Pendahuluan
Apabila
membicarakan tentang kemunculan sesuatu ilmu, tidak dinafikan bahawa suatu ilmu
itu tidak muncul dan berkembang pada satu masa dan tempoh yang singkat. Ilmu
fiqh contohnya, mula timbul sejak kebangkitan Rasulullah (s.a.w) sebagai Rasul.
Begitulah juga dengan ilmu kaedah fiqh telah melalui tempoh yang panjang
sebelum ia mencapai kematangan dan berada di kemuncaknya. Muhammad ‘Uthman Shubayr telah membahagikan peringkat kelahiran
dan perkembangan ilmu kaedah fiqh kepada empat peringkat.
Peringkat Pertama: Peringkat
Kelahiran atau Pembinaan
Benih-benih kaedah fiqh telah
pun dikesan sejak daripada kemunculan agama Islam itu sendiri sehingga
bermulanya zaman imam-imam mujtahid iaitu sehingga akhir kurun ketiga. Walaupun
pada masa ini mereka tidak menamakannya sebagai kaedah.
Kewujudan benih
ini telah dapat dikesan berdasarkan penelitian yang dilakukan oleh ulama
terhadap beberapa ayat al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s. a. w).
Kita dapati bahawa sebahagian daripada nas al-Quran yang diturunkan tersebut
telah mengandungi asas dan dasar ilmu kaedah fiqh. Banyak ayat al-Quran yang
menjadi petunjuk kepada ilmu ini. Antaranya ayat 29 surah al-nisa' dan ayat 38
surah al-syura.
Asas ilmu ini juga dapat
dikesan melalui ucapan Nabi s.a.w. Rasulullah yang telah diberikan oleh Allah
s.a w. dengan keistemewaan jawami‘ al-kalim dalam ucapan baginda iaitu ucapan yang
ringkas tetapi padat dan penuh dengan makna yang mendalam. Sebahagian daripada
ucapan hadis Rasulullah yang ringkas dan padat itu menjadi asas serta dasar
umum syariah. Di samping itu juga, ia menjadi dasar kepada kaedah kulliyyah yang
terangkum di dalamnya hukum untuk pelbagai perkara dan bermacam masalah serta
furuk yang berulang-ulang. Ia juga merupakan contoh kepada kaedah fiqh yang
mana sabdaan tersebut meliputi hukum-hukum fiqh yang banyak dalam perkataan
yang ringkas.
Antara hadis Rasulullah yang
menjadi dasar yang penting antaranya:
لا تجتمع أمتى
على الضلالة
Maksudnya: Umatku tidak akan bersepakat dalam perkara sesat.
لا يحتكر الا خاطئ
Maksudnya: Seseorang tidak melakukan ihtikar ( penyorokkan barang)
kecuali ia berdosa.
الخراج
بالضمان
Maksudnya: Bersama hasil adalah jaminan.
Di kalangan sahabat yang
mendapat tarbiyah dan didikan langsung daripada Rasulullah (s.
a. w) juga terbit daripada mereka kata-kata yang menjadi asas dan dasar ilmu
ini, antaranya:
Kata-kata Sayyidina ‘Umar ibn
al-Khattab:
مقاطع الحقوق
ثم الشروط.
Pemutus hak-hak kemudian
barulah Syarat.
Begitu juga dengan tabi‘in yang berguru
dengan para sahabat juga terbit daripada mereka kata-kata yang menampakkan
pengusaan mereka terhadap ilmu ini. Antaranya kata-kata Khayr ibn Nu‘aym:
من أقر عندنا
بشىء ألزمناه اياه.
Maksudnya: Sesiapa yang
mengaku dengan sesuatu kami akan wajibkannya.
Seterusnya ilmu ini mengalami
perkembangan yang semakin pesat pada zaman sahabat (r. a) serta zaman tabi‘in dan tabi‘ al-tabi‘in dan zaman
seterusnya. Dalam kurun kedua hijrah, sebahagian para fuqaha pada zaman
tersebut mula memasukkan sebahagian daripada lafaz-lafaz kaedah fiqah yang
telah tertanam dalam dada-dada mereka di dalam kitab-kitab karangan mereka.
Al-Nadwi menyatakan dalam bukunya al-Qawacid al-Fiqhiyyah, ulama fiqh pertama yang mencetuskan fenomena ini
ialah Abu Yusuf serta beberapa ulama yang sezaman dengannya
seperti Imam Malik, Imam al-Shafi‘i dan
lain-lain.
Yahya ibn Adam telah memasukkan beberapa perkataan yang boleh
dianggap sebagai kaedah dalam kitabnya al-Kharaj, antaranya:
ليس فى العسل
زكاة.
Maksudnya: Tidak dikenakan zakat bagi madu.
ليس لأهل ا
لسواد عهد.
Maksudnya: Tidak ada perjanjian bagi tanah yang belum diterokai.
Peringkat Kedua: Peringkat
Penyusunan dan Perkembangan
Peringkat kedua bermula dari
kurun keempat hijrah hingga kurun kesembilan hijrah. Kurun keempat dipilih
sebagai kurun permulaan penyusunan ilmu ini kerana sebelum kurun keempat belum
ada ulama yang menyusun ilmu ini sebagai suatu bidang ilmu yang khusus. Dalam tempoh ini, bermulalah penyusunan ilmu kaedah fiqh
dalam kitab-kitab yang khusus.
Ibn Nujaym menukilkan bahawa
penyusunan kaedah fiqh yang pertama telah dirintis oleh fuqaha mazhab Hanafiyy
iaitu Abu Tahir al-Dabbas yang telah menyusun sebanyak 17 kaedah melalui
risalahnya yang berjudul Ta’sis al-Nazar. Kemudian usaha tersebut disusuli pula oleh Abu Hasan al-Karkhi yang hidup sezaman dengan Abu Tahir. Beliau
telah menambah kaedah fiqh mazhab Hanafi sehingga 37 kaedah. al-Karkhi telah menyusun kaedah tersebut dalam bukunya
yang bertajuk Usul al-Karkhi. Walaupun kitab ini merupakan gabungan antara
kaedah fiqh dengan kaedah usul fiqh, namun buku ini masih dianggap sebagai buku
kaedah fiqh. Beliau telah memulakan penulisan buku ini dengan memulakan dengan
kaedah yang berbunyi:
ما ثبت باليقين لا يزول بالشك.
Maksudnya: Sesuatu yang telah tetap dengan yakin tidak akan berubah
dengan syak.
Ulama dari Mazhab
Maliki, Shafici
dan Hambali tidak terlepas dari memberi sumbangan dalam hal ini .Antara ulama
dari mazhab Maliki ialah
Muhammad ibn Harith dan Abu al-Laith al-Samarqandi. Ulama mazhab Shafici pula antaranya
ialah Shaykh ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al-
Salam dan Abu Zakariyya Yahya ibn Sharaf
al-Nawawi. Manakala dari
kalangan ulama mazhab Hanbali pula ialah Najm al-Din Sulayman ibn ‘Abd al-Qawi al-Tufi.
Di samping sebahagian kecil nama-nama yang disebutkan di atas, masih
ramai ulama yang terlibat dalam penulisan kaedah fiqh dari pelbagai mazhab.
Insya Allah tajuk-tajuk buku yang ditulis mengikut mazhab akan disebutkan
nanti.
Peringkat Ketiga: Peringkat
Peneguhan
Peringkat peneguhan bermula
dari permulaan kurun ke 10 h iaitu pada zaman Imam al-Suyuti sehingga sebelum penulisan Majallat al-Ahkam al-‘Adliyyah.
Dalam tempoh ini, kaedah fiqh telah berada dalam keadaan yang kukuh dan teguh.
Antara ciri-ciri yang menggambarkan keteguhannya ialah, ia telah mempunyai
ciri-cirinya tersendiri yang membezakannya dengan ilmu-ilmu lain. Di samping
itu juga, perbahasan tentang kaedah dan dabit telah dibezakan antara kedua-duanya.
Pada peringkat ini, terlalu
ramai ulama yang terlibat dalam penulisan kitab-kitab kaedah fiqh. Penulis
hanya akan menyenaraikan sebahagian daripada mereka berdasarkan mazhab. Dari
mazhab Hanafi antaranya
ialah Ibn Nujaym. Dari mazhab Maliki antaranya ialah Abu al-‘Abbas Ahmad ibn Yahya al-Wansarishi, Abu ‘Abdullah Muhammad ibn Ahmad yang lebih dikenali dengan Ghazi al-Maliki. Dari mazhab
Shafici antaranya ialah Imam al-Suyuti. Dari mazhab Hambali pula ialah Jamal al-Din Yusuf ibn Hasan ibn ‘Abd al-Hadi al Dimashqi al-Hanbali yang
dikenali dengan Ibn ‘Abd a-Hadi.
Peringkat Keempat: Peringkat
Perkembangan Ilmiah
Peringkat akhir bagi
perkembangan ilmu ini bermula dari akhir kurun ketiga belas hijrah sehingga
hari ini. Mengapa akhir kurun ketiga belas dipilih sebagai tempoh bermulanya
peringkat keempat? Ini kerana pada masa inilah wujudnya faktor penting yang
menjadi pendorong kepada perkembangan kaedah fiqh iaitu penulisan Majallat al-Ahkam al-‘Adliyyah.
Dalam tempoh ini pelbagai
usaha telah dilakukan oleh ulama Islam yang meningkatkan lagi perkembangan ilmu
kaedah fiqh. Antara usaha yang telah dilakukan ialah menjadikan kaedah fiqh
sebagai sebuah peraturan atau perundangan, mentahkik buku-buku kaedah fiqh yang
dikarang oleh ulama silam, mengeluarkan kaedah dari buku-buku yang ditulis oleh
imam-imam muktabar seperti dari kitab al-Umm, memilih kaedah tertentu untuk
dijadikan tajuk perbahasan yang khusus dan sebagainya.
Kitab Yang Dikarang Mengikut
Mazhab
Bagi menutup perbincangan ringkas ini saya akan
senaraikan beberapa kitab kaedah fiqhiyyah yang dituis berdasarkan mazhab .
Mazhab Hanafi
1.
Risalat al-Karkhi
oleh Abu al-Hasan ‘Ubayd Allah ibn al-Husayn al-Karkhi (340). Beliau
menghimpunkan sebanyak 37 kaedah yang bercampur antara kaedah usul dengan
kaedah fiqh.
2.
Ta’sis al-Nazar
yang dikarang oleh Abu Zayd ‘Ubayd Allah ibn ‘Umar ibn ‘Isa al-Dabbusiyy (430).
Buku ini telah ditahkik oleh Mustafa Muhammad al-Qubbani dan dicetak oleh Dar
Ibn Zaidun, Beirut dan Maktabat al-Kulliyyah al Azhariyyah, Kaherah.
3.
Majami‘ al-Haqa’iq
oleh Abu Sa‘id al-Khadimi (1176). Kitab ini merupakan kitab usul fiqh tetapi
beliau telah memasukkan di dalamnya sebanyak 152 kaedah fiqh.
4.
al-Ashbah wa al-Naza’ir
oleh Zayn al-‘Abidin ibn Ibrahim. Lebih dikenali sebagai Ibn Nujaym (970).
Beliau membahagikan kitab ini kepada tujuh bahagian. Kitab ini diterbitkan oleh
Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah dan cetakan pertamanya adalah pada tahun 1993.
5.
al-Furuq oleh
al-Imam Abu Muzaffar As‘ad ibn Muhammad al-Karabisi (570). Karangan yang
dihasilkan oleh beliau ini adalah berdasarkan bab-bab fiqh dan disusunnya
kepada beberapa perbahasan.
Mazhab Maliki
1.Usul al-Futya oleh Abu ‘Abdullah Muhammad ibn
al-Harith al-Khushni al-Maliki (631) yang lebih dikenali dengan al-Khushni.
2. Anwar al-Buruq fi Anwa‘ al-Furuq oleh Shihab al-Din Abu al-‘Abbas Ahmad ibn
Idris ibn ‘Abd al-Rahman al-Sanhaji al-Misri al-Maliki yang lebih dikenali
sebagai al-Qarafi(684). Beliau menghimpunkan kaedah kulliyyah dan dabit fiqh
serta membuat perbandingan antara keduanya.
3. Idrar al-Shuruq ‘ala Anwa’ al-Furuq oleh Abu al-Qasim, Qasim ibn ‘Abdullah
al-Ansari yang lebih dikenali sebagai Ibn al-Shat (723).
4. Tahdhib al-Furuq wa al-Qawa‘id al-Saniyyah fi al-Asrar al-Fiqhiyyah yang
ditulis oleh Muhammad ‘Ali al-Maliki (1367).
5. Al-Mudahahhab fi dabt qawacid al-Madhab oleh Muhammad Rushd al-Bakri
al-Qafsi al-Maliki( 736)
6. al-Qawa‘id oleh Abu ‘Abdullah Muhammad ibn Muhammad al-Maqarri al-Maliki
(758). Beliau menghimpunkan sebanyak 1200 kaedah dan dabit dalam kitab ini.
7. Idah al-Masalik ila Qawa‘id al-Imam Malik oleh Abu al-‘Abbas Ahmad bin Yahya
(914). Kitab ini mengandungi 118 kaedah. Merupakan salah satu kitab yang
masyhur dalam mazhab Maliki.
8. Manzumah al-Manhaj al-Muntakhab oleh Abu Hasan ‘Ali ibn Qasim al-Zaqqaq
(912).
9. al-Kulliyyat al-Fiqhiyyah oleh Muhammad ibn Ahmad ibn Muhammad ibn al-Ghazi
al-‘Uthmani al-Miknasi (919). Beliau menyebut 334 kulliyyah fiqhiyyah dalam bab
nikah, muamalat, qada’ (kehakiman) dan hudud.
Mazhab Shafie
1.
al-Qawa‘id fi
Furu‘al-Shafi‘iyyah dikarang oleh Abu Hamid al-Jajarmi (613).
2.
Qawa‘id al-Ahkam fi
Masalih al-Anam dikarang oleh Abu Muhammad ‘Izz al-Din ‘Abd al-‘Aziz ibn ‘Abd
al-Salam al-Sulami (660). Kitab ini dicetak oleh Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah
dalam 2 juzuk.
3.
al-Usul wa
al-Dawabit yang disusun oleh Abu Zakariyya Yahya ibn Sharaf al-Nawawi yang
meninggal pada (676). Buku ini ditahkik oleh Muhammad Hasan Hitu dan
diterbitkan oleh Dar al-Basa’ir al-Islamiyyah Cetakan kedua 1988.
4.
al-Ashbah wa
al-Naza’ir oleh Abu ‘Abdullah Muhammad ibn ‘Umar yang dikenali dengan Ibn
al-Wakil (716).
5.
Takhrij al-Furu‘
‘ala al-Usul oleh Abu al-Manaqib Mahmud ibn Ahmad ibn Mahmud al-Zinjani yang
lebih dikenali sebagai Abu al-Manaqib Shihab al-Din al-Zinjani.
6.
al-Majmu‘
al-Mudhhab fi Qawa‘id al-Madhab oleh al-Hafiz Abu Sa‘id Salih al-Din ibn
Kaykaldi al-Dimashqi yang lebih dikenali sebagai al-Hafiz al-‘Alla’i. Buku ini
dicetak oleh Kementerian Waqaf Kuwait dengan ditahkik oleh Muhammad ibn ‘Abd
al-Ghaffar ibn ‘Abd al-Rahman al-Sharif.
7.
al-Ashbah wa
al-Naza’ir oleh Abu Hafs ‘Umar ibn ‘Ali ibn Ahmad al-Ansari yang lebih dikenali
dengan gelaran Ibn Mulaqqin. ‘Abd al-Wahhab ibn Ahmad berkata daripada
penelitiannya, Ibn Mulaqqin mengambil sebahagian besar tulisannya dari kitab
al-Ashbah wa al-Naza’ir tulisan Ibn al-Subki.
8.
al-Majmu‘
al-Mudhahhab fi Qawa‘id al-Madhab oleh Abu Sa‘id Salah al-Din ibn Kaykaldi
al-Shafi‘i al-‘Ala’i (761).
9.
. al-Ashbah wa
al-Naza’ir (2 juzuk) cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah oleh Imam Taj al-Din
‘Abd al-Wahhab ibn ‘Ali ibn ‘Abd al-Kafi al-Subki (771), 2 juzuk cetakan Dar
al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
10.
Mukhtasar Majmu‘
al-Fawa’id al-Husam ‘ala Qawa‘id Ibn ‘Abd al-Salam Muhammad ibn Sulayman
al-Sharukhdi al-Shafi‘i (792).
11.
Fawid
al-Husam ‘ala Qawa‘id Ibn ‘Abd al-Salam oleh Siraj al-Din Abu Hafs ‘Umar ibn
Ruslan al-Bulqini al-Shafi‘i (805).
12.
Asna
al-Maqasid fi Tahrir al-Qawa‘id oleh Muhammad ibn Muhammad al- Khudri
al-Zubayri al-Shafi‘i (808).
13.
Tahrir al-Qawa‘id
al-‘Ala’iyyah wa Tamhid al-Masalik al-Fiqhiyyah oleh Shihab al-Din Ahmad ibn
Muhammad al-Maqdisi al-Shafi‘i yang dikenali sebagai Ibn al-Ha’im* (815).
14.
al-Qawa‘id
oleh Taqi al-Din Abu Bakr ibn Muhammad al-Hisni (829) al-Qawa‘id.
15.
Mukhtasar fi
al-Qawa‘id Abu al-Sana’ Nur al-Din Mahmud ibn Ahmad, dikenali sebagai Ibn
Khatib al-Dahshah (834).
16.
Nazm al-Dhakha’ir
fi al-Ashbah wa al-Naza’ir oleh Sharaf al-Din ‘Abd al-Rahman ibn ‘Ali ibn Ishaq
al-Khalili al-Maqdisi (876).
17.
al-Ashbah wa
al-Naza’ir dan juga kitab Shawarid al-Fawa’id fi al-Dawabit wa al-Qawa‘id oleh
Imam al-Suyuti (911). . al-Fara’id al-Bahiyyah fi al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah
oleh Abu Bakr ibn Abi Qasim al-Ahdal (1053).
Mazhab Hanbali
1.
al-Qawa‘id al-Kubra
dan al-Qawa‘id al-Sughra oleh Najm al-Din Sulayman ibn ‘Abd al-Qawi al-Tufi
(716).
2.
al-Qawa‘id
al-Nuraniyyah fi al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah oleh Taqi al-Din ibn Taymiyyah (728).
3.
al-Qawa‘id
al-Fiqhiyyah oleh Abu ‘Abbas Sharaf al-Din Ahmad ibn Husayn al-Hanbali yang
lebih dikenali sebagai Ibn Qadi al-Jabal (771).
4.
al-Qawa‘id oleh Abu
al-Faraj ‘Abd al-Rahman ibn Rajab al-Hanbali yang lebih dikenali sebagai Ibn
Rajab (795).
5.
al-Qawa‘id wa
al-Fawa’id al-Usuliyyah oleh Ibn Lahham ‘Ali ibn ‘Abbas al-Ba‘li al-Hanbali
(803). Walaupun kitab ini membincangkan tentang usul fiqh, tetapi beliau
memasukkan beberapa kaedah fiqh.
6.
Hawashi al-Qawa‘id
al-Fiqhiyyah dan Mukhtasar Qawa‘id Ibn Rajab oleh Muhibb al-Din Ahmad ibn Nasr
Allah al-Hanbali (844).
7.
Mughni Dhawi
al-Afham ‘an al-Kutub al-Kathirah fi al-Ahkam oleh Jamal al-Din Yusuf ibn ‘Abd
al-Hadi (909). Beliau memasukkan 76 kaedah dan lafaz yang ringkas.
8.
al-Qawa‘id
al-Kulliyyah wa al-Dawabit al-Fiqhiyah juga oleh ‘Abd al-Hadi.
9.
al-Qawa‘id wa
al-Usul al-Jami‘ah wa al-Furu‘ wa al-Taqasim al-Badi‘ah al-Nafi‘ah oleh Shaykh
‘Abd al-Rahman ibn Nasir al-Sadi (1376).
10.
Majallat al-Ahkam
al-Shar‘iyyah oleh Ahmad ‘Abdullah al-Qari (1359). Majalah ini dikeluarkan pada
tahun Mula disusun pada tahun 1293. Pada peringkat awal, terdapat 99 kaedah.
Kemudian majalah ini telah disyarah oleh ramai pengarang antaranya Shaykh
al-Zarqa dalam kitabnya al-Madkhal.
Hasil Karangan Ulama Semasa
Ratusan judul
buku yang ditulis oleh penulis kontemporari. Sebagaimana yang telah disebutkan
bahawa penulis semasa telah mengembangkan fokus perbincangan kaedah fiqh kepada
beberapa bentuk, sama ada dengan menghuraikan kaedah fiqh, mengeluarkan kaedah
daripada kitab-kitab turath, menghuraikan satu-satu kaedah dengan terperinci
dan menggabungkan aplikasi kaedah daripada pelbagai mazhab. Antara kitab yang
dihasilkan pada masa kini:
1. al-Qawa‘id al-Kulliyyah
wa al-Dawabit al-Fiqhiyah
fi al-Shari‘ah al-Islamiyyah oleh ‘Uthman Shubayr diterbitkan oleh Dar al-Nafa’is, Jordan.
2. al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah wa Tatbiqatuha fi al-Madhahib al-Arba‘ah oleh Muhammad Mustafa al-Zuhayli. 2 jilid, Dar al-Fikr, Damsyik.
3. al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah
oleh Muhammad Mustafa al-Zuhayli. Buku ini
dicetak oleh Maktabat Dimashq tahun 1998.
4. al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah
oleh Ya‘qub ‘Abd al-Wahhab al-Bahisin, diterbitkan oleh Maktabat al-Rushd,
Riyad, tahun 1998.
5. Idah al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah li Tullab al-Sawlatiyah oleh ‘Abdullah ibn Sa‘id al-Lahji, Cetakan Madani. Kaherah Tahun 1388.
6. Tatbiqat Qawa‘id al-Fiqh ‘ind al-Malikiyyah min Khilal Kitab Idah al-Masalik li
al-Wansharisi Sadiq ibn ‘Abd al-Rahman al-Gharyani, Dar al-Buhuth li al-Dirasah al-Islamiyyah wa Ihya’ al-Turath. Cetakan 2002.
7. al-Wajiz fi Idah Qawa‘id al-Fiqh al-Kulliyyah oleh Muhammad Sidqi ibn Ahmad Burnu. Cetakan Mu’assasat al-Risalah, Beirut. Cetakan kelima tahun 1998.
8. al-Madkhal ila al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah al-Kulliyyah. Disusun oleh Ibrahim
ibn Muhammad al-Hariri. Dicetak oleh Dar ‘Amman, Jordan.
Cetakan tahun 1998.
9. al-Qawa‘id wa al-Dawabit al-Fiqhiyyah li al-Taysir oleh ‘Abd al-Rahman Salih al-‘Id al-Latiff. Cetakan ‘Imad al-Bahth al-Ilmi, al-Madinah
al-Munawwarah. Cetakan pertama tahun 1423H.
10. al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah al-Kubra wa Atharuha fi al-Mu‘amalat al-Maliyyah oleh ‘Umar ‘Abdullah Kamil. Dicetak oleh Dar al-Kutub, Mesir. Cetakan tahun 2000.
11. al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah al-Khams al-Kubra wa al-Qawa‘id al-Mundarijah tahtaha min Majmu‘ Fatawa Shaykh al-Islam Ibn Taymiyyah oleh Isma‘il Hasan ‘Ulwan dan dicetak oleh Dar Ibn al-Jawzi, cetakan pertama tahun 2000.
12. Mawsu‘at al-Qawa‘id wa al-Dawabit al-Fiqhiyyah al-Hakimah li al-Mu‘amalat al-Maliyyah fi al-Fiqh al-Islami oleh ‘Ali Ahmad al-Nadawi terbitan Dar ‘Ulum al-Ma‘rifah, cetakan tahun 1999.
13. al-Tahrir fi Qa‘idat al-Mashaqqah Tajlib al-Taysir disusun oleh Amir Sacid dan dicetak
oleh Dar Ibn Hazm, Beirut cetakan pertama tahun 1994.
14. Qa‘idat al-‘Adah Muhakkamah dikarang
oleh Ya‘qub ibn ‘Abd
al-Wahhab al-Bahusayn.
15. Sharh al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah oleh Shaykh Ahmad ibn Shaykh Muhammad al-Zarqa, cetakan Dar al-Qalam.
16. al-Madkhal
fi al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah wa Atharuha fi al-Ahkam al-Shar‘iyyah
oleh Nasr Farid Muhammad Wasil dan ‘Abd al-Aziz Muhammad ‘Azzam cetakan Dar al-Bayan, Madinat Nasr, Kaherah.
17. Athar al-‘Urf fi Tashri‘ al-Islami oleh
Sayyid Salih ‘Uwayd dicetak
oleh Dar al-Kutub,
Kaherah.
18. Raf‘ al-Haraj fi al-Shari‘ah al-Islamiyyah oleh Salah ‘Abdullah ibn Hamid.
Diterbitkan oleh Markaz Ihya’ al-Turath
al-Islamiyah, Mekah,
cetakan 1403.
19. Raf‘ al-Haraj fi al-Shari‘ah al-Islamiyah oleh Ya‘qub ‘Abd
al-Wahhab al- Bahusayn.
20. al-Shakk wa Atharuh fi Najasat al-Ma’ wa Taharat al-Badan
dikarang oleh ‘Abdullah ibn Muhammad Sulayman.
21. Dirasat fi Qawa‘id al-Fiqh al-Islami oleh
Sayyid Salih ‘Uwayd. Dicetak
untuk Pelajar Pengajian Tinggi, Universiti Umm al-Qura, Makkah.
22. al-Durar
al-Bahiyyah fi Idah al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah oleh Muhammad Nur al-Din Marbu Banjar
al-Makki. Kitab ini
merupakan ringkasan kepada al-Ashbah wa al-Naza’ir.
Kesimpulan
Ilmu Kaedah fiqh yang lahir
sejak kelahiran Islam seharusnya dipelajari dan dikuasai oleh golongan agama
kerana kedudukan dan keistemwaan ilmu ini yang mampu menjawab dan
menyelesaikan persoalan yang timbul dalam masyarakat.dalam pelbagai
bidang kehidupan.
RUJUKAN
1.Al-quran.
2.Al-Bakri. Badr al-din Muhammad ibn Abu Bakr. 1991/1411. al-Itina’ Fi al-Fark
Wa al-Istisna’. (t. tq) 3.Al-Asbah Wa al-nazair Fi al-Quran al-Karim. T. tq.
Abdullah Mahmud Syahatah. Ed ke 2. Mesir: al- Hai’ah al-Misriyyah.
4.Al-Fadani. Muhammad Yasin ibn Isa. 1996. Al-Faraid al-janiyyah hasiah
al-mawahib al-saniyyah Sharh al-faraid al-bahiyyah fi nuzum al- qawaid
al-fiqhiyah.
5.Al-Hajiri. Hamad ibn Muhammad al-Jabir. 1429/2008. al-qawaid Wa al-Dawabit.
al-Fiqhiyyah Fi al-Daman al-Mali. Jil 1. Riyad: Dar Kunuz al-Isbili.
6.Al-Hamawi. Ahmad ibn Muhammad. Gumuz Uyun al-Basair Fi Shrah asbah Wa
al-Nazair Jld 1. www. balligho. com
7.Al-Hasari. Ahmad Muhammad. 1993. al-qawaid Al-Fiqhiyyah Li al-Fiqhi
al-Islami. Kaherah: Maktabah Kuliyyah al-Azhariyyah.
8.Ibn Nujaym. Zain al-abdin ibn Ibrahim. 1993. al-Asbah Wa al-Nazair Ala
Mazhabi abi Hanifah al-Numan. Lubnan: Dar al-Kurtub al-Ilmiyyah.
9.Al-Shalabi. Muhammad Mustafa. 1981. al-madkhal fi al-ta’rif bi al-fiqh
al-Islami Wa al-qawaid al-milkiyyah wa al-Uqud fihi. Beirut: Dar al-Nahdahal
Arabiyyah.
10.Al-Subki. Taj al-Din Abd Wahab ibn Ali. 1991. al-Asbah Wa al-Nazair. Jil 2.
Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
11.Al-Sulami. Abi Muhammad Izuddin Abdul Aziz ibn Abdul Salam. (t. th) -qawaid
al- ahkam fi masalih al-anam. Jil 2. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
12.Al-Sulami. Izz al-Din Abd Aziz ibn Abd Salam. 1996. al-qawaid al-Sughra.
Lubnan: Dar al-Fikir al-Muasir.
13.Al-Suyuti. Jalal al-Din Abd Rahman. 1983. Al-Asbah Wa al-Nazair. Beirut: Dar
al-Kutub al-Ilmiyyah.