuhkan hukuman ke atas kegiatan dan penglibatan umat Islam dalam kes judi dan arak.”

Sekali lagi ingin saya nyatakan bahawa Islam tidak membenarkan langsung aktiviti perjudian kerana semua agama di dunia tidak menghalalkannya. Ini berlainan dengan isu arak yang mana ia merupakan hak bukan Islam untuk meminumnya dalam negara Islam kerana ia dibenarkan oleh sebahagian agama mereka walaupun Islam meletakkan piawaian tertentu untuk mengelakkan berlaku kemudaratan. Hak ini samalah dengan hak mereka untuk beribadat di kuil-kuil, merayakan hari kebesaran agama mereka dan lain-lain.

Kesimpulan hujjah yang didakwa pengarang ialah judi diharamkan bersama arak yang mana pengharamannya secara bertahap. Judi juga adalah amalan dan budaya jahiliyyah seperti arak maka hukumnya adalah seperti arak. Memberikan lesen judi pula adalah daripada satu perinsip pemimpin negara untuk menjaga maslahah umum dan menanggung mudarat yang ringan.

Setelah dijawab satu persatu maka jelaslah dalil-dalil tersebut adalah dalil rekaan yang tidak berdasarkan keilmuan yang jitu dan tidak menepati realiti. Mereka yang benar-benar mengkaji hukum dan tarikh tasyri’ sangat mudah untuk mematahkan hujjah yang dangkal tersebut.

Tegasnya, mengqiyaskan soal arak dengan soal judi dalam persoalan ini adalah Qiyas maal fariq. Sejarah Islam belum pernah mencatatkan mana-mana kerajaan di bawah mana-mana Khalifah membenarkan aktiviti judi kerana judi itu seolah-olah telah membunuh aktiviti ekonomi rakyat.

Akhir sekali, saya menyeru dan mencadangkan kepada kerajaan Malaysia supaya mengharamkan aktiviti perjudian dan menasihati kepada golongan agamawan dalam sektor-sektor kerajaan supaya berani menegur kesilapan dan bukannya mengeluarkan fatwa yang menyeleweng. Saya memohon ampun sekiranya jawapan ringkas ini mengandungi kelemahan. Wallahu A’lam.

Oleh:
Khairul Anuar Bin Ismail
Pengerusi Felow Manhal PMRAM 2010
ibnubarqi.blogspot.com
MENYANGKAL TULISAN SAUDARA MOHD SHAUKI ABDUL MAJID PENGURUS PENYELIDIKAN YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIEM) BERKAITAN ISU LESEN PERJUDIAN.

Jumaat, 21 Mei 2010

KEWAJIPAN MENCEGAH KEMUNGKARAN (KONSERT GOYANG DANGDUT INUL)... BANTAHLAH DENGAN TANGAN, KATA-KATA ATAUPUN SEKURANG-KURANG DENGAN HATI...

Hiburan pada asalnya adalah harus dalam Islam. Ini didasarkan kepada :
1- Hadis Aisyah yang mendengar nyanyian dua gadis di rumah Rasulullah s.a.w,
2- Perbuatan para sahabat yang bernasyid semasa mengorek parit pertahanan Madinah dan
3- Perbuatan Rasulullah s.a.w yang membawa Aisyah melihat tarian hamba Habsyi.

Hiburan hendaklah dijadikan sebagai alat bukan matlamat. Hiburan adalah alat untuk mendidik, merehatkan diri, membina silaturrahmi dan lain-lain yang harus dan dianjurkan oleh Islam. Ini adalah kerana matlamat hidup manusia ialah untuk memperhambakan diri pada tuhan bukan untuk mempertuhankan hiburan. Kemuncaknya ialah hiburan adalah sebahagian dari ubudiyah kepada Allah taala atau jalan yang menuju pada ubudiyah.

Dalam isu Konsert Inul Daratista yang dijangka akan diadakan di Kompleks Sukan Tawau pada 29 Mei 2010, ada 1 persoalan yang menarik, iaitu :
APAKAH HUKUM LELAKI MENDENGAR NYANYIAN WANITA :

Prof Dr Syeikh Ahmad as-Syarbadi, seorang pensyarah di Universiti al-Azhar menjawab:
Hukum mendengar suara nyanyian wanita adalah bergantung kepada keadaan suara tersebut.
Ia menjadi HARAM apabila :
1- Sekiranya suara wanita itu suara yang lemah lembut dan menaikkan syahwat maka hukum nyanyian ini adalah haram. Hukum lelaki mendengarnya pun adalah haram kerana boleh menyebabkan terjebak dalam dosa.
2- BERSIFAT GODAAN : Ini juga kerana suara ini boleh menimbulkan godaan kepada orang lelaki.
3-ADA UNSUR HARAM PADA LAGU TERSEBUT :
Hiburan tidak boleh mengandungi apa yang diharamkan oleh Allah Taala atau menjurus kepada yang haram seperti:
1. memuja wanita. 2. mendedahkan aurat.
3. menggalakkan pergaulan bebas. 4. memuja dadah dan arak.
5. menghina amalan-amalan Islam. 6. memfitnah orang.
7. mengandungi kata-kata yang membawa kekufuran seperti memuja syaitan dan mempropagandakan kepercayaan agama lain.
8. mengandungi khayalan-khayalan yang tidak bermanfaat seperti khayalan cinta.

Nyanyian wanita tadi akan menjadi HARUS , berdasarkan kepada pendapat bahawa suara wanita bukan aurat, apabila syarat-syarat ini dipenuhi :
1. Suara yang yang normal, terpelihara daripada perkara yang haram, tidak ada nada yang lemah gemalai dan tidak menyebabkan godaan kepada lelaki.
2. Lirik yang baik, terpelihara dari perkara yang tidak elok dan lirik yang menggalakkan kepada perkara yang baik. Maka tidak haram mendengarnya.
3. Penyanyi wanita itu, hendaklah menjaga batas-batas hijab atau tidak berjoget atau berlenggang lenggok, apatah lagi bergelek secara mengghairahkan.
[ kesemua hujah ini dipetik dan difahami daripada Kitab Rujukan: Bainal Fan wal Feqh oleh Rejab Abu Malih]

Persoalannya kini, sejauh mana Konsert Inul berjaya melepasi syarat-syarat yang diketengahkan tadi ?

Hujah pertama :Ternyata kita semua mengetahui siapa Inul Daratista ? Imejnya yang seksi, suaranya yang menggoda, baju fitnya yang seakan-akan warna kulit, goyangan pinggul Inul yang memberahikan dan gerudiannya yang meluruhkan Iman. Adalah dikhuatiri timbul fitnah akibat mendengar nyanyiannya & menyaksikan gerudiannya, dan timbulnya gejolak nafsu syahwat yang bermula daripada pandangan dan alunan suaranya. Keadaan ,ini memberi kesan yang amat bahaya, kerana ia adalah bibit-bibit bermulanya penzinaan yang diharamkan oleh Allah Taala. Maka sudah sepatutnya perkara ini diambil berat dan dibatasi. Firman Allah :

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا (32)]

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji (fahisyah) dan suatu jalan yang buruk.” (QS. Al Isra’: 32).

Al-Imam Al-Alusiy dlm Tafsir Ruhul Ma’aaniy nya berkata: Janganlah kamu mendekati apa-apa yang berhubungan dengan zina dan membawa kepada zina apalagi sampai berzina.

Ini bermakna, salah satu daripada syarat-syarat utama sebentar tadi tidak mampu dipenuhi oleh penyanyi gelek ini.

Hujah Kedua :
Dalam konsert ini, berlaku penyalahgunaan terhadap muzik & hiburan itu sendiri.

Hujjatul Islam alGhazali (Ihya' Ulumidin, Jilid ke 2, halaman 283-301) pernah menjelaskan ada tiga komponen penting yang mempengaruhi hukum muzik yang mungkin berubah dari masa kesemasa: az- zaman, al- makan dan al- ikhwan.

1- 'az- Zaman' : merujuk kepada masa, apakah hiburan itu melalaikan daripada jihad dan ibadah. Ternyata ia melibatkan dua waktu solat yang terpenting iaitu Asar & Maghrib. Dek kerana mahu hadir awal, dan tidak mau berganjak dari tempatnya, 2 solat ini pasti tergadai.

2- 'al- Makan' merujuk kepada suasana, situasi, occasion atau upacara di mana hiburan itu dipersembahkan.

3- al- 'Ikhwan' merujuk kepada aktiviti hiburan itu; jika dengan muzik itu boleh menyebabkan mereka terdedah kepada manusia yang jahat atau membawa kepada kejatuhan moral. Belum lagi ditambah dengan kemungkinan berlakunya pergaduhan & perkelahian ganas, yang kebiasaannya berlaku selepas berlangsung konsert ini, sepertimana yang telah berlaku sebelum ini.
Menurut Imam al-Ghazali r.a inilah tiga komponen yang menjadi neraca bagi muslim di setiap zaman untuk menghukum dan mengadili sesuatu bentuk hiburan, samada ianya diharuskan @ dilarang. Ternyata ketiga-tiga aspek ini pun terlalu sukar untuk dipenuhi.

Apabila dasar-dasar & batas-batas minima ini tdk terpenuhi, maka keseluruhan program & konsert itu berada diambang kemurkaan Allah. Natijahnya konsert yang bakal berlangsung ini adalah HARAM dari sudut agama !!! Lantaran itu, konsert ini wajar dibantah, demi kepentingan seluruh umat Islam. Menaruh perasaan benci terhadap penganjuran konsert ini, menunjukkan sekelumit Iman masih bertapak dihati kita.

Kesimpulannya:
1- Umat Islam yang prihatin dalam hal ini, menyeru ibu-bapa supaya mengambil tanggungjawab memastikan anak-anak anda agar tidak terbabit dalam Konsert Inul yang bakal berlangsung nanti. Kerana inilah tuntutan amar makruf dan nahi munkar yang wajib dilaksanakan oleh ketua keluarga. Firman Allah :

{وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ
وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ} [آل عمران : 104]

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang berjaya.

Andai kita tidak melaksanakan tugas mencegah kemungkaran dan konsert ini, bermakna kita telah menzalimi diri sendiri dan ahli keluarga kita.

SEMOGA KEHIDUPAN KITA DIBERKATI ALLAH...

Nukilan ini sedutan dari blog http://zaimhilmi.blogspot.com

Isnin, 17 Mei 2010

WASPADA DENGAN AJARAN AYAH PIN DI FACEBOOK...

Oleh Ustaz Saiful Bahri

Pemimpin kumpulan ajaran sesat Kerajaan Langit, Ariffin Mohamed yang lebih dikenali dengan panggilan Ayah Pin, kini muncul di laman Facebook. Dengan menggunakan nama ‘Arifin Muhamad’ profil itu menyebut alamat penulis di Sungai Padi, Thailand. Pandangan politiknya dinyatakan sebagai ‘Kerajaan Langit’ dan pandangan agamanya ‘sangat liberal’. Dia menyifatkan Islam sebagai ‘mempunyai nilai moral rendah’ dan menggesa orang ramai supaya keluar dari agama Islam. Bersama lampiran perakuan sumpah murtadnya ia menyesatkan orang lain dengan ajaran karutnya.

Kumpulan Ayah Pin merupakan antara lima kumpulan ajaran sesat paling tegar dikesan di Malaysia dan mula bergerak pada tahun 1982. Ia antara lain, mengamalkan ratib secara kuat dalam gelap dengan bercampur antara lelaki dan wanita. Pemimpinnya pula, Arrifin Muhammad , 65 tahun mengaku dirinya sebagai tuhan, pencipta semua agama serta pemegang kunci ke syurga.

Dalam satu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Ayah Pin difatwakan sebagai sesat dan diwartakan pada 4 Disember 1997. Antara perkara yang terdapat dalam ajaran Ayah Pin adalah dia pernah mendakwa dirinya sebagai Tuhan. Katanya, di dalam ajaran itu juga;

• Menyatakan Rukun Islam dan hukum-hukum syarak seperti puasa dan zakat tiada kena mengena dengan Allah. Ayah Pin mendakwa pergi ke Mekah menunaikan haji adalah sia-sia. Kiamat tidak akan berlaku kerana Allah tidak bodoh menjadikan alam kemudian dimusnahkan.
• Jika seseorang itu hendak menjadi Islam, perlulah menjadi kafir terlebih dahulu. Dia juga mendakwa al-Quran yang ada sekarang adalah tidak benar. Ayah Pin mendakwa syurga adalah terhad kepada pengikutnya sahaja dan orang lain adalah seperti babi (Khinzir) belaka (kotor).
• Mendakwa dia akan menjadi Perdana Menteri di akhirat nanti dan juga pernah naik ke langit serta duduk di atas arasy. Ajaran Ayah Pin juga tidak percaya kepada Rasulullah kerana Rasulullah adalah manusia dan boleh mengatasinya dengan berzikir.
• Berzikir adalah lebih afdal daripada sembahyang lima waktu dan jika seseorang itu telah ilham, zuk, kasyaf, maka sembahyang lima waktu digugurkan.
• Waktu Solat subuh berpanjangan hingga ke Zuhur.
• Apabila bermimpi anak gadis pengikutnya berkahwin, si bapa perlu ‘menyerahkannya’ kepada ayah Pin untuk diserahkan kepada lelaki bertuah itu. Anjur upacara pengampunan yang dilakukan ketika bulan mengambang dan pengikut wanita perlu menanggalkan pakaian yang tidak suci serta perlu bersetubuh dangan ‘tuhan’ untuk mendapat lebih berkat. Pengikut perempuan dikehendaki bernikah secara batin dengan ‘Tuhan’ (ayah Pin)
• Ayah Pin mempunyai keajaiban menyumpah orang menjadi batu dan menukarkan individu menjadi muda. Wang diberikan Ariffin tidak akan habis apabila dibelanjakan.
• Ayah Pin boleh membawa roh pengikut untuk berjumpa nenek moyang setahun sekali.
• Isteri ayah Pin bukan orang biasa tetapi Puteri Gunung Ledang, Puteri Saadong, Puteri Nanu dan Puteri Matahari.
• Semua benda boleh dimakan termasuk yang diharamkan oleh agama Islam.

Ayah Pin juga mendakwa:-

• Tidak ada orang lain selain saya dan Nabi Muhammad saw yang berguru dengan Jibril”. Setiap kali Sembahyang hendaklah beriktikad bahawa Ayah Pin berada di hadapan.
• Quran perlu dibakar dan abunya dilumur pada tubuh Ayah Pin. Setiap kali berhimpun di Gua Bayu, Gua Musang, Kelantan. Sebiji Quran akan dibakar dan abunya akan dilumur pada tubuh Ayah Pin.
• Mendakwa beliau telah melalui semua agama-agama barulah jadi Islam dan menerima syahadah secara langsung dengan Tuhan. Di atas muka bumi ini tiada orang lain yang memimpin manusia melainkan Ayah Pin seorang.
• Nyawa manusia yang ada di atas muka bumi adalah duduk ditangannya kerana dia memegang segal kunci-kunci akhirat. Kalau bersyair memuji-muji di atas nama Ayah Pin adalah lebih afdhal daripada berzikir dan bersembahyang. Semasa mengucap dua kalimah syahadah hendaklah beriktikad dalam hati kepada Ayah Pin.
• Jika ada ahli yang akan mati, Ayah Pin akan pergi dahului untuk menentukan bagi simati syurga atau neraka.
Bukan beliau sahaja mendakwa bukan Islam tetapi juga antara pengikutnya. Termasuklah Kamariah Ali, 54, dan Daud Mamat, 63, yang pernah ke mahkamah untuk memohon pengistiharan atas hak kebebasan beragama seperti dalam Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang merangkumi hak seseorang beragama Islam yang mencapai umur majoriti untuk keluar daripada agamanya.

Ekoran itu ayah pin didakwa di bawah Seksyen 10 Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana dikatakan bertindak menghina pihak berkuasa agama di rumahnya di Kampung Batu 13, Mukim Tenang, Hulu Besut pada 20 Julai 2005. Tertuduh dikatakan mengingkari fatwa bahawa ajaran yang diamalkannya sesat dan menyeleweng serta boleh membawa ancaman kepada ketenteraman awam serta boleh merosakkan akidah.

Apabila timbul isu kemunculan semula Ayah Pin dan orang ramai mempersoalkan kenapa tindakan tidak diambil? Apabila ditujuk kepada pihak polis mereka mendakwa bahawa pihak JHEAT (Jabatan agama Islam) negeri itu kata tidak perlu. Kemudiannya ia dinafikan pula oleh pihak JHEAT.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhamad Ramli Nuh yang mendakwa keutamaan kerajaan negeri ialah menghapuskan ajaran itu dan bukan mengheret Ayah Pin ke mahkamah. Beliau menyifatkan tindakan menahan dan membicarakan Ayah Pin tidak penting tetapi yang paling penting ialah tindakan ‘menghalau’ Ayah Pin (ke Selatan Thailand) sudah berjaya. Beliau juga melahirkan rasa keraguan dan tidakpercaya kepada keupayaan mahkamah syariah dan menyatakan Ayah Pin mungkin boleh terlepas. Katanya, untuk menahan seseorang yang dikaitkan dengan kesalahan membabitkan ajaran sesat sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan.

Persoalannya kenapakah terlalu lemah pihak kerajaan pimpinan UMNO-BN dan JHEAT sehingga tidak dapat membawa bukti dan saksi bahawa Ayah Pin telah memesongkan aqidah Islam. Sedangkan semua senarai kesesatan yang dilakukan secara jelas dan nyata bahkan kerajaan langit Ayah pin dibinasakan di Besut. Kenyataan Ayah Pin sendiri divideokan dan dikeluarkan VCD. Lapuran pegawai penyiasat pun dah berapa kali lapuran. Kajian akademik tentang ajaran Ayah Pin pun dah berapa kajian yang dihasilkan. Fatwa pun dah diwartakan. Tinggal apa lagi.

Sebenarnya yang tersirat adalah pihak kerajaan pimpinan UMNO-BN takut bertindak terhadap Ayah Pin. Kalau semasa Derih Jusoh mungkin segan kerana hubungan baik Ayah Pin dengan keluarga Derih. Tetapi dizaman Mat Said ni, kenapa tak berani nak ambil tindakan. Bukankah Mat Said ni gedebe. Kalau orang lain diajak bergocoh takkan demi agama Islam dan menentang ajaran sesat Mat Said takut. Takkan takut kot nak ambil tindakan terhadap Ayah Pin.
Hakikatnya, UMNO-BN bersama JHEAT takut untuk dihadapkan Ayah Pin ke mahkamah kerana semasa kerajaan Pas memerintah telah meluluskan rang enakmen tambahan termasuk Hudud, Qisas & Ta’zir. (2001). Bayangkan kalau dibicarakan menurut hukum Hudud, mereka akan dihukum bunuh. Sanggupkah UMNO-BN menghadapi kontraversi untuk melaksanakan hukuman tersebut. Kalaulah hukuman sebat hanya sekadar 5 rotan terhadap pesalah minum arak Kartika Saridewi pun UMNO-BN Pahang kecut perut sehingga terpaksa berselindung disebalik kuasa Sultan, apatah lagi jika kes hukuman bunuh. Mereka takut dituduh teroris oleh Obama dan kuncu-kuncunya. Apatah lagi kalau diketahui oleh APCO. Mengamuk sakan Yahudi tu.

Tindakan yang paling selamat menurut YB Ramli Nuh adalah menghalau ke Selatan Thailand. Sekarang ini kerajaan langit menggunakan facebook untuk menyesatkan orang-ramai. Apakah tindakan UMNO-BN itu berkesan. Apakah tindakan seterusnya. Adakah nak dibiarkan beliau terus menyesatkan orang ramai?

Kes Ayah Pin ini lebih kurang sama dengan kes di Jakarta beberapa hari lepas. Seorang datuk 15 cucu mendakwa melawat syurga dua kali. Beliau mengaku pernah mi’raj ke langit ketujuh dan melihat Surga serta menerima wahyu dari Tuhan sekembalinya ke Bumi mendapat kejutan Jumaat lalu apabila dipenjarakan setahun kerana mempersendakan agama. Bakri Abdullah, 70, juga dikenali Amaq Bakri, Papuq Junaedi dan Abdullah. Beliau ditahan Oktober tahun lalu selepas dia menyebabkan penduduk kampungnya di timur Lombok berang kerana mendakwa seorang nabi. Dia mendakwa dua kali dibawa ke syurga, pertama pada 1970-an dan sekali lagi pada 2005, dari sebuah hutan di cerun Gunung Rinjani Lombok. Pada kali kedua diangkat ke langit, dia juga melawat alam lain iaitu alam roh.

Walaupun di penjarakan setahun tetapi paling kurang ada tindakan yang dilakukan. Dimana sebenarnya sikap UMNO-BN ini terhadap ajaran sesat. Hari-hari kita lihat kepercayaan tahyul dan khurafat semakin berkembang. Lapuran Jakim menyebut ajaran sesat bukannya menurun tetapi semakin meningkat. Tv, Radio, Cerita-cerita dan drama di tayangkan dengan kisah-kisah tahyul. Cerita hantu dan kisah karut-marut rekaan manusia. Ini memberi ruang dunia hitam dan kejahatan berkembang kembali.
Dimana peranan UMNO-BN untuk membendung budaya sesat ini. Banyak lagi ajaran sesat di Terengganu sendiri. Bukannya makin kurang bahkan makin menyusut. Sudah tidak selamat lagi aqidah anak bangsa Terengganu. Kenapa dibiarkan sahaja. Kalau xtvt Pas, siap ada SB mengikuti dengan mencatat dan merakam. Tetapi ajaran sesat dibiarkan sahaja. Kenapa?Adakah UMNO-BN menjaga kepentingan politik? Sebab kebanyakan mereka ini memberi sokongan kepada UMNO-BN. Apakah UMNO-BN sendiri bersekongkol dengan ajaran-ajaran seperti ini. Atau adakah UMNO sendiri itu terseleweng dari Islam? Kalau begitu macamana nak diharapkan ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

http://ustsaifulbahri.blogspot.com/

Jumaat, 7 Mei 2010

SIBUK PROMOSI UMRAH TAHUN 2010

PROMOSI... PROMOSI.... PROMOSI.... UMRAH TERKINI 4 JUN-16JUN 13H PENERBANGAN MAS RM6350 SEATS 2/50 11 JUN-23 JUN 13H ROYAL JORDANIAN RM6550 SEATS 17/40 06 JUL-17 JUL 12H MAS RM5950 SEATS /40

06 OGOS- 18 OGOS (UMRAH AWAL RAMADHAN) 13H MAS RM6850 SEATS /100 17 OGOS-28 OGOS (UMRAH PERTENGAHAN RAMADHAN) 12H MAS RM7350 SEATS / 100 27 OGOS – 08 OGOS 2010 (AKHIR RAMADHAN) 13H MAS RM7850 SEATS /100 04 SEPT – 18 SEPT 2010 (AIDILFITRI DI TANAH SUCI) 12H MAS RM5950 SEATS /50 04 OGOS – ...11 SEPT 2010 (SEBULAN RAMADHAN) 30H MAS RM 8950 SEATS /50

BERMINAT NAK JOIN...??? CONTACT 019-5862784

kasihislami.blogspot.com