Jumaat, 10 April 2009

SALAHKAH ORANG BUKAN ISLAM BACA AL-QURAN?

saya setuju dengan tulisan sahabat saya Khairul Azmi Ismail yang diambil blognya.
katanya;
Saya diajukan soalan oleh seorang sahabat berhubung dengan LARANGAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM MEMBACA AYAT AL-QUR’AN UNTUK TUJUAN POLITIK.Saya sebenarnya belum membaca apakah hujjah yang digunakan oleh pihak yang melarang perkara tersebut.Pandangan peribadi saya, isu ini harus diperincikan dan diasingkan mengikut topic-topik. Sekiranya larangan itu semata-mata larangan kepada orang bukan Islam membaca ayat Al-Quran, saya tidak bersetuju. Al-Quran diturunkan bukan hanya kepada orang Islam. Ia adalah risalah rahmat buat seluruh alam. Ia adalah kitab petunjuk buat seluruh manusia, bukan orang Islam semata-mata (terlalu banyak dalil dalam Al-Quran tentang perkara ini). Bagaimana orang Islam boleh mengetahui dan mengenal Islam tanpa membaca Al-Quran? Mungkin ada yang berpandangan mereka (orang bukan islam) boleh baca Al-Quran terjemahan, tanpa membaca teks asal Al-Quran di dalam bahasa arab. Bagaimana pula dengan orang bukan Islam dari kalangan bangsa arab? Apa terjemahan yang mereka nak baca, sedangkan mereka berbangsa dan berbahasa arab?Apakah tujuan larangan tersebut? Adakah kerana bimbang orang bukan Islam tersebut membaca Al-Quran dengan sebutan yang tidak fasih atau salah tajwid, sedangkan terlalu ramai orang Islam yang tidak fasih membaca Al-Quran dan tidak pandai bertajwid..adakah kita perlu larang juga mereka dari membaca Al-Quran? Orang bukan islam tidak diwajibkan ke atas mereka membaca Al-Quran dengan bertajwid kerana taklif syarak hanya ke atas orang Islam…Sekiranya larangan non-muslim tersebut semata-mata bacaannya bermotifkan politik,ia juga mesti terpakai kepada orang Islam. Maknanya orang Islam juga perlu dilarang dari membaca ayat Al-Quran dengan motif politik. Mengapa hanya non-muslim sahaja yang terlarang? Soalnya, salahkah membaca ayat Al-Quran bagi tujuan politik? Apa masalahnya dengan politik? Adakah kerana politik itu semata-mata urusan dunia? Kalau begitu, bagaimana pula dengan bab ekonomi, sains dan sebagainya yang banyak terdapat di dalam Al-Quran? Adakah tidak boleh dibaca juga kerana semuanya urusan dunia?Saya semakin bingung atas larangan ini. Saya bimbang, sekiranya LARANGAN NON-MUSLIM MEMBACA AYAT AL-QURAN BERMOTIFKAN POLITIK itu, walaupun alasannya bertujuan menjaga maslahat agama, AKHIRNYA mengakibatkan non-muslim semakin jauh dengan Al-Quran dan Islam. Saya bimbang jika larangan yang kononnya atas maslahat agama itu sendiri sebenarnya sangat bermotifkan politik… yang rugi akhirnya adalah dakwah Islam!

Dalam isu Nga koh Ming, ada yang menyatakan bahawa beliau membaca Al-Quran dengan sebutan yg salah, setelah saya teliti apa yg dibacakannya memang terbukti ada kesalahan, tetapi adakah dengan kesalahan itu kita menghukumnya sebagai haram, kalau begitu maka ramailah umat Islam sendiri yg perlu dilarang dari membaca Al-Quran seperti yg disebut oleh ust Hazmi di atas.Realiti di negeri Pahang sendiri ramai juga imam2 kampung yg baca al-quran terlalu banyak silapnya, satu contoh yg saya alami sendiri pada hari ini apabila saya bersembahyang di salah satu masjid di daerah kuantan, saya dapati di dalam khutbah imam tersebut (imam 1) telah membaca ayat al-quran lebih dari 20 kesalahan barisnya, situasi ini telah menjadi kebiasaan dan sepatutnya imam yg seperti ini diberi nasihat atau dilucutkan jawatannya sahaja. Kalau di Perak MUFTI menegur Nga Kor Ming, saya rasa di PAHANG perlu juga mufti atau majlis agama perlu membetulkan kesilapan ini, kerana perlantikan imam merupakan amanah yang besar.Wallahua'lam

Tiada ulasan:

kasihislami.blogspot.com