Selasa, 24 Mac 2009

kakak,sofea dah 6 tahun.


Kakak sofea dah pandai baca buku cerita. Main games lagi la. asyik nak berebut ngan abi je. Buka notebook aje, terus mau mai games. kecil-kecil dah pandai nak menyibuk...

Isnin, 23 Mac 2009

Sebaik-baik Pengisian Maulidur Rasul ...

Walaupun pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, baginda sendiri tidak pernah menyambut hari kelahirannya. Begitu juga pada zaman Sahabat, Tabi’in dan generasi selepas mereka yang berada pada zaman keemasan Islam. Namun para ulama kontemporari tidak menolak keharusan manyambut Maulidur Rasul. Ini kerana sambutan ini, boleh dianggap sebahagian daripada tanda kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w.
Melalui sambutan ini juga boleh menyedarkan manusia dengan pengajaran agama serta menghayati keperibadian baginda s.a.w melalui penyampaian kuliah, ceramah, forum atau sebagainya.
Kita adalah disaran supaya mengetahui cara-cara mentaati dan seterusnya melaksanakan segala perintah Rasulullah s.a.w, mengikut segala arahan dan meninggalkan segala tegahannya, juga melaksanakan hukum-hakam yang diajarkannya, memperjuang dan memperkasakan syariatnya, menyeru manusia ke jalan kebenaran dan keadilan serta memperbanyakkan selawat ke atas nabi dan keluarganya.
Justeru, melalui pendekatan yang terbaik dalam usaha dakwah adalah amat perlu dewasa ini. Maka dengan Sambutan Maulidur Rasul dapat menyuntik semangat pengorbanan dan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w, manusia yang agung di sisi Allah s.w.t.
Hadiri dan hayatilah siri-siri kuliah, ceramah, forum dan seumpamanya yang disampaikan oleh ustaz-ustaz untuk menambahkan kecintaan kepada Rasulullah dan seterusnya mengamalkan segala ajaran Rasulullah dalam amalan harian kita.

Abu Lahab Menyambut Maulid Rasulullah s.a.w?

Mengikut sejarahnya, orang yang paling ketara menyatakan kegembiraan dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w ialah bapa saudara Nabi iaitu Abu Lahab. Dia sanggup memerdekakan hamba sahayanya kerana ingin menyatakan kepada umum bahawa dialah manusia yang paling gembira. Tidak cukup sekadar itu, Abu Lahab mengadakan perarakan dengan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali. Mungkin perarakan ini hampir serupa dengan perarakan yang dilakukan oleh masyarakat pada hari ini ketika menyambut Maulidur Rasul saban tahun.
Namun setelah anak saudaranya diutus oleh Allah dengan membawa ajaran Islam yang bertentangan dengan masyarakat Makkah pada ketika itu, maka Abu Lahab lah yang mula-mula sekali menunjukkan sikap penentangan secara terbuka dan berani dengan menyatakan bahawa apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad, anak saudaranya, adalah ajaran yang karut dan sesat kerana ia menyalahi amalan yang dilakukan oleh nenek moyang mereka sejak berzaman lamanya.
Persoalannya, adakah Allah s.w.t menerima pengorbanan Abu Lahab dengan hanya menyambut kelahiran baginda Rasulullah s.a.w. Jawapannya sudah tentulah tidak, kerana Allah tidak melihat kepada aspek sambutan itu, tetapi Dia melihat kepada amalan, cara hidup dan akidah yang sebenar yang dikehendaki oleh Allah s.w.t sebagaimana yang dibawa oleh Rasululllah s.a.w.
Jadi, adakah pengisian sambutan Maulidur Rasul yang kita laksanakan saban tahun hanya sekadar seperti Abu Lahab, tanpa ada usaha untuk mendalami ilmu dan melaksanakan apa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w?

Rabu, 28 Januari 2009

Jumaat, 28 November 2008

APA DAH JADI!!!!

Apa dah jadi bila fatwa dipertikai. Sekarang fatwa tentang yoga dipertikaikan. Bukan orang bukan Islam sahaja, tetapi dipertikai oleh orang Islam sendiri. Dulu Bila fatwa dikeluarkan oleh seorang Mufti. Orang akan kata itu adalah pendapat peribadi seseorang mufti. Tidak boleh digunapakai. Sekarang Bila fatwa dikeluarkan hasil perbincangan oleh jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, juga tidak boleh digunapakai. Katanya, ia perlu dikaji balik. Adakah sebelum dikeluarkan fatwa, ahli jawatankuasa fatwa tidak membuat kajian? Apa dah jadi?!!!!

Ahad, 10 Ogos 2008

Sabtu, 9 Ogos 2008

teringat masa2 lalu


kumpulan nasyid sekolah 2008. menang kalah bukan taruhan. yang penting penghayatan semangat maulidurrasul dapat disemai dalam setiap jiwa pelajar agar mencintai Rasulullah s.a.w

kasihislami.blogspot.com