Jumaat, 12 Februari 2010

KURSUS PERBANDINGAN AGAMA ISLAM - KRISTIAN

Tarikh : 16 Februari 2010 (Selasa)
Masa : 8 pagi-5 petang
Tempat : Bilik Kuliah, Masjid Negeri Sabah
Yuran : RM10 sahaja.
Pembimbing : Hj Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah

Apa program?

Pada tarikh berkenaan, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Sabah menganjurkan Kursus Sehari Perbandingan Agama Islam-Kristian.

Sasaran peserta?

Kami mensasarkan tidak lebih 50 orang peserta terawal, terdiri daripada para ustaz, ustazah, para fasilitator yang pernah menyertai Program Pemantapan Aqidah anjuran PUM, juga orang awam yang berbakat.

Setakat ini sudah separuh daripada sasaran sudah tercapai. Kami hanya menanti bakinya sahaja.

Kaedah kursus?

Peserta akan didedahkan melalui pendekatan kuliah dan bengkel.

Peserta juga dibekalkan dengan bible setiap seorang dan kemudian mencari persamaan, perbezaan antara kedua agama, juga penyelewengan dan percanggahan yang terdapat di dalam bible melalui LDK yang menarik.

Kenapa terhad?

Tujuan utama kursus ini untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang perbandingan agama Islam-Kristian. Sasaran kami, mereka ini adalah bakal penceramah yang akan diserapkan dalam program pemantapan aqidah di sekolah-sekolah selepas ini.

Untuk orang awam dan pelajar sekolah, kami akan mengumumkannya daripada masa ke masa. Lagipun bible yang kami ada begitu terhad, lebih sesuai setiap peserta mempunyai satu bible dalam kursus berkenaan.

Hubungi siapa?

Ust Hamir Hamzah (013-9377696), atau tinggalkan nombor hp di ruangan komen artikel ini sebelum 14 Februari 2010.

Tiada ulasan:

kasihislami.blogspot.com